I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 11, 2010

I.M.A.N. ??


I.M.A.N.
Siapakah iman dimataku..
Dialah adik bongsu kesayangan kami..
Dimana setiap keinginannya cuba kami penuhi..
Walaupun jarak kelahiran dia tersisih jauh dari kelahiran kami..
Namun dia bagaikan penyeri di dalam keluarga ini..

Selalunya aku terlalu banyak bercerita tentang adik perempuan aku sampaikan aku terlupa.. aku masih mempunyai seorang lagi adik lelaki yang sentiasa dalam perhatian aku.. IMAN. Budak lelaki kecik yang lasak.. tp mendengar kata.. kalau kat rumah, kami gelarkan Iman dengan gelaran 'Anak Soleh'.. kalau panggil gelaran tu, gerenti..suruhlah dia buat apa, mesti dia akan buat.. cair la tue.. hahaha..

Jarak usia Iman dengan aku 11 tahun manakala dengan kakaknya 8 tahun.. aku mungkin lebih fleksibel bila bersama fatin memandangkan umur kami lebih kurang sama namun dengan iman karakter berlainan, aku tetap seperti seorang abg kepada dia.. jarak umur itu membezakan layanan antara kedua2nya.. namun percayalah kasih sayang aku tetap sama.. kalau disuruh aku memilih siapa yang paling layak untuk aku campakkan ke dalam gaung.. pasti kedua2nya adik aku tu takkan aku benarkan.. !!

Berbanding aku, Iman sebenarnya lebih lasak memandangkan dia bebas bermain bersama kawan2nya dan mencuba segalanya.. walaupun begitu dia seorang yang mendengar kata.. selalunya kalau dimarahi emak.. hanya air mata saja yang mengalir.. mulutnya seakan2 membisu.. Sebagai anak bongsu dia selalu mendahului byk kemahiran berbanding abg dan kakaknya.. dialah yang paling cepat berjalan, paling cepat menaiki basikal, paling cekap bermain komputer, dan sebagainya.. tapi yang paling cepat membaca adalah Fatin, dan tulisan paling kemas adalah aku.. Dari aspek pemikirannya.. dia lebih sukakan fakta2 sains.. dia akan minta aku mendengar apa sahaja yang dia dengar dari buku mahupun rancangan kegemarannya, national geography.. jadi dari situ kami berbeza.. aku lebih menyukai bahasa dan seni, Fatin lebih ke bentuk konkrit seperti matematik dan Iman lebih ke pengetahuan am seperti science..

Iman dari kecik kurang makan nasi.. kalau kecik2 dulu, dia akan muntah kalau terdapat sebutir nasi pun masuk ke dalam mulut.. jadi hingga ke hari ni dia lebih gemarkan kentang dan maggie.. Yang ni sama dengan kakaknya.. Kadang2, aku pujilah.. suaranya agak merdu kalau di dengar.. hahaha.. sebagai abg aku jarang memuji dia berbanding aku selalu memuji Fatin.. mungkin kerana faktor jantina.. dan kebanyakkan masa, aku dengan dia tidak boleh melekat lama.. nnt ada la krisis berlaku.. bak anjing dgn kucing..

Aku asalnya tidak pernah rapat dengan Iman sehinggalah aku terpaksa menjaga dan mengasuh Iman ketika di usia 7.. sewaktu dia mula2 memasuki alam persekolahan.. dengan mak dan abah bekerja, Fatin bersekolah.. dan aku.. aku lah pengasuhnya.. Awal2 aku menjaganya, tekanan juga menjadi ayah dan ibu kepada adik sendiri.. mana makan pakai dan kerja sekolahnya terpaksa aku jaga.. bangun pagi.. tidur aku diganggu dengan pergi menebal muka ke rumah kawannya yang aku tak kenal mana datangnya.. menyalin apa2 kerja rumah yang tak sempat disalin di papan hitam.. menyusun buku dan kelengkapan sekolah, mengajar dia.. Mengajar adik sendiri adalah kerja yang paling menyulitkan.. dan perkara yg aku takkan lupa.. menghandle masalah mangsa buli yang ditimpa Iman di sekolah.. bagaimana aku cuba memujuk dia ke sekolah.. dari rumah.. aku sabarkan hati.. aku cuba menjiwa diri aku sebagai abah.. bagaimana mengawal diri saat2 dia meronta2 tak mahu ke sekolah kerana takut.. semuanya di khalayak ramai di perkarangan sekolah.. dan usia aku ketika itu 18 tahun.. dan seluar tracksuit aku hampir2 terlondeh ditariknya.. Bayangkan ketika itu semua orang melihat aku... huh! azab! dan aku kemudian lega sehinggakan kes itu berjaya diselesaikan.. pengalaman itu menjadikan aku sedar bahawa, aku adalah abang kau, iman..

