I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 31, 2011

Eid Mubarak

Selamat Hari Raya Aidilfitri










Raya tahun ini, kami tidak pulang ke desa di Jelebu seperti tahun-tahun yang lepas. Memandangkan atuk tidak sihat dan berada di rumah makcik di Kuala Pilah. Jadi kami semua berkumpul di sini.



Walaupun tidak berada di desa seperti biasa, namun kemeriahannya lebih kurang sama. Gelak ketawa pasti ada setiap kali bersua dan berbicara. Almaklumlah, bila sudah besar dewasa begini, jarang-jarang dapat berjumpa. Cuti raya macam ni la kami ambil kesempatan untuk bergembira berjumpa sanak saudara.


Seperti dua tahun yang lepas, kami tiga beradik terpaksa beraya tanpa abah bersama disebabkan abah terpaksa bekerja di pagi raya. Selalunya abah sibuk sehinggalah hari raya kedua. Jadi raya tetap diteruskan dengan bermaaf-maafan bersama emak, dan sanak saudara yang lain-lain. Namun untuk menyempurnakan hari lebaran ini, aku tetap mengunjungi abah bermohon maaf di tempat kerjanya.


Walaupun di rumah, mak dan ibu saudara hanya membuat rendang ayam, namun nikmat berhari raya menyempurnakan hajat di hati untuk merasa enaknya rendang daging apabila berkunjung beraya di rumah saudara yang lain.


Hari raya tahun ini, menyaksikan atuk yang kurang sihat. Atuk tidak dapat lagi bergerak dari pusat ke bawah. Setiap pergerakan atuk memerlukan orang lain yang mengangkatnya. Adakala semput juga dibuatnya. Namun aku selalu berpegang kepada apa yang emak selalu nasihatkan.


"Kalaulah manusia tahu bahawa menjaga ibu bapa pada usia tua mereka, Allah akan memberi ganjaran mahligai di syurga nanti. Sudah pasti ramai manusia berebut-rebut untuk menjaga kedua ibu bapanya"


Jadi, aku rasa disebalik ketidaksihatan atuk, sudah pasti ada hikmah di mana-mana selain mengajar kami semua anak dan cucu atuk erti kesabaran malah menguatkan silaturrahim antara kami semua.


Aku selalu mengingatkan diri bahawa terdapat dua perkara yang akan menjadikan silaturrahim terputus. Pertama perasaan hasad dengki. Kedua, tamak pada harta dunia.


p/s - petang raya pertama beraya di Sri menanti. Seronok juga beraya dengan motor ni kan?

.

Monday, August 29, 2011

Berkemas



Nampaknya gelombang Syawal sudah mula bergelora. Esok selepas sahur, mungkin aku akan bergerak pulang ke Kuala Pilah untuk berkumpul dengan sanak saudara meraikan Aidilfitri yang bakal tiba. Walaupun sambutan Hari Raya tidak semeriah dulu, namun aku percaya, hikmah bersua muka dengan saudara mara itu besar nilainya.


Baiklah. Keseronokan menyambut syawal satu hal, nak mengemas kain baju satu hal yang lain pula. Salah satu kelemahan aku dalam mengemas pakaian adalah, semua barang aku nak bawak. Walhal balik kampung 3 hari jer. Tapi kain baju aku lipat macam nak balik beraya sebulan. Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan rasa was-was aku nie..!!


Yang itu satu masalah. Masalah lain pulak, kalau mengemas kain baju kat bilik tidur, satu bilik tidur aku nak geledah. Penyudahnya, satu bilik tidur berterabur. Dan orang-orang dalam rumah ni semuanya nak cari kain baju kat almari bilik aku ni. Lepas sorang-sorang.. huh, pening..


Apapun, semua kelengkapan beraya sudah aku siapkan. Raya tahun ini ala kadar saja. Baju raya pun aku tak beli melainkan jeans sehelai. Itupun sebab jeans kesayangan aku tu dah bocor kiri kanan atas bawah dah..!! tak larat nak g jahit zig-zag.


Kunjungan bulan syawal tahun ini selain mengajar aku erti kesederhanaan, bulan ini banyak mengajar aku erti kesabaran. Tiada yang lebih penting, selain melihat keluarga yang bahagia, rumah yang sederhana dan teratur serta menjamu segala juada yang emak masak. Hahaha...


Akhir kata, doakan perjalanan aku ke Kuala Pilah dengan selamat awal pagi esok k? Aku merempit bawak motor beb !!

.

p/s - Hari ni mak aku masak nasi ayam. Tak cukup makan ketika berbuka. Pukul 1 pagi aku bergerak ke dapur lagi, mengulang makan.. hehehe !!

