I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 30, 2012

Permata Hati Saya




" Kadang-kadang perancangan kita sudah baik, namun perancangan tuhan adalah lebih baik "


Sedar atau tidak, sudah hampir tiga bulan menjadi seorang guru. Sehingga hari ini aku masih lagi tidak percaya, aku sedang mengajar sekolah kebangsaan pendidikan khas bersama anak-anak istimewa.


Aku sering menganggap mereka adalah permata hati yang sangat berharga. Biarpun aku tau keterbatasan kemampuan mereka, tetapi tidak keterlaluan, harapan untuk melihat mereka berjaya sangat tinggi.


Adakalanya aku sentiasa berharap agar semangat aku untuk mendidik mereka tidak pernah luntur malah dijauhkan dari sikap jemu. Biarpun aku tidak dilatih untuk mendidik mereka, tapi aku percaya, naluri keguruan yang melekat dalam diri, sudah cukup mempamerkan kasih sayang dan kecintaan kepada mereka.


Sesungguhnya kalian lah kekuatan bagi cikgu. Ingat tu yer.. !!


p/s - rindu, semua anak-anak asrama pulang ke rumah masing-masing.

.

Sunday, March 18, 2012

KONVOKESYEN Saya.



Teringat enam tahun yang lepas.. Saat-saat selepas mendapat keputusan SPM.. dalam hati bersyukur kerana mendapat keputusan yang mampu membuat aku menarik nafas lega. Pada masa itu aku sedar bahawa aku bukanlah seorang pelajar pintar, namun seorang yang telah kuat berusaha.


Namun lain pulak bila sampai di rumah. Mak hanya menggeleng kepala. Kerana pada emak, keputusan yang baik adalah 10 A. Mungkin emak berfikir spm sama seperti upsr dan pmr yang lalu yang mudah mengejar bilangan 'a'.. sedangkan pengiraan merit tidak sebegitu..


Akhirnya, aku menjadi seorang guru ganti akibat dari rasa was-was emak yang terlalu memikirkan masa depan aku yang sangat kelam pada masa itu. Namun aku tetap percaya keputusan spm aku tidak seteruk yang emak fikirkan.. hahaha..!!


Bermula dari pengalaman sebagai seorang guru ganti yang sngat-sangat muda itulah yang mendorong aku memilih untuk menjadi seorang guru seperti hari ini. Dalam hati tak sudah-sudah menyebut perkataan syukur.


Hasilnya, aku diterima masuk menuntut di Institut perguruan di pulau pinang. Hati emak dan abah sangat bangga. Bagi mereka, peluang untuk aku mengukir masa depan yang cerah adalah sanggt jelas pada masa itu. Yer, aku akui, restu mak abah dan pilihan mereka adalah yang terbaik.


Bergelumang lima tahun setengah dengan kepayahan menguasai bahasa inggeris untuk subjek sains pada masa itu, sungguh menjerat perasaan aku. Ditambah dengan persaingan dengan rakan-rakan yang sangat-sangat hebat, memang mempelawa aku untuk bersaing sama.. Dengan cabaran memahami pelajaran baru.. memang menggugat kesabaran iman dan kecekalan hati. Tapi aku tetap percaya dorongan dari emak dan abah serta bantuan dari pensyarah dan rakan-rakan memang sangat-sangat membantu.


Bayangkan, aku yang awalnya mengarang essay pun tak reti, apatah lagi mengarang lab report yang susah tu pun merangkak-rangkak, akhirnya mampu membuatnya sendiri setelah bertahun-tahun berusaha. Dan aku percaya mungkin hari ini, cikgu-cikgu bahasa inggeris pasti tidak menyangka dengan perubahan ini... hehehe..


Bermula dari bukan siapa-siapa, akhirnya aku belajar untuk mencapai cita-cita. Semuanya berbekalkan kesabaran, usaha dan tawakal. Doa ibu bapa dan yang lain-lain. Setelah lima tahun setengah di maktab, akhirnya aku memegang segulung ijazah yang sangat-sangat aku idam-idamkan. Ijazah ini sangat bermakna kepada aku.. yang selalu bermain air mata dan keringat sebenarnya.


Alhamdulillah.


Teringat bila ditanya tentang cita-cita bila sudah besar sewaktu tamat spm dulu. Jawapan aku,

" Cita-cita saya tak besar, tak kisah jadi apa, asalkan berguna kepada bangsa dan negara.."

.

p/s - tak kisah la nak jadi apa, asalkan tak jadi penagih dadah. Saya bangga menjadi guru.
.

