I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 25, 2012

Hari OKU




















Yang buta meniup tepung
Yang pekak membakar meriam
Yang capek menghalau ayam
Yang kurap menyiang buluh..

Begitulah pentingnya peranan setiap ahli dalam masyarakat tidak kira sempurna mahupun mempunyai masalah kecacatan. Di negara kita Malaysia, semua rakyat diberi hak dan meraih nikmat yang saksama disamping diberi peluang untuk menyumbang tenaga untuk negara tanpa sebarang diskriminasi.

Secara peribadi, inilah kali pertama aku meraikan Hari OKU dan biarpun letih menjayakannya, tapi hati sentiasa merasa gembira dan bangga dapat bersama-sama berkhidmat unutk mereka. Pelbagai aktiviti dijalankan, seperti persembahan koir jari jemari, tarian, deklamasi sajak, amazing race, sukaneka, pertandingan mewarna dan macam-macam lagi sampai tak cukup tangan... tapi yang paling best, cabutan bertuah walaupun tidak bertuah pada hari itu.

Sebenarnya, aku tidak pernah bermimpi akan melalui fasa-fasa hidup bersama mereka. Adakala tatkala mereka disamping, aku tidak pernah merasakan ada jurang besar antara kami semua. Bagi aku, kami semua adalah sama - yang punya keinginan, cita-cita dan keseronokan yang sama.

Adakala, kita yang normal ini nampak sahaja sempurna, tapi tanpa sedar, hidup penuh dengan kekurangan. Sedang mereka hidup penuh kekurangan namun selalu dilindung tuhan dari segala cela.

Allah Maha Adil. 
Itulah yang aku tahu dan aku sematkan di dalam hati.

p/s - hari ni dapat gaji.. yezzaaa !!!
.

Thursday, June 21, 2012

Berinovasi

video

Sekarang aku dah canggih. Pergi sekolah naik motor dah pandai pakai mp3. Haha.. Barulah ada hiburan pagi-pagi. Setiap pagi, aku akan pasang lagu-lagu yang memberi semangat. Ntah kenapoa, sejak kebelakangan ni, jiwa patriotik sangat-sangat meningkat. Pagi-pagi dah tak nak lagi dengar lagu Yuna yang vintage tue.. tapi beralih minat unutk mendengar lagu yang memberi perangsang untuk bersemnagat datang ke sekolah. 

Jadi aku selalu dengar lagu tema Institut Pendidikan Guru. Bila dengar saja lagu ni, ingatan terus balik ke kenangan masa konvo dulu-dulu. Terimbas kembali semangat zaman-zaman belajar di maktab. Sesungguhnya aku terhutang budi dengan maktab. Teringat kembali jasa-jasa guru-guru dan pensyarah-pensyarah. Terusik kembali kenangan-kenangan bersama kawan-kawan seperjuangan

Tapi yang paling mengusik hati, datangnya kembali semangat baru dalam diri unutk memajukan diri dan anak bangsa. Jadi mood kembali 'hidup'..

Selalunya, bermula dengan lagu tema Institut Perguran Guru yang diulang, diulang dan diulang.., kemudian lagu Keranamu Malaysia, kemudian lagu Jalur Gemilang, dan akhir sekali lagu tema Hari Guru 2012 - lagu 'Guru Inovasi Melonjakkan Transformasi Negara'... dan lepas tu sampailah aku ke perkarangan sekolah dengan hati bersemangat waja.

video

Aku rasa, muzik adakala bukan saja berperanan sebagai hiburan, malah mampu berperanan sebagai instrumen motivasi. Kan sekarang cikgu - cikgu dah semakin hebat berinovasi..?? Ye tak?? Hahaha..

p/s - boleh bayangkan tak, macam mana aku boleh picit-picit butang-butang mp3 masa merempit bawak moto pagi-pagi ke sekolah..??
.

Monday, June 18, 2012

Kuala Lumpur
















Setelah membaca tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya beberapa minggu lepas, perspektif aku terhadap Kuala Lumpur sangat berlainan berbanding sebelumnya. Aku melihat bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur dengan cara yang lain kini. Terutama bangunan KLCC. Bila mengetahui sejarah pembinaannya, buat aku rasa lebih menghargai apa yang kita ada.

