I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 31, 2011

Setelah 13 Belas Tahun...



Sepanjang kehidupan, menjalani kehidupan di alam persekolahan sudah pasti terlalu indah untuk dikenangkan. Apatah lagi bila mengenangkan kenangan-kenangan di sekolah rendah. Zaman kanak-kanak yang mengirangkan. Kerana kenangan itu terlalu best, semua peristiwa yang pernah berlaku pada waktu itu bagai berlegar-legar dalam ingatan. Boleh la kalau nak diulang-ulang cerita semula.


Untuk kembali ke zaman silam, sudah pastilah mustahil. Jadi, usaha-usaha untuk mengumpulkan semua kawan-kawan lama semasa sekolah rendah telah dijalankan. Walaupun pada asalnya ramai yang boleh menghadiri, tapi aku percaya kita merancang Allah jua yang menentukan.


Setelah tiga belas tahun terpisah, akhirnya aku bertemu muka juga dengan sebahagian kawan-kawan lama di Midvalley pada hujung minggu yang lepas. Nak berjumpa macam ni tidaklah semudah yang disangka. Semua perlu diharungi. Ada yang datang dari pahang, ada yang naik tren dari rawang.. ada yang terpaksa ponteng seminar dan aku terpaksa naik komuter dari Seremban yang popular dengan senario berasak-asak dengan PATI yang sgt wangi dengan perfumenye asli mereka..


Namun, yang paling menyedihkan, ada juga yang terpaksa menaiki dua bas.. bertambah malang dengan ketiadaan henset terpaksa mencari kumpulan kami dari tingkat atas sehinggalah ke tingkat bawah sekali dalam midvalley yang sesak dan besar tu. Dari mencari ke cinema atas, sampailah akhirnya bertemu kami sedang makan di pizza hut. Hebat jugak dia mencari biarpun tak de enset. Muka dah hampir-hampir nak nangis dah.


Tapi yang lucunya, kami pun cari juga kawan seorang ni. Sampai tersalah orang, sebab kami ingatkan dia. Al-maklumlah dah 13 tahun tak berjumpa. Apapun akhirnya kelima-lima kami bertemu juga. Ops! tambah lagi sorang. Enam yer. Sebab ada yang bawa teman. hehehe...


Jadi yang dapat berkumpul - Akmal Hazimin, Helizawati, Amalina, Munir & teman dan aku sendiri, Ikhram


Baiklah. Walaupun sudah 13 tahun tidak berjumpa, namun suasana antara kami meriah bagaikan dah berjumpa selalu. Boleh kata, semuanya ramah-tamah, malah tak kekok pun nak berbual. Kak helizawati yang sporting, ada jer celoteh dia yang buat kami nak tergelak. Seronok mencuba hidangan pizza chesse yg baru tue sambil berbual-bula banyak perkara, terutama kawan-kawan lama yang tak dapat hadir. Mana mungkin boleh kami lupakan macam tu saja.


Selepas perut kenyang dan menunaikan zuhur, apalagi... Bowling TIME !! Kami berbowling secara pasukan. Geng A - Aku, Helizawati dan amalina. Geng B- Akmal, Munir dan Yati. Seronok main kali ni, sebab rata-rata dari kami memang main baling jer bola bowling tu. Untung sabut, dapat lah strike. untung batu, ke longkang la gamaknya. Munir nampaknya macam hebat dlam bowling nie. Kesian amalina.. tp jangan risau, 'kau ada style beb!!'.


Sebelum balik, sempat minum petang. Makan yong tau fu, McFlurry, waffle dan yang paling best masa nilah kami banyak mengimbau kisah-kisah lama. Sangat seronok. Masa ni kami telah pun berbincang untuk meneruskan perjumpaan macam ni pada masa akan datang. Kalau tak de aral melintang, insyallah mungkin di Cherating bagi memberi peluang kepada kawan-kawan lama yang rata-rata berada di pahang sana untuk join sama.


Apapun aku balik dengan hati yang sangat gembira. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar dan semuanya dapat mengahbiskan hujung minggu dengan baik dan bermakna. Semoga selepas ini kami boleh bertemu dengan kawan-kawan yang lain pula. Insyallah.


Jauh di mata, Dekat di hati.


p/s - sampai je rumah, terus makan nasi lemak sambal udang yang emak masak. Sampai sekarang teringat kak cik helizawati yang sporting.. nanti ada masa kita kuar nak?? hahaha...

.

Friday, October 28, 2011

Pengalaman Pertama.



Kalau tinggal kat rumah di Seremban, perkataan 'makan' dan 'makanan' tu memang dah tak asing lagi dengan kehidupan kami adik-beradik. Bangun jer tidur, mandi, terus jer meluru kat dapur. Cari makanan. Tiada istilah diet kalau kat rumah.


Dari awal bercuti sampailah sekarang. Kalau tak makan, mesti terleka menghabiskan masa seharian menonton rancangan masakan. Sekarang tumpuan aku adalah terhadap rancangan 'Master Chef' kat astro. Bagi aku, setakat ni, inilah rancangan realiti yang paling best pada aku.


Semua orang tau, rancangan realiti sudah pasti mampu mempengaruhi minat dan pemikiran masyarakat. Disebabkan rancangan 'master chef' tu best, aku sendiri pun terpengaruh untuk mencuba memasak. ( Hahahaha, aku sedang ketawakan diri sendiri ). Bayangkan aku yang tak pernah minat nak turun dapur, untuk masak-memasak ni pun, akhirnya teringin jugak nak mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. hehehe... (tak habis ketawa lagi ).


Bangun jer dari tidur lepas solat jumaat tadi, terus dapat ilham nak cuba bakar kek coklat. Kebetulan pemutar kek dah ada, oven pun ada. Dari tak sapa nak guna, lebih baik aku guna. Jadi terus cari resepi dalam internet dan... kami terus ke kedai cari bahan-bahan.


Setelah berhempas pulas dari petang sampailah ke senja, akhirnya siap jugak kek yang kami impikan. Bagi aku, semangat ingin mencuba perkara baru memang memberansangkan. Selain tu, semangat kekeluargaan terutama kami adik beradik bertambah akrab.


Kesian adik iman, terpaksa jadi jurugegas kami. Dialah yang tolong ambilkan barang-barang yang diperlukan memandangkan dia la yang duduk kat rumah ni hari-hari.


Apapun, bila kek ni siap semua keletihan hilang macam tu saja. Baru aku faham perasaan peserta-peserta yang buat kek tiramisu episod lepas. Berdebar-debar nak tengok rupa kek setelah dibakