I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 31, 2011

Telur Katak ??


salam..

hari ini aku mengajar kelas 2 Budiman untuk subjek Sains. Dan untuk pengajaran kelas ini, aku sudah bersedia untuk diselia sebenarnya, biarpun malam tadi kepala aku sangat sakit ditambah dengan waktu tidur yang tidak mencukupi.. Namun aku redha menyiapkan kesemua tugasan biarpun terpaksa melengkapkan segalanya pagi ini..

Alhamdulillah, aku gembira mengajar kelas pertengahan sebenarnya dari mengajar kelas yang depan-depan.. bagi aku cabaran sebenarnya adalah kepada kelas pertengahan seperti kelas 2 Budiman ini.. sekiranya mereka berminat dengan pengajaran aku, itu tandanya aku telah berjaya.. sekiranya mereka dapat memahami pengajaran aku dengan menjawab soalan aku dengan betul, itu tandanya objektif pengajaran aku telah berjaya..

Namun itu bukanlah kejayaan mutlak untuk sesuatu pengajaran.. kejayaan di atas itu tadi lebih memihak kepada guru.. aku tidak mahu menjadi terlalu mementingkan diri.. sebenarnya kejayaannya adalah dari respon murid-murid.. Semakin banyak murid-murid memberi respon, semakin berjayalah keberkesanan pengajaran seseorang guru itu..

Baiklah, semasa kelas sains itu tadi, anak murid aku ramai yang mengangkat tangan sewaktu aku memberi penerangan dan menjalankan aktiviti.. Ada dua sebab mereka mengangkat tangan. Pertama, mereka ingin bertanya soalan dan yang kedua, mereka ingin menceritakan sesuatu perkara yang melibatkan pengalaman hidup mereka yang ada kaitan dengan apa yang diajar.


Situasi


Year : 2 Budiman

Subject : Science

Topic : Animal - Identify baby animals look like their parents and do not look like their parents.


Guru : Baiklah murid-murid, kalau anak katak, masa dia kecil, rupa anak katak sama tak dengan ibu bapanya ??

Murid-murid : TIDAK !!!!!!!!!!!!!

Guru : bagus anak murid cikgu.. !! (guru akan menerangkan fasa pertumbuhan seekor katak dari telur ke katak dewasa) Baiklah murid-murid, tengok gambar yang pertama. Gambar apa tu?

Murid-murid : TELUR KATAK !!!!!!!!!!!!!!

Guru : bagus..!! katak bertelur kat mana ?? (guru menunjukkan gambar telur katak)

Murid-murid : DALAM AIR !!!!!!!!!!!!!

guru : bagus..!! pandai sungguh anak-anak murid cikgu hari ni .. kenapa yer ? (murid-murid kelihatan tersipu-sipu malu bila dipuji pandai. Walhal memang dah terbentang gambar telur katak dalam air. Siap aku warnakan gambar air tu dengan warna biru lagi)

(tetiba salah seorang anak murid aku mengangkat tangan)

Murid 1 : Sir Ikhram, kalau katak bertelur dalam air, nanti lintah makan telur katak.. macam mana ??

Guru : (alamak !! soalan diluar tajuk ni??) ooo.. bagus soalan kamu.. kamu tengok kat gambar tu, katak tu bertelur banyak ke sedikit??

Murid-murid : BANYAK !!!!!!!!!!!!!

Guru: katak bertelur banyak di dalam air.. kalau ada ramai musuh katak yang makan telur katak, seperti contoh lintah, telur katak takkan habis.. Contoh, lintah makan sebiji telur katak, telur katak ada beratus-ratus lagi.. habis tak telur katak, murid-murid ??

Murid-murid : TIDAK !!!!!!!!!!!

(guru kebingungan - lintah makan telur katak ker ??)

Murid 2 : Sir Ikhram, betul ke katak selalu bertelur kat air kolam ??

Murid 3 : bukanlah, katak bertelur kat dalam longkang.. aku selalu nampak kat rumah..

Guru : selalunya katak bertelur kat tempat air yang tenang... jadi kat kolam pun betul, kat longkang pun betul.. (kedua-dua murid-murid itu masih lagi dalam ketegangan antara mereka).

Salah seorang murid aku pula ingin bertanya soalan.. kali ini murid aku yang sangat pendiam mengangkat tangan. Aku pelik juga, dari raut wajahnya yang bekerut tu aku lihat dia seperti pelik sekali..

Murid 4 : Sir ikhram.. boleh ke manusia makan telur katak ??

Guru : (uwek !! jijiknya.. hehehe) tak boleh.. tak de manusia yang suka makan telur katak.. lagipun tak boleh makan telur katak.. !!

Murid 4 : boleh ke katak bertelur dalam air sirap ??

Guru : tak boleh.. mana boleh katak bertelur dalam air sirap..

Murid 4: kenapa ?

Guru : (kenapa ek ?? kenapa la soalan ko ni kompleks sangat ni..??) sebab air sirap manis.. telur katak kene bertelur kat air yang tawar...

Murid 4 : tapi ari tu saya nampak katak bertelur dalam air sirap ??

Guru : haaa??!!

Murid 4 : saya siap minum lagi dengan straw...

Guru : hai, cik abang oiii !! itu bukan telur katak.... itu biji selasih la.....!!!!


Buat suspen aku jer!! naseb baik aku pandai menjawab soalan2 pelik macam tu.. Tergelak guru pembimbing aku melihat kerenah mereka.. huh !! Lega.. markah pun boleh tahan.. hehehe!!


p/s - sakit kepala aku ni makin menjadi-jadi.. kenapa la agaknya..??


Rindu Padanya



usah biarkan rindu yang membelenggu ini

kian bermaharajalela

kerana jika rindu ini merajai hati..

nanti akal turut menjadi mati..

hahaha..

..

namun

hati dan perasaan ini tidak akan sebegitu kuat

untuk melepaskan rindu ini pergi.. ..

pandangan matanya

ukiran senyumnya genggaman jari-jemarinya

buat aku rindu..

dan perlahan-lahan

kata-katanya itu membelahi sukma hatiku..

..

bagaimana untuk aku elak

dari rindu ini merajai hati..

aku biarkan diri ini sakit

kerana merindui dirinya..

..

p/s - tengah melayan lagu 'Rindu Padanya' nyanyian Camelia..

.

Tuesday, March 29, 2011

Jodoh !!

(sori.. pic ni anak murid yang tangkap.. tu yang nampak macam tak sempurna jer!! hehehe!! )



salam Satu Malaysia..

