I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 31, 2010

Gemerlapan 2010


tahun 2010
aku lalui dengan penuh ketabahan..
suka duka..
yang mematangkan
umpama segelung benang..
punya lembaran permulaan dan akhirnya meruncing ke penghujung
begitulah hidupku..
..
mungkin selembar benang akhirnya menjadi kain..
selembar hidupku lama-lama menjadi 'manusia'..
sepanjang tahun ini
buat aku lebih mengenali serba serbi sikap manusia..
mana yang boleh dipanggil insan
dan mana yang boleh aku panggil 'binatang'..
aku tatang hati manusia dengan minyak yang penuh..
sedikit yg tahu memahami.. ramai yang mengkhianati
tp itu lumrah..
apa yang penting..
hidup di dunia harus selalu memberi bakti
barulah hidup diberkati dan disenangi..
..
alhamdulillah..
tahun 2010 tahun gemerlapan
tahun keriangan
tahun kepercayaan
tahun kesabaran
dan tahun kejayaan..
..
bersama sekalung doa dari kawan-kawan
dari masyarakat..
dari guru-guru yang mendidik dan anak-anak didik..
dari adik-adik
dan restu tulus bonda dan ayahanda
insyaallah hidup ini bakal aku sinarkan..
kerana aku tahu Dia sentiasa memakbulkan
..
dunia lepas aku tinggalkan
selamat datang 2011
selamat tahun baru..

Thursday, December 30, 2010

Persada Nusantara


Hari ni dunia Malaysia masih lagi hingar dengan kejuaraan kita..
kejayaan kita, sokongan kita..
serta..
kebanggaan kita..
dalam hati.. harumlah namamu MALAYSIA
semerbak kasturi di persada dunia..
..
kejayaan semalam..
bukan seperti yang dunia agung2kan..
'hidup bola, makan bola.. minum coca cola'
itu slogan palsu yang menutupi hati dan wajah suci kita..
tetapi kejayaan semalam
adalah seperti ini
"MALAYSIA boleh !!"
"MALAYSIA boleh !!"
"MALAYSIA boleh !!"
..
semalam,
maruah kita sebenarnya bukan terletak pada bulatnya bola..
yang menembusi gawang pihak lawan..
juga gawang pihak kita
tp sikap juang mempertahankan maruah negara..
maruah kita..
..
kejayaan semalam..
bukan hanya wujud untuk semangat kesukanan semata-mata
tetapi lebih kepada pengajaran
jangan angkuh pada K.I.T.A !!
ucapkanlah dengan sopan..
kerana itu budaya negara kita
..
tutuplah dunia sukan
dalam lembaran hidup aku
sedangkan berita itu warwar nya seantero dunia
tidak dapat tidak
itu urusan negara dan dunia
kena akur dengan rela..
..
MALAYSIA
MALAYSIA
MALAYSIA
kau unggul di persada nusantara..
aku bangga menjadi perajuritmu
biarpun menumpang pada kejayaan orang lain..
yang nyata terpalit sama untuk kejayaanku..
kegembiraanku..
kebanggaanku..
1 warisan
1 matlamat
1 MALAYSIA
.
.
p/s - terima kasih Tun Dr. Mahathir.. jasa dan baktimu.. terpahat kukuh dalam sanubariku..
.

Wednesday, December 29, 2010

GLAM Midvalley !!


kegembiraan pada hari itu..
aku biarkan gambar di atas itu sendiri yang bercerita..
berpeluang bersama adik2
merentasi dunia kota yang penuh dengan kemewahan
dunia yang penuh kesesakan manusiawi..
sungguh mengasyikkan dari pandangan mata.. dan hati
serta berdampingan bersama dua 'mawar'
mekar dan jelita ;
teman persekolahan yang akrab
dari dulu ;
dari zaman kanak-kanak.. menjengah ke alam remaja
dan kini berura-ura memasuki ke alam dewasa..
namun senyum dan tawa kita masih tidak juga berubah-ubah ritmanya..
..
dunia metropolitan ini tidak akan pernah berubah
semakin maju dan maju dan akan maju..
kita manusia seakan-akan turut berubah juga..
namun tali persahabatan itu janganlah kita ubah.. biarkan utuh..
ingin rasanya berkongsi..
satu dalam ribuan petua bersahabat.. yg jarang diperkatakan..
iaitu
gembira dengan kejayaan kawan-kawan
dengan memberjayakan diri sendiri dahulu..
baru hati redha untuk berkawan..
sehidup semati..
..
untuk adik2..
abang buat yang terbaik pada kalian kan?
sebab kalian adalah harta abg yang abg ada..
hubungan kita biar erat.. walaupun masing2 nanti punya kehidupan sendiri..
rasa seronok ini kita kongsi
biar sampai akhir hayat abg..
kerana itu yang abah dan emak mahukan dari kita bertiga..
kita gembira..
hasad dengki itu biar kita sendiri perhati bukan kita ikuti..
kerana ajaran agama..
ajaran mak abah
bukan sebegitu buruknya..
berjanjilah
jangan kita belot pada janji
serta belot pada hati kita sendiri..
kerana itu adalah pemusnah segala kasih sayang..
.
sehari di midvalley adalah cukup
untuk buat diri aku seperti orang yang berduit... hahaha !!
.
.
p/s - terima kasih Pak Ngah Farid... seorang yg baik budi kepada kami..
.

