I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 31, 2011

2011 . The End.



2011

Secara ringkasnya, tahun 2011 memang merupakan 'tahun kematangan'. Dari belajar hidup di rumah sewa sehinggalah menghadapi dugaan pembelajaran yang sangat-sangat memberi makna. Aku bersyukur Ya Allah.


2011

Aku mahu 'kau' pergi. Kerana untuk aku maju, kenangan yang terbaik seperti 'kau' sudah mampu membayangi aku pada masa akan datang.


2011

Sesungguhnya aku pasti merindui 'kau'. Aku pasti.

.

p/s - ada air mata.. !!

.
.

1 Ketul Batu dengan 4 Kuntum Bunga.




Nasihat aku yang pertama - Jangan lakukan sesuatu mogok ke atas diri sekiranya jenis mogok yang ada anda lakukan itu merupakan tabiat sejati dalam diri. Contoh; kalau anda seorang yang pemakan, jangan lakukan mogok lapar kalau berlaku sesuatu konflik.



Nasihat aku yang kedua - jangan bencikan seseorang yang telah melahirkan anda. Contoh; ibu kandung anda sendiri.



Huhuhu.. Aku baru sahaja menghabiskan bacaan novel KELABU. Novel itu kini merupakan salah satu novel yang terbaik yang pernah aku baca. Aku suka jalan cerita dan gaya bahasanya yang sangat santai. Aku menjiwai setiap watak yang ada dalam novel itu. Boleh dapatkan novel tersebut yer..!!



Baiklah. Dalam dunia ni aku lebih mudah berkongsi masalah dengan wanita sebenarnya berbanding lelaki. Alasannya.. lelaki memang pendengar yang baik, tetapi mereka jarang untuk memahami. Kedua, walaupun wanita mempunyai kelemahan dalam kemahiran mendengar, namun mereka kelihatan lebih bersungguh-sungguh dan mampu memberi respon yang terbaik.



Lelaki lebih gemar menyelesaikan masalah dengan strategi. Aku tak perlukan itu.. sebab kalau hanya untuk merancang strategi, aku sendiri boleh menyelesaikannya. Apa yang aku perlu sebenarnya.. hanyalah berbual.



Dalam melalui usia kematangan yang semakin hari semakin meningkat ini, aku perhatikan bukan semua orang mampu membuatkan aku terus bercerita. Namun terdapat segelintir yang bijak mencungkil perasaan aku. Sebenarnya aku bukanlah perahsia sangat.



Empat wanita yang selalunya mempunyai firasat dan kepekaan yang luarbiasa dalam mengesan masalah aku.. (adakala menghabiskan masa utk berborak..) adalah Aisyatul Nur, kak Pinat, Mardia dan Sarah. Empat orang ni tak perlu bersusah payah nak soal macam-macam mengalahkan wartawan. Cukup dengan satu mesej, semuanya bakal berjalan lancar.



Persamaan mereka - mereka menerima diri aku seadanya. Seterusnya mereka lebih ceria dan positif. Sifat-sifat itu sangat menyeimbangi kehidupan aku. Sebab itu aku menyenangi mereka berempat.



Bezanya - mereka selalunya datang dalam kehidupan aku dalam waktu yang berbeza-beza dan nasihat dari mereka selalunya bersifat tersendiri.



Dari aspek Aisyatul nur - nasihat seorang kakak kepada adiknya mungkin aku boleh peroleh dari wanita ini. Tolenransi tapi tegas. Tapi bukan nak cakap la.. dia ni kuat nangis. Jadi segala tindakan dia memang menampakkan dia seorang kakak. Selalunya tindakannya menangani aku kelihatan sangat berjaya.. disebabkan aku memang seorang adik lelaki yang baik dan menurut.