Hari ni nak berpatriotik sikit.. al maklum sajalah hari ini aku mengajar sedikit-sebanyak berkaitan sejarah Malaysia kepada anak-anak murid..


hahahaha..

kanak-kanak ni sebenarnya mempunyai banyak persoalan dalam diri mereka.. Mereka mempunyai semangat ingin tahu yang kuat terhadap apa yang mereka perhatikan tentang dunia.. Oleh itu, tingkahlaku mereka akan kelihatan lebih suka untuk bertanya itu dan ini, walaupun adakala pertanyaan mereka sangat pelik dan sukar untuk dijawab.. dan adakala tidak perlu dilayan sangat kalau ia tidak membantu kepada perkembangan kognitif mereka..


itulah yang berlaku kepada aku..

akibat terlalu bosan menjawab persoalan yang kerap dan tidak penting.. akhirnya aku membuat untuk 'memanipulasikan' umur aku.. dan melihat respon dari mereka..


situasinya,


murid 1 : sir ikhram, umur sir ikhram berapa ??

guru : kenapa nak tau..??

murid 1 : saje..

guru : 40 tahun.. (hehehe.. gelak dalam hati )

murid 2 : eeiii... tuanya sir.. ayah saya lagi muda dari sir.. umur ayah saya baru 38.. (ini salah satu respon kanak-kanak yang suka bercerita tanpa perlu disoal )

guru : ooo.. (aku lihat dahi mereka berdua berkerut.. kuat juga kerutnya)... kenapa? mesti kamu tak percayakan?

murid 1 dan 2 : tak percaya apa sir?

guru : mesti kamu tak percaya.. sir lagi tua dari ayah kamu tapi nampak muda dari ayah kamu kan ??

murid 2 : betul ! Sir nampak lagi muda dari ayah saya.. muda sangat..

guru : hehehe... (bangga dalam hati.. tapi apalah sangat nak dibandingkan muda dengan lelaki berumur 38 tahun..?? hahaha..) itulah.. saya pun tak sangka, saya nampak muda.. (ceh!! )


murid 3 : kalau umo sir 40, sir mesti dah kawin kan ??

guru : (alamak !! soalan cepu cemas) belum lagi..

murid 4 : belum kawin lagi ??? (terkejut) kenapa sir tak kawin..?? kan umur dah 40 tahun..

guru : tak de sapa nak kat sir.. sir tak hensem..

murid 2 : tak la.. sir hensem.. (betulkah kanak-kanak ini sebenarnya jujur ??)

guru : hahaha.. (aku dah mula tergelak besar. Pandai anak murid aku memujuk aku.. macam faham2 je aku situasi aku.. )


murid 5 : sir, sir doa la banyak kat Allah.. nanti, mesti Allah akan bagi sir isteri yang baik2 untuk sir.. sebab sir baik dengan kami..

guru : amboi.. pandai la awak ni.. tapi nanti sir doakan yer..


murid 6 : sir, kalau ada orang yang nak beli, sir jangan la jual mahal sangat !! barulah sir boleh kawin..


guru : APA ??!!! dah, pergi tempat kamu semua... !!


Adakala, aku tak sangka semua ni keluar dari mulut budak-budak darjah 5.. tapi apa yang mereka usulkan tu ada kebenarannya.. Sikap keprihatinan mereka terhadap guru adakala membuat aku terharu, kebingungan, terkejut dan macam-macam..!! sikap ingin tahu mereka adakala diluar batas pemikiran kita.. ini pengaruh filem atau bahan bacaan yang terlalu terbuka informasinya.. atau, kanak-kanak hari ini terlalu reflektif pemikirannya..?? Entahlah..


dan soal jodoh itu terlalu rumit untuk dijangkakan.. apapun bertemu dengan seseorang yang tepat adalah sangat-sangat didambakan.. adakala seorang guru juga adalah manusia biasa.. perlu lalui kehidupan dengan tenang.. dan bergembiralah dengan orang-orang yang menghargai..


Dan bermula saat ini, aku adalah guru mereka yang berusia 40 tahun..

Selamat Berusaha !! hahaha...!!


p/s - seronok bertemu seseorang yang aku suka dan aku sayang ..

.

Monday, March 28, 2011

Energy


Salam perpaduan..

Hari ini hari Isnin.. hari kelapangan untuk aku, memandangkan aku hanya mengajar kelas sains untuk Tahun 2 Budiman bagi satu masa yang memakan masa hampir 30 mInit lamanya. Mengajar darjah dua bukanlah semudah yang disangka.. Mengarah mereka, bukan seperti mengarah rakan2 sebaya.. hurm..!!


Namun, kelas ini ada tarikannya tersendiri.. Apa perasaan anda bila kehadiran anda disambut dengan baik.. dilaung2kan nama anda oleh murid-murid dari jauh lagi.. bila masuk ke kelas, masing2 berebut-rebut menunjukkan kerja rumah yang diberi minggu lepas.. dan ada yang tidak sabar2 menceritakan kepada saya apa yang mereka lakukan sepanjang cuti dua hari pada hujung minggu dan macam-macam.. hahaha.. !!

Itulah dunia kanak-kanak yang penuh dengan perhatian dan kasih sayang...

.

Apapun , aku masih lagi tidak boleh melupakan kejadian kelas sains bagi kelas Tahun 5 minggu lepas. Aku mengajar tajuk ENERGY..!!


Topic : How to use energy wisely ?

(Topic : Bagaimanakah menggunakan tenaga dengan berhemah)


Seperti biasa, mereka tidak faham apakah itu makna "berhemah"??

jadi, aku perlu terangkan semula..


(Berhemah = bijaksana)

soalan guru : Bagaimanakah menggunakan tenaga dengan bijaksana ?


jawapan murid :


murid 1 : menggunakan tenaga dengan berjimat - cermat.

murid 2 : tidak membazirkan tenaga dengan sesuka hati.

murid 3 : kitar semula.

murid 4 : menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui.


semasa perbincangan sumbang saran berlaku, terdapat seorang murid sedang berbual.. aku tidak tunggu masa lagi.. aku ulang soalan aku yang sama kepada murid aku yang alpa tadi..



soalan guru : Bagaimakah kita menggunakan tenaga dengan bijaksana?

murid 5 : hurm.. (pandang ke kanan)... hurm... (tunduk ke lantai)....

guru : bagaimanakah caranya ? kalau kamu tak dapat jawab, awak

jangan keluar rehat !!

murid 5 : hurm... dengan menggunakan otak??


guru : APA ???!!!


murid 5 : betul lah cikgu, menggunakan tenaga dengan bijaksana, mestilah

guna otak.. barulah bijak ??

guru : grr......!!!!

Aku tak tau la sama ada aku yang salah mentafsir istilah atau anak murid aku yang terlalu bijak mentafsir konsep sains. Apapun kemahiran berfikir dia telah pun aku generatekan.. haha!!

.p/s - Kadang-kadang pelik, macam AZNIL HJ NAWAWI boleh sanggup melayan kanak2 lebih dari dia melayan diri dia sendiri??

.

Sunday, March 27, 2011

Pizza & Bengkel


kalau mak baca entry ni..

ada dua sebab yang menyebabkan mak akan marah..



  1. aku tetap makan fastfood biarpun telah ditegah dengan amaran keras oleh emak dan telah pun menghadapi simptom sakit kepala yang kronik.


  2. telah memakai seluar pendek di khalayak ramai..

p/s - akibat keje yang banyak.. tidur yang tidak mencukupi, akhirnya muka aku semakin cengkung.. dan berat badan turun mendadak. orang lain punya susah la nak turun berat badan.. aku dengan hanya tak cukup tidur.. boleh turun berat badan berkilo-kilo.. macam mano tu? huh!!


.

Thursday, March 24, 2011

INTERIM


INTERIM ??
Apa kebendenyer tue ??
SIDANG MUHASABAH INTERIM PRAKTIKUM
maksudnya..
semasa melalui latihan praktikum di sekolah..,
unit praktikum akan mengadakan satu hari
untuk bertemu dan meninjau perkembangan guru-guru pelatih..
..
INTERIM yang menakutkan ??
memang menakutkan !!
lebih-lebih kat MEJA 10 tu... seram sungguh !!
sebab INTERIM ni bagi aku seumpama pemantauan !!
sebab kesemua hasil kerja-kerja guru pelatih akan disemak..
diperiksa satu-satu..
terutama :
  • buku rekod pengajaran
  • buku laporan praktikum
  • penulisan jurnal
  • dan yang paling menakutkan ialah.... portfolio praktikum !

apapun aku antara orang-orang yang terselamat dari pemantauan tu.. semuanya lengkap !!

p/s - ceramah sebelum pulang sangat menarik !! namun yang sedikit mengecewakan kepala aku pening sampai ke hari ini sebab terlalu kerap berulang alik dari balik pulau ke maktab yang mempunyai jalan yang berliku-liku..

.

Monday, March 21, 2011

Aku Pergi dan Kembali Lagi



Salam..
Citer ni dah basi sebenarnya..
Kelmarin, setelah bermaharajalela di rumah hampir seminggu, aku terpaksa juga pulang ke penang untuk menabur bakti dan meneruskan latihan praktikum yang berbaki 7 minggu itu..
Segala keindahan dan kesenangan hidup di rumah, terpaksa aku tinggalkan dan kembali untuk belajar hidup berdikari semula..
.
Jadi, untuk hari-hari terakhir cuti pertengahan semester kali ini, emak telah menyediakan juadah yang sangat-sangat berkhasiat untuk aku agar aku nampak sihat untuk ke sekolah pada hari-hari seterusnya.. Lihat menunya itu di bawah..
.
19 / 3/ 2011 - Sabtu
Penyediaan juadah oleh : Chef Fuziah Haji Talib
Penyediaan kewangan oleh : En. Ishak Abdul Rahman @ abg Sahak.
Tukang makan : Iman, Fatin, Abdullah dan Ikhram (nama mengikut kuantiti pemakanan).
  • sarapan : nasi goreng kampung + roti
  • makan tengahari : nasi ayam (set lengkap)
  • minum petang : donat big apple + pulut kuning + rendang hijau mak saya
  • makan malam : nasi ayam semula ..
  • bekal : pulut kuning... hahaha.. satu tupperware aiskrim walls berwarna kuning..

Sebab itu adakala, aku menjadi sedih meninggalkan rumah. Rumah merupakan syurga buat aku. Aku dapati semakin hari semakin sedap makan di rumah.. hahaha.. selera aku sudah semakin dewasa nampaknya.. hahaha !!

Namun, usia menjadikan aku tabah. Tiada lagi rasa keberatan untuk pulang seperti dulu.. Emak pulak yang aku lihat tidak begitu tabah lagi.. Kalau dulu, aku yang merengek2 bila nak balik.. sekarang emak pulak yang merah matanya menahan tangis. Bayangkan, semasa menunggu bas, emak diam sahaja.. ada beberapa soalan aku yang tidak emak jawab.. (saja soal untuk menenangkan emosi)

"omak, sodey ko (ke) abg nak balik penang ni..??"

"iyo..!!" hahahaha.. baru nak ngaku. masa kat rumah tadi, mati-mati tak mengaku..

Apapun aku dapat lah cium kedua pipi emak sebelum berangkat naik ke dalam bas dan terus bergerak ke penang. Sedar tak sedar bila usia mula bertambah, masa semakin mencemburui kita.. dan masa untuk bersama orang yang kita sayangi semakin berkurang dan terus berkurang, hargailah semasa ada.

p/s - masa itu emas. Sampai rumah sewa keesokan harinya, aku dan fuad terus berperang dengan segerombolan semut yang bersarang di ketiga-tiga bilik air.. Ingat ni Mesir ker?? hahaha.. selamat ber'sbe' adikku, si fatin !!

Friday, March 18, 2011

Laksam Yang Eksotik dan Mistik !!


Salam..
Sebelum nak bercerita panjang.. cewah !!..aku mahu mengingatkan anda satu perkara..!
.
Penggunaan hon kenderaan bukan bertujuan untuk memaki hamun pengguna jalan raya yang lain yer..!! Kesal dan Bengang bila ada pengguna jalan raya yang sesuka hati menggunakan hon sebab nak suruh penunggang motosikal jalan walhal lampu isyarat masih lagi merah.. 'Masih' ok ?? Sudahlah tak reti nak hormat orang lain, tak ikut peraturan pulak..?? Jadi gunalah hon kenderaan dengan berhemah.. gunalah hon masa nak halau lembu ker? nak say 'hai' ker ? nak bagitau orang di hadapan jalan yang terlindung ker? dan sebagainya..
.
Baiklah, semalam, maktam sekeluarga datang ke rumah keluarga aku. disusuli keluarga makcik.. Seronok sebenarnya berhimpun ramai-ramai, walalupun tak cukup korum.. hahaha.. Ayong Diana masih di UUM Sintok, Kedah.. Apapun seronok jugak lah.. !! Kitaorang tolong seronok kan untuk ayong yer?? hehehe...
.
Untuk mengejutkan emak yang sibuk bekerja.. kami semua termasuk mak tam yang bertindak sebagai ketua chef telah merancang untuk menyediakan juadah laksam sebagai minum petang.. kiranya bila mak balik keje petang nanti, semua dah tersedia la.. hahaha..!
.
Kali ini aku tidak membantu, tapi sekadar menyibuk !! keje orang laki bila semua sepupu dan mak sedara mereka masak ialah mencari periuk kukus di stor, dan membeli bahan2 yang tak cukup kat kedai.. hahaha.. Apapun dari jauh, aku lihat mereka lagi meriah tergelak bersuka ria di dapur dari memasak.. Apapun semuanya siap sebelum mak balik dari keje.. Bagus !!
.
Sampai je mak kat rumah, mak dah risau, apa nak masak untuk minum petang.. maklumlah orang datang rumah.. kami apa lagi.. !!!

