I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 29, 2012

Ruang


 
Tiada yang lebih indah - melainkan merasakan kesegaran badan selepas mandi. Menghidupkan putaran kipas sambil mencapai senaskah cerpen urban. Lampu kalimantang ditutup dan diganti dengan penataan cahaya dari lampu tidur kuning-putih terang. Cadar katil aku tegangkan sebelum menghempas tubuh. Naskah cerpen aku buka ke mukasurat terakhir aku hentikan pembacaan lewat malam semalam. Akhirnya aku sumbatkan telinga dengan pemain mp3. Kembali beralun lagu - Rindu oleh Agnes Monica.
..
 
Boleh dikatakan, hampir semua orang tau aku begitu gemarkan bahan bacaan. Namun tak ramai orang tahu bahawa sebenarnya aku membaca kerana aku sunyi dan mahu bersendirian.
.......
 
Malam ini, keadaan rumah kembali suram seperti biasa. Kedua-dua adik tersayang pergi tinggalkan aku untuk menuntut ilmu.
 
Apa yang berlaku saat ini, mengingatkan aku bahawa - setiap hari pasti akan berlaku perubahan dalam hidup. Sama ada aku suka atau tidak, aku harus mengadaptasikannya.
 
 Buktinya, semakin usia meningkat, jarak antara aku, adik fatin dan adik iman semakin jauh. Sebagai abang, aku merasakan kami semakin sukar untuk kerap berbual, bertentang mata, bermain, bergambar, mahupun berjalan bersama.
 
Cuma yang mendekatkan kami adalah - ajaran dan nasihat dari emak.
 
Supaya sentiasa menyayangi antara satu sama lain serta saling bantu membantu. Jauh dari hasad dengki dan tamak - itu yang paling penting. 
 
p/s - kalau aku sudah bosan bersendirian - aku baca majalah fesyen. Sebab ada banyak warna blok. Segar sikit mata, kerana ada senaman.
.


Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha


 
Salam aidiladha
Kita belajar erti kesyukuran melalui pengorbanan.
.....

Hari ini emak menyediakan juadah lontong yang sudah sekian lama tidak emak sajikan. aku menikmatinya setiap kali fasa makan. Aku akui masakan yang terhebat adalah masakan yang disediakan ibu sendiri.

Setelah sekian lama tidak bertegur sapa, akhirnya aku menghubungi Naim.

" Naim raya mana?"
" jelebu "
...
" Naim xde kredit ker ? x ucap selamat hari raya macam biasa pun kat sir kali ni?
" A'ah.. kredit saya dah abis la sir.. tadi sms raya kat cikgu M, cikgu A, cikgu W.."
" Laa... ye ke ?? Kat sir xde pun ??
" Memang xde.. "
" Kenapa ?"
" Sebab saya tau, sir mesti akan call saya .. hehe.."
" Ceh.. bertuah punya anak murid.. !! "

p/s - pertama kali update entry guna telefon pintar.. rumit tp best !!

Thursday, October 25, 2012

IKEA





 
Sekolah aku cuti sehari lebih awal sempena sambutan Aidiladha. Bila cuti panjang bermula, untuk hari persekolahan yang terakhir, selalunya jasad saja di sekolah. Akal fikiran semuanya dah melencong jauh. Tambahan pula tumpuan kini beralih kepada telefon pintar yang baru saja aku miliki, sudah tentu aku mahukan masa cuti untuk mengexplore keseluruhannya.
 
Apapun, kepulangan adik-adik adalah yang ditunggu-tunggu.
 
Jadi selepas saja mesyuarat lawatan Hari Kanak-kanak yang diadakan selepas tamat sekolah, entah macam mana aku dan rakan sekerja terasa mahu keluar. Jadi, kami dengan secepat mungkin bersiap untuk ke ibu kota. Aku memang tak tau apa-apa tentang KL. Jadi aku ikutkan saja.
 
Kereta meluncur laju ke The Curve.
 
Jujurnya, inilah kali pertama aku ke sini. Aku bertambah teruja, ada IKEA. Dah lama teringin nak pergi, tapi inilah rezekinya. Rasa macam tuhan dah kabulkan doa aku untuk sekian lama... ( jangan ketawakan aku..) Pergi dengan tanpa dirancang. Sangat spontan kan?
 