Dari aspek Kak Pinat - jarak usia yang jauh berbeza disamping perkenalan kami yang berlaku di sekolah sebagai guru menjadikan hubungan kami lebih kepada rakan sekerja. Jadi nasihat beliau ni memang ala-ala nasihat dari pengarah drama 'Dilema Wanita'. Nasihat beliau lebih matang dan rasional. Sikap ambil berat beliau selalunya memberi maksud - aku perlu bertindak sesuai dengan umur aku. Walaupun adakala nasihat dia seperti aku ni seorang murid, tapi percayalah aku sangat menyenanginya.



Dari aspek Mardia @ Didie - Aku takkan dapat mencari pengganti kawan se'gila-gila' Mardia. Yup.. dia memang happy go lucky, tapi kalau aku dalam masalah dia memang pendengar yang paling berkesan. Aku tak pernah rasa lega dengan cepat bila berdepan dengan masalah melainkan setelah meluangkan masa dengan dia. Walaupun dia macam 'huu-haa huu-haa' sket, tapi percayalah dia seorang yang sangat memahami. Dia jarang mengusulkan idea utk settlekan masalah tapi dia akan menenangkan perasaan negatif aku. Aku percaya langkah ini merupakan satu langkah permulaan yang berkesan dalam menangani masalah. Dan dia berjaya.



Dari aspek Sarah - haha.. dia manis. ayu.. dan periang. Bila bermasalah, selalunya firasat dia menjadikan dia selalu ada dengan aku. Dia jarang selesaikan masalah aku dengan menyentuh isu-isu masalah yang aku hadapi. Sebaliknya lebih kepada melayan aku berbual.. dan terus untuk berbual. Kalaupun dia nak menyindir kesilapan aku, pasti dengan membuatkan aku ketawa untuk menerimanya. Dia banyak mendengar. Aku tak pernah tau bila masanya untuk kami berlaku serius.. tp.. apa boleh buat kalau kedua-duanya memang saling melucukan. Dia ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah aku dan cara-caranya itu tidak seperti ingin menyelesaikan masalah sebenarnya. Tau-tau jer.. semuanya dah selesai, ... Hanya dengan satu panggilan telefon.. wow !!



.. teringat bekas kekasih dahulu. Bising kenapa aku tak pernah berkongsi apa-apa dengan dia. Maaf, aku tak pernah mencampur aduk masalah dengan perasaan. Ataupun mungkin sebenarnya bekas kekasih dulu memang tak de sifat-sifat seperti mereka berempat.. aku pun tak pasti.



Entry kali ni bukan untuk apa.. sekadar menghargai mereka berempat yang telah sama-sama menemani aku berdepan dengan krisis 'mogok lapar' aku tadi.. hahaha !! Pengakhiran mogok lapar aku dihidangi dengan santapan nasi lemak dan sambal udang. Berselera sekali makan setelah dua malam tidak menjamah makan malam. Memang berbaloi.

.

p/s - sesiapa yang membaca sampai habis. Terima kasih banyak2. Entry ini lebih bersifat kepelbagaian gender. Hahaha.. !!

.

Thursday, December 29, 2011

'Teman Baru'... Mari Temani Aku.



Kadang-kadang disebabkan masalah orang aku selalu menjadi mangsa. Selalunya memang macam itu lah..!! Kadang-kadang aku bosan... Kadang-kadang aku menyampah. Dan hari ini memang aku dah mula menyampah.


Menetap di rumah buat masa sekarang dalam jangka masa terlalu lama, mungkin mampu menyebabkan aku berada dalam masalah. Silap hari bulan, tak pepasal menjerumuskan diri aku dalam kancah anak derhaka. Uish !! Anak derhaka tue !! Setahu aku jenis-jenis anak derhaka ni adalah seperti - anak angkat badariah ataupun makcik norlia dan suami kat kampung tu.. dan aku paling takut menjadi antara spesies-spesies seperti itu.