!! SURPRISE !!!

Maktam menarik emak ke dapur... LAKSAM here !!! Hahahaha..
Dah macam surprise Eric Leong kat casa impian pulak dah..!! hahaha..
Jadi kenyang la aku makan laksam petang tu.. tiga pinggan kot makan laksam yang maktam buat.. memang sedap !! credit to maktam atas laksam yang sedap.. !! juga kat adik2 sepupu saya yang semakin matured dan pandai menolong di dapur.. rajin2 mereka semua ni.. !! tak de la kes2 yang nak buat alasan migrain la time orang masak, sakit itu la, sakit ini la.. tak de yer.!! hahaha..!! itu alasan 'orang' dulu-dulu.. orang sekarang semua sihat2..
.
Malam..
keluar window shopping ke Seremban 2 sekadar menjamu mata..
Aku perhatikan orang tetap ramai keluar berbelanja.. banyak betul duit diorang ni.. Apa yang aku sedar, aku semakin bijak berbelanja.. tidak lagi mengikut nafsu, sebaliknya bertenang dan memikirkan untuk keperluan sahaja.. walhal discount banyak,.. ada yang sampai 70% kat converse.. hahaha.. tidak, aku masih sayangkan kasut yang sedang aku pakai sekarang nie..!!


Last2, balik makan lauk kari yang mak masak.. tu yang paling best sekali.. Baru aku sedar, kali ini aku balik memang berniat untuk menjamu apa saja juadah air tangan orang2 kat kampung.. hahaha.. tq kat emak dan maktam saya.. !!
.
p/s - kalau mak tam ada hari2.. barulah aku boleh gemuk.. ye tak?? hahaha...
.

Wednesday, March 16, 2011

Ponek Dah Jadi Kughuih Ni..


Hari ini aku bantai merempit.. cewah.. cam la brani sangat kan? Tak de la.. waktu senja-senja macam tadi mana ada kereta sangat.. Jadi aku bawak la motor tu laju sket dari biasa.. Apapun aku tetap selamat.. Betapa enjoynyer merempit sambil mulut terkumat-kamit menyanyikan lagu ILUSI.. hahaha.. tak bley blah betol !!
.
Apapun, hari ni aku keluar bersama seorang kawan. Seronok jugak bertemu dengan dia.. Apapun die mempertikaikan aku.. "dalam gambar nampak macam dah gemuk sket ?? " Jeng3x.. kurus lagi ke aku ni walaupun dah makan banyak ?? Itu persoalan yang bermain dalam fikiran aku sehingga kini...
.
Betapa susahnya menjadi orang kurus..?? Biarlah orang-orang yang kurus saja yang tau.. hahaha.. Dari segi BMI, tubuh badan aku masih lagi dalam kedudukan ideal.. tp setakat pangkal2 je la.. tp sekurang-kurangnya tak la terlalu kurus.. tapi orang tetap mempertikaikan perkara "kurus" itu.. huh !
.
Aku sentiasa mempercayai apa yang pensyarah aku selalu cakap.. beliau mengatakan mungkin kerana kadar metabolisme dalam badan aku ni tinggi.. menyebabkan badan memerlukan tenaga yang banyak untuk menghadamkan makanan terutamanya... ok, aku terima..!!
.
Jadi mari kita lihat, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah kekurangan berat badan yang dialami oleh orang-orang seperti aku ini.. hahahaha... :
  • Nafsu makan yang berkurangan disebabkan berbagai-bagai sebab, seperti kurang waktu tidur, mengalami penyakit kronik, stres, kekurangan vitamin ataupun jadual kerja yang terlalu padat.
  • Faktor genetik. Hal ini mungkin terjadi disebabkan faktor genetik yang diturunkan kepada generasi baru dapat menyebabkan kadar metabolisme tinggi atau mempunyai sel lemak yang kurang. jadi jangan hairan apabila melihat seseorang itu mempunyai selera makan yang besar namun memiliki tubuh yang kurus... ini kerana mungkin genetiknya sebegitu..
  • Usia. Semakin meningkat usia, semakin berkurangan keupayaan tubuh menyerap nutrisi makanan dan zat gizi makanan sehari-hari.
  • Makanan dan minuman yang mengandungi kafein, mahupun nikotin, ataupun bahan perasa. Hal ini kerana, zat-zat dari makanan dan minuman yang mngandungi bahan-bahan ini mampu mengurangkan selera makan yang normal sehingga menyebabkan situasi kurang selera makan ini menjadi berterusan dan akhirnya mengurangkan berat tubuh.

Bagaimana mahu mengatasinya??

  • Perbanyakkan makan. Perlu makan lebih dari normal tetapi harus memikirkan gizi yang seimbang. Bagi yang tidak biasa, jangan makan sehingga mendadak lebih dari lima kali. Itu tidak baik k?
  • Minum susu. Hal ini kerana susu mengandungi protein yang tinggi. Minum susu full cream dua cawan sehari.
  • Memperbanyakkan olahraga kerana selain dapat mengalirkan darah dengan baik, tubuh dapat mengedarkan protein ke seluruh badan dengan lebih berkesan.
  • Kunyah makanan sehingga makan menjadi halus. Hal ini supaya makanan dapat dicernakan dengan cepat dan berkesan. Lagipun selain di mulut, tiada lagi gigi di bahagian tubuh yang lain utnutk mencerna makanan.
  • Makan makanan mengikut aktiviti seharian yang dilakukan. Sekiranya banyak bergerak, perbanyakkan makan makanan yang berkarbohidrat dan berlemak.
  • Pastikan tidur yang cukup. Peruntukkan untuk tidur selama 8 jam. Latih diri untuk tidur petang. Hahaha...!!
  • Kurangkan merokok.

