I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 30, 2010

Makan Jeruk Makan KFC..

Bangun lambat tp sempat lagi masuk ke kuliah.. Itulah kuasa seorang pelajar yang hebat macam aku.. rasanyer macam murid-murid bermasalah.. tp yang baiknyer aku tak pernah ponteng kuliah lagi k untuk sem ni? kire cemerlang jugak la tue.. ( berhenti sat, tgok rumate masuk bilik terus tido kat katil.. apsal ek?? )

Hari ni kuliah subjek lab management.. belajar pasal improvising lab equipment dan plan pasal trip nak g Balai Bomba Bayan Baru.. sebab aku dengan Farhana Fauzi adalah ajk subjek ni.. jadi kene la aku dengan die buat proposal dan berurusan dengan pihak bomba tu.. jangkaan pergi - 14 Oktober nie.. tp perbincangan ni lagi byk menyentuh pasal tempat2 nak lunch hari tu nanti.. seronoknyer dpt g makan kat AWET MUDA... !! Teringat sotong celup tepung die yang sedap dan garing tue..!!

Sambil2 tu siap meratah jeruk betik yang dibuat oleh kumpulan Fadhli Daud.. kalah jeruk lain yg ada kat pasaran.. aku melantak sampai tak ingat yg perut aku kosong lagi.. lepas tu mula la rasa pening2.. tp memang berbaloi la berpening-pening kepala makan jeruk betik abe pali nie.. sedap..!! Jeruk kedongdong aku jugak yang tak menjadi.. sebab ape la agaknyer..?? dah la resepi turun temurun dari Kuala Pilah..
.

ni la jeruk yang sedap tue..

kami la peratah jeruk yang sopan..!!

Malam, masa sedang enak2 berfacebook.. tetiba termenyampuk Fatin Ramlinyer profile.. dia nak g makan KFC.. apalagi terpengaruh la.. g la ajak Afiq Ismail biar cukup korum.. alamatnya ikrar kami untuk makan fastfood sebulan sekali terlerai sudah.. bedal je la, Fiq !!..

aku dengan afiq.. dpt gak kita berjimat makan KFC kali nie..

abg fuad dan kak tin.. kita makan sambil gelak2..!!

Science Society 2 - Box...??

Ada masa dalam pemikiran aku, waktu ketika menjalankan Science Society ni macam tak best je.. Saat petang2 macam ni.. bagilah aku peluang untuk aku tidur.. Kesannya, aku asyik tertidur dan masuk perjumpaan lewat.. risau jugak ni sebab Science Society kaya dengan lecturer yang sgt2 'on-time'.. dan bla..bla..bla.. tak larat nak cakap2 pasal mereka..
Apapun perjumpaan tetap aku hadiri.. dan kali ini, penggunaan kad-kad perayaan yang lepas2 telah kami gunakan untuk aktiviti membuat kotak perhiasan.. Banyak kegunaan kotak hiasan ni.. Antaranya sebagai menyimpan barang2 kecil seperti kerongsang, syiling, pendrive, hiasan untuk kenduri kawin samada letak gula2 mahupun bunga rampai, mana yang nak hadiahkan cincin lamaran, leh la masukkan cincin tiruan kat dalam kotak ni.. (mana2 student maktab yang tak berduit lagi la kan??) .. tp dalam kepala aku, balik jer rumah nanti aku nak baut sebijik untuk bekas tempat letak pengetip kuku.. asyik2 hilang je..

Buat kotak ni tak la serumit yang disangkakan.. aku ingat kedai2 yang jual kotak2 ni sampai harga RM5 sekotak, memang dapat untung banyak..!! Terlalu banyak.. aku yang tak berseni ni pun boleh menghasilkan kotak yang agak cantik.. Jadi kami menghasilkan berbagai2 jenis kotak.. (kalau dpat kat uwan aku, ntah2 die buat kotak tempat letak tapai.. hahaha) Perjumpaan kali ni walaupun aktivitinya ringkas tapi bermanfaat dan menghiburkan..









Monday, September 27, 2010

PEKA yang memeningkan??

Disebabkan semalam hujan.. jadi sepanjang malam tidur aku nyenyak sampaikan dari jam 7 pagi aku masih lagi bersantai-santai di atas katil menunggu sampai la nak masuk jam 7.30 pagi.. Bagus tak perangai aku..?? hahaha! Amaran kepada bekas2 murid kalau ada yang membaca - Jgn tiru k?

