I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 28, 2013

Jerebu









Minggu ini, kita digemparkan dengan krisis musim jerebu yang melanda negara . Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat di beberapa kawasan, terutama di selatan tanah air dan kini semakin bergerak ke utara.

Awal Isnin tempoh hari, acara perhimpunan di sekolah dibatalkan atas alasan jerebu. Aku hadir ke sekolah dengan memakai topeng muka. Kali ini bukan dibuat-buat, kalau aku tidak memakai topeng, memang boleh meloyakan tekak, batuk-batuk, pedih mata dan sebagainya.

Jerebu-jerebu juga, tapi kursus perlu juga dihadiri. Berat sebenarnya meninggalkan suasana di sekolah, dengan anak-anak didiknya dan riuh-rendah teman-teman seperjuangan. Sepanjang perjalanan ke tempat kursus, aku dihiasi kabus tebal. Aku perhatikan, majoriti rakyat Malaysia prihatin terhadap kesihatan diri. Ramai yang memakai topeng muka di ibu kota.

Alhamdulillah. Kini.Hujan mulai turun. Berkat doa umat rakyat seluruh negara. Hari terakhir kursus, barulah boleh bergerak bebas tanpa topeng. Esok sudah kembali ke sekolah, bertemu mereka yang diingati.

Nasib baik sempena musim jerebu ni, sekolah tak ambil cuti.. 
kalau tak, boleh mati hidup semula nak ganti hari sabtu yang akan datang, nak turun sekolah... wakaka.. !!

p/s - bila berkursus di Kuala Lumpur. Apalagi... shopping la sesekali. 
Langkah kanan, sebab kursus time gaji. Yezza !!!
 .

Sunday, June 16, 2013

' Saya yang Menurut Perintah'

















Dalam tempoh sebulan ini, aku sudah pun menghadiri 4 jenis kursus, mesyuarat dan bengkel. Semuanya melibatkan pengkhususan pendidikan khas untuk masalah penglihatan. Mungkin akan ada lagi selepas ini. Kesibukan ini memang meletihkan, tapi aku fikir ia memberi banyak faedah. Aku dapat memperoleh banyak ilmu baru malah berpeluang mengenali ramai orang dalam industri pendidikan; dari segenap generasi dan pangkat.

Menghadiri kursus-kursus seperti ini mendedahkan aku kepada tanggungjawab yang lebih besar. Semua ini mematangkan. Mengenali dan dikenali dalam industri memang memberansangkan. Sekarang ini aku lebih memahami dunia pendidikan khas yang aku ceburi.

Bila keluar sana-sini, makan itu dan makan ini. Hotel ini best; hotel ini tak best. Kesannya, perut sudah semakin kedepan. Pipi sudah kembali montel. Nafas tidak sepanjang dulu. Penampilan nampak semakin 'tegap' tapi penuh dengan lebihan-lebihan isi-isi dan lemak yang tidak diingini.. hurm...

...satu keluhan akibat tidak dapat mengawal nafsu makan yang merajai hati dan perut.

Apapun, seronok juga keluar melihat dunia luar. Makan angin sekali sekala walaupun sibuk dengan sesi-sesi dan slot-slot dalam jadual kursus.

Balik kursus, terus dengan perkhemahan beruniform di sekolah. Terpaksalah berjaga malam memantau anak-anak murid. Membantu menjayakan aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Kemudian bertugas seperti biasa sebagai warden yang dikasihi penghuninya semua... hahaha...!!

Malam hujung minggu, keluar bersama emak, abah dan adik perempuan. Emak pun dah mula bersuara. " Sibuk mengalahkan menteri. Buat rumah ni macam hotel," Aku senyum. Nak buat macam mana - 'Saya yang menurut perintah'.

Selagi bujang, selagi itulah takdirnya seperti ini - Penerima surat panggilan kursus yang setia. Apapun, sebaik-baiknya semuanya haruslah dipandang secara positif. Baru hidup menjadi lebih baik setiap hari.

p/s - kalau boleh lepas ni hantarlah aku kursus di negeri sabah sarawak pulak. Nak jugak jalan-jalan percuma kat sana...
.

Thursday, June 6, 2013

Teacher

video

 


 
 Video kat atas tu tadi menerangkan sekumpulan murid datang mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada gurunya yang sangat garang di dalam kelas mereka. Mereka nampak sahaja macam berenam di dalam satu kelas, namun hakikat sebenar - lebih dari 60 orang kerenahnya. Asasnya, seteruk-teruk hukuman yang aku berikan, rasa kasih dan sayang itu tidak pernah lekang. Murid-murid tadi boleh diklasifikasikan sebagai murid bermasalah pendengaran.
 
Kadang-kadang aku selalu terfikir, kenapa profesion perguruan yang aku impikan..??
 