.

Sunday, August 28, 2011

Pre-Aidilfitri




Semalam merupakan hari terakhir aku sebagai guru pelatih di SK Genting. Perasaan sayu, hibak, sebak namun gembira bercampur gaul buat aku rasa sukar untuk meninggalkan sekolah yang amat-amat aku sayangkan ini.


Untuk hari-hari terakhir dan sempena menjelang bulan syawal yang bakal berkunjung tiba, pihak sekolah telah pun mengadakan sambutan khatam quran dan sambutan menjelang aidilfitri. Secara peribadi aku merasakan sekolah ini snagt peka terhadap kebajikan murid-murid dan apa jua perayaan di sekolah.


Kalau aku yang dah hampir ke fasa dewasa pun rasa seronok dan terhibur, apatah lagi kanak-kanak yang diminta berpakaian seseolah sedang menyambut hari raya. Bersemangat aku pagi-pagi mengiron baju konon-konon nak g sambut hari raya.. hahaha !!


Sempena majlis ini, aku turut naik ke pentas bersama Akashah, rakan guru pelatih unutk sama-sama menyanyikan dua buah lagu raya. Gamat wa cakap lue..!! walaupun suara tak la sesedap mana pun.. hahaha !!


Apa yang baiknya majlis seumpama ni diadakan, selain seluruh murid-murid menerima duit raya dari pihak sekolah, murid-murid dan guru-guru saling bermaaf-maafan memohon ampun jikalau terbuat salah silap. Almaklumlah, kita hanyalah manusia biasa.


Sebelum meninggalkan perkarangan sekolah, sempat mengabdikan diri di sekolah ini dengan bergambar sebanyak mungkin dengan murid-murid dan guru-guru. Inilah kali terakhir bergambar sebagai guru praktikal di sekolah. Sedihnya..


adat manusia bertemu dan berpisah..

.

p/s - gulai udang masak lomak cili api mak tadi, memang sodap. botambah den makan bobuko td.. !

.

Saturday, August 27, 2011

Perjalanan Pulang Ke Desa.








Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Selesai tanggungjawab untuk program internship di sekolah, aku dengan kadar seberapa segera telah pun bergerak pulang ke desa tercinta.


Perjalanan pulang ke kampung kali ini, aku serahkan bulat-bulat kepada adik perempuan aku untuk menguruskannya. Dari urusan nak beli tiket, nak urus kehadiran bas, nak tanya itu ini kat kaunter bas, semua dia yang buat. Aku tau naik jer. Saja bagi pengalaman sebagai persediaan bila aku takde bersama dengan dia lagi di maktab pada masa akan datang.


Terima kasih kepada kak P'nut kerana telah pun menghantar aku ke stesen bas. Tak rugi berbuat baik kepada semua orang, sebab satu-satu masa nanti jikalau kita susah ada orang yang akan membantu. Sampai-sampai saja kat stesen bas, bas dah pun dipenuhi penumpang. Inilah kali pertama aku berkelakuan macam ni. Selalunya sejam sebelum bas gerak, aku memang dah samapi stesen bas. Kadang-kadang lebih awal dari tu.. Perjalanan mengambil masa 5 jam dari Penang ke Pudu..


Disebabkan terlambat nak cari tempat berbuka, jadi sampai je Pudu kitaorang pun bergegas ke KFC Pasar Seni. Makan kenyang-kenyang terus bergerak ke KTM Kuala Lumpur. Masa kat stesen ni, memang tak ramai orang. Aku dah boleh tarik nafas lega dah. Lagipun abah yang beria-ria suruh naik komuter. Senang dia nak jemput kami di Stesen Sg. Gadut. Ikutkan aku nak nauk bas jer..


Sekali sampai kat KL Sentral.. Ambik kau !! Orang masuk kat dalam komuter bukan sesak macam sardin lagi dah.. tp sesak macam nasi kerabu. Aku dengan beg-beg yang banyak.. lepas tu nak melayan mat-mat bangla main redah masuk macam tak de perasaan.. memang menyakitkan hati !!


Dah la masuk dengan kasar, boleh pulak buat macam negara sendiri. Dah la dalam sesak-sesak, boleh pulak sebuk-sebuk nak bersms, nak bercakap kat fon.. dah la cakap kuat-kuat macam lupa yang ni bukan negara diorang. Memang aku tak boleh terima.


