I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 28, 2013

Glamor Raya.


 

Sambutan Hari Raya di sekolah aku tidak pernah sesekali mengecewakan..
Saban tahun, ada saja cerita yang menggembirakan.
Tahun ini, tersangatlah meriahnya.

Tahun ini aku menang untuk kesemua kategori utama yang dipertandingkan . Dapatlah hadiah berupa hamper. Bila balik, sampai je rumah.. terus bagi semua kat anak-anak jiran. Yang tinggal, air gas dengan coklat jer yang ada kat aku. Tahun depan aku syorkan, hadiah bagi kategori sebegini akan lebih 'berdaya saing' lagi agar dapat memupuk semangat juang secara sihat di kalangan guru dan staf. 
Contohnya, tiket penerbangan ke Langkawi ( sehala pun jadi lah..) atau set buffet kat hotel ker..?? saja demand..

Apapun kemenangan diukur dengan kesyukuran atas penghargaan manusia lain. 
Terima kasih. Aku gembira.

p/s -
Tema tahun ini
fashionista raya -blocking colour.

Sunday, August 11, 2013

eid mubarak 2013




























Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Bila usia semakin meningkat.. kematangan makin diuji.. Alhamdulillah, kini aku bijak menangani masalah dengan manusia. Bila berhadapan dengan penyakit-penyakit hati, aku selalu bisikkan di dalam hati..

"Allah, sedang menguji kita"

... kemudian hati menjadi sabar. Api yang marak kini boleh dipendamkan. Begitulah caranya aku mengajar diri agar tidak disirami dendam. Adakala ada manusia yang tidak mahu mengalah, jadi aku yang memulakan dahulu salam kemaafan. Adakala, hati tidak mampu memaafkan, aku bawa diri mendiamkan diri dari segala yang melukakan hati.

Pada aku, manusia adakala tidak boleh diajar dengan kata-kata, tapi mampu mengerti apabila kita berdiam. 

Apapun, selagi bumi dipijak, langit dijunjung, selagi emak, abah dan adik-adik masih disisi, selagi itulah aku akan cuba berbakti. Kerana mereka jiwa aku 'hidup'.

Pada yang telah tiada, tiada wang ringgit yg mampu aku hiasi melainkan doa yang dipanjat dan pusara yang diziarahi saban tahun. Biarpun lama kalian pergi, nadi kalian tetap bersemadi di dalam diri ini. Atuk, abang rindukan atuk..

Salam aidilfitri.
 Dalam gembira pasti ada duka. Dalam duka, pasti ada gembira.

p/s - jom kumpul duit raya.
.