Sebelum aku menulis artikel ini, hati aku yang panas sudah mulai turun amarahnya.. Jadi, terimalah cerita aku ni sebagai satu pengajaran dan aku tidak berniat untuk membuka pekung di dada.. aku sekadar ingin meluahkan perasaan aku..
Untuk itu, biarkan aku memberikan satu soalan kepada anda semua..?? Apakah bezanya antara anak kandung dan anak angkat..? setelah incident petang td berlaku.. bagi aku, kalau dah anak angkat tu tetap jualah anak angkat.. seperti manusia biasa, budi pekerti jualah yang dipandang sejagat.. Aku bukanlah manusia yang terbaik.. tp untuk menjadi seseorang yang terlalu buruk dipandangan masyarakat.. itu bukanlah aku.. aku masih boleh menilai diri sendiri sewajarnya.. Maafkan aku andai terlalu mendabik dada.. tp itulah diri aku..
Kisah keluarga adalah peribadi sebenarnya.. tp tidak lagi menjadi peribadi kalau ia boleh memusnahkan aku dan aku putuskan biarkan jadi pengajaran.. Sewajarnya, sebagai seorang yang tua yang boleh berfikiran waras dan rasional, tindakan mak long sebentar td memang tidak sedikit pun aku boleh terima.. Bagi pendapat aku, sebagai seorang dewasa yang berdarah keibuuan beliau adalah lebih wajar mendekati aku dengan lembut sebagai seorang dewasa memandangkan aku masih lagi pemuda 22 tahun.. yang muda dan kaya dgn kegagalan mengawal amarah..
Persoalannya di sini, kenapa terlalu sayangkan anak, sehinggakan cacat dan cela hanya nampak pada orang lain?? Tidak dinilai pada diri sendiri..?? Aku teringat bak kata pepatah, bangkai depan mata tak nampak, kuman di seberang pulau jadi tatapan.. (aku ubah ikut keselesaan hati aku).. aku takkan pernah menyakiti orang lain klau betul2 dia mendekati aku dgn cara yang betul dan baik.. tidak malukah dia di rumah orang ketika itu dan hadapan atuk sebentar td.. bertanyakan soalan yang seseolah beliau masih seusia 10 thun saja lagaknya.. cara mak long bertanyakan aku tadi membuatkan rambut makin byk terputus dan tepung makin teruk berseleraknya..
Sayangkan anak2 tangan2kan.. macam tu la kata orang kalau mahukan anak2 berjaya.. bukan aku mahu membanggakan emak.. tp jarang sekali emak mahu memenangkan anak2nya di hadapan orang lain.. selalunya kalau ada yang menegur perihal kami adik beradik.. baliknya teruk aku dipukul emak, dileteri emak.. sehingga sekarang ada sahaja perkara2 buruk tentang aku didedahkan kepada orang.. tp tak sedikit pun terdetik di hati menyalahkan emak.. sesungguhnya emak berbuat begitu untuk kebaikan anak2.. emak tak mahu aku rasa selesa dimenangkan keluarga... tp berlainan benar dgn mak long aku seorang ni.. aku pulak disalahkan disebabkan aku tidak pandai menegur anaknya.. bagi aku, anak angkatnya tu bukanla betul2 baik.. maaf, aku kalau tak suka.. dari aku membenci, lebih baik aku diamkan diri.. tp tak sangka tindakan berdiam diri itu membebankan mereka anak beranak.. mungkin aku ni terlalu penting agaknya..?? Aku fikir mak long sanggup berperang kalau ada yang menyalahkan anak angkatnya itu..
Harta kekayaan dan pangkat darjat tidak dipandang orang.. tp budi pekerti itulah yang jadi harapan.. itulah prinsip aku dunia akhirat.. aku dah jauh merantau di tempat orang.. jarang sekali menjadi bahan kemarahan orang.. kata emak, hati orang perlu dijaga.. ckp2 jgn melambung tinggi nnt orang menjadi muak , ckp orang tua harus dilayan, biarpun byk kali diulang2.. tp anak angkat mak long tidak begitu.. jauh jugak dia merantau.. tp menjadi kebencian orang di segenap sudut.. oleh itu haruskah aku jua yg dipersalahkan..??
Tanyalah diri mak long sendiri, kenapa aku membenci anak mak long.. ?? Pernah mak long terfikir jawapannya..?? klau tidak, pernah mak long tnyakan anak angkat mak long apakah jawapannya ?? Jgn lah nak dibesar2kan hal2 yang remeh2 macam ni sampaikan kemeriahan aidiladha dimusnahkan.. aku balik kmpung dengan niat nak seronok2 bertemu sanak saudara dan atuk yang tidak sihat.. jgn lah musnahkan impian aku dgn bertnyakan soalan2 berbaur amarah yang lebih kepada mementingkan diri mak long sendiri.. pinggan retak pinggan dingin.. dah orang tanak, buat apa la teringin2..
Pesan aku, bila umur dah byk, masing2 sepatutnya sedar akan tanggungjawab masing2 dalam menghormati dan menyayangi keluarga.. tak cemburu ke melihat kebahagiaan keluarga orang lain yg aman dan damai.. perkara remeh temeh ni tak perlulah diambil berat sangat.. Abang (panggilan dlam keluarga) takkan marah kalau mak long tadi datg dekat sambil bertanya elok2.. tp mak long sendiri pun tak reti.. tak memahami.. apa yg ada dalam fikiran mak long, anak angkat maklong betul.. kalau betul la anak angkat maklong tu baik, takkan sampai semua orang benci..??
Abang pun ada silap.. tp kali ni abg berharap mak long fikirkan lah juga apa yang sepatutnya jadi pertimbangan bagi maklong.. semua orang sayang anak.. tp jgn la kerana marahkan nyamuk... kelambu pulak mak long nak bakar.. anak angkat mak long dah besar.. dah bersuami.. perlukah lagi mak long yang bereskan hal2 remeh temeh mcm nie?? mak long sepatutnya fikirkan macam mana nak jernihkan keadaan dan merapatkan semula silaturrahim antara keluarga kita.. kita ni menang jadi arang kalah jadi abu.. segan abg dengan atuk td.. tp mak long tak fikir pun dan mak long memang tak pernah nak fikir untuk menghormati atuk..
Akhir kata, dua kali mak long mengecewakan hati abg dengan kata2 mak long.. mak long siat2kan hati abang, penghormatan abg terhadap mak long sikitpun mak long tak hargai.. dulu mak long sakit abg ziarah walaupun ada saki baki marah abg pada mak long.. tp abg padam ego, abg sangka mak long akan berubah... tp apa jawapan mak long..
"sapa suruh ko pergi tengok?? "
Itukah kata2 seorang mak long kepada abg ?? sekarang mak long buatlah perhitungan mak long sendiri.. mak long tetap mak sedara abg walaupun mak long berjaya mengubah dunia.. tp bg abg.. anak angkat mak long itu tetap umpama racun di dalam keluarga dan abg tak mahu apa2 kaitan dengan dia lagi yang menzalimi diri abg dan keluarga kita..
maafkan abg, mak long dari hujung rambut sehinggalah hujung jari..
anak angkat tetap jualah anak angkat..
asal usul kita, siapalah mampu mengubahnya..
p/s - terpaksa gunakan perkataan 'angkat ' tu.. sebab itu adalah realiti..
8 comments:
abg..sbr oke.i dunnoe how d reality of ur life..but d most we cn do is patient..Allah will oweys b wif us..=)chill abg!
ok.. tenkiu.. abg rasa ok melaluinya.. lagipun ini masalah dia.. bukan abg.. abg ok jer!! keluarga abg masih ada, as tmpt menyokong dan memantau tingkahlaku abg..
ikhram,sometimes kan dlm idup ni mmg kita temui pelbagai ragam manusia.Mcm2 dan masalah dlm klgn ahli keluarga tu mmg mslh yg aku rasa semue org pun ada menghadapinya cuma perencahnya mungkin berbeza.mungkin ini dugaan buat kau.Aku harap kau tabah la.Kalau dihina dimaki oleh kalangan ahli keluarga sendiri yg kita hormat,tp die buat kita mcm sampah je,mmg la rasa mcm WTH kan.terutama bile die x selidik dulu perkara yg berlaku dan tau2 nk menangkan anak die/ank angkat die.In ths life,we cannot blame others b4 we knw the truth.Maybe mak sedara ko tu die mmg perangainya begitu.Hopefully oneday she will change.Tp kalau die x berubah pon,ko sabar la byk2 dan doa byk2 agar ko tabah harungi semua dugaan ni ok.hr ni ari raye...anggap la ini pengorbanan ko.berdiam tu mmg la sakit dan mmg ssh nk bersabar klo hal2 cmni.tp pikir balik,x guna melawan org tua.kita blk yg berdosa kot.sabar je la k >_<
huhuhu sungguh panjang N3 ni..mungkin dalam situasi ni kesabaran jela yang jadi kekuatan pada kita...pokcik follow tau..nak komen kat shoutmix xleh :)
sabar jela wok..dlm famili memang ada je benda2 mcm ni..tapi pape pun, aku tawu ko buleh nyer menempuhi semuo ni wok...sabar oke..chill..:)
ok yo wok nana.. dah besa dah.. kdg2 kita senyap pun orng tak puas hati.. kita dah sabar dia pulak nak ajak kita bergaduh..
mmg sabar itu separuh dari iman.. biarlah kita bersabar.. nak lupakan tu mungkin susah.. tp melupakan itulah jalan yg terbaik.. dalam kehidupan aku ni ada byk perkara yang baik2.. baik aku halakan tujuan hidup aku kepada perkara yg baik2.. betul tak?
saba yea ikram..
smoge semuanya baik2 shaja...
dan pling penting,ko kene slalu kuat,sebab ko lah kekuatan lam famili ko... :)
betul panadol.. sentiasa kuat.. nak tau dari mana datangnya kekuatan tu.. dari kesabaran keluarga aku juga.. betulla kata orang.. sharing is caring..
Post a Comment