Bila mereka angkat saja tangan.. Wow !! Bau dia... memang mengkhayalkan.. aku ingat sebaldi deodorant pun tak tentu boleh menyembuhkan penyakit 'ketiak berbau' tue.. huh!! Apa la malang nasib aku hari ni..!


Apapun akhirnya, kami semua selamat sampai ke destinasi stesen terakhir. Bila orang dah tak ramai, barulah kami bertiga ni dapat duduk kat lantai komuter tu.. Siap nak posing-posing..!! hahaha.. bestnyer pulang ke desa halaman.

.

p/s - bestnyer td sahur. makan nasi berlaukkan ayam masak gulai cili api, sardin goreng mak kite, ayam goreng dan air teh buatan mak.. puas makan sampai tambah 3x. Sori.. huhuhu.. !!
.

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Tasteless..



Kadang-kadang aku bersyukur juga mempunyai rakan-rakan sebatch yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan keharmonian antara kami semua. Walaupun semuanya sibuk untuk program internship di sekolah masing-masing, namun untuk melepaskan peluang berbuka bersama-sama seperti tahun-tahun yang lepas sudah pasti tidak pernah dilepaskan.


Selain kenyang menjamu selera, terubat sedikit rindu untuk bersama-sama bergelak ketawa dan bergurau senda bersama-sama rakan sekelas. Majlis berbuka puasa ini merupakan majlis yang terakhir sepanjang lima tahun setengah kami menuntut di maktab tercinta. Sudah pasti lima tahun kami berpuasa di maktab, meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.


Bermula dengan pernah satu ketika berbuka bersama-sama dalam kelas, kemudian berbuka di kafetaria yang dibiaya oleh pensyarah seterusnya kembali bijak mengelola majlis dengan berbuka di restoran-restoran yang berdekatan.


Sedar tidak sedar semuanya sudah besar. Sudah bijak mengurus diri dan mengorak dunia masa depan. Majlis berbuka puasa ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi lebih kepada mengeratkan silaturrahim disamping mengenang memori-memori silam.


Adakalanya tak semua perkara mampu kita lupakan..

.

p/s - sangat terharu bila bersalam-salaman memohon ampun, saling berpeluk-pelukan tanda kasih sayang. Ingat, kalau mahu hidup senang, budi bahasa itu penting..!!

.




Seperti biasa, tiap-tiap tahun di penghujung ramadhan sudah pasti berat badan akan berkurangan. Muka sedikit cengkung dan walaupun aku tidak ke alat penimbang, namun aku yakin, berat aku mungkin sudah pun turun dalam 1 atau 2 kg. Namun aku tetap bersyukur, aku tetap cukup makan minum dan pakai. Ingatlah nikmat seperti ini masih ada segelintir yang tidak mampu memilikinya. Aku bersyukur.


Sempena ramadhan al mubarak ini, tak lengkap rasanya kalau kami sekumpulan yang terdiri aku, akak suriani dan miss Pnut keluar berbuka sama. Kat sekolah kami bertiga ni memang satu geng la.. cukup korum antara kami ni , maka akan hingarlah tempat duduk kat bilik guru tue..

Apa yang bestnye tentang kami, selain dari sekepala, kami mempunyai hobi yang sangat best iaitu makan dan shopping.. hahaha.. aku tukang memeriahkan majlis saja k?. Hahaha.


Sebenarnya secara spontan, masa nak balik dari sekolah tadi.. aku saja ajak-ajak mereka untuk keluar berbuka. Entah kenapa tetiba tekak mahu makan fastfood. Biasalah bila simptom-simptom teringat masakan emak muncul.. hahaha..!!


Dengan sekali ajakan terus menjadi.. maka kami keluar ke Queensbay Mall. Kali ni nak berbuka dengan pizza hut la.. Lagipun aku dan kak Suriani dah setuju bahawa piza resepi sempena bulan puasa tu memang sedap. Hahaha.. dan pastinya makanan jepun 'Takotao' tidak ketinggalan sebagai alas perut sebelum menunaikan solat maghrib tadi.


Secara keseluruhan, malam kami hari ini sungguh mengujakan. Ketawa dengan lawak-lawak yang pelbagai yang sememangnya menghiburkan. Semua ini menguatkan tali hubungan antara kami. Sesungguhnya aku menyenangi mereka.


Sepanjang perkenalan kami, yang tidak sampai setahun ini sungguh menyeronokkan. Di saat aku sepi, mereka berdua sentiasa ada di sisi. Di saat tiada sesiapa untuk mengadu, kak Pnut ada untuk menyeri kehidupan dengan selalu bertanya khabar. Begitu juga dengan akak suriani yang sentiasa menghiburkan ruang-ruang hari aku berbual di laman facebook.