Bila aku tengok langkah2 mengatasi tu.. macam tak terbuat jer.. that's why aku tau kenapa aku kurus sampai ke hari ini.. Sedih giler !! Nak minum susu, aku loya dengan susu. Nak suruh olahraga? masa tak de, letih.. Nak kunyah banyak-banyak kali ? Malas.. tapi yang aku suka.. usahakan tidur petang.. yang tu best.. yang tu insyaallah aku boleh buat.. hahaha.. tp nak peruntukkan tidur lapan jam tu susah.. keje banyak la..!!

Itulah, kita selalu risaukan orang-orang yang obesiti, walhal orang-orang yang mengalami masalah kekurangan berat badan juga menghadapi masalah yang sama.. Orang gemuk nak kurus, orang kurus nak gemuk.. hehehe.. manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..

Teringat macam mana aku susah nak mencari seluar dulu.. nak ikut pinggang, nanti seluar singkat.. nak ikut panjang kaki, nanti pinggang seluar besar pulak.. memang masalah.. tp itu dulu, sekarang.. insyallah, tidak lagi..!! ceh, macam dalam iklan pulak..

Itu belum lagi nak diambil kira cakap-cakap orang.. " aik, kurus je ko nie.. mak abah tak kasi cukup makan ker?" berdesing jugak telinga nak dengar.. walhal makan melebih dari orang lain.. hahaha..

Apapun aku bersyukur dengan keadaan diri aku sekarang cuma kalau boleh aku mahu menambah sedikit berat badan aku agar nampak sedikit seimbang dan.. kacak sket la kot?? hahaha.. (ketawa besar) sapa setuju angkat tangan cam citer Hantu Kak Limah.. !!

p/s - semoga BMI aku bertambah selepas ni.. hahaha..

.

Tuesday, March 15, 2011

Rezeki Itu Tuhan Yang Tentukan..

(muka yang sedang memikirkan masa depan)

salam..
jam dinding di rumah sudah pun berbunyi dua belas kali.. menunjukkan sudah pukul 12 tengahari.. Aku seperti biasa baru sahaja menghabiskan hidangan sarapan berupa dua keping roti canai yang aku cicah dgn kuah kari kegemaran aku..
.
Semalam aku berbual dengan ramai kawan-kawan yang sedang belajar jauh diperantauan.. ada di UK, ada di Mesir, di India.. di Jepun dan.... kat situ je la.. hahaha... Seronok juga mengetahui kisah-kisah hidup mereka.. begitu juga walhalnya bila aku membaca beberapa tulisan blog dari penulis-penulis yang sedang menuntut di luar negara.. sangat seronok sebenarnya.. mereka berpeluang menimba pengalaman di negara orang.. merasa susah dan senang berjauhan dari tanah air.. Itu bukan perkara yang mudah.. sapa setuju angkat tangan..?? (macam citer hantu kak limah.. hehehe)
.
Baiklah,
itu yang berada di luar negara.. bagaimana di dalam negara.. lagilah ramai aku berbual.. semua orang ada al-kisahnya masing2.. teringat masa sama-sama belajar dulu.. semuanya mendapat peluang yang sama.. namun, kita sendiri yang memilih di manakah hala tuju masa depan kita..
.
Semua orang ada cita-cita.. dan aku juga ada cita-cita..
.
Dalam usia aku yang menjengah ke 23 tahun ini.. aku melihat.. semua orang memandang masa depan bukan berdasarkan jaminan hidup yang berkekalan.. tetapi kepada harta benda seperti kereta yang besar, rumah yang besar, henset yang canggih.. malah yang melihat kepada barangan kemas pun ada.. (itu mami-mami jarum yang ada dalam filem k?).. Pada mereka, semua kemewahan itu melambangkan kejayaan seseorang..?
.
Apa pendapat anda ??
.
Ini pulak pendapat aku..
Aku pernah melihat seorang pensyarah aku yang berjaya hidupnya dengan menaiki kereta proton saga lama.. dan dia berbangga dengan itu.. Dalam kehidupan ini, semua orang ada penilaiannya tersendiri. Tiada sebarang penanda aras kepada sebarang kejayaan itu apatah lagi mengukurnya dengan harta benda.. Bagi pendapat peribadi aku, kejayaan itu berdasarkan matlamat yang ingin dicapai..
.
Aku bagi contoh..
.
"dah berjaya anak si Melah tu.. tengok dah berkereta besar dah !!"
.
Ini contoh yang selalu kita dengar sehari-hari.. Betul tak apa yang aku cakap.. walhal anak si Melah tu belajar, SPM pun tak lepas.. tapi orang sudah anggap dia dah pun berjaya.. Masyarakat kita terlalu materialistik.. terutama orang-orang yang tidak menganggap akan kepentingan pendidikan itu sebagai tempat yang utama..
.
yang ini mungkin jarang kita dengar..
.
" tengok anak si Melah tu, belajar kat luar negara, tapi kereta pun tak dapat nak beli.."
.
dan orang tetap menilai wang dan harta benda sebagai lambang kejayaan..
.
Dulu, aku mungkin tidak sedar situasi ini.. tetapi semakin meningkat usia, aku makin menyedari bahawa fenomena ini sememangnya berlaku dan menghantui hidup aku sedikit demi sedikit.. Dulu aku mungkin tidak kisah dengan jenama kereta.. tetapi sekarang aku mula memikirkannya biarpun aku bukan seorang yang meminati kereta secara amnya.. Cemburu ?? bukan !! Cuma ada masa aku merasakan dunia ini tidak adil..
.
Dalam pemikiran aku sekarang ini.. semua rezeki ada di tangan Tuhan. Aku bersyukur dikurniakan dengan rentetan hidup yang membina diri aku. Aku suka menjadi guru dan itu adalah cita-cita aku. Namun kalau ada ahli masyarakat yang suka membanding-banding kejayaan bakal kerjaya aku ini dengan isu pemilikan kereta..?? hahaha.. aku rasa itu bukanlah perbandingan yang bijak.. kerana kejayaan seseorang itu sebenarnya bermula dari kepuasan diri terhadap apa yang ingin dicapainya..
.
Dari isu-isu kereta dan kejayaan itu.. aku lebih gemarkan kehidupan yang sederhana dan penghargaan orang ramai terhadap apa yang aku laksanakan.. kerana kasih sayang itu lebih mutlak ingatannya dari harta benda yang suatu hari pasti akan susut dan ditinggalkan di dunia sementara ini.. hati budi dan budi perketi jugak dipandang masyarakat kan?
.
Jadi masyarakat di luar sana.. hentikan menilai seseorang itu berjaya atau tidak dari pandangan kasar yang selalu menipu itu.. kerana kejayaan yang sebenar ada di dalam diri..!! Siapa kah kita.. bukan apa yang kita miliki.. Sapa setuju ?? boleh angkat tangan macam citer hantu kak limah k?
.
p/s - aku tetap ingin memiliki kereta toyota vios aku suatu hari nanti.. insyaallah.. !!
.

