I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 28, 2013

Hijabista

 
Selepas aku melayan lagu "Kerana Aku Sanggup" dendangan agnes monica, aku tetiba tertonton hijab tutorial style. Bila aku dok layan-layan, aku terfikir.. bagaimana kaum hawa hari ini sanggup mengambil jalan paling sukar untuk bertudung..?? Berlilit sana-sini.
 
Secara jujur, aku bukanlah anti fesyen dan perkembangan terbaru terhadap wanita bertudung  sedang kini fesyen sebegitu semakin berkembang positif. Tapi bila aku tengok secara keseluruhan dari tutorial hijab ini tadi , kebanyakan kain selendang yang panjang-panjang tu, akhirnya tidak mampu pun menutup bahagian dada. Sebaliknya, mereka lebih menitik beratkan, helaian-helaian selendang yg terakhir tu mampu atau tidak berjurai atau tidak di tepi pipi.
 
Kalau tak terjulur keluar, tak sah agaknya pada diorang ni. Yang hairannya tu, kain selendang yang disarungkan tu, umpama aksesori yang sesuai dibuat kibaran oleh angin. Yang jelas nampak, adalah kain tudung yg dijadikan anak tudung yang kini sudah digunakan untuk menutup leher. kalau begitu, pakai je la anak tudung yang sehelai tu.
 
Baiklah, aku faham juga sikit-sikit konsep hijabista hari ini. Ada masa tu tidak dinafikan, kadang-kadang cantik juga kelihatan pemakainya, cuma adakala tu, bagi aku agak keterlaluan dan menyukarkan pergerakan. Aku sebagai lelaki, bila melihat fenomena sebegini, pasti merasa janggal dan kadang-kdang berasa kasihan.
 
Kalau naik komuter, selalu berhadapan dengan masalah mangsa fesyen hijabista yang keterlaluan seperti ini. Kadang-kadang aku bertanya juga dalam hati.."Nak ke mana je la budak-budak ni" ..  itu belum dengan baju kaler hijau, skirt kaler biru neon. Kadang-kadang tu siap legging kaler kuning. Memang tak boleh blah...
 
"Dik, kau tu bertudung tau !!"
 
Aku, walaupun lelaki.. faham juga trend fesyen tahun lepas - blocking clour. Tapi jangan sampai ter'block' minda tu sama.
 
Bagi aku, fesyen yang baik adalah - yang simple, selesa dan elegent.
..
 
 kalau adik dah memang cantik, pakai tudung bawal letak kerongsang kiri kanan pun masih nampak manis. Jangan susahkan diri anda untuk kelihatan lebih baik dan sempurna.
 
p/s - terima kasih adik manis yang telah mentutorialkan abg tadi yer.
.


Tuesday, January 22, 2013


 
Selama menikmati bulan Januari 2013 tahun ini, dua hari ni adalah hari yang betul-betul meletihkan emosi dan mental. Keadaan di sekolah untuk tahun 2013, sangat jauh berbeza berbanding tahun lepas. Positifnya, kehidupan aku lebih tersusun. Bila mengajar, nampaknya cara aku lebih kemas dan teratur malah lebih bertanggungjawab.
 
Untuk awal-awal tahun, sebagai pendidik aku sememang agak sibuk. Lebih-lebih lagi nak menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru malah menerima iklim sekolah yang baru ini ada kala menenangkan.. malah adakala memang mengigit hati. Sunyi saja hati ini.
 
Namun, Allah sangat menyayangi aku. Kali ini Allah mengurniakan aku seorang rakan yang mampu menghiburkan hati malah sentiasa membuatkan aku tersenyum.
 
Aku gembira biarpun dapat sesekali bertemu. Apa yang pasti, berkongsi minat yang sama memang menyeronokkan. Aku percaya, dengan sikap memberi dan menerima, hati kita pasti bahagia.
 
Kesannya, sejak kebelakangan ini .. setiap hari aku menikmati lagu-lagu dendangan agnes monica. Dari Rindu, ke Rapuh, kemudian ke Cinta Mati, beralih ke Kerana Ku Sanggup.. sampailah ke Tanpa Kekasih.. dan seterusnya.. semua lagu-lagu ini mampu menghiburkan hati aku
 
Setiap malam, aku akan mendapat kiriman lagu rakaman yang direkodkan dan dihantar melalui whatsapp.. memang terbaekk !!! Hahaha.. 
 
 
p/s - benci la blogspot ni..!! kali ni nak masukkan gambar pula yang bermasalah... benci.. !!
.


Wednesday, January 2, 2013

Azam 2013

 

 

 

 
Alhamdulillah, tahun 2013 sudah dijejaki. Persekitaran sekolah yang baru bagi tahun ini memang mengalami perubahan yang besar - dari segi luaran mahupun dalaman. Aku akui, sekolah dihiasi  lebih indah dan lebih cantik dari sebelumnya. Begitu juga dengan asrama sekolah. Semuanya serba lengkap dan sejuk mata memandang.
 
Bila bercakap tentang azam tahun ini, semua azam aku kali ini banyaknya tertumpu kepada usaha melahirkan pelajar yang cemerlang disamping menggembirakan hati mereka. Aku sedang merancang apakah cara terbaik bagi mengajar subjek sains yang pertama kali aku ajar untuk murid UPSR agar mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Almaklumlah, baru pertama kali memegang kelas tahun 6.
 
Bukan itu sahaja, aku juga berharap, dengan tanggungjawab baru yang digalas, dapat memberi seribu satu pengalaman. Aku akan cuba menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan berintegriti. Aku mahu menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab, boleh diharapkan oleh murid dan warga sekolah serta menajdi seorang guru yang penyayang.
 
Selain itu, aku juga mahu menjadi seorang guru yang baik dari segi kesihatan fizikal malah tabah dan kuat dari segi mental dan emosi. Oleh itu, aku fikir, adalah lebih elok sekiranya aku mulakan dengan memakan sayur-sayuran dengan lebih banyak. Mungkin lepas ini boleh melepaskan tekanan dengan mendengar lagu-lagu yang lebih rancak. Hahaha..
 
Seperti tahun lepas, aku berharap tahun ini aku masih lagi berpeluang untuk menjelajah ke tempat orang. Aku berharap aku mampu menabung dan memperoleh banyak rezeki lagi untuk 'terbang' ke mana-mana.
 
Sebenarnya azam tahun ini tidaklah terlalu 'tegas'.. tapi sekurang-kurangnya berjaya memujuk hati aku yang melankolik untuk awal-awal persekolahan. Ditinggalkan orang-orang tersayang buat masa ini memang melunturkan semangat. Adik-adik yang keluar menuntut, anak didik tersayang ke sekolah menengah sering membibit rasa sunyi. Nasib baiklah ada kawan-kawan cikgu-cikgi yang sentiasa sama-sama bekerja dan menghabiskan masa dengan gembira.
 
Namun kehidupan aku kini hanyalah untuk kamu semua, wahai anak anak didik.
 
 p/s - Hari ini, aku pulang ke rumah dari asrama lebih awal. Aku kesat mata yang aku sangka  -penuh dengan peluh, rupanya bukan..
 
 Pedih, tapi tidak sepedih di dalam hati.
.