Keadaan di Kuala Lumpur 'sesak' dengan jerebu. Namun tidak mengubah fungsinya. Sibuk dengan kenderaan dan ramai orang. Bezanya masyarakat di kota metropolis di sini, mereka hidup dengan diri mereka sendiri tanpa memikirkan hal-hal orang lain.

Gaya hidup penuh fesyen, mewah malah urban. Buat aku gembira namun menjengkelkan ada kala. Berbual sambil tangan menggayakan percakapan. Rancak, sekali dengan tangan-tangan. Gajet di atas meja makan, malah sambil bercakap sambil jari jemari mencakar-cakar permukaan gajet masing-masing.
Huh..~~

Aku gembira seharian berjalan-jalan melihat pemandangan kota. Bersama seorang teman yang bersedia menjadi pemandu pelancong yang setia dan terbukti terbaik untuk aku. Setiap teman, pasti ada ceritanya sendiri. Dengan dia, aku dapat kenali rakan-rakan baru, yang urban tetapi masih ramah. 

Terima kasih Naz dengan hari 'Melawat Kuala Lumpur' kita ini. Sebenarnya banyak perkara baru, bila aku di Kuala Lumpur. Bila setiap kali mulut aku terbuka.. "Naz, ni pertama kali......." Naz setia melayan dan menceritakan apa saja yang aku ingin tahu tentang Kuala Lumpur.

Walaupun sehari, aku sudah cukup gembira. Mengenali hati budi seorang rakan hari ini, membuatkan kegembiraan ke Kuala Lumpur menjadi berganda.

Kalau diberi peluang untuk menetap di Kuala Lumpur, aku akan menggeleng kepala seribu kali. Kota Metropolis itu tidak sedikitpun berjaya menawan hati. Cukuplah berada di rumah sekarang yang lebih tenang dan lebih bersederhana. Cuma untuk menghabis masa dengan membeli belah, mungkin boleh.

Seperti biasa, teringat karang anak-anak murid " letih tetapi seronok".

p/s - Naz, terima kasih banyak-banyak layan budak kampung macam saya.
.

Sunday, June 17, 2012

Watching Prometheus With Sisters


 Hari sabtu kali ni, mak, abah, Fatin dan Iman pagi-pagi lagi dah sibuk bersiap-siap nak pegi shopping. Nak beli baju kurung Fatin, si bakal guru yang nak berhias-hias di maktabnya. Hahaha.. Untunglah ada tukang sponsor. Aku ni dah keje, semua kene beli sendiri. Siap nak lunch kat luar tue.. !! Dan aku.. hanya sambung tidur. 

Petang, bersama-sama akak-akak sewarden berjimba-jimba tanpa anak-anak didik dengan gagah dan gigihnya. Hahaha..
"Sorry, papa, mama dan emak, nak jalan-jalan ye anak-anak". 
Jadi kami memilih untuk menonton wayang. Yezza !!

Filem yang dipilih - PROMETHEUS. Filem ini dipilih secara rawak memandangkan kami tidak memahami apa-apa bila melihat posternya. Atas sebab poster yang misteri itulah, filem ini berjaya menarik perhatian.

Filem ini menarik untuk ditonton. Seperti yang dijangka, dari minit terawal sehinggalah yang terakhir, otak kami bertiga sentiasa ligat berfikir. Berbekalkan ilmu biology, chemistery dan earth & space yang dipelajari di maktab dulu, saya mampu memahami cerita ini dengan berkesan.. hehehe..

Kesimpulannya, filem ini best walaupun terdapat elemen-elemen untuk mengugat pegangan akidah orang muslim. Nasib baik iman kami bertiga kuat dan mampu untuk menepisnya. Apa boleh buat, orang putih memang selalu2 tercari-cari Pencipta mereka. Bersyukurlah kita yang telah mendapat hidayah dari-Nya. Alhamdulillah.













Mereka berdua inilah teman aku di sekolah. Kami sama-sama warden di asrama, dan kami juga adik beradik yang kemana-mana pasti bertiga. Kiranya aku untung kan ?? Pergi mana-mana, ada jer yang tolong jaga kan??? hahaha..