Sunday, March 13, 2011

Anak Emak Dah Besar


Salam..
Bila tengok muka Awal Ashaari tu dapat jadi cover majalah.. aku terasa seperti teringin jugak kot nak jadi model..?? hahaha.. Tapi apa nak buat.. muka tak de market la bro... jadi model kat anak-anak murid pun dah kira untung la tu.. ! hahaha... !!
.
Abaikan cerita aku nak jadi model tu.. sekarang bermula cerita sebagai seorang anak yang baru sahaja melangkah ke dunia kematangan usia.. Bagi aku, seorang lelaki yang matang adalah lelaki yang mampu mengawal kemarahan disamping boleh bersabar dan berfikir secara rasional dalam menyelesaikan masalah.. sapa yang setuju dengan aku bolehlah angkat tangan macam citer hantu kak limah yer? "kita bakor 3x".. hehehe..!!
.
Sebelum tidur ini, aku teringatkan pesanan emak yang seolah-olah memujuk hati anak lelaki sulungnya ini.. Pada waktu itu kami berdua sama-sama merenung bintang-bintang di halaman rumah.. dan waktu malam ketika itu, sungguh redup dan dingin sekali sama seperti redupnya hati aku mendengar nasihat emakku ini..

" Abang, bila hati kita memarahi seseorang itu.. jangan terburu-buru memarahi orang itu.. sebaliknya fikirkan setiap satu kebaikan yang telah dia buat untuk kita.."
.
Semakin usia aku meningkat, ditambah pula jarak dan waktu sering memisahkan kami berdua.. emak tidaklah segarang dulu dalam menangani aku.. setiap kali aku tersilap membuat perhitungan.. emak tidak lagi memarahi aku seperti dulu sebaliknya mengajak aku supaya berfikir, sama ada apa yang aku lakukan itu baik atau tidak..?? perlu atau tidak..??
.
Aku fikir emak sudah merasakan aku kini sudah mampu untuk membuat keputusan.. atau dengan kata lebih ringkasnya, mungkin emak fikir aku sudah besar kot ?? hahaha... mungkin yer, atau mungkin tidak... !! Aku pun tak pasti...

Saturday, March 12, 2011

Fuh !! Naseb Baek !!


Sebelum dapat balik ke kampung
aku terpaksa berhempas pulas merancang pengajaran aku..
kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tau..
sepanjang malam saya berfikir..
apa aktiviti yang perlu saya jalankan untuk mengajar anak-anak darjah dua..
dari berfikir..
lalu menulis rancangan pengajaran..
kemudian melukis gambar-gambar haiwan..
menggunting..
menampal..
dan semua itu saya buat
sehinggalah kepala saya sudah pun membuat hal..
kepala saya sakit hampir pitam kerana terlalu berfikir..
saya terpaksa tidur-tidur ayam sekejap
dari pukul 5.30 pagi hinggalah 6.20 pagi..
..
apabila tiba masanya
saya mengajar dengan kerelaan hati saya..
hasilnya..
pensyarah pembimbing saya menghargai kesemuanya..
dan saya berterima kasihh kepadanya
bukan kerana memberi markah yang baik..
tetapi ulasannya memberikan saya semangat..
dan kini saya bermotivasi
untuk mengajar dengan lebih baik..
terima kasih en. mior..
..
bukan mudah nak mudah..
apatah lagi melayan kerenah kanak-kanak lapan tahun
seramai 30 orang itu..
yang sederhana tahap pembelajarannya..
apapun
itulah tanggungjawab..
yang telah diamanahkan..
peranan saya
lakukan SEHABIS BAIK !!
..

Thursday, March 10, 2011

Sinar Jingga Lampu Tidurku..

.
malam esok aku akan pulang ke kampung halaman..
rumah keluarga yang tercinta..
sudah pasti hati ini tidak sabar melalui perjalanan ke sana..
..
Saat ini sudah bermacam-macam perkara bermain dalam fikiran..
tetapi hanya satu yang aku rindukan..
aku rindu bermandikan sinaran cahaya jingga
dari lampu tidur bilik tidurku
yang mewarnai setiap malamku
jua setiap tidurku..
untuk malam keseterusnya, pasti kita akan ketemu..
..
.
p/s - terima kasih ustazah rohana, atas pemberian hadiah lampu tidurku itu.. pasti pemberianmu itu ikhlas kerana aku amat2 mencintai lampu tidur pemberianmu itu.. tanda persahabatan kita.. !!
.

Wednesday, March 9, 2011

Bulldozer


Asalnya kami datang nak hiburkan hati,
nak lepaskan tekanan dan keletihan sepanjang hari perjalanan..
semua orang ingat tempat ini tenang, bukan ??
yer.. memang tenang
dengan hutan paya bakau disekeliling kiri dan kanan..
ikan belacak muncul merata-rata dari lecak berlumpur..
beburung putih sekumpulan terbang beriring-iringan
langit mendung nan menjingga..
semua itu memukau mata yang memandang..
..
tapi bulldozer yang menambak pantai itu jugak yang kami kerumunkan..
hahaha..
kalau dah seronok tu,
kenderaan besi buruk macam tu pun boleh jadi mainan..
hahaha..
..