Aku beranggapan, untuk baki masa yang ada, memandangkan kami bertolak pun sudah lewat petang - aku memang cukup hebat kerana sempat makan untuk 4 sajian tidak termasuk cheese cake, malah sempat pusing keseluruhan kawasan.
 
Dari ruang tamu, bilik air, sampailah kene tahan dengan sekuriti sebab tersesat jalan, diorang ingat kitaorang nak lari dari membayar barang. Kalau ikutkan nafsu, memang semua bahan aku nak beli.
 
Aku sangat teruja memerhatikan kesemuanya. Sangat Ohsem !!
 
Apapun, akhirnya dapat juga aku beli lampu tidur yang cantik, ringkas dan berpatutan. Bukan tu saja, dapat makan meatball yang bila kita makan mesti nak tutup mata; sebab menghayati dengan penuh selera. Ada jem strawberi kan bebola daging tu ??
 
... sekarang bilik pun dah ada rupa dalam katalog  IKEA ... hehehe.
 
 
p/s - mood gambar ala-ala vintage.. saja nak nampak cam orang dulu-dulu.
.


Monday, October 22, 2012

Rindu

 


Malam tadi sengaja aku kosongkan MP3. Yang tinggal hanyalah lagu-lagu ini.
 
RINDU agnes monica
KEMBANG PERAWAN gita gutawa
MUARA HATI dato siti nurhaliza & hafiz
LARA adira
MISTIKUS CINTA dewa 19
TEMAN PENGGANTI black & malique
 
.... dan kemudian MP3 ini hanya memainkan lagu Rindu Agnes Monica berulang-ulang-ulang, aku fikir mungkin sehingga aku terlelap dan memulakan hari yang baru esok.
 
Aku tahu, aku sibuk untuk waktu-waktu sekarang ini. Aku fikir banyak juga faedahnya.
Kerana dalam waktu-waktu begini, kesunyian adalah pembunuh dalam diam.
 
p/s - jgn give up. teruskan usaha membuka pintu hati ini; Kerana aku pun turut berusaha.
.


Monday, October 15, 2012

Kekok

 
 
 
 
Hadir ke sekolah setelah keluar berkursus untuk tempoh masa yang lama pada hari sebelum-sebelumnya memang mendatangkan kekok. Dari rumah lagi aku dah rasa macam ada yang tidak kena.
 
Kalau berkursus, selagi tak 7.30 pagi, selagi itulah aku takkan berganjak dari rumah. Sekarang, pukul 6.30 pagi, aku terpaksa bersiap untuk segala-galanya. Jadi tak seronok pula, bila jadual waktu dipercepatkan. Semuanya perlu dibereskan sejam lebih awal. Kembali seperti sebelumnya.
 
Sampai di sekolah. Buka saja pintu kereta, sembilan orang murid kerumun depan aku. Semua nak peluk aku. Termasuklah si budak Harris yang selalu aku denda makan lewat pada waktu rehat. Aku jadi kaget sekejap. Kekok sebenarnya bila tengok budak-budak hari ni, sebabnya dah terbiasa jadi 'murid'  - Biasalah kalau dah jadi peserta kursus, hanya bergaul dengan cikgu-cikgu saja sejak kebelakangan ni. - dan aku selalunya yang termuda.
 Kesannya, aku nak keluar dari kereta agak susah pagi tu. Kene ambik masa. Mana nak ambik beg-beg kat tempat duduk belakang. Bila aku pandang belakang, semua kereta dah beratur panjang nak tunggu giliran nak ambil parking.
 
Teruk juga penangan rindu kat aku ni kan ???
 
Yang ni satu hal pulak. Aku pun pelik. Apa pasal la kan..?? Bila bertentangan mata dengan rakan-rakan sejawat hari ni, rasa macam malu-malu kucing pulak. Yang ni aku memang serius nak tergelak. Rasa macam baru jumpa diorang untuk majlis reunion yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Jadi bila lalu lalang tu, aku asyik senyum-senyum jer. Aku pun tak faham macam mana situasi ini boleh berlaku.
 
Itu belum lagi kekok dengan nak mengawas peperiksaan. Macam semua perkara tak ketahuan. Tarik nafas. Mula berfikir secara tenang. Pergi cari dan check kertas periksa betul atau tidak. Suruh murid duduk. Ada masa sikit sebelum mula peperiksaan aku suruh budak kemas kelas dulu. Bila semua dah beres, mula agih-agihkan kertas. Selamat menjawab.
 