Bersiap ala kadar untuk hari Isnin nie.. Dengan mengenakan tie pemberian ikhlas Cha Zainol melangkah terus ke M-Square.. tak sempat nak duduk, dah dikejutkan dengan kes microteaching.. Ya Allah, satu habuk pun tak teringat.. tak prepared apapun.. dah la lesson plan aku tu ntah aper citer .. terima ker? tak ker..?? Yg aku tau tak hantar lagi sebab lecturer room berkunci..?? Dengan perasaan berdebar2, aku pegi la ke makmal komputer 4.. Berita baiknya, microteaching tunda minggu depan atas alasan lecturer kami, Miss Yeoh Pheik Kin memerlukan masa untuk memeriksa lesson plan yang dihantar sebelum nak buat microteaching.. hahaha.. dalam hati aku lega seribu nikmat.. Jadi kelas diteruskan dengan pengajaran how to make lesson plan.. baru betul.. ajar dulu baru la buat.. Kesannyanya, kami sekelas rehat lambat..
Untuk kelas Assessment - kami tak belajar sangat.. sejam pertama, kami mendengar ceramah mengenai kehidupan.. lalalala.. sejam seterusnya kuliah diteruskan dengan aktiviti practical untuk contoh cara-cara menilai murid-murid dalam PEKA.. kadang2 aku serabut juga dengan subjek nie.. kami kene buat experiment pulse dan solution.. yang pulse tu kami pilih Faiz syahmi as variable sebab die sportman kelas kami la konon2nyer.. hahaha.. yang exp.solution tu aku konfius dengan lecturer punyer pendapat.. dan kawan punyer pendapat.. walhal experiment tu ringkas jer.. nak larutkan gula dalam air yang berlainan suhu jer pun.. pengajarannya, klau kita jadikan sesuatu perkara tu mudah.. mudah la ia.. tp klau tak.. tu yang pening tu... kan??
ni la sportman kumpulan kami, yg aku citerkan td.. penat tak naik turun tangga..??

zulie, diya aku.. check temperature air..

taat faiz dengar ckp zulie.. diya sibuk buat aper tue?

lee fern dgn amir.. jaga azurin tu.. nnt tertumpah air lagi..

kok ana, kak ida, kak iza dan kak tin.. sweet 23.. hahaha

check borang posting.. lengkap ke tak??

Petang tidur dengan nyenyaknya dan malam makan dengan banyaknyer.. hal2 berkaitan posting aku dah cuba settlekan sehabis baik.. klaau ada lagi tu, terpaksa la aku lengkapkan lagi.. urusan fail BIG rasanya dah lengkap.. malam ni berjuang untuk Fail Science Society report.. selaku President.. memang aku nak mansuhkan keje2 refleksi dan segala bagai.. tapi kuasa aku limit.. ada yang lebih berkuasa dari aku.. sori guys... ikutkan hati, bley tak nak resign..?? ni yg rasa macam nak hentam Fuad Jahaya nie.. "awat la dok angkat tgn lantik aku..??"


ni la rupa fuad jahaya... tak pepasal sebab die aku jadi President.. apapun tq coke td.. keh! keh!

Saturday, September 25, 2010

Weekend - Nasi kandar Pelita..

Weekend ni amik masa untuk berehat sepuas2 hati.. Pagi2 lagi dah makan roti telur dua keping dengan teh tarik.. sangat2 sedap.. kenyang sampai ke malam.. teringatkan suasana kat rumah. Kalau pagi-pagi ahad macam nie mestilah abah dah siapkan sarapan, beli roti canai berkeping2 untuk anak2...

Lepas tu bersiap2 temankan Fadhli Daud, Afiq Ismail dan Azurin ke 'payung'. Aku order air batu campur jer memandangkan masih lagi kenyang dengan roti canai.. hahaha.. Ke tesco temankan Fadhli beli fail.. Petang tidur sampai senja..

Malam, seperti yang dirancang aku habiskan masa bersama adik2 aku.. aku keluar dengan adik aku si Fatin dan Abdullah.. makan nasi kandar Pelita.. Kenyang jugak menghabiskan nasi dengan air barli.. sejak darah naik tempoh hari aku lebih sukakan minuman barli, selain menyejukkan badan aku percaya ia boleh menyerap kolesterol.. biarlah yang diserapnya sikit dari dari tak de langsung.. hahaha...



Singgah tesco beli gel mandian, shampu, coklat sket2.. sempat melihat2 beberapa model kamera digital.. ingat hujung tahun ni nak beli lah sebiji.. buat teman seperjuangan.. hahaha! Malam ni bila Fadhli Daud cakap fail BIG hantar lepas assigment, rasa2nyer malas nak siapkan malam nie.. bertangguh la lagi.. jadi pemalas sungguh aku sejak dua menjak nie....





Teringat cakap2 Jailani T.Mohamad.. siapa yang tak de sijil SPM kene hantar posting ke Sabah.. seram giler.. dah la aku hanya ada slip SPM jer..Cam ner nie??

Friday, September 24, 2010

Science Society - Recycle Presentation

Hahahaha..
sebelum nak cakap apa2.. untuk setiap Science Society Members, saya minta maaf sebab datang lewat ke perjumpaan kita hari ini..
Hari ni berlangsungnya presentation produk2 yang telah dicipta dari bahan-bahan terbuang yang dijadikan bahan kegunaan seharian. Untuk itu, kumpulan aku yang terdiri dari pada Aisyatul Nur, Fariezza Rahim, M. Idwan telah pun terfikir nak cipta spec mata, purse, bakul yg bley buat letak telur masa kenduri, pasu bunga hiasan dan sebagainya.. Ini pun keje malam td yg diselangi gelak tawa masing2 kat kafe..
Apa yang membanggakan kami adalah dapat mencipta barangan yang mmg practical untuk digunakan dan cantik..tak la segan klau nak pakai kat luar.. Apapun memang terbaek la...

aku, kak iza, idwan dan cha

Monday, September 13, 2010