Monday, March 12, 2012

Pre - Konvo



Orang lain makin nak konvo, makin tak sabar-sabar.. aku ni terbalik pula.. makin takut..!! Apapun sangat seronok sebab apa yang dinanti-nantikan selama lima tahun setengah menuntut ilmu di maktab, akhirnya sampai ke puncak. Menerima sijil ijazah adalah satu-satu perkara yang sangat-sangat diimpikan dari bangku sekolah sehinggalah ke saat ini.



Bertemu kembali dengan rakan-rakan taulan yang dulu-dulu sama berjuang memang mengujakan. Terlalu banyak cerita yang ingin disingkap.. terlalu banyak kisah pengalaman saat-saat memulakan kerjaya yang ingin dikongsi bersama.



Namun kesuntukan masa.. malah jadual perjalanan majlis istiadat yang sangat padat, menghalang kami dari terus, terus dan terus bercerita. Jadi, kesempatan yang ada itu aku gunakan sepenuhnya untuk beramah mesra, kerana kemungkinan selepas ini, peluang untuk bersama-sama lagi agak tipis sekali.



Apapun, tiada siapa menyangka, sekiranya aku katakan majlis pre-konvo Ini mungkin boleh bertukar menjadi majlis pre-wedding kami..??



Wallahualam.
.

.p/s - sebenarnya nak post perkara yang marah-marah. Tapi jadi syahdu pulak..!!

.

Monday, March 5, 2012

Al Fatihah - Atuk Talib

Janji Tuhan sentiasa benar. Bila datang sesuatu ajal manusia, tidak akan tercepat sesaat malah terlewat sesaat juga tidak. Begitulah keadaan kami sekeluarga yang kini terpaksa merelakan kepergian atuk Talib yang amat-amat kami sekeluarga sayangi.


Takdir Tuhan, aku bersyukur kerana di pengakhiran hayat atuk, aku berpeluang menghabiskan banyak masa dengan atuk. Saat bersama dengan atuk berdepan dengan saat-saat cemas di hospital.. saat-saat atuk di rumah kami.. malah saat atuk menghembuskan nafasnya terakhir.. sehinggalah ke liang lahad. Aku bersyukur..


Terkenang saat-saat bersama arwah atuk ketika sepanjang perjalanan ke kampung halaman di dalam van jenazah sebentar tadi.. Air mata bagai tidak dapat ditahan-tahan lagi.. terimbau segala kenangan manis suka dan duka bersama atuk. Sebagai anak cucu lelaki sulung atuk, aku bersyukur dapat sama-sama berbakti pada usia tua atuk walaupun setiap bantuan aku itu tidak sedikit pun mampu membayar jasa dan pengorbanan atuk untuk keluarga kita.


Namun sebagai 'abang'... abang buat segalanya yang termampu.


Masih segar dalam ingatan abang, bagaimana cemasnya kita berdua bila doktor mahu abang memasukkan tiub kencing ke dalam badan atuk.. Aku cemas, panik, kasihan.. malah abang geram.. abang tak sampai hati nak menyakitkan atuk.. penyudahnya, kita sama-sama menghabiskan seminggu berhari raya di hospital.


Setelah sekian lama rumah hingar dengan telatah atuk.. dengan kerenah atuk, sendu atuk, jeritan atuk, dengusan atuk, rungutan atuk,... akhirnya malam ini rumah ini sunyi sekali. Tiada lagi semua kenangan-kenangan itu lagi.. Luluh rasanya hati ini..


Atuk.. abang dan adik-adik bukanlah cucu yang sempurna buat atuk.. namun kami bertiga telah berusaha menepati apa saja keperluan atuk dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan kami. Abang dan adik-adik percaya, di penghujung usia atuk ini, kehadiran atuk telah memberi makna yang besar dalam hidup kami.


Abang bahagia mengenali dan hidup bersama atuk. Sikap pemaaf atuk wajar jadi ikutan. Abang percaya, ketiadaan atuk pasti memberi kesan besar dalam hidup abg. Tidak mungkin abang akan melupakan atuk...

Wahai atuk yang abang kasihi dan abang sayangi. Pergilah atuk dengan tenang di sana. Abang tetap mendoakan kesejahteraan atuk dan semoga ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Amin.


Al Fatihah





p/s - tiada apa yang bermakna selain selain membantu dan menjaga ibu bapa di hari tua. Emak, emak contoh terbaik buat kami, anak-anak mu...
.

Saturday, March 3, 2012

Terpenjara

Bila aku baca post-post kawan-kawan di facebook.. semua merungut dapat mengajar di Sarawak. Jauh dari keluarga.. nak makan susah.. nak mandi susah.. nak mengajar pun susah.. sebab ramai budak tak faham bahasa melayu.. pekan jauh.. dan macam-macam.. sampai tak de satu pun yang menarik untuk dijadikan motivasi.. ok fine !!


