I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 4, 2010

Masa Depan Sapa Yang Tahu


Saat ini aku sedang menjamah 4 keping roti sekaligus bersalut mentega kacang dan coklat lady choice.. inilah juadah untuk lunch aku hari ni.. memandangkan aku tak keluar ke mana2.. duit pun kering semacam jer dah nie.. hahaha.. pening kepala nak fikir pasal duit.. kire byk jugak la kalori sajian lunch aku nie.. sebab tu peserta2 dlm rancangan the biggest loser tu takut nak makan apa yg aku makan sekarang nie.. aku ingat, kalau adik aku si fatin tu baca blog aku ini.. mesti dia pun takut jugak nak makan roti dgn mentega kacang .. sebab die tu pun fanatik jugak the biggest loser.. aku pun pelik.. aku rasa dia tak la gemuk sgt .. tp slalu la bising2 kat aku kata dia gemuk.. ntah la.. biasa la kan .. perempuan !!

Sambil2 makan.. aku teringatkan borang posting yang baru aku isi hari tu.. semasa nak mengisinya tempoh hari, aku rasa masa seolah-olah terlalu cepat berlalu.. baru semalam rasanya aku menjejakkan kaki di alam maktab yg permai ini.. dan hari ini aku telahpun mengisi borang posting... dan perkara pokok yang paling rancak jadi perbualan dan perbincangan antara classmate2 aku adalah.. - penempatan tempat mengajar ?? maksudnya aku nak pilih kat mana la nak mengajar bila posting nanti.. dan borang ini hanyalah permohonan ok?.. permohonan saja tau.. mintak lah kat mana2 pun yang rasa perkenan kat hati dan yang akan dipertimbangkan adalah pihak atas sana..

Orang lain ada jugak minta pendapat ibu bapa kat kampung halaman, pendapat kawan2.. pendapat pasangan masing2, mana2 pelatih yang ada pasangan yang belajar di maktab la.. dan aku.. aku memang tak fikir panjang dah.. memang aku dah tetap dalam hati aku nak balik NEGERI SEMBILAN.. negeri beradat.. pusako beta.. aku rasa mak abah aku pun dah boleh agak , mana tempat yang akan aku pilih walaupun tak diberitahu.. hahaha..

Ada byk sebab kenapa negeri sembilan merupakan destinasI yang aku mahukan.. Pertama, senang aku nak menjenguk mak abah dengan sebegitu kerap.. sejak aku melangkah di maktab ni.. peluang aku bersama mak abah memang terhad.. memandangkan mak abah pun sama2 bekerja.. dan bila aku bekerja nanti, mak dah pun berjanji akan berhenti.. jadi masa inilah aku nak sama2 menghabiskan masa yg banyak dengan mak.. jadi apa la pekdah nyer kalau aku mintak g posting jauh2 kan ??.. hahaha.. Serius, aku memang perlukan perhatian mak abah.. kalau la dapat pulak sekolah yang dekat2 dgn rumah.. memang syurga la untuk aku.. bertambah sayang la mak kat aku.. hahaha!! Fatin, ko jgn jeles..!! hahaha..

Keduanya, sekolah2 di negeri sembilan kurang menghadapai masalah gejala pelajar2 yang bermasalah.. tahap kualiti pelajar adalah baik.. masa aku dalam Program Berasaskan Sekolah (PBS) dulu.. aku perhatikan jarang sekali nak berdepan dengan masalah2 pelajar yang kurang ajar.. pelajar2 yang keliru identiti yang tak tentu arah kehidupannya dan sebagainya walaupun berada kat sekolah di seremban sekali pun.. memang kurang.. ckp pun baik2 jer dgn cikgu2... kat penang ni.. mati kering aku.. sampai naik la darah aku 160/110 ari tu.. !!

Ketiganya.. betapa seronoknya berkhidmat di tempat sendiri..!! sebenarnya aku tak punya alasan yg banyak kenapa aku memilih negeri aku.. melainkan memikirkan alasan yang pertama td.. hahaha!

Aku tak braper kisah pun apa orang nak kata.. tak seronok kalau balik tempat sendiri.. tak merasa pengalaman yang luas.. tak dapat tgok tempat orang.. tak sempat nak belajar berdikari dan macam2.. selagi boleh memilih tempat yang terbaik.. aku akan memilih yang terbaik untuk diri aku.. dan tempat itu adalah negeri sembilan... kalau ditakdirkan aku ditempatkan di kawasan2 lain.. terutamanya mungkin di Sabah dan Sarawak.. insyaallah aku terima dengan hati yang redha.. cuma nak mintak tu, tak de la.. sebagaimana aku redha semasa interview dulu...

"Sanggup ke sabah sarawak?" tnya penemubual tue..

"Sanggup encik..." semuanya sanggup masa tu.. hahaha!!

Bagi aku khidmat sebagai guru makin jauh di pedalaman makin berjasa sebenarnya.. selagi hayat dikandung badan.. insyaallah akan menabur bakti..

Dan Allah lebih mengetahui mana2 yang terbaik untuk aku.. betul tak??


p/s - kene prepare utk exam.. gud luck semua..!! lainkali IPG.. jangan la susun jadual paper kami lambat2.. mood nak study ni tak de langsung.. ada sket2 jer..


5 comments:

Erin Azizan said...

wah bestnya..heaven giler kalau dapat dok tmpt seniri

iKhRam said...

tu la.. mudah2an biarlah dpt tempat sendiri.. dekat dgn rumah.. kan best..

shasha said...

smuge ditempatkan di tempat yg diingini..

eh2..ayt semcm lak kn..
huu^^
tadelaa
smuge berjye balik nogor!
chayok2!

sarah zulk said...

pakcik.. tahniah.. =D smoga dapat la kat tempat plihan hati tu..

sarah zulk said...
This comment has been removed by the author.