Kadang-kadang orang perempuan terutama seperti para-para ibu, tolonglah belajar memahami orang lain dan jangan mengharapkan orang lain memahami kesusahan anda. Tolong jangan letihkan hati dan perasaan orang lain dengan mengatakan anda sahaja yang terlalu banyak melakukan apa sahaja kerja sedangkan orang lain tak berbuat apa-apa. Dialog 'tak berbuat apa-apa' tu sudah cukup melukakan hati aku.


Kadang-kadang bukan nak mengungkit.. tapi setelah aku korbankan 2 kali cuti hujung tahun dengan memerap di rumah.. masih lagi nak mengatakan aku tak buat apa-apa. Kadang-kadang bila aku marah, itu disebabkan ketidakmatangan sikap orang lain dan hanya mengharapkan aku saja. Dari awal tahun, pertengahan sampailah hujung tahun - semuanya aku. Tapi aku tetap buat.


.. tapi bila dialog 'tak buat apa-apa'.. ataupun 'lepas ni jangan lagi mintak tolong aku' memang buat aku terkilan. Seseolah memang susah nak mintak pertolongan aku. Atau erti kata lain - aku ni tak berguna.. bila aku nak bukak mulut.. semua tak nak dengar. Mereka saja yang betul..!!


Kadang-kadang bukan berbaloi pun jadi baik sgt nie..!! Sebab ramai yang tak baik kat luar sana tak buat baik pun .. itu yang orang sanjung-sanjung.. Aku yang berhempas pulas ni macam kat angin lalu jer.. Penat-penat buat baik last-last orang cakap buat sebab 'terpaksa'. Sabar je la..!!


.. dan aku jemu dengan ayat "tak buat apa-apa..!!".

.

p/s - teman baru = novel KELABU by Nadia Khan.

.

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday # 18 The New Future Teacher.



Nak jadi macam abang Ikhram ker ?? Hehehe.. jgn tak tau, no plat nombor kerete tu kira blackboard diorang la..!! Tapi bila 'cikgunyer' mengajar.. awat ada bunyi..

"Sod... Dhod.. Tho.. Zho.." ???

.

p/s - Imaginasi kanak-kanak sekarang.. bukan main lagi kan??

.

Monday, December 26, 2011

Aku Penganggur Yang Berbeza..!!



Mood menjadi seorang penganggur muda seperti aku adalah berbeza jika dibandingkan dengan penganggur-penganggur yang lain. Memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah, jadi perasaan menjadi penganggur itu masih belum aku rasakan.


Menunggu keputusan untuk berposting sangat lama biarpun sekolah belum dibuka lagi. Menurut Pengarah Institut Perguruan si tempat aku study, keputusan penempatan atau posting akan diketahui pada awal bulan tahun depan.. Tapi awal bulan itu bila lah agaknya..? adakah bulan Januari ? Februari ? Mac? April ? .. atau Mei?


Pak cik di kejiranan tempat aku sudah mula menyumbangkan suaranya..


" Kalau cikgu-cikgu kat maktab dulu, lepas je diorang belajar.. terus jer posting.."


Suara dia tu buat tangan aku menggigil. Gigi pun saling laga-berlaga. Itu tandanya aku sedang menahan marah. Cakap macam la kau tu wakil rakyat. Yakin jer..


" Itu cikgu dulu-dulu. Sekarang ni macam-macam prosedurnya. Bukan boleh nak cepat-cepat nak uruskan satu2 perkara.. Lebih-lebih tentang penempatan sekarang yang dah jadi isu,"


Nak jawab lebih-lebih aku sendiri pun tak tau bila nak ditempatkan di sekolah. Kerajaan kan dah cakap, 5000 orang akan ditempatkan di sekolah. Jadi pasti mengambil masa untuk menguruskannya. Aku sebagai penuntut Institut Perguruan memang mengharapkan mendapat penempatan yang sesuai.


"Dapat lagi tak elaun bila dah abis belajar ni..?"

Wah, suara sumbang dia dah keluar!! Dalam hati aku dia ni nak pertikaikan kedudukan aku ker?


