I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 29, 2010

Cerita Lama - Open Day

Lamanyer tak menulis.. namuh hasrat menulis tetap ada.. maklum sajalah terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan nie, termasuklah yang baik mahupun tak.. namun amat beruntung kerana dikelilingi kawan2 yang selalu menemani suka duka hidup sebagai pelatih.. Hari ni nak cerita kisah yang dah lama.. tp masih sentiasa di ingatan..

Hari Terbuka Asrama


Mula-mula masa dengar pasal Hari Terbuka ni macam tension jugak la.. Lebih-lebih lagi Hanis Safwan ajak aku join die jadi pereka dalaman blok amra... Aku sebenarnya bukan reti sangat...!! tapi aku ikutkan jugak.. maksudnyer die percayakan aku la tu.. Lepas berbincang kami dah setuju untuk memilih konsep klasik kontemporari. Jadi semua nama2 ruang di dalam blok ni kami gunakan bahasa lama-lama.. ala2 bahasa sanskrit la kononnyer.. hehehe..

blok amra - teratak seri amra
bilik tv - kamar penglipur
ruang lobi - balairong seri amra
papan kenyataan - prasasti info seri amra
bilik mandi - kamar bersiram
tempat ampaian - anjung seri amra
bilik penghuni - kamar
lorong bilik - susur tepak sireh

Kami sama-sama menyiapkan langsir tanpa benang.. Orang laki2 kan kreatif. Kitaorang guna stapler jer ganti benang dan guna gelang getah untuk buat bunga kat tengah2 langsir.. siap ada ropul2 lg.. haha.. tq Abdillah kerana membantu dalam penghasilan langsir.. dari lobi dah nampak dah! Lepas tu siling lorong, aku dan Hanis Safwan dah beli kain kosong pink dan purple cair untuk dibuat lelangit. Kami berdua dah gunting kain tu selari sebanyak 16 jalur. Kerja2 ni mcm sinonim sgt untuk kami berdua. Dan usaha melilitkannya di siling lorong dilaksanakan oleh Faiz Syahmi, Fazreen dan Faris. Alhamdulillah usaha ni memberi kesan yang menarik sepanjang laluan amra kami namakan Susur Tepak Sireh Kduk Menjunjung. Ruang lobi juga cantik dengan meja yang berbalut kemas di samping papan kenyataan yang cantik berhias. Pasu2 juga diletakkan indah ditaburi batu2 sungai di sekitar pasu..!! Memang blok kami berubah seratus peraus..!! Cantik..

gambar terpaksa dikaburkan atas permintaan ramai.. hehehe!


Bile pengarah mai.. memang respon positf. Adalah seorang lecturer ni.. Pejabat die depan jer tingkap aku.. jadi masa hari terbuka ni, die memang nak tau sapa yang menghuni bilik aku tue. Jadinyer die pun dah kenal aku.. Aku lah pemilik kamar itu..!! Aku rasa malu2 sket la, sebab tak sangka aku ni slalu diusha (diperhatikan). Tp bilik aku ni mmg selalu pun kene usha dgn orang tak kire laki ker perempuan dan apa saja jenis darjat manusia kat maktb nie.. tp nak dijadikan citer.. aku bley tak kenal sapa lecturer nie siap lagi tnya dari department mana.. Apa lagi mmg kene 'basuh' la.. tp memang terhibur la bila dah ada peminat sendiri nie..

Petang berpeluang melawat blok Pala.. apalagi redah ar masuk bilik classmate perempuan. Selama ni hanya kenal mereka kat luar jer.. Kali ini kami terjah bilik diorang. Dah macam Jimmy la pulak dalam Trek Selebiriti. Bilik mereka semuanya cantik-cantik dan kemas2. Dapat tengok arnab sapa ntah kat paras diorang..!! Masuk bilik Nadiya Khalik, terbentang teddy bear yang aku hadiahkan masa birthday die.. kat kepala katil die ada keratan akhbar kelebihan berzikir untuk menjadi pelajar cemerlang.. patutla Nadiya Khalik bijak kat dalam kelas.. Masuk kat bilik Fariezza dan Aisyatul Nur, kami semua masuk ramai-ramai dan berbual sama-sama & ramai2.. sempat lagi temankan kak iezza lipat kain kebaya..