Budak-budak ni, tempoh menjawab sejam setengah, lebih dari pelajar normal, tapi bila menjawab adalah dalam 20 minit jer. Kalau aku tak bising-bising suruh semak semula, pakat tidur jer la jawabnya. Diorang ni agaknya tak tahu, cikgu terpaksa amik masa 4 hari nak siapkan kertas periksa nie.. Sabar je la.
 
.........................................
 
tapi dalam banyak-banyak perkara, aku rasa ada satu perkara utama yang paling aku kekokkan hari ini..
 
Tangan aku dah tak berisyarat bila bercakap.
 
Patutlah semua murid pandang aku pelik jer bila aku bercakap.. hahaha..!!
Sori, cikgu dah kekok nak ber sign language.. dah lama tak guna.. hehehe
 
p/s - walaupun kelas senyap masa peperiksaan, tapi sebenarnya riuh. Tangan korang tu nanti cikgu potong baru tau. Pandang depan. Kalau bosan, Tido !!
 .


Friday, October 12, 2012

Terisi

 
Selama aku mencari, selama aku menanti
bayang-bayangmu di batas senja
matahari membakar rinduku
ku melayang terbang tinggi
..
perasaan yang teramat dalam
telah kau bawa segala yang ku punya
segala yang ku punya.
 
(agnes monica,2011)
 
Aku baru saja lepas menghubungi Naim. Naim; seorang anak istimewa pada pandangan aku. Unik. Peneman hati. Penenang jiwa.
 
Kalau nak bercakap tentang kepentingan, Aku akui, Naim sangat penting dalam hidup aku. Kehidupan aku untuk fasa baru ini, banyak terisi dengan dia. Pernah sekali aku rasa begitu sunyi bila dia tiada. Bayangkan aku pernah termenung memandang padang; dengan pandangan kosong memikirkan kalau dia tiada nanti di tempat aku mengajar sekarang ini.
 
Anak murid yang ada tidak berapa ramai, mungkin penyebab bahawa kebergantungan aku terhadap naim tinggi. Sudahlah tidak ramai, yang ada pula mempunyai pelbagai masalah. Pendengaran, penglihatan. Naim antara yang paling kurang mempunyai masalah. Sedikit kabur di mata kiri.
 
Atas masalahnya itu, tidaklah dia menggunakan mesin braille untuk belajar. Cuma kertas bersaiz A3 saja untuk memudahkan dia melihat. Dari segi akal, naim serupa seperti budak biasa yang lain. Begitu juga dari segi emosi dan rohani, Naim mungkin lebih bijak mengawal dan mengorakkannya. Kerana Naim budak darjah 6 dan berusia 14 tahun yang sudah matang tumbesaran dan perkembangannya.
 
Naim. Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. Bagaimana manis rupanya, begitulah manisnya perkataannya. Kadang-kadang hati aku selalu terpujuk bila mendengarkan dia. Segala cabaran yang aku berikan, jarang sekali dirungut. Sebaliknya diiyakan dengan semangat dan senyuman.
 
Aku banyak habiskan masa dengannya. Dalam hati, ingin sekali aku jadikan dia seorang guru sains seperti aku biarpun aku tidak pernah menyuarakannya. Pernah sekali kami pusing- pusing bandar bersama. Dia membonceng motosikal aku.
 
" Sir, saya rasa saya tak boleh jadi doktor. Saya ingat saya boleh jadi cikgu".
"Kenapa ?"
 
... dan aku tak ingat apa penjelasan dia selepas itu. Yang aku faham, dia memahami kebatasan penglihatan yang dia alami untuk menjadi doktor. Sebagai guru, cita-cita tetap cita-cita. Kita boleh capai apa yang kita mahukan selagi kemahuan ada.
 
Kita akan jadi apa yang kita mahu jadi.
 
Untuk hari ini, genap seminggu aku tidak bergaul dengan dia. Dia ke Langkawi sebagai peserta karnival seni. Aku pula berkursus. Aku akui, perasaan rindu itu tetap ada. Lagak bagai seorang ayah. Aku selalu memikirkan seperti itu.
 