Kepada bakal gelfren saya, tolong jangan jeles yer..?? Wakakakaka... 

p/s - kadang-kadang kita tak mampu memaksa orang sayangkan kita, melainkan kita menyediakan diri agar disayangi.

Friday, June 15, 2012

Sebelah Jiwaku

video

Hari ni jadual hidup seperti biasa. Pagi di sekolah. Petang dan malam  di asrama. Cuma apa yang sedikit membimbangkan aku, adalah transformasi pendidikan hari ini. KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ) dan PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ). Dua sistem ini bakal menyebabkan pertambahan kerja meningkat. Dunia Perguruan semakin hari semakin mencabar. 

Tugas mengajar dan mendidik, mungkin sudah menjadi perkara kedua, ketiga yang kerap difikirkan oleh guru-guru permulaan seperti aku. Insyaallah akan buat yang terbaik.

Tiada apa yang berlaku hari ini melainkan satu ungkapan dari anak murid yang adakala buat jantung aku berhenti berdegup sedetik dua.

Situasi sewaktu makan malam di dewan makan asrama.

Naim : pelajar Tahun 6 ( masalah penglihatan)
Adam : pelajar Tahun 3 ( masalah penglihatan)
Cikgu Ikhram : cikgu diorang yg smart dan makin tembam.


Naim : Sir, bila dah sekolah menengah nanti, saya rasa nak sekolah normal la..
Cikgu Ikhram : Baguslah kalau macam tu. Boleh bersaing dengan orang lain. Mana tau kalau dapat 5A UPSR kali ni, dapat masuk asrama penuh.
Naim : takkan la.. sir.
Cikgu Ikhram ; Kenapa tidak pulak ?? Jangan cepat berputus asa, Naim. Terus berusaha.
Adam : Untunglah kau Naim. Nanti kalau kat sekolah normal, mesti kau dah lupa kat sir Ikhram.
Naim : Apa yang adam merepek ni.. ??
Cikgu Ikhram : Entah, entah.. Adam yang lupakan cikgu.
Adam : Cikgu, saya takkan lupakan cikgu sampai mati. Cikgulah yang selalu menghiburkan hati saya.


Saat itu Adam pun datang dekat kepada aku sambil memeluk bahu. Adam seorang pelajar  yang suka menyanyi serta bercita-cita ingin menjadi deejay dan bijak dalam subjek yang aku ajar, Science.

Adakala, ucapan itu ringkas, tapi mampu menusuk hati. Untuk mendapatkan satu ucapan dari murid-murid seperti mereka adalah satu pemberian tiada harganya.

p/s - Sumbangan aku pada negara hanyalah sedikit, umpama sebutir nasi di atas pinggan. Terima kasih Malaysia.
.

Thursday, June 14, 2012

B.M.I


Dahulu, aku adalah salah seorang lelaki yang tak pernah cukup berat badan. Ramai orang cakap, termasuklah pensyarah berpendapat, kadar metabolisme dalam badan aku tinggi. Oleh itu, proses pencernaan dalam badan akan berlaku dengan pantas. Jadi, tidak hairanlah kalau aku sering ke tandas selepas makan.

Aku tak pernah fikir tentang DIET, CATUAN MAKANAN, BULIMIA... tidak pernah sama sekali. Selagi dapat makan, aku akan makan...!! Adakala, abah aku akan menggelarkan aku sebagai 'Makhluk Halus' kerana mencuri-curi ke dapur pada tengah malam dan masak segala makanan yang aku mahukan.

Tapi, adakah kadar metabolisme aku makin menurun pada usia 24 tahun nie..?? Boleh bayangkan, kalau ukurlilit pinggang seluar masa mula-mula masuk ke maktab dulu adalah 28. Sekarang, sudah menjangkau ke saiz 33. Kalau dulu, berat badan nak mencapai angka 70 kg adalah sesuatu yg mustahil. Sekarang dah nak sampai 75 kg. 

Perubahan ini memang mendadak. Pada awalnya, aku amat gembira. Almaklumlah, aku adalah salah satu bangsa yang sukakan pertambahan berat badan. Aku boleh tersenyum riang walaupun berat badan meningkat kepada 0.5 kg. Dan pernah sekali aku melompat tinggi bila berjaya menaikkan badan sebanyak 1.5 kg pada cuti semester dua tahun lepas. 