"Dah abis belajar tak de la dapat elaun lagi. Lagipun elaun tu dibagi semasa belajar dalam maktab jer.."

" Rugi la macam tu.."

"Tak la rugi mana pun. Sebab selama ni belajar ditanggung. Diberi elaun bulanan dan elaun macam-macam. Kurang-kurang tak payah nak berhutang sana -sini bila dah abis belajar macam ni,"


Itu ayat sopan yg aku keluarkan. Jawapan yang tak sopan dalam hati ni..

"Eleh, paling kurang pun aku tak la susahkan mak abah aku nak belajar. Anak kau tu tak tentu lagi dapat ke tak keje, bila dah abis study nanti.. Dah la berhutang sana sini nak belajar.. Kos pun entah yang apa-apa... kos yang cikai2 jer orang dah tanak.."


Naseb baik ada sorang penyelamat yang merupakan jiran aku jugak. "Tak pe la ikhram. Kurang-kurang nak tunggu mengajar jer. Keje dah siap menanti.."


" Insyaallah ".Aku angguk.


Dalam hati.. "Betul tu pak cik. Diorang ni bukan tahu pun nak menilai. Cakap tu main cakap je bukan berdasarkan fakta. Ingat sekarang ni nak keje senang ker? Aku ni sebelum nak posting jadi cikgu, terpaksa exam sana sini, prepare nak interview sana sini... orang lain bukan tau apa pun..!! Tau tengok aku goyang aku bila cuti sekolah..!! "


Itu kata hati jer.. malas nak cakap kat orang. Hahaha. Dengan masyarakat kita kena berbudi bahasa.


Bila difikir-fikirkan semua, betapa teruknya menjadi penganggur. Aku yang baru nak 'bercuti sekolah' ni pun dah terasa bahang umpat dan pandangan serong sesetengah orang. Tak la semua. Mana yang tak faham tu, memang suka cakap yang bukan-bukan.


Itu belum lagi nak cakap pasal gaji. Ingatlah.. tak semua orang nak jadi cikgu sebab nakkan gaji yang mahal. Macam aku cakap masa interview kat maktab 6 tahun yang lepas. Aku ingin menjadi seorang cikgu kerana aku memang berminat dengan profesion keguruan. Kedua, aku ingin membantu menjadikan anak bangsa generasi yang berilmu. Ketiga, aku ingin memberi sumbangan kepada negara. Seterusnya kerana aku merasakan diri aku gembira mendekati dan memahami kehidupan kanak-kanak.


Ini tidak. Sudah la tidak menyokong, siap nak banding-bandingkan gaji cikgu dengan gaji bisnesman la, dengan gaji manager kilang la, dengan gaji mekanik la, dengan gaji budak jual sate la, dengan arkitek cabok mana la.. Siap mention - "diorang tu tak de belajar pandai, tapi boleh pakai kereta mahal-mahal.."


Terpulang la kepada persepsi individu. Dalam hati, aku selalu beranggapan, tak semua kekayaan melalui wang ringgit semata-mata. Adakala rezeki masuk melalui kebahagiaan hati bila melihat usaha kita mengubah masa depan seseorang dengan sabar dan ikhlas. Kerana rezeki itu Allah yang beri. Kadang-kadang kita terlupa, rezeki juga berbentuk kepada kesihatan, ruang, masa. Paling kurang menajdi cikgu punya masa dengan keluarga.


Aku sentiasa percaya, cikgu-cikgu yang pernah aku kenali tidak pernah miskin hidupnya.. tapi saya sentiasa melihat mereka hidup dengan bahagia dgn 'kekayaan' kehidupan mereka yang sebenar. malah mereka dihormati.


Itulah alkisahnya.. Hari ni aku penganggur. Esok lusa aku akan pastikan aku adalah individu yang mempu merangsang kejayaan individu lain. Insyallah.