Terima kasih kepada akak berdua kerana menyinari kehidupan ikhram sepanjang perkenalan kita. Semoga hubungan ini akan kekal selama-lamanya dengan senyuman dan rasa kasih sayang antara kita..!!


burbbbb.. Ops!! Alhamdulillah.. kenyang sangat..!! Hahaha


p/s - punya kenyang sangat, sampaikan t-shirt baru beli td tertinggal kat dalam kereta kak suriani.. kak suriani send mesej cakap baju topshop aku tertinggal...!! Topshop ??? Bukanlah... TOPMAN la.... hahaha...!!

.

Sunday, August 21, 2011

Melupakan


Kalaulah melupakan itu semudah membaca perkataan-perkataan dalam buku yang tidak ingin aku baca..


p/s - kepada adik ANATI SOKI.. kenapa dah jumpa depan mata tapi tak tegur.. huhu !!!


.

Friday, August 19, 2011

Berehat



Pagi-pagi lagi air mata aku berlinang. Lepas bacaan Yassin setiap jumaat untuk murid-murid darjah 6, Ustaz Hanis, selaku ustaz kat sekolah aku telah membuat satu tazkirah ringkas. Pertama, tentang kebuluran di Somalia. Ada tayangan video untuk menunjukkan kemelaratan saudara kita meneruskan hidup biarpun menghadapi kesukaran mencari makanan dan diancam penyakit.


Kedua, tazkirah berkenaan anak soleh dan ibu bapa. Tazkirah yang pertama aku sekadar mengucap syukur dalam hati betapa bertuahnya hidup di mukabumi ini. Diberi nikmat yang tidak terhitung mewahnya. Jadi berpuasa memberi kesedaran terhadap kebuluran mereka.


Namun tazkirah kedua itu betul-betul mampu menitiskan air mata. Dengan mudah, tayangan video tentang luahan hati seorang ibu yang tentang harapan terhadap anak-anak di depan mata mengingatkan aku tentang emak. Mungkin itu jugaklah harapan emak terhadap aku dan adik-adik. Tazkirah yang kedua itu betul-betul menginsafkan.


Jadi berbaloi menghadiri tazkirah ini.


Maaf untuk minggu ini, aku pandang dunia blog-blog ini sepi saja. Timbunan kerja yang bertimpa-timpa sebenarnya membebankan aku biarpun aku tidak berbuat apa-apa. Berfikir tentang tugasan itu saja sudah membuatkan hati tidak senang.


Terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini. Aku sebenarnya sungguh berbesar hati dengan kunjungan dan respon kalian. Cuma masa yang berlalu terasa begitu singkat untuk aku sebenarnya.


Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Iman


Selain mempunyai seorang adik perempuan yang senang diurus dan dijaga, saya juga mempunyai seorang adik lelaki yang sangat berdikari. Namanya Iman. Saya selalu berfikir, kenapa namanya mesti Iman. Bila difikir-fikir, ringkasnya nama adik saya seorang ini menjadikan namanya selalu menjadi kenang-kenangan dalam hidup saya selain mudah untuk dipanggil.


Tahun ini merupakan tahun penting bagi dia kerana dia bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Penting bagi dia sudah pasti penting juga bagi seluruh ahli keluarga yang lain. Saya setiap hari memikirkan adik saya seorang ini. Selain saya, adik perempuan saya juga sentiasa risau tentang perkembangan pembelajarannya.


Kalau orang tanya, kenapa saya ingin selalu rapat dengan murid-murid di sekolah terutama yang darjah 6 ?? Sebenarnya itulah satu-satunya cara saya melepaskan kerinduan dan ingatan saya terhadap adik saya seorang ini. Adakala ketika memberi nasihat kepada murid-murid darjah 6, ia seseolah mengingatkan keadaan adik saya di rumah, Seremban.


Adik saya sebenarnya terpaksa berdikari sendiri dalam usianya yang ternyata masih muda. Saya abangnya dan kakak tersayangnya, Fatin terpaksa meninggalkan dia untuk menuntut di maktab. Manakala emak dan abah pula sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehari-harian, kadangkala sehingga malam. Dia terpaksa menguruskan diri sendiri selain diperhatikan oleh jiran yang pernah mengasuh dia dulu.


Adakala, bila saya bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar kepada anak-anak murid, hati saya seringkali diulit dengan rasa bersalah kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada adik sendiri yang jauh dari mata.