Tuesday, March 8, 2011

40 Dalil Apa Yang Murid-Murid Mahukan Dari Guru Mereka.


Salam Keinsafan.. Hari ini merupakan satu hari yang paling bersemnagat untuk aku.. Siapa cakap tidur yang cukup itu tidak penting. Hasilnya, sepanjang hari kat sekolah aku asyik ketawa, ketawa, dan terus ketawa.. aku rasa ini adalah terapi yang terbaik untuk aku kekal ceria menghadapi latihan praktikum yang bagi aku sangat mencabar sebenarnya.. terlalu !
.
Disebabkan aku tidak mempunyai pengajaran hari ini, jadi aku diberikan kelas ganti. Perkara normallah tu.. dan aku terima seikhlas hati. Selalunya guru-guru yang menggantikan guru lain ini akan menyuruh murid-murid buat kerja sendiri, main games dan macam-macam.. tapi aku tidak.. kali ini aku nak berbicara dari hati ke hati memandangkan aku masuk ke dalam kelas darjah 5. Hasilnya..
.
Apa Yang Murid-murid Mahukan Dari Guru Mereka..??
  1. Saya mahu guru yang sentiasa tersenyum apabila masuk ke dalam kelas.
  2. Saya suka cikgu yang gemar bercerita tentang pengalaman mereka sewaktu mereka bersekolah dahulu.
  3. Saya mahu cikgu yang tegas dan baik.
  4. Saya mahu cikgu yang mempunyai keikhlasan ketika mengajar.
  5. Saya mahu cikgu mengajar kami sehingga kami faham.
  6. Saya mahukan cikgu yang mempunyai kesungguhan dalam mengajar.
  7. saya nak cikgu mempunyai pengetahuan yang mendalam.
  8. saya mahu seorang cikgu yang mesra dengan anak-anak murid.
  9. saya mahukan cikgu yang gemar memberikan kami latihan yang lengkap.
  10. saya mahu cikgu sentiasa mengajar dengan cepat.
  11. saya nak cikgu yang sentiasa memberi kami peluang untuk bertanyakan soalan.
  12. saya mahu cikgu mengajar kami dengan jujur.
  13. saya nak cikgu yang mencurahkan kasih sayang dengan sepenuhnya.
  14. saya mahukan guru yang bermanfaat kepada sekolah dan masyarakat.
  15. saya mahu cikgu yang mempunyai suara yang kuat.
  16. saya mahu seorang cikgu yang tidak pilih kasih.
  17. saya mahu cikgu yang suka membantu murid-murid yang susah.
  18. saya mahu cikgu yang suka menjalankan aktiviti kuiz di dalam kelas.
  19. saya mahukan cikgu yang sporting yang boleh bercerita apa sahaja.
  20. saya mahu cikgu yang tidak membawa masalah dari rumah ke sekolah.
  21. saya mahukan cikgu yang tidak akan memperbodohkan anak-anak muridnya.
  22. saya mahukan cikgu yang aktif.
  23. saya mahu cikgu yang bijak bercerita tentang sejarah.
  24. saya perlu cikgu yang boleh bercakap dengan sopan.
  25. saya suka cikgu yang tidak meninggikan suara.
  26. saya mahukan cikgu yang tidak akan memaki hamun murid-muridnya.
  27. saya mahukan cikgu yang tidak akan melakukan perkara yang tidak senonoh kepada anak-anak muridnya seperti memegang tubuh murid-murid.
  28. saya mahu cikgu yang pembersih seperti tidak akan sanggup mengorek hidung di depan kelas. (hmm..??)
  29. saya mahukan cikgu yang tidak terlalu banyak peraturan.
  30. saya mahu cikgu tidak mencederakan murid-murid atau memukul murid-murid.
  31. saya mahu cikgu yang tidak akan tidur dan makan di dalam kelas.
  32. saya mahukan cikgu yang penyabar dan tidak akan membalas dendam kepada kami.
  33. saya mahu cikgu yang berpakaian cantik dan kemas.
  34. saya mahukan cikgu yang berdidiplin dan tidak merokok di dalam kawasan sekolah.
  35. saya mahukan cikgu yang tidak duduk di atas meja.
  36. saya mahukan cikgu yang kacak dan cantik.
  37. saya mahu cikgu yang tak 'control macho'
  38. saya mahu cikgu yang tidak akan menyanyi di dalam kelas.
  39. saya suka yang memanggil nama saya yang baik dan memandang kepada saya setiap kali mengajar.
  40. saya suka cikgu yang berbau harum.

begitulah hasil dari tinjauan yang aku lakukan di dalam kelas sebentar tadi. Pada awalnya mereka nampaknya seolah-olah takut untuk mengemukakan pendapat, namun setelah aku meyakini mereka bahawa aku juga pernah bergelar murid-murid, dan aku memahami perasaan mereka, barulah semua ini terkeluar..

wahai guru-guru.. dengarkanlah suara hati mereka yang 'bisu' itu, yang tidak pernah mereka suarakan kerana kita guru diberi keistimewaan itu untuk mendengarnya dari mata hati kita malah diberi peluang untuk memahami mereka dari sudut rasa yang terdalam..

Monday, March 7, 2011

Turun Padang


Beginilah bila aku turun padang menjengah dapur kesayangan..
agak2 juadah apa dalam kuali tue ??
..
malam ni hujan sangat lebat..
aku tak nak buat apa-apa keje untuk malam nie..
melainkan aku nak tidur awal sahaja
kerana dengan tidur awal
buat aku kelihatan bersemangat untuk 'hidup' di sekolah..
..

Sunday, March 6, 2011

Jikalau Aku Punya Banyak Wang..