Aku mungkin ada 1001 jawapan. Emak dulu selalu cakap.. aku sesuai menjadi guru.. kerana aku tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja berat. Sesuai pegang pen dan kapur. Begitu jugak dengan salah seorang pembantu makmal di sekolah dulu, selalu setuju bila melihat jari-jari runcing aku ketika melakukan eksperimen. Aku sesuai dijadikan cikgu.
 
Itu belum cikgu aku yang hanya melihat hasil seni aku menggunting kadbod - "elok sangatlah kamu menjadi cikgu" - bila aku bertemu dengannya semasa menuntut di maktab. Cuma dia berharap aku menjadi seorang guru sejarah atau seni. Tetapi dia terkejut aku memilih sains sebagai major.
 
Namun bila aku fikir-fikirkan semula, bukan semua dilahirkan untuk menjadi seorang guru. Kalau setakat nak mengajar ABC 123, prinsip Bernoulli, Ketumpatan, Kelajuan, Basic Need of Living Things... berjuta-juta manusia lain boleh melakukannya.. tapi bukan semua dari mereka yang berpeluang. Malah, ada yang menolak.
 
Melihat anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan ingin meneroka alam sekeliling, memang mengujakan. Mendekati dan memahami mereka adalah satu keseronokan. Kini, barulah aku faham.. bila guru diumpamakan sebagai lilin, memang ada kebenarannya.
 
p/s - aku rindu nak ke sekolah. mengajar.
.


Wednesday, June 5, 2013

In Trend - Isu Lelaki m/s 117

 
 
Beberapa hari yang lepas, aku beli majalah In Trend. Fahrin Ahmad jadi cover. Aku terus ambil apabila terpandangkan kali ini adalah edisi lelaki. Untuk harga RM7.50, aku rasa tak berapa berbaloi sangat. Tak banyak input kali ini yang berjaya mencuri hati. Kalau la aku tau, baik aku baca kat MPH jer... !! Free.
 
Walaubagaimanapun, Ada satu part dalam majalah ini yang aku rasa mencungkil idea aku. Setiap majalah yang memaparkan edisi lelaki, pasti tak tinggal untuk menemuramah beberapa artis lelaki yang dikatakan 'gojes'. Untuk majalah In Trend kali ini, mereka mempamerkan lima artis lelaki - SHAHEIZY SAM, FAIRUS FAUZY, IRFAN KHAIRI, AIZAT AMDAN dan SHERSON LIAN - dengan soalan yang sama.
 
Tiba-tiba aku terfikir... kenapa tidak, kalau soalan ini ditanya pada aku pulak...?? Hahaha...
Aku rasa, aku tak la 'tak gojes' sangat kan??? Wakaka...
 
 

 
Apakah definisi 'gentlemen' bagi kamu ?
Gentlement bagi saya apabila seseorang lelaki mampu melayan kerenah orang ramai dengan baik dan sabar serta memahami setiap keperluan mereka.
 
Bilakah ketikanya kamu rasa kamu benar-benar berjaya ?
Apabila saya mampu membantu mengubah masa depan seseorang individu daripada tidak tahu apa-apa menjadi seorang yang berguna. Contoh, anak-anak didik saya.
 
Kamu punya pakej lenglap sebagai lelaki pujaan wanita, pernahkah digoda atau diburu?
Saya rasa soalan ini bukan untuk saya.
 
Wanita paling mempesona di mata kamu ?
Maya Karin. Setiap senyumannya mempesonakan saya. Dalam keadaan marah pun dia masih lagi mempesonakan.. apatah lagi jikalau dia sedang menangis...
 
Jika kisah kamu ingin difilemkan, siapakah pelakon yang layak membawakan watak kamu itu?
Redza Minhat.
 
Cita-cita pertama kamu?
Ingin menjadi seorang guru. Semasa di sekolah rendah, saya selalu mengagumi seorang guru lelaki yang tegas, berpenampilan menarik dan nampak bijak.
 
Antara kereta, gajet dan wardrobe, yang mana satu menjadi kegilaan kamu ?
Semuanya tiada. Saya lebih tertumpu kepada bahan bacaan.
 
'Boxer' atau 'brief' ?
Boxer.
 
Pencuci mulut paling seksi di mata anda ?
charamel cheese cake di nando's. Sampai ke hari ini saya terbayang-bayang rasanya yang sangat seksi mengumpan kekenyangan.
 
Berapa kerap membeli kasut ?
Setahun dua kali. Satu kasut kerja, satu kasut jalan-jalan.
 
.........................................................................................................
 
tamat sesi temuramah.
 
p/s - kadang-kadang seronok juga menjawab dari majalah-majalah yang kadang-kadang lebih bersifat komersial. tak melambangkan identiti seseorang individu secara jelas.
.