Begitulah riangnya hari terbuka kolej kediamana sehinggakan terdengar suara memanggil semua pelawat keluar dari blok. Begitulah tamatnya hari Terbuka ini..


p/s - bilik aku.. dulu, kini, selamanye.. macam ni je la!! x berubah-ubah..!!


Sunday, April 25, 2010

Bila dimana siapa 11


Siapakah Aisyahtul Nur Zainol di mata saya???


Sepanjang menetap dan menimba ilmu di maktab yang permai ini, dialah seseorangnya yang memanggil aku dengan gelaran 'adik' memandangkan aku la yang termuda dalam kelas.. hahaha.. Selalunya, sentiasa bersama die walaupun suka dan duka.. ada masa terpaksa juga berhadapan salah faham yang membuatkan kami tak bertegur sapa. Tapi selalunya tak la berterusan bermasam muka.. memandangkan dia garang dan aku pula sensitif.. kui kui kui (masa awal2 semeseter la!) . Kebanyakkan perkara pelik, aku lakukan bersama dia, memandangkan dia tak tau malu dan aku pun sama..

Dialah rakan yang pertama membelikan aku jam kerana baginya seorang guru perlu memakai seutas jam. Jadi sekarang aku dah terbiasa menggunakan jam dan tidak boleh tidak. Dialah orang yang pertama yang menggalakkan aku bermain bowling sehinggakan sekarang aku bijak melambung bola bowling yang aku sangka berat suatu ketika dulu. Kalau menonton wayang, die mungkin rakan yang tepat untuk aku ajak. Jiwa kami sama dalam menangani ragam wayang melayu. Jiwa kami halus bile menonton wayang.. kalau die nangis dulu, aku ikut.. kalau aku nangis dulu, dia akan ikut. Apa jer citer wayang yang kami tak nangis..?? Selalunya kami minat wayang Yasmin Ahmad yang punya nilai2 sentimental yang buat kami terus-terusan sebak bersama. Tapi paling tragis bila menonton wayang 'Sepi' kami menangis dalam ketawa melihat gelagat watak yang dimainkan Nasha Aziz.. !

Dan bermacam2 cerita antara kami... yang boleh dilupakan dan ada yang tidak mungkin dapat dilupakan.. Insyaallah akan terus berkawan dan menjaga antara satu sama lain.. Itulah die Aisyatul Nur Zainol yang aku panggil 'akak' dalam kelas.. huhuhu!

Saturday, April 24, 2010

Hari Jalan Jalan Cari Makan Sedunia kat Kulim


Hari aku berpeluang berjalan2 sejauh Kulim.. hahaha macam la Kulim tu jauh sangat dengan Penang, untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan Kak Long Nadiya Khalik. Perjalanan memakan masa selama kurang dari satu jam aku nikmati dengan hati yang berbaur dan kepala yang pening.. tapi tetap seronok. Biasalah konvoi ramai2 ni memang ada macam2 ragam.. Aku tumpang kereta Faiz Syahmi bersama Helmyzi Hindwan dan Fadhli Daud. Byk jugak kereta yang hadir (hahaha.. ayat ape la yg aku guna nie!!) dari pihak belah pengantin perempuan dicampur dgn pihak kami dari maktab.

Kami semua sampai ke rumah pihak pengantin lelaki dalam kira2 jan 12,00 tengahhari. Memang sesuai sangat la masanya kami datang. Sampai2 jer, aku terus ambik peluang untuk masuk ke rumah pengantin untuk menyaksikan upacara menepung tawar. Secara jujurnya aku memang minat tengok majlis2 karamaian macam ni.. Meriah tu beb!! Ada persembahan kompang dengan alunan lagu2 perkahwinan tradisional yang betul2 menghiburkan.. Rasa macam nak tumpang jer menyanyi sekali dengan group tu..