.

p/s - kalau sibuk nak kejarkan duit.. sampai bila la kan..?? Rindu dgn cikgu aini saya.

.

Sunday, December 25, 2011

Aisyatul Nur, Takdir Kita Bukan Untuk Bersatu..!!



"Bebi, sampai hati kau pergi kepadanya... hahaha !!"

Salam. Apa khabar semua..?? Nampaknya umur saya sudah pun menginjak kepada 23 tahun. Saya merupakan seorang lelaki yang tidak lama lagi akan menjejaki alam kedewasaan. Bila menoleh ke belakang, ternyata saya sendiri takut. Kini, bila melihat perut yang semakin membulat.. huhuhu !! Memang saya semakin takut.. adakah kedewasaan ini menjadikan metabolisme saya semakin berkurangan..?? dan akhirnya menjadikan saya semakin tua..?? berkedut dan mengendur...??

Dah.. cukup untuk merepek..!!


Tahniah kepada pasangan 'bebi' saya dan tunangnya, Fadhli Daud kerana telahpun selamat bertunang hari ini. Kedua-duanya merupakan rakan sekelas saya di maktab perguruan. Tidak di sangka, kalau sudah jodoh.. ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bertemu jua. Setelah melalu banyak cabaran dan dugaan akhirnya takdir menyebelahi mereka.


Sebagai seorang kawan, adik, tunang simpanan (kak jah, 2011)... aku mendoakan semoga jodoh kalian berdua menjadi kenyataan !! Semoga sentiasa bersabar dan tabah sepanjang melalui fasa bertunang yang penuh dengan cabaran dan dugaan.


Selamat Bertunang, Aisyatul Nur & Mohd Fadhli Daud.
.

p/s - mak dah mula 'bising-bising' nanti nak kawen nak tema kaler per ? Aku tak rasa untuk aku.. agaknya untuk adik perempuan aku kot ??
.

Friday, December 23, 2011

Out-ting !!



Kalau kat Penang, berjoli sakan kat Tesco sebelah maktab tu dah jadi perkara rutin dah..!! Kalau tak makan, g beli makanan.. hahaha..!! Tapi selalunya membeli belah dengan adik perempuan aku ni memang perkara yang paling menyenangkan. Sambil membeli, sambil berborak.. Lepas tu gelak-gelak..!!


Sejak cuti sekolah, dah lama kitaorang tak keluar-keluar macam nie berdua-dua. Memandangkan terpaksa bertukar-tukar giliran menjaga atuk. Kalau aku keluar, adik perempuan kene dok rumah. Kalau dia yang keluar, aku pulak yang kene dok rumah. Kesimpulannya, dua-dua antara kami banyak menghabiskan masa di rumah saja.


Tapi malam tadi abah bagi peluang untuk kami berdua shopping. Hahaha.. Barulah bebas rasanya. Orang lain cuti-cuti sekolah cam ni, satu Malaysia diorang rayau. Pegi Johor la.. Langkawi la.. Melaka la.. Kl la.. Pahang la.. Aku dengan adik perempuan dapat jalan-jalan g Tesco Seremban Jaya je.. Hahaha.. !!


Bebas rasanya dapat keluar macam ni. Kurang-kurang dapat juga rasa cam dewasa sket..!! Hahaha..
.

p/s - huhuhu.. kalau sepanjang cuti duduk saja kat rumah pasti kau faham perasaan aku ini. Makan, makan, makan... Hahaha..!! Berat pun dah naik ke 72kg.. Yezza..!! Happy..!!

.

Thursday, December 22, 2011



Aku malu nak cakap pasal persahabatan sebenarnya. Tapi belajar jauh dari rumah buat aku bergaul dengan ramai orang. Semuanya tak pernah aku kenal.. dan semuanya berlatar belakang dari tempat asal yang berbeza. Ada satu masa tu, aku pening bila balik ke hostel, sebab dikelilingi oleh ramai bebudak 'ganu' yang melepak kat bilik dan mereka sangat expert dengan loghat 'ganu'nyer.. Peningnya seseolah peningnya aku kat kelas biologi yang lecturernya bercakap omputih 24 jam.