Rasa bersalah ini makin menjadi-jadi nampaknya. Adakala kerana terlalu risaukan tentang dia dan peperiksaannya, saya cepat-cepat menghubungi telefon bimbitnya, bertanya apa yang telah dia pelajari di sekolah. Dia dengan ketawa dan lawak jenaka menjawab. Kadang kala jawapannya menyejukkan hati saya sebagai abangnya.


Kadang-kadang bila saya tertumpu pada anak orang lain lebih dari adik sendiri.. Cepat-cepat saya hubungi emak bagi meredakan rasa bersalah dalam hati.


" Mak, kek sekolah ado oghang mintak tolong abg nengok2kan anak dio nak pekso ni.. Mak ghaso cam no? "

"Elok lah tu.. buek la mano yang baek.. Sekurang2nyo ada oghang pocayokan kau.."

" ..tapi mak.. abang ghaso tak sodap ati la.. Iman blaja macam mano mak..? "

"Elok yo dio blaja mak nengokkan.. macam tu la dio.."

" ..entah la.. abang ghaso cam salah pulak.. dulukan oghang lain dari adik sendiri.."

"Abang, kalau kita elok buekkan anak oghang.. elok jugak la oghang buekkan anak kito.. Adik kau tu, ada yo cikgu-cikgu dio yang mengajar. Mr Tan pun ajar adik kau bagus. Iman tu makin elok blaja dengan Mr Tan. Toguihla mengajar elok2.. Adik kau ni tak payah la ko ghisaukan.."


Senang hati aku mendengar kata-kata emak. Aku terinagt pesanan emak "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali".. dan aku percaya buat baik pasti dibalas baik. Aku harap semoga Allah mengurniakan cikgu-cikgu yang terbaik untuk mengajar adik aku.


Maafkan abang, Iman.

.

p/s - semoga semua anak-anak murid bakal mendapat kejayaan yang cemerlang.. tidak kira di mana saja anda berada. Selamat berjaya.

.

Monday, August 15, 2011

Assembly



Rasanya dah bertahun-tahun tak naik ke pentas. Huh ?? kali terakhir naik ke pentas menjadi pengerusi majlis untuk pertandingan pidato spontan di peringkat maktab. Itupun kene kutuk macam-macam dengan kawan-kawan seperjuangan. Hahaha.. tapi aku terima dengan hati yang terbuka. Sejak daripada itu, aku tidak pernah lagi menceburkan diri menjadi pengerusi majlis mahupun aktiviti seangkatannya.


Namun menjadi pengerusi majlis Pehimpunan Mingguan hari ini merupakan sejarah yang tidak mungkin aku lupakan dalam lipatan riwayat hidup. Berdiri mengacarakan majlis sebagai seorang guru, biarpun kali ini hanya seorang guru pelatih.


Normal kalau darah gemuruh menghantui untuk lima minit pertama. Rakan pelatih yang lain hanya memerhatikan saja dan memberi komen bahawa tangan aku bergetar dengan melihat gegaran kertas teks. Namun selepas lima minit, aku bagaikan gila mikrofon.


Menjayakan perhimpunan ini mungkin dianggap mudah oleh sebilangan orang. Namun mengendalikan murid-murid yang mempunyai seribu satu ragam bukan suatu yang boleh dipandang enteng. Alah bisa tegal biasa.


Apapun, aku seronok menjayakan majlis perhimpunan mingguan yang merupakan salah satu daripada projek kami di sekolah. Sekurang-kurangnya aku mempelajari sesuatu di sekolah ini selain berusaha menghadapi ketakutan dari rasa tidak yakin pada diri. Terima kasih atas sokongan dari rakan-rakan guru terutama guru-guru yang bertugas. Bukan itu saja komen dari ustazah rohidah buat rasa diri dihargai.


Tapi yang paling aku tidak dapat lupakan, ulasan ikhlas pak mat pekerja sekolah yang memberi komen yang positif dan memberansangkan. Aku rasa bangga kerana apa yang aku lakukan turut dirasai oleh segenap warga sekolah tidak kira ucapan itu datang dari apa saja peringkat. Kadang-kadang komen dari orang-orang seperti pak mat membuktikan siapa kita di mata masyarakat.


terima kasih kepada ustaz hanis dengan gambar-gambar di atas. mr shamzuri dengan pemurnian teks ucapan, rakan-rakan sepelatih dan guru besar kerana telah memberi peluang yang berharga ini.


yang baik dari allah, yang buruk dari saya sendiri.

.

p/s - teringat tahun 2004, bersajak di depan TYT pulau pinang sempena jamuan minum teh di Bagan Ajam. terima kasih puan arsun jasin kerana memberi peluang keemasan itu.

.