Tema perkahwinan hijau lumut ni bagi aku nampak menyerlah dengan pelamin putih hijau amat berpadanan dengan majlis hari ini. Kesemua wakil dari pihak lelaki mengenakan busana hijau mengikut tema yang mereka pilih. Dari pihak kami.. bertemakan CETUSAN WARNA. Macam2 warna ada.. huhuhu..

Seronok bergambar bersama kawan2 di atas pelamin.. Pihak pengantin pun sporting bagi aku peluang bergambar bersama mereka dan bergambar berseorangan, berpasangan, dan secara berkumpulan di atas pelamin.. Apalagi, bergambar ar puas2..

Makan pun sedap.. aku makan sambil diapit Faris, Diya dan adik asuhan kesayangan die serta Hanis Safwan.. makan semeja bersama, disamping diberikan cenderahati yang aku tinggalkan di atas meja yang sama juga..

Ucapan kepada kedua2 mempelai, selamat pengantin baru, semoga perkahwinan berkekalan ke anak cucu.. Insyaallah.. semoga tabah dan sabar menjalani kehidupan berumahtangga yang bayk onak dan ranjau.. jgn risau kebahagiaan pasti ada! cewah.. ckp macam dah berpengalaman jer.. padahal budak2 lagi..


ok, kenyang sgt! malam g pasar malam bersama Nadiya Khalik, Azurin Abdul Rahman, Fadhli Daud dan Fariezza Rahim.. Baru aku faham kenapa duit boleh abis byk gi pasar malam.. memang rambang mata ar.. semua makanan aku nak beli dan akhirnya penghujung malam aku terbungkang kekenyangan.. alhamdulillah..

Tuesday, April 20, 2010

Permulaan Menjadi Pelajar Maktab + Melempar Cakera


Kembali menjadi seorang pelajar bukanlah suatu yang amat2 menggembirakan sebenarnya.. hahaha.. Setelah sebulan seronok mengarah anak2 murid itu dan ini, berleter panjang2, makan ikut kehendak hati jer.. kini tibalah giliran kami yang terpaksa mendengar kuliah yang berjam-jam, beratur panjang untuk makan, bermulalah keje yang berlambak2.. dan bermacam-macam lagi.. dugaan dan cabaran kat maktab yang tercinta nie..

Untuk hari isnin, mood untuk ke kuliah tu masih lagi kosong.. tp telah dimurnikan oleh madam Tan Seok Kiang dengan mengadakan perbincangan kelas berkaitan Radioisotop. Aku ingat fasa eliciting idea die lama giler la sampai 40 minit. Lepas tu restructuring idea die hilang mcm tu jer.. tp application of idea die mmg terbaik!! Sebab die bagi masa untuk kami buat concept map kat kertas mahjung dan lepas tu present. Sama la cara kita. Nampaknyer madam Tan dah memperbaharui approach die dalam mengajar kelas kami.. hahaha.. pandai2 aku jer nak komen lecturer..!! sori Madam Tan.. saya gurau2 jer..!! Next week die akan buat debate dalam kelas untuk tajuk radioactive ini baik atau tidak digunakan dalam kehidupan harian.. Lebih kurang mcm tu la tajuk die.. dan yang bestnyer laki lawan perempuan..!!