Dari situ abah mula mempercayai aku dalam menguruskan persekolahan Iman.. dari segi membeli buku dan perkakas sekolah, menghadiri hari terbuka untuk menandatangai buku rekod kemajuannya, dan sebagainya..

Dia seorang adik yang manja tapi disorokkan kemanjaannya tu.. dari segi fizikal dia memang seorang yang berdikari.. sebab tu mak tak risaukan dia bila mak memutuskan untuk bekerja.. Berbanding aku dia kelihatan lebih matang.. cuma aku lebih kemas melakukan kerja berbanding dia.. sama la dengan Kakaknya pun.. tp aku mungkin lebih malas dari kedua2 mereka... hahaha.. Akibat setiap keinginannya sentiasa dipenuhi terutama dari kakaknya, jadi dia bukan seorang yang suka meminta2.. Tak banyak yang dia berkehendak melainkan menyuruh aku membeli maggie dan mengarah akaknya memasakkannya.. Dia suka menonton rancangan kartun dan itulah punca pergaduhan kami di rumah..

Rapatnya dia dan kakaknya, hanya Tuhan saja tuhan saja yang tahu.. dimana akaknya tido, disitulah dia tido.. selalunya muka dia akan bertembung dgn muka kakaknya sehinggalah die terkejut pagi.. dipeluknya la kakaknya tu walaupun kat mana dia tidur.. sehinggalah ke hari ini.. dia lebih manja dgn kakaknya berbanding emak.. teringat bagaimana dia boleh mengucapkan selamat hari ibu kepada kakaknya si fatin.. satu rumah tergelak besar.. Seterusnya bagaimana aku jarang menunjukkan kasih sayang aku kepadanya begitulah dia membalasnya..

Kini dia semakin besar.. walaupun begitu, setiapkali aku dan kakaknya meninggalkan dia untuk pulang ke maktab, dia sekadar menunjukkan wajah biasanya.. sedangkan hatinya siapalah yang tahu.. aku boleh mnyelami betapa sunyinya dia ditinggalkan keseorangan tanpa abg dan kakak.. Pada keluarga cik Anie lah die menumpang bermain bersama uzma dan adik beradik.. itulah adik beradiknya.. mak bercerita, selepas menghantar kami pulang ke maktab.. dia hanya diam di dalam kereta.. kemudian bergerak ke bilik untuk tidur.. tp mak kata dia tabah.. 2, 3 hari selepas itu dia kembali ok...

Kini, hanya tinggal 5 hari lagi aku dan kakaknya akan pulang ke rumah.. menghitung hari lah si Iman menunggu kepulangan kami.. dia tahu kakaknya pasti akan belikan sesuatu untuk dia.. dan pasti, jikalau bas kami sampai ke seremban awal pagi, awal pagi tu lah dia berjaga mengikut abah menjemput kami ke stesen bas.. di saat itu.. dia kelihatan gembira kerana dia tahu keluarga kami akan kembali sempurna jumlahnya...

IMAN, abang dan akakmu sentiasa menyayangimu,
Sekian..


p/s - kepada maklong.. buatlah sesuatu untuk menghubungkan kembali adik beradikmu.. (maaf andai terkasar, tp itulah senarionya)..


4 comments:

Anonymous said...

adik ko muke sme ngn ko..nanti die beso mesti sme tinggi ngn ko..

adik aku pn mcm tu gak..menghitung hari tunggu aku blik..

beza umur pn jauh gak,sorg 11thn,sorg 13 thn..

tp dorg mmg penyeri rumah..hahaha

iKhRam said...

hahaha.. tinggi jugak budak tu.. teringat kecik2 dulu rambut oanjang.. kerinting pulak tu..
klau diorang tak de.. memang sunyi la kuarga aku.. huhuhu

sarah zulk said...

nampak nye ade abg yang dah rindu sangat nak jumpe adik nih.. hehe..

[ Z U L I E ] said...

jom kita pn menghitung hari nak balik..yey!
good luck akok ana n ikhram~~