Begitulah aku yang seterusnya berkengkawan dengan orang sg petani, orang Pekan, orang Kuala Berang, besut, setiu, tawau, k.k, kuching, raub, bahau, taiping, sabak bernam, sekinchan, jitra, kota bharu dan macam-macam lagi. Sampai ada masa aku berkawan dgn orang yang berasal dari tempat yang aku tak pernah tau sebelum ni. Kodiang. Haha..


Bila perbezaan tempat asal ini menjadikan pembawakan diri masing2 sangat berbeza. Dan dari situ aku belajar menyesuaikan diri. Hidup di hostel buat aku perlu hidup dan bergantung dengan kawan-kawan hampir 24 jam. Di sini lah susah senang aku perlu hidup dengan kawan-kawan. Minda aku semakin hari semakin terbuka.


Adakala terimabu waktu bersusang senang dahulu. Masih segar dalam ingatan bagaimana kami semua berjalan kaki pada waktu bulan ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Jalan kaki merentas jejantas yang tinggi sedang penat lelah menghabiskan kuliah yg tamatnya jam 4.30 petang. Jauh juga perjalanan tue. Akhirnya tak sempat, terpaksa berbuka di dalam bilik kuliah. Hahaha..


Begitu juga setiap semester, kami sekelas pasti akan mengadakan sambutan hari lahir. Kisah bertukar-tukar hadiah itu yang paling menyeronokkan selain tema sambutan yang sungguh kreatif.


Aku tak pernah berasa susah kerana kawan-kawan sentiasa ada untuk membantu. Kalau aku tak tau nak siapkan eseiment, sudah pasti ada yang sanggup membantu. Bantu unutk menitu pun ada. Begitu juga kalau nak exam, ramai saja yang nak tolong mengajarkan aku. Al maklum sajalah aku memang lemah dalam pelajaran.


Kalau nak berhibur begitu jugak. Petik saja beberapa nama.. mesti 'on' punya lah!! Cakap jer nak karok.. beratur yang nak join..!! Nak tgok wayang ?? citer apa?? citer sedih - Aisyahtul nur. Citer kartun - Afiq. Citer romantik - tak terkira ramainya.. Citer action - yang ni tak kesah sebab aku tak minat sangat..!!


Nak main rollerblade - Kok ana, madi, azwan, masirah.. aisyatul nur... !! Kalau nak main bowling - sikem zul, mat anih, akashah, dll. Nak main funfair - kak fatin, abg fuad.. nak berjimba-jimba - wok didie, wok mirul.. dan macam-macam.


kalau bab makan - yang ni memang ramai.. tp paling best bila kami semua makan kat seoul garden. Mesti ramai nak ikut.


.. adakala pengalaman memang guru yang terbaik. Tapa kita sedar, kawan-kawan merupakan salah satu cabang yang membentuk pengalaman kehidupan kita itu. Berkawan biar seribu begitulah kata orang.


Aku tak tau nak cakap pasal apa sebenarnya.. tapi yang terbuku dalam hati aku.. aku nak bergelumang semula dengan kawan-kawan seperti pengalaman hidup lima tahun yang lepas yang membuatkan kehidupan aku sangat bermakna dan bermanfaat untuk hari ni. Kerana tanpa kawan-kawan aku tak mungkin sebahagia ini.

.

p/s - sebenarnya aku nak keluar jalan-jalan. Dah lama sangat terkurung kat rumah. Ada tak yang nak ajak aku keluar..??

.

Tuesday, December 20, 2011

Sir Sebenarnya Rindu Dengan Kamu Semua..