Untuk petang hari ini pulak ada latihan olahraga.. !! Tibalah giliran Fuad Jahaya, Azurin Abdul Rahman dan Fadhli Daud untuk mengajar kami semua akan sejenis olahraga iaitu MELEMPAR CAKERA. Dalam hidup aku inilah kali pertama aku memegang cakera dan melambung setinggi mana yang aku mahukan. Tak la berat sangat, cuma 2 kilo jer... tp tadikan masa ansur maju kedua guna bola baling, aku terlempar bola terkena bawah abdomen si Amir Aminuddin tu. Mengaduh sakit.. jatuh terduduk budak tu.. sori ek?? tak sengaja.. salah sasaran.. apapun sesi latihan ari ni memang enjoy.. gelak2 dengan semua orang.. buat semua latihan dengan rasa hepi. Sebenarnya kelas aku ni memang best.. kitaorang memang sepakat.. kalau tergelak tu semua orang nak tergelak sama.


Malam pulak, sama2 dengan Nadiya Khalik, Amir Aminuddin, Zuliyana Hassan dan Fariezza Rahim singah ke tesco.. saje nak makan Mc d.. shhh!! Masa ni terima mesej dari Haris, anak murid aku 5 nilam.. seronok berbual dgn anak murid sorang ni.. Lega bile die ckp cikgu sains mereka buat revision tajuk yang aku ajar, energy.. semua pelajar dpt jawab.. Alhamdulillah!! Haris, cikgu doakan kamu berjaya dalam apa cita2 yang kamu impikan.. tak salah jadi drummer, tp jadilah ahli muzik yang berilmu..

p/s- iman, abg pun doakan sama, supaya iman jadi manusia berguna pada bangsa agama dan negara.

Monday, April 19, 2010

bila dimana siapa 10


memori yang ternilai tak perlukan harga..
tp perlukan nilai yang sgt2 berharga,..
aku hargai setiap pemberian anak2 didikku..
yang cantik, yang comot, yang simple..
walaupun hanya berbekal sekeping kertas kotor,
yang kamu koyakkan dari buku latihan..
akan cikgu simpan buat kenangan..
kenangan abadi

tq hamizan untuk bookmark yg sgt2 cantik nie..
cikgu suka sgt2...


dan bermacam2 lagi ucapan2 madah kamu kepada cikgu
akan cikgu simpan
sebagai pembakar semangat & iltizam
menjadi yang lebih baik
untuk masa akan datang!!

masa: 16 april 2010
tempat :sk mutiara perdana

Saturday, April 17, 2010

Minggu Terakhir Bergelar Cikgu Ikhram


Minggu ni merupakan minggu terakhir aku menjadi guru pelatih di SK Mutiara Perdana. Walaupun minggu terakhir aku tetap juga penat seperti biasa. Sibuk.. bukan aku jer tp semua cikgu praktikal sibuk.. !! Jadi untuk meredakan ketegangan tu aku curi2 keluar ke kantin sekolah, berbual2 bersama makcik2 kantin. Adakalanya aku makan bersama2 mereka. Adakalanya pergi meninjau anak2 murid yang membuat latihan choral speaking, kata bermadah, dan macam2 yang ada di dewan sekolah. Kurang rasanya stress bila melihat bakat budak2 ni. Secara jujur, aku amat2 terhibur dgn apa yang diorang usahakan dan berdoa semoga mereka semua berjaya mendapat tempat yang terbaik di negeri ini..


Minggu terakhir ni, aku masih tetap lagi mengajar. Bila sudah menjadi cikgu nie, barulah aku tau bahawa aku tidak boleh lagi mementingkan diri aku sendiri tanpa memikirkan apa kesannya ke atas anak murid. Secara jujurnya aku amat2 risau bila ada antara mereka yang masih tidak faham atau sukar untuk mengingati apa yang aku ajar.. untuk itu sempat juga aku menyediakan test kat mereka atas tajuk yang aku ajar tempoh hari.. Resultnye.. amat2 membimbangkan!!

Betullah kata GPK Koko sekolah ni, bahawa dalam mendidik ni, ada masa kita akan give up.. tp jangan dibiarkan lama2, cepat2 refresh balik semangat dan tanamkan azam untuk mendidik anak bangsa. Jadikan anak2 murid kita umpama anak sendiri. Barulah kepentingan mendidik itu ada. Kata-kata dari orang2 yang lebih pengalaman. Setiap pengalaman aku kutip.