Apa saja yang aku tak pernah lakukan bersamanya. Terjaga pukul 2 pagi di asrama. Kejutkan dia dan berbual sehingga subuh. Bermain bowling bersama. Meneman makan makanan segera. Isi petrol motor di bandar. Main game kereta bertoken. Sebagaimana mudahnya dia membantu aku, begitu mudahlah aku mengajak dia ke mana-mana. dan macam-macam lagi.
 
Setiap kali aku gerak balik. Start enjin, klik gear. Akan terdengar ciut-ciut siul mulut. Bila aku pandang ke belakang, aku tak nampak apa-apa. Melainkan bangunan sekolah yang pegun. Begitu juga bila di pusat sumber; yang aku umpama bilik guru. Bila terasa kelibat lalu, terdengar ciut-ciut siul mulut. Aku pandang keluar; tiada kelibat. Tapi aku tau, dia ada. Naim lah tu. Bukan orang lain. Alih-alih lepas tu, muncullah dia dengan senyum-senyum simpul.
 
Peristiwa seperti itu menyebabkan bila aku ke mana-mana, dan aku terdengar ciut-ciut siulan mulut. Aku selalu memikirkan itu adalah dia.
 
Tapi ada satu hari. Ciut-ciut siulan itu berbunyi. Kali ini aku pandang belakang.
Aku hampa. Bukan dia. Dia tiada di sekolah.. Namun, itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Kalau tidak berlaku masa ini, akan datang ia pasti akan berlaku juga.
 
Naim akan bakal meninggalkan aku tidak lama lagi. Menjejak kaki ke pengajian menengahnya tahun hadapan.
 
.. dan dari itu, aku selalu berkira-kira, bagaimana aku mahu meningkatkan pengajian aku untuk aku capai cita-cita baru; untuk mengajar sains untuk sekolah menengah masalah penglihatan di ibu kota.
 
Itulah cita-cita dan pengorbanan. Kasih sayang itu kuasa yang kuat.
 
p/s - ini kisah normal. Terima kasih membaca.
.


Wednesday, October 10, 2012

K.U.L.I.

 
Kalaulah sekarang ni aku dapat tumbuk perut askar Israel dalam 10 orang pun dah memadai. Tapi itu semua macam mustahil. Kalau tak pun dapat main paintball tembak 10 ekor ayam pun dah ok..
 
Sekarang ni, apa yang dapat aku buat; duduk diam-diam dalam bilik. Banyakkan bersabar. Cuba berfikir. Jalan hidup aku masih panjang dan aku baru saja berdiri pada permulaan. Emak pesan tadi, ragam manusia, memang beribu-ribu macam. Kalau pergi ke lain tempat pun, itu jugalah ragam yang kene aku hadap. Semuanya sama.
 
Aku rasa macam nak lawan jer cakap-cakap mak tadi. Tapi nak lawan pun macam tak de asas. Bukan salah pun apa yang emak cakap.
 
Adakala sikap manusia buat aku rasa macam sudah berputus asa.
 
Mungkin salah aku juga, sebab selalu sangat minta dibantu. Tapi aku pun selalu jugak membantu.
 
Emak abah selalu juga berpesan. Kalau buat keje jangan berlebihan. Nanti orang letak semua pada kita. Sebenarnya tak pun. Tak ada keje lebih yang aku buat. Minta pandangan pada emak abah sekarang memang tak sesuai sangat kalau aku memang berhajatkan untuk menyejukkan perasaan. Sebenarnya mereka tak berapa faham profesion aku. Pekerjaan aku yang sekarang ni, dah tak sama macam 20 tahun yang lepas. Sekarang ni cabaran macam-macam dan waktu untuk satu hari tetap juga ada 24 jam. Kalau tak kejar, terpaksa la kene rebut.
 
Kadang-kadang minta tolong dari orang yang boleh menolong memang menyesakkan. Alasan birokrasi - kene jumpa orang tu, kene jumpa orang ni. Memang buat hati yang panas makin hangit. Akhirnya, masalah yang kita minta dibantukan - tidak dapat dibantu.
 
Kita akhirnya terkapai-kapai tidak dibantu dengan dihadiahkan perkataan - Sori.
Alasan lanjut - kene ikut prosedur. Nasib baik aku faham.
 
Kadang-kadang situasi tak baik tu boleh pula berlaku pada saat genting macam ni. Aku fikir aku jauh dari tempat keje. Kalau dekat, aku dah tentu tak perlukan bantuan. Setakat prosedur macam tu, aku boleh bantu untuk orang lain kalau situasinya sama macam aku.
 