Selama ini aku tidak menyedari bahawa mendekati dunia dan kehidupan kanak-kanak adalah salah satu bakat semulajadi yang pernah aku ada. Aku tidak pernah bermimpi menjadi seorang guru dan berpeluang mendidik anak bangsa. Alhamdulillah, peluang itu diberi hari ini. Insyaallah. Amin.


Wahai anak-anak didikku sekalian. Tahukah diri kalian bahawa sir kamu ini amat merindui wajah-wajah comel kamu semua. Merindukan telatah sehari-harian kamu yang begitu manja, keanak-anakan, gelak tawa dan senyuman kamu yang mengasyikkan, sikap kamu yang tulus dan suci malah kepintaran yang mengujakan.


Kamu semua anak-anak kurniaan tuhan yang begitu indah bagi sir. Sir bersyukur diberi kesempatan mendidik dan bersuka-ria bersama-sama kamu semua.. sehingga menjadikan sir seorang yang lebih memahami dan bertambah matang dalam setiap tindak tanduk sir menangani kamu semua.


Bila sir rindukan wajah satu persatu daripada kamu semua.. dalam hati sir sentiasa mendoakan agar kamu semua adalah anak-anak yang pada masa hadapannya, menjadi generasi yang berguna dan berjaya. Insya kamu semua menjadi anak-anak yang baik. Insyaallah.


Sir rindukan kamu semua. Semoga kita bertemu di lain masa.


p/s - aku sendiri tergelak bila tengok video anak-anak kat bawah. Mereka sangat comel. Patutlah pensyarah penyelia aku suka menilai aku dalam kelas mereka ini.
.


video
.

Monday, December 19, 2011

Ku Berjanji Karena Cinta..



Keras rasanya tangan menaip untuk blog ini. Akibat masalah yang berlambak-lambak dalam blog serta tugas dan tanggungjawab pada akhir-akhir kursus perguruan kali ini yang bertimpa-timpa buat aku rasa bagaikan melupakan terus dunia berblog..



Sebenarnya 16 disember yang lepas merupakan ulangtahun hari kelahiran aku yang 23 tahun. Terima kasih kepada kawan-kawan adik-adik sepupu dan mak-mak sedara yang wish besday saya ni yer.. !! termasuk mak abah yang sanggup menyanyikan lagu hepi besday.. Termasuk keluarga angkat di sungai petani yang sama-sama meraikan hari lahir ini.. tenkiu.. yer cik selipar merah dan keluarganya - abg zack, kak jah, cik leesa dan bebi tirah nur.. hahaha..


Beberapa bulan sebelum ni, aku bagaikan terlalu obses dengan cakera padat. Dan hajat untuk mendapatkan cd anuar zain yang paling latest ni merupakan satu perkara yang
sangat-sangat aku inginkan...



Sehinggakan aku pernah berbisik.. "Sesiapa yang mampu membelikan aku cd anuar zain ni, itulah orang yang aku cintai.. !!" Sampai macam tu sekali nak cakap betapa aku berhajatkan cd nie..!!



.. dan akhirnya setelah aku melalui setiap rintangan dalam kursus perguruan tempoh hari, aku telah meraikan ulangtahun hari lahir ini di ibu kota. Sepetang yang sangat-sangat membahagiakan. Akhirnya aku dihadiahkan dengan cd anuar zain ini.. Seronok bagai tak terkata. Hadiah lain tak dapat pun tak per.. huh !!



Persoalannya, perlukah aku mencintainya..?? Biarlah takdir menentukan. Terima kasih dengan cd ini.. yang penuh erti yang sungguh bererti.

.

p/s - Aku bahagia

.

Saturday, December 10, 2011

Kami Anak Nogori..



"Bilo dah limo tahun kona (kenal) ni kan.. den tau, ekau boduo ni memang sangat bonilai dalam hidup den.. !!"


p/s - bila terlalu lama cuti dan menetap di rumah.. penampilan aku nampaknya semakin kusut-masai.


.