Sepanjang minggu terakhir ni macam2 hal akan berlaku.. Adakalanya terkejut jugak dibuatnya.. nnt la aku cerita.. Takde mood sgt nak menulis sekarang nie.. banyak emosi yang tertumpah.. jadi layan jer beberapa pic yang ada, memori sepanjang minggu terakhir nie..

Inilah anak2 murid yang salalu menghiburkan hari2 aku sebagai guru.
Melayan kerenah mereka buat aku jadi sayang, geram dan macam2.

bersama Firman dan Syawal bersarapan makanan RMT.
Seronok melihat anak2 RMT yang bagaikan sebuah keluarga.
Ada yang mencedok makanan, menuang air untuk adik2 yang lebih kecil..
Angkut air dengan jag..
Riang pagi aku bersama mereka.

kelas 3 Delima..
Pantang aku nak buat magic show, cukup excited.
walaupun nakal, tp mendengar kata..
atau aku yang garang sgt???

budak kecik kat belakang tu, pernah kene sebat dgn aku.
Nakal sangat.. tp lepas kene sebat jadi baik pulak..

Warna ungu ni tandanya pengawas sekolah.. jgn tertukar..
diorang ni tugas pagi2 susun kerusi untuk aku dan cikgu2 lain
untuk perhimpunan..

Ni Zarif Haikal, antara murid yang sgt2 prihatin terhadap kebajikan aku.
Dia la yang akan tanya keputusan observe samada aku lulus ke tak..??
bila aku ckp lulus, gembira die mengalahkan aku..

seronoknye menampal..
berebut2 ni nak tampal..
terpaksa la aktiviti ni aku ulang sampai 6 kali
supaya semua dpt peluang menampal..

sukaneka darjah 2..
walaupun tak involve tp datg gak menyibuk tgok diorang.
terhibur sket dari stress jer memanjang..

ni bebudak kelas 5 intan.
walaupun hati rasa nak menangis melihat diorang..
tp aku perlu cekal.. inilah cabaran..
berpuas hati sangat2 bila apa yang aku ajarkan, mereka dapat..
sekarang mereka dah mahir kemahiran menolak..

ni semua hero2 sekolah..
bebudak darjah enam..
klau nak tau budak baju putih tu adik ipar kpd pengawas baju biru tu..
sori yer!! hahaha.. gurau2!!

ni buah hati pengarang jantung kat skmp..
gud luck Nazihah untuk pertandingan bercerita..
"MAYANG SARI...!!!"

Comelkan bebudak dua orang ni..
sorang nama Shafi, sorang nama Iskandar
dua2 pendiam.. senyum jer..
dah nak last2 ni baru nak berborak panjang dgn aku..

bersama pegawai kebersihan skmp..
makcik, tq melayan saya dan kawan2 dengan baik..
beria2 suruh budak tu masuk sekali dlm pic..
takut pendek umo klau bergambar bertiga jer..!!

bersama fazrul yg aku panggil atlet kelas..
kuat berlari mewakili sekolah
berjanji dgn aku takkan dapat no 9 lagi..
baik, kemas budaknye..
terpandangkannya buat aku teringatkan iman.

inilah pemenang anugerah
pelajar cikgu yang paling kelakar, HAMIZAN
penyeri hidup aku di library..
slalu sakat die nie.. tak sangka hamizan orang sarawak
"kamek sayang cikgu ikhram" terharunyer...!!

bersama Syafiq, Aiman dan Afif..
Syafiq yang poyo tp aku sayang
Aiman yang bulat dan afif yang kelakar..


kepada semua anak2 murid cikgu,
cikgu sayang kamu semua.
salah dan silap cikgu
kamu maafkan la yer
itu adalah tugas cikgu sebagai guru kamu
mana yang pahit itu ubat
agar kamu sejahtera sepanjang masa..
doa cikgu, agar kamu berjaya sentiasa
amin..