Tapi, tak mengapalah. Cuma, nak dengar pandangan orang pun, tengoklah situasi. Kalau situasi aku jadi pada kau, apa yang kau nak harapkan pada orang. Tentu perkara yang sama jugak.
 
Tapi, tak mengapa. Aku bantu orang. Orang yang sama takkan membalasnya. Ada juga insan yang sudi membantu. Syukur biarpun tak dijangka.
 
Lepas ni ingat-ingatlah. Itu jer nasihat aku untuk diri aku sendiri.
Orang kalau selalu bantu kita, akhirnya dia bosan juga. Dan kita jangan bosan membantu orang lain.
 
.. yang buruk, jadikan tauladan. Ikhram, belajarlah menjadi lebih berdikari. Sekian. Sudahnya, aku yang kecewa.
 
p/s - Aku rasa macam nak pindah sekolah jer bila dah tau iklim sekolah. Nampaknya aku suka iklim monsun tropika. Bukan khatulistiwa yang asyik hujan dan malar hijau.
.


Sunday, October 7, 2012

Anak Emak Berahsia.

 
 
Dulu aku selalu menyangka, bahawa aku adalah seorang anak emak yang sejati. Namun, bila usia semakin menuju ke arah dewasa.. rupanya tidak.
 
Sebelum ini aku adalah anak yang suka berkongsi tentang apa sahaja dengan emak. Terutamanya kalau bab kawan-kawan dan kerja. Semua perangai kawan-kawan, mana yang baik, mana yang suka tolong kalau aku lemah matematik, fizik,kimia, - kawan yang kedekut ilmu, - kawan yang pura-pura rajin kalau mahu dipuji - semua aku cerita pada emak.
 
Dewasa ini, tidak lagi. Keseluruhan jalan hidup aku amat-amat sukar dikongsi; walaupun dengan emak. Apatah lagi abah yang bagi aku kurang sensitifnya berbanding emak. Emak selalu menerangkan kepada aku bahawa abah seorang penyayang tetapi sukar menunjukkan kasih sayangnya.
 
Aku setuju. Tetapi mendapat seorang abah yang boleh berhumor sepanjang masa dan tidak terlalu formal pun sudah cukup baik. Nak minta apa-apa boleh merujuk terus kepada beliau. Kelebihan ini tidak ada pada semua orang.
 
Bila sudah besar. Ada perkara yang menjadi sangat peribadi untuk 'disentuh' oleh orang lain. Kadang-kadang nak kongsi dengan emak pun.., aku tak tahu nak mula dari mana.
 
Bila difikirkan balik semula.. aku tahu, emak takkan beri komen apa-apa dari rahsia aku yang satu ini. Semuanya emak serah pada aku bulat-bulat. Tapi sebagai anak, sudah tentu aku tak mahukan ia sebegitu. Emak, tolonglah masuk campur. Beri tunjuk ajar.
 
Tapi.. salah aku juga. Aku tak nak bercerita pada emak. Aku ego. Sebab aku rasa diri sudah besar. Aku lelaki dewasa, konon-kononnya. Dan aku tak pernah cerita pada emak kecuali dengan memulakan satu ayat saja. Bila emak tanya semula, aku diam. Selalunya aku buat-buat ikat tali kasut. Press enjin motor. atau Aku terus cari towel nak mandi selepas itu.
 
Kebelakangan ini, ramai kawan-kawan aku yang emak tak tahu dan emak tak kenal. Tapi aku percaya semua kawan-kawan aku baik. Begitu juga dengan perasaan. Bila emak tanya, aku banyak alih pada cerita hidup aku yang lain.
 
Sebenarnya, aku belum bersedia untuk berpisah dari fasa kehidupan aku sendiri. Aku suka hidup sebegini - meraikan jadual hidup yang aku rancang sendiri. Kemudian menjadi rutin semasa.
 
Aku belum bersedia berkongsi cawan minum dengan sesiapa. Berkongsi pengalaman hidup untuk berdua. Membetulkan diri untuk diinspirasi bersama. Memandang tepat anak mata untuk digetari, didebari setiap kala. Beremosi dalam setiap bicara.
 
Aku masih belum bersedia.
 