Hahaha..
Malam ini buat pertama kali aku nak lapangkan diri aku dari kerja2 yang selalu membelenggu diri aku. Bagus juga pihak sekolah mengambil buku rekod pengajaran guru pelatih pada hari jumaat dan mengembalikannya semula pada hari Isnin. Sekurang-kurangnya kerja pada hari Isnin sudah aku selesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah..
.
Untuk itu, bolehlah aku berehat-rehat malam ni setelah berhang-out dengan rakan-rakan sekelas di muara sungai di Sungai Burong, Balik Pulau petang tadi.. Apapun sepanjang petang hari ini aku sekadar menjengah ke blog-blog terbaik pilihan majalah In-Trend. Secara keseluruhan, blog-blog mereka sangat kreatif dan bermanfaat, namun tak kurang juga ada antara mereka mempamerkan kehidupan yang mewah yang cukup seronok untuk dirasai dan dinikmati..
Untuk itu, sejenak, aku berfikir.. apalah yang aku akan buat jikalau aku punya banyak wang ?? Apa yang pasti aku mahu wang dari hasil kerja keras aku sahaja, bukan hasil loteri mahupun menang cabutan bertuah.. ataupun peraduan-peraduan teka silang atau yang lain-lain..
.
(Tetiba kawan serumah pasang lagu 'Apo Nak Dikato' oleh Blues Gang.. layan !!)
Memang kene mood untuk menulis isu entry aku ni.
.
  • Aku mahu bercuti serata dunia, bermula dengan dalam negara, seterusnya ke Asia dan seterusnya aku mahu ke Turki. Sapa-sapa sahaja yang rapat dengan aku pasti tahu betapa aku terlalu ingin ke Turki. Teringat ketika berada dalam tingkatan 5, bagaimana Umairah bercerita betapa cantiknya Turki dan orang-orang di sana. Poskad dia dari Turki itu aku simpan, dan wajah masjid biru itu ingin sekali aku jejak realitinya.
  • Bolehkan, kalau aku nak bershopping ?? Aku teringin sekali membeli barangan jenama BONIA. Serius, biarpun nampak konvensional, tp itulah yang aku hajatkan dan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli pakaian kat butik TOPMAN.. hahaha..
  • Aku ingin membuka sebuah kedai makanan yang menjual makanan yang selalu dimasak oleh emak aku. Adakala, tindak-tanduk Linda Onn itu sangat baik dan secara tak langsung menjadi tauladan kepada aku untuk menghargai orang yang paling dekat dan kita sayangi. Disebabkan emak aku juga pandai masak nasi ayam, mungkin akan ada restaurant, Ikhram's mum chicken rice.. hahaha.. tapi itu tidak mustahil..!!
  • Perkara ini bakal mendapat tentangan hebat dari kedua-dua ibu bapa aku.. tapi, kalau aku punya banyak wang, inilah yang ingin aku buat.. Aku ingin membuka sebuah butik pakaian pengantin. Selalu saja berangan dengan classmate, Cik Nadiya Khalik untuk berkongsi modal memulakan perniagaan seperti itu.. aku tau itu adalah mustahil tapi itulah salah satu impian aku..!! Jeles jugak tengok Rizalman Ibrahim dengan usaha kerasnya..
  • Rumah.. aku tidak mahu yang besar. Akibat dipengaruhi oleh emak, aku sentiasa menyukai rumah setingkat dan mempunyai halaman yang luas. Serius, aku suka rumah Rizalman yang berwarna kelabu dan disinarkan lampu berlian yang cantik-cantik, serta dipenuhi cermin-cermin.. dalam sebuah rumah itu nanti, aku mahukan sebuah bilik yang mempunyai rak yang banyak serta mampu memenuhi buku-buku yang cantik-cantik corak kulitnya.. Besarnya rumah itu biarlah sederhana, cuma perisian rumah itu biarlah menjadikan aku gembira berada di rumah sendiri.
  • Berikanlah aku peluang, jikalau aku punya banyak wang untuk menghadiri sebuah konsert Dato Siti Nurhaliza untuk penontonnya seramai 17 orang iaitu, emak dan adik fatin, abah, iman, Afiq Ismail, Mak Tam, Didie, Mastura Masu dan pakwenya, Sarah dan Farhana, Cik Gadis Olrite,Nadiya Khalik, Lady Ana, Mr.Adam Hakim dan Amirul Syazmi dan mestilah aku. Belanjanya pasti mahal tapi aku kan punya banyak wang..?
  • Impian aku tetap sama, walau banyak mana pun wang, aku tetap mahukan kereta vios dan kalau boleh aku nak la blackberry sebiji.. cukup kagum dengan reka bentuknya walaupun ada gajet yang lebih canggih dan mahal dari itu.
  • Aku ingin membina sebuah klinik untuk rakyat berpendapatan rendah selain membina rumah perlindungan bagi kaum wanita yang didera dan kaum remaja yang mempunyai masalah peralihan fasa seperti bohsia dan sebagainya. Bagi aku golongan ini selalu sahaja kurang diberi perhatian oleh masyarakat.
  • Kalau Dato' siti dengan jenama produk kosmetiknya kerana sukakan warna, aku pula dengan jenama-jenama alat tulis yang begitu berkualiti dan mempunyai anatomi yang unik. Aku ingin dekat dengan masyarakat melalui ilmu. Semua itu bermula dari alat untuk menulis.. Akulah pengeraknya. Itulah gunanya punya duit yang banyak.
  • Aku ingin membina toko buku yang sangat tenang dan menyenangkan pembeli.
  • DAN perkara wajib untuk aku laburkan kehidupan aku kepada agama dan kedua ibu bapa biarlah menjadi rahsia.. Untuk perkara sebegitu, bukanlah pada anda untuk aku tuturkan. Itu bermula dari hati. Dan kesemua impian di atas adalah kekal sebagai impian... dan untuk itu aku perlu berusaha disamping memandang kepada diri.. mengukur baju perlu pada badan sendiri. Segala rezeki ALLAH aku syukuri sedalam-dalamnya.

Tamatlah sudah impian aku yang sedikit itu. Terlalu sukar memikirkan perkara mudah seperti ini, Jikalau aku punya banyak wang ?? Kenapa sukar, sebab aku adalah manusia sederhana yang tidak perlu punya banyak wang untuk rasa bahagia.. cukuplah apa adanya. Sukar menjawab bukanlah kerana mustahil tetapi dunia mewah itu bukan dunia aku dan atas sebab itu aku rasa begitu sukar sekali untuk meramalnya. Namun tiada yang mustahil dalam hidup ini.. Sederhana itu lebih sempurna..

.

p/s - serius susah nak fikir perkara sebegini... kui! kui! kui!

.

Bangun Awal Pun Rasa Bosan ??

Pagi ini pagi ahad..
Sebab dah terbiasa bangun awal ke sekolah hari-hari..
aku terbangun awal pagi ini..
kemudian..
tidur semula.. dan bangun kembali..
tidur semula.. dan bangun kembali..
..
Serius,
pagi ini aku terasa kebosanan menyinggah dalam hidup aku..
bukak laptop..
bukak facebook..
bukak blog..
sesiapa pun tak de..
yang ada hanya diri aku sendiri..
..
kadang-kadang Allah Maha Adil
Dia tahu dengan siapa yang Dia mahu takdirkan bersama kita..
Dia tak mahu kita bersama,
dengan orang yang kita terhegeh-hegehkan..
Adakala Dia uji kita dengan orang-orang yang kita rasakan tidak penting..
dan kini
Allah uji aku dengan rasa cinta yang membuak-buak
tanpa bertemu dengan sesiapa..
serius aku teruji..
..
aku fikir
keletihan mungkin menjadikan aku sebegini..
keinginan aku banyak
tapi kudrat aku hanya sedikit..
..
buat masa ini
aku hanya perlukan banyak kekuatan
dan sedikit ketenangan
untuk aku isikan dalam hidup aku
dengan perkara-perkara yang berfaedah..
aku tidak mahu menjadi manusia yang rugi
dan hanyut kerana perkara remeh-temeh sebegini..
..
ada banyak perkara yang aku perlu fikirkan selepas ini..
terlalu banyak sehinggakan aku menjadi letih..
tp aku biarkan..
dan itu buat aku sedar
aku berasa bosan
kerana aku biarkan hidupku kosong
tanpa sedikitpun terusik..
..
abaikan jiwa halusku
yang selalu memberontak itu.. !!
..
.
p/s - "ikhram boleh tak kau terus basuh baju kau tu yang dah berlambak kat raga.. pergi..!! karang kan nak balik rumah sewa..!!"
.