Namun kesusahan tu turut berlaku bagi kawan-kawan aku di semenanjung ni.. lebih-lebih lagi mereka yang ditempatkan mengajar di sekitar ibu kota.. ataupun di bandaraya setiap negeri.. terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya, taraf hidup yang tinggi.. semua perkara perlu dibayar, dengan kesibukan waktu bekerja.. tugas yang berlambak-lambak.. terpaksa berdepan dgn masalah pelajar.. bla..bla..

Semuanya sama kan ? kan ? kan ???

Aku mungkin dikatakan bertuah.... "Bertuah la kau, Ikhram. Dapat negeri sendiri. Dekat dengan rumah. Dapat berulang alik dari rumah ke sekolah. Makan, minum, sewa rumah tak payah bayar... Semua mak ayah tanggung".


Semuanya nampak macam mudah. Tapi bagi seorang anak lelaki yang selama ni berpaut dengan mak abah dan baru-baru ni bebas menginap di hostel - itu satu pembunuhan secara senyap bagi aku. Aku tak sangka kebebasan aku direntap hampir keseluruhan sebenarnya. Dan hari ia mula dilepaskan secara perlahan-lahan atas kedegilan aku. Persepsi mereka.


Kalau semua orang anggap aku beruntung. Yer. Aku memang beruntung. Tapi aku tetap terpaksa menghadapi masalah dan nampaknya masalah ini makin berlarutan.


Aku suka dengan pekerjaan aku.. dan sekarang ni semua perkara yang aku mahu buat lebih, telah pun disekat secara psiko. Atas alasan tak boleh terlalu baik sangat bila di sekolah. OK. Akhirnya aku terima juga.. Kesimpulan yang pertama - hidup sendiri fikirkan diri sendiri. Hidup di rumah - kene fikirkan hal keje, sekolah, asrama, dan keluarga. Masa hidup aku kene bahagikan kepada 5.


Semua perkara memang parent yang uruskan bila tinggal di rumah. Yup memang betul. Tapi tu bukan petanda aku tidak boleh belajar berdikari. Selama ni dok hostel 5 tahun.. ok saja. tapi bila sudah menetap di rumah, memang biasalah tetiba terharapkan orang di dalam rumah. Apa boleh buat, itu sahaja komuniti yang ada untuk aku sekarang. Tapi masalahnya mula tiba, bila dikatakan dari pagi sampai malam semua perkara kene diingatkan. OMG. Nada ungkitan seperti itu memang buat keyakinan diri semakin mengecil.


Dan sekarang.. tak boleh tersalah sedikit kat rumah ni.. kene marah tak ubah macam umur 17 tahun. Sekarang aku memang tak boleh terima lagi. Cukuplah sebulan, dua bulan, tiga bulan, empat bulan tinggal di rumah dan diperlakukan macam ni. Tolong lah hormati aku juga. Aku dah besar. Tegurlah seperti aku anak-anak manusia 24 tahun.


Penyudahnya.. kehidupan aku dari zaman bersekolah, belajar sampailah dah mula bekerja tidak pernah berubah dan aku paling risau mungkin tidak boleh diubah lagi..


Setiap pagi, akan ditegur supaya menjadi seorang yang matang. Rancang kehidupan dengan lebih baik. Perangai tu perlu ditunjukkan seperti 24 tahun. Perempuan takkan suka lelaki yang tak matang. Sedangkan apa yang aku nak buat semuanya bagaikan hasil dari feedback yang mereka buat. Entahlah, aku rasa aku dah buat macam-macam tanggungjawab.


Itulah sebabnya semakin hari, aku semakin tertekan. Kebebasan hidup aku seperti direntap. Kadang-kadang saudara mara pun tak faham-faham. Diorang bebas, aku juga yang tak bebas-bebas. Tolonglah gilir-gilir jaga atuk. Aku nak juga keluar berjalan-jalan.


Bila semua perkara perlu diberitahu. Setiap kesalahan perlu menerima tengkingan yang bertubi-tubi. Apa yang aku suka buat, tapi tak boleh buat atas alasan kene fikirkan keluarga. Aku rasa aku memang takkan membesar dan matang...


Lebih baik aku ditempatkan jauh-jauh.. dan tentu aku boleh rancang kehidupan aku dan belajar untuk berdikari sebaik mungkin.


p/s - bila nak melawan mulalah dikatakan nak kurang ajar. Tapi pernah ker nak faham apa yang ada dalam hati. Cubalah lihat aku sebagai lelaki pra-dewasa yang berumur 24 tahun.


Tak sangka dalam hidup ni aku tak ada pilihan.

.