Tapi yang aku takut, peluang selalunya hanya datang sekali. Walaupun peluang itu ada di mana-mana dan bila-bila. Ia mungkin akan datang. Berdamping. Pergi. Tak lagi kembali. Hilang. Aku takut aku tersalah perhitungan.
 
Itu yang aku takutkan. Dan semua rasa ini mengapa sukar sekali untuk aku berkongsi denganmu, emak. Bila terjadi perkara seperti ini, aku rasa aku mahu jadi anakmu yang kecil yang selalu kau beri perhatian. Kau beri tunjuk ajar... dan aku boleh bercerita apa sahaja emak.. dan tak perlu berahsia semacam ini.
 
... kerana ada orang sudah menunggu sedang aku masih belum bersedia.
 
p/s - bleh,bleh,bleh...
.
 


Thursday, October 4, 2012

Kerana Diriku Begitu Berharga

 
Kalau nak diikutkan hati, rasanya mahu saja bawa diri jauh-jauh ke kutub utara. Melihat dataran ais yang sungguh luas. Putih. Tapi aku tak mampu. Nak jalan-jalan pusing tesco yang terdekat pun tak mampu. Masa mencemburui.
 
Manakan nak fikir beban kerja yang berlambak-lambak. Borang itu nak kene isi. Borang ini nak kene isi. Ada yang nak kene taip dengan mesin taip. Ada yang nak kene copy dalam microsoft word. Ada yang nak kene tulis tangan. Belum dengan nak siapkan fail-fail. Dengan kertas ujian yang berlambak-lambak nak kene cipta. Buat berhari-hari, budak jawab tak sampai 15 minit. Panas tak hati ??
 
Makin parah, masalah rumahtangga yang berlanjutan. Mak yang tak faham-faham dengan kerja dan kemahuan aku. 
 
Kalau nak diikutkan masalah-masalah semacam ini, mana la boleh selesai. Kehendak sendiri kene letak kat nombor 2. Dahulukan permintaan orang dan pihak lain. Jadi untuk hilangkan stres, aku tak sangka dah ubah tabiat .
 
1. Bangun saja dari tidur, minum segelas air kosong. Sit up dalam 20 kali.
2. Gosok gigi. Kumur listerine. Basuh muka. Mandi.
3.Kemas beg.
 
(di sekolah)
tanak cerita, nanti stres.
 
(habis sekolah)
5. Balik asrama sekolah. makan tengah hari. Mandi
6. Buat lesson plan sikit. Tidur sepanjang hari.
7. Bangun. Jogging.
8. Balik asrama. Makan malam.
 
(hari ni terus balik rumah. takut mak bising-bising)
9. Letak beg kat bilik. Tengok laptop sekejap.
10. Mesin kain.
11. Scrub tangan dan kaki.
10. Shampoo rambut. Conditioner sekali. ice-matte gel.
11. Sabun. Bilas. Body Butter. Bilas.
12.Cuci muka. Bilas.
13.Berpakaian. pakai deodorant. leave-on.
14. Pergi beli top up. Beli air soya.
15. Basuh pinggan.
16. Sidai baju.
17. sapu sampah.
 
(emak abah pun balik)
18. baca cerpen sikit.
19. buat lesson plan.
20. hias fail.
21. telefon naim. akak pinat. meeze. hafiz.
22. cuba buat kertas periksa. ( tp tak siap)
23. Angkat dumbell dalam 20 kali.
 
(selepas give up)
24. cuci muka. berus gigi. letak night cream.
25. update blog.
 
*26. aku tunggu nak tidur jer... (perut lapar...)
 
Kalau hari aku di asrama sekolah sepanjang hari, mungkin nombor itu tidaklah sampai ke-25. Namun lebih ceria dan seronok sebab dikelilingi dengan ramai orang. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku dapat memanjakan diri.
 
Cuma aku selalu terfikir. Bilalah aku akan dapat buat sesuatu perkara yang aku ingin dengan mahu-mahunya. Sebebas yang mungkin.Aku dah tak berpeluang unutk memikirkan benda lain. Masa untuk diri pun macam ada tak de.
 
Walau seteruk mana dugaan, aku akan pastikan yang aku akan menyayangi diri aku sendiri. Kerana diriku begitu berharga.
 
p/s - puas hidup dengan peluh dan body butter.
.