Thursday, June 30, 2011
Teknologi, Tenaga, Masyarakat
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Legasi Cleopatra
Sepanjang hari ini, aku mendengarkan lagu - Legasi Cleopatra ini tanpa henti-henti. Berulang -ulang kali lagu ini berputar kat mp3. Aku jikalau sudah terminatkan sesebuah lagu, aku akan terus dan terus mendengarnya sehinggalah aku jemu. Prinsip aku mudah, minatkan sebuah lagu jangan sampai aku hafal keseluruhan liriknya. Kerana bila liriknya sudah lancar meniti di bibir, riwayat lagu tu mendampingi aku bakal menghampiri fasa tamat.
Tapi tak berani nak ketawa, takut abah marah kepada kami. Abah kalau marah, memang teruk keadaannya kerana dia tak suka orang ketawakan kelemahannya. Al-maklumlah. selama berbelas-belas tahun berkhidmat dalam tentera dia hanya memegang senduk dan kuali. Abah saya berkhidmat dalam unit MESS. Bahagian pemakanan, kira tukang masak askar la lebih kurang titlenye. Jadi abah aku sangat pandai masak.
Aku tidak perlu menulis banyak-banyak kali bila setiap kali aku perlu membetulkan penulisan cerpen aku. Kedua, Jimat terhadap penggunakan kertas. Kalau menulis, paling kurang aku perlu menggunakan seplastik kertas kajang. Ketiga, Tidak meletihkan kerana hanya taip dan tak menggunakan kudrat unutk menulis. Keempat, melakukan pembetulan dengan mudah.
Apapun kita ni berdiri biar sama tinggi. Kalau semua orang dah maju ke depan, mahu atau tidak, terpaksa jugalah aku sama-sama kedepan menerajui kecanggihan dunia. Aku pelik jugak, kawan-kawan lelaki aku semua gila komputer, kenapa aku tidak..?? huhuhu..
Dalam dunia ni ada ketika kena juga memaksa diri untuk berjaya.. Nasiblah... !!
p/s - nak potong misai la lepas nie.. Bila ada misai, pertambahan umur meningkat kepada 5 tahun dari umur asal. Sampaikan ada orang tegur aku tadi - "Encik ni pensyarah ker?" ... - melampau kan gurauan seumpama itu ??
.
Monday, June 27, 2011
Warkah
Sunday, June 26, 2011
Sukan Tahunan SKG 2011
Semalam, berlangsungnya Hari Sukan Tahunan SK Genting 2011. Sebagai memeriahkan majlis aku dan Akashah rasa bertanggungjawab untuk hadir bersama. Ini sebagai tanda penghargaan terhadap pihak sekolah yang sentiasa menerima baik kunjungan kami sepanjang menjalani praktikum yang lepas.
Ada 4 faktor sebenarnya yang menyebabkan seorang guru selesa berada di sekolah. Pertama, sikap prihatin dan tolak ansur dari pihak pentadbir sekolah. Kedua, hubungan yang mesra dan ikhlas dari guru-guru sekolah. Ketiga, keharmonian dan rasa hormat dari murid-murid. Keempat, keceriaan dan pergaulan yang baik dengan pekerja-pekerja sekolah. Keempat-empat faktor ini ada pada SK Genting. Jadi tidak hairanlah aku sangat-sangat menyayangi SK Genting ini.
Sepanjang menghadiri Hari Sukan ini, aku sangat seronok biarpun panas mentari membahang sepanjang hari. Dengan kemeriahan anak-anak murid yang masih menyayangi kami berdua, buat aku terharu. Tak henti-henti menerima ucapan salam dan jabat tangan yang mesra. Ada yang menarik tangan aku supaya melihat kemeriahan rumah sukan mereka. Tak kurang ada juga yang memberi pelukan rindu.. hahaha !!
Bukan itu sahaja, hubungan rapat dengan guru-guru buat aku rasa dihargai biarpun hanya bergelar guru pelatih. Gurau senda yang tidak berkesudahan dengan mereka buat aku asyik ketawa saja. Ada saja cerita-cerita yang ingin dikongsi bersama. Sementara itu, dapat juga aku melihat potensi kesemua murid-murid dalam bidang kesukanan. Inilah hasrat kerajaan dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dalam segala aspek termasuk jasmani.
Pesan emak, biar tercampak ke laut menjadi pulau akan aku abadikan dalam sepanjang hayat. Nasihat ikhlas emak itu terlalu banyak kebenarannya pada masa ini.
Kalau aku cakap aku masuk acara tarik tali sebagai mewakili pihak sekolah melawan pihak waris mesti ramai tak percaya kan?? Al maklumlah BMI pun 21 - 22.. hahaha !! Apapun, kumpulan kami menang wok !! Mak, anak omak monang ni ha masuk acara tarik tali...!!! hahaha.. dapatlah hadiah tupperware dan pemberian topi sebagai cenderahati..
Biarkan keseronokan dan kegembiraan ini berterusan sampai bila-bila. Kenangan yang baik baik ni perlu dikenang dan usah dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.
p/s - maaf yer.. entry panjang dengan himpunan gambar2 saje.. ada byk lagi sebenarnya.. hahaha !! Ustaz anis, kita dua memang ensem la.. hahaha !!
.
Friday, June 24, 2011
Kepercayaan Diri
p/s - Teringat kenangan berpraktikum dari SK Mutiara Perdana, SK Jalan Hamilton seterusnya SK Genting.. esok nak g Hari Sukan kat sekolah mereka !!
.
Thursday, June 23, 2011
Gunting Rambut
Wednesday, June 22, 2011
Tuesday, June 21, 2011
Integrasi Nasional
Oleh sebab aku masih lagi dalam keadaan terkejut dan takut untuk menghadapi hari-hari muka, jadi adalah lebih baik aku melepak dengan adik aku si Fatin kat McD.. lagipun sekarang tengah ada Mc Shaker!! huhu.. layan.. Zass !!
.
p/s - letih sungguh hari ni.. !! Aku ingat aku tengah mengalami gejala "penyakit rumah' la..!! Homesick ar... !! Bley tak nak balik kampung sekarang jugak !!??
.
Monday, June 20, 2011
Pembukaan Semester Akhir Yang Psiko..
.
p/s - Kenapa sambutan minggu orientasi junior baru kali ni macam tak meriah jer.. tak sama cam zaman kami dulu2.. !!??
.
Sunday, June 19, 2011
Abah Kami Hero Kami..!!
Walauapapun, rumah tercinta ini bakal aku tinggalkan bersama adikku si Fatin dengan rasa berat hati yang teramat.. dan emak berjanji akan menyediakan nasi lemak sambal udang sebagai pengisi perut aku sebelum berlepas ke maktab esok.. dan dalam fikiran aku, aku terbayang hidangan air teh emak yang sungguh istimewa pada selera aku..
dan seperti biasa.. emak akan cuba menghilangkan rasa sedih kami dengan menyediakan bermacam-macam makanan dan sambil mulutnya membebel-bebel mengingatkan kami supaya tidak tertinggalkan barang-barang.. itu adalah moment yg sgt aku rindukan !!
Berada di rumah, umpama syurga.. dan syurga Allah jua yang kekal abadi..