Tuesday, December 28, 2010

Tuju Selipar


Mentari jingga mula berlabuh..
dan kanak2 diluar melaung2kan nama aku..
mesti diorang fikir aku adalah kanak2 seusia mereka..
hahaha..
hari ni kami main tuju selipar..
dengan syarat mesti mengikut telunjuk undang2 permainan dari aku..
hormon adrenalin diperlukan..
untuk meningkatkan rasa teruja aku dalam permainan ini..
..
tuju selipar.. dalam hidup tidak seindah begitu..
tuju kepada setiap orang yang ada
dengan harapan, gembira melihat seseorang itu kehidupannya musnah..
peluangnya hancur..
dalam membina kubu bahagia..
dalam permainan ini tiada tolak ansurnya..
namun ini hanyalah sebuah permainan.. analoginya adalah dari aku..
..
malam..
terang di dalam rumah kerana ada abah..
jadi
gelap di luar tidak dpt mempengaruhi kami..
abah sebagai ketua keluarga berpesan kepada kami..
kami ; anak-anaknya..
jangan lagi memikirkan hal2 yang tidak baik lagi..
bersatu dalam menjaga adik beradik yang tiga kerat ini..
bertolak ansur dan jangan menjadi tamak..
susah sama susah dan senang sama senang..
abah berpesan supaya berwaspada..
buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali..
kerana takut nanti dikemudian hari.. hati sendiri terguris lagi..
abah berpesan lagi..
supaya tidak berasa bongkak pada kejayaan dunia..
berusaha secara sihat dalam membina impian hidup..
serta belajar jgn lupa..
abah terus-terusan lagi berpesan..
jgn lagi meninggikan suara pada orang yang lebih tua..
walaupun mereka ada sejarah buruk dalam hidup kita..
belajar untuk bersabar.. dan kawal marah..
kerana mereka lebih tua dan wajar dihormati..
walaupun mereka salah.. diam kita itu lebih bererti..
itulahh tanda orang yang matang dan berilmu tinggi
abah berpesan lagi..
buat baik jgn harapkan balasan..
dan wajib bagi kami tiga beradik untuk menjaga emak..
nampaknya abah sayangkan emak..
abah pesan supaya sedaya upaya menjaga atuk..
dan
pandai menjaga diri dan sentiasa membawa diri dengan baik..
abah berpesan lagi..
jgn lagi menjawab kata2 nista manusia..
perhatikan sahaja..
kerana itu yang mereka tidak mahu dari kita..
.
aku tidak dpt memandang wajah abah tepat
aku byk menunduk.. insaf..
dalam panas baran abah yang selalu dikatakan saudara mara..
abah pelembut rupanya dan pemaaf orangnya..
kali ni suaranya amat lemah namun dia benar2 memaksudkannya..
dalam kata-kata abah
abah gembira memiliki anak seperti kami tiga orang..
sebelum tamat kami berempat berkonfrontasi sesama sendiri..
abah memuji..
aku sekarang sudah pandai menulis..
aku senyum sendiri..
.
aku jawab dalam hati
jadi cikgu mesti kene pandai menulis..
bukan sekadar menjadi penurut cakap isteri..
dan permainan tuju selipar itu aku amati sekali lagi
hidup kalau untuk penuju kemusnahan kejayaan manusia..
maafkan aku
itu bukan cara hidupku..
Allahu Akbar