Sebenarnya,  aku bukanlah menghadapi masalah berat badan keterlaluan pun. Tetapi perut yang membulat ini memang merunsingkan. Dan ramai kawan-kawan lama seseolah tidak mengecam rupa aku pada asalnya.

"Laa.. Ingatkan sapa.. Ikhram ke? Rupa kau dah lain la sekarang..??"
" Lain ?? Lain macam mana ??"
" Makin smart..?? "
" Haa ...?? "

Aku tau la maksud dia tue..?? Aku makin tembam la tue.. Sebelum dia tanya pasal perut aku, baik aku lari dulu.. Hahaha..

Jadi, aku mulakan tabiat hidup yang lebih baik. Aku makan malam sebelum maghrib. Adakala aku makan buah-buahan setiap hari, terutama waktu malam. Aku beli susu walaupun tak pernah minum susu sebelum ni. Aku cuba bersenam. Baru aku sedar, bukan mudah mencari masa untuk melakukan aktiviti jogging.

Semua ini menyedarkan aku betapa pentingnya menjaga pemakanan. Selepas ini menjadikan aku lebih peka dan lebih memahami serta menjaga perasaan orang lain yang berdiet. Perkara sebegini nampak remeh tapi sangat merunsingkan. Apapun aku sangat seronok melaluinya.

p/s - Setiap kali bangun pagi, aku akan memandang ke lantai. Alhamdulillah masih nampak tapak kaki.

lapar sangat.. telan jer la.. !!
.

Tuesday, June 12, 2012

Prep Malam












Seperti sekolah lain, pelajar-pelajar di sekolah tempat aku mengajar juga turut menduduki peperiksaan UPSR. Tahun ini, terdapat empat orang pelajar; 2 orang pelajar bermasalah penglihatan dan 2 orang pelajar bermasalah pendengaran.

Seperti guru-guru lain, aku turut menaruh harapan yang tinggi terhadap mereka. Berdasarkan usaha mereka malah bantuan dari guru-guru lain, aku sentiasa berasa yakin mereka turut berkemampuan untuk mendapat kecemerlangan pada peperiksaan tahun ini.

Sebagai warden, aku sentiasa menghabiskan masa bersama mereka. Oleh itu, aku tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membantu mereka bagi mencapai impian yang kami sama-sama mahukan. Setiap masa, aku tidak pernah lupa mengingatkan mereka bahawa tarikh peperiksaan sebenarnya sudah semakin hampir.

"Bulan September tu, kalau ditolak waktu tidur, tolak waktu makan, tolak waktu main, tolak waktu mandi, hatta tolak waktu ke tandas pun... sebenarnya, tak sampai pun seminggu"

.. kadang-kadang aku sendiri tergelak dalam hati bila mengucapkannya. Yang pertama, aku teringat itulah cakap-cakap mak bila aku nak periksa dulu-dulu. Kedua, aku merasakan leteran aku itu terlalu hiperbola.

Adakala aku sentiasa merasakan anak-anak murid aku sangat beruntung. Menetap di asrama yang lengkap dengan kemudahan serta mempunyai ruang yang dekat dengan guru-guru sudah pasti mampu menjadikan diri mereka antara yang terbaik seperti pelajar-pelajar lain.

Sebagai seorang guru, aku sentiasa berusaha memberi yang terbaik walaupun terdapat kekurangan di mana-mana. Apa yang aku ada, itulah yang sebaik-baiknya aku berikan. Adakala layanan ke atas mereka melebihi dari layanan terhadap adik-adik sendiri. Tapi itulah yang sepatutnya.

Di sekolah, setiap malam guru-guru akan bertukar-tukar giliran mengajar anak-anak murid yang bakal menduduki UPSR dengan mengajar mengikut bidang masing-masing. Terdapat juga guru-guru yang akan membimbing anak-anak murid bermasalah penglihatan menggunakan mesin braille untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Begitulah rutin setiap hari di asrama.

Adakala, setiap yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Aku sentiasa bersyukur ditempatkan di sekolah ini.

p/s - di sekolah kebangsaan pendidikan khas, murid-murid akan menduduki peperiksaan UPSR pada usia 14 tahun.