"Adakala diam itu lebih baik.."
Itulah kata2 bekas kekasih aku tempoh hari.. mungkin berkecil hati apabila aku menyatakan rasa kekecewaan aku terhadap wanita dan ada kaitan dengan diri dia sikit2.. maafkan aku.. aku cuma katakan apa yang aku rasa.. untuk menyalahkan kau, sebenarnya tidak.. kan hubungan kita baik2 saje setakat ini..? selalu saja mendoakan keselamatan dan kebajikan kau di negara orang.. insy.. sama2 bahagia dengan haluan hidup masing2.. dan sama2 berjaya..
Hari ni aku mungkin kehilangan seorang kawan yang baru aku temukan tak sampai 72 jam yang lepas.. kawan lama, dari bangku sekolah lagi.. hahaha.. perdebatan antara falsafah dan cita2 masing-masing menjadi punca.. dia dengan ilmu psikologi dan aku dengan cita-cita aku sebagai guru.. secara jujurnya setelah menuntut di inst perguruan, sudah tentulah profesion perguruan ini amat2 aku cintakan..
Asalnya aku menerima baik setiap pendapat dia.. cita-cita dia.. rupa-rupanya dia bercita-cita besar.. dia ingin mengubah dunia.. byk kesilapan yang berlaku di muka bumi kita... penilaian aku pada masa tu tidaklah sekecil saiz tubuh dia.. ok, baiklah teruskanlah cita2 kau tu.. dan aku cuma menambah, mungkin sedikit.. ubahlah, walau mcm mana nak ubah pun dunia ni.. tp semuanya bermula dari guru juga kan?... dari pendapat aku tu, tak la bermakna apa2, melainkan aku nak menjelaskan bahawa bidang yang dia belajar mungkin ada kaitan dengan bidang aku juga.. dan seterusnya aku dah tak berapa ingat lagi sehinggalah dia keluarkan hujah2 yang betul2 membingungkan aku.. semua term2 philosophy dikeluarkannya.. seseolah dia tahu segala-galanya.. ye la orang falsafah.. mesti lah kene tau serba serbi.. siap berpesan supaya aku perlu meluaskan pembacaan.. ye aku terima lah pesanan dan nasihat itu.. sebab itu nasihat yg baik.. mana mungkin aku nafikan..
Ok la.. abis la pasal philosophy yang memecah-belahkan tu.. aku tak kata philosophy tu silap.. tp aku manusia yang lemah ni yang terlalu radikal mengkaji.. secara jujur, aku bukanlah jenis yang susah menerima pendapat orang lain.. melainkan kalau kene gayanya.. aku rasa dalam memberi pendapat aku jarang terlalu 'keras' sehinggakan tak boleh dilentur2.. selalunya aku memberi dalam memberi pendapat, selalunya aku lebih santai dan terbuka.. cuma ada masa2nya aku pantang menerima pendapat yang terlalu extreme sehingga aku rasakan pendapat itu tiada jalan keluar.. faham apa itu ertinya jumud.. begitulah maksud aku.. !!
Ada masa kita rasa kita dah terlalu banyak membaca.. terlalu banyak mengkaji.. sampaikan kita seseolah terlupa.. semakin banyak yang kita baca semakin banyak yang tidak kita tahui.. ilmu Allah itu luas.. kita mungkin mahir dalam bidang kita.. tp bidang orang lain..?? kalau kita tak selam, kita tak cuba rasa.. bagaimana kita nak memahami.. apatah lagi nak mahir...
Nak meningkatnye ilmu ni, bukan sekadar dari pembacaan semata-mata.. kita boleh belajar dari pengalaman, dari pergaulan, dari kehidupan masyarakat dan sebagainya.. tak cukup sebenarnya dgn mengagung2kan ilmu falsafah yang ada... sebab bagi aku ilmu falsafah ni terlalu abstark pemandangannya..
Apapun.. aku suka mengingatkan bahawa walau setinggi manapun kita jejak.. semuanya bermula dari guru.. gurulah yang mengajar kita dari mengenal rupa, objek, simbul, aksara .. sehinggalah kita bijak mencorak kehidupan, membina keluarga bahagia, merancang masa depan, mengenal ibadat, meningkatkan ilmu akhirat, membangunkan hal2 sejagat dan sebagainya.. nak pegang pen pun kita perlukan cikgu.. kalau tak manakan kita tau nak pegang pen dengan betul.. di mana jarak antara fulkrum dan beban serta daya yg sesuai.. itu yang aku tidak suka bila ada segelintir masyarakat yg memperlekeh2kan profesion perguraan.. sebab antara masyarakat2 yg macam inilah yang suka mempertikaikan tindakan rata2 guru terhadap anak2 mereka.. dan golongan2 mcm ni la yang mudah lupa daratan menyalahkan guru bila anak2 yg dididik dgn ketegasan dan perhatian yg sewajarnya.. ingat sejenak bahawa hargailah apa2 saja perkara yang manusia lain pernah buat pada kita sehingga kita berjaya.. ingatlah wahai sahabatku yang penuh ilmu falsafah didada..
Lawanlah dengan aku tentang falsafah.. Ya, aku kalah dengan ilmu kau.. tp jgn sesekali kau berani tempelak institut perguruan aku yang pernah membimbing aku kepada impian aku dan harapan kedua2 mak abah aku.. ko mungkin tercicir dgn pilihan kau.. tp jangan halang cita2 aku.. kau bukan tidak bijak tapi ko kurang berhikmah.. gunalah pendekatan yg berkesan.. barulah ilmu psikologi kau tu nampak di mata orang ramai.. malah di mata dunia dan aku tetap akan begini.. bakal seorang guru biasa.. yang ada cita2 yg tersendiri...
Apapun, maafkan aku... angkara mulut santan binasa... ideologi kita tak sama.. aku mungkin boleh terima perdebatan ini.. walaupun byk soalan ko aku tak jawab.. tp rupa2nya aku tersedar.. tak semua soalan perlu dijawab dgn jawapan.. ada masa dan ketika.. diam itu jawapan yang paling sesuai... byk peribahasa yang aku nak kaitkan dalam kes kita nie.. air dan minyak manakan boleh dicampur.. resmi padi, makin berisi makin tunduk.. umpama ayam telur sebiji riuh sekampung.. menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak dan sebagainya..
semoga tindakan kau melupuskan aku itu adalah yg terbaik.. sedangkan aku baru bermula belajar melupakan kau seolah2 kau tak wujud seperti dulu dan seperti biasa.. maafkan aku..
p/s - memacu kejayaan mengikut acuan kita sendiri..
4 comments:
terjawab disini... jelas, nyata dan terang..
yup.. harap2 sesiapa yg sewajar dgnnya membaca dan memahami.. bukan lagi membangkang dan menafikan.. apatah menghukum dan memaksa mengikut moraliti yang aku bawa..
trauma aku dgn ayat2 cam tu.. serius..
setiap org ada pndgn,ada ideologi mereka sendiri.Tiada siapa yg menghalang bgaimana cra kita utk brfikir.Itu hak msg2.Ttp kalau sesuatu prkara yg diucap itu seakan berunsur utk menimbulkan kekacauan dan perdebatan yg x sudah,maka adlh lebih baik diamkan sj.
diam jg adalah 1 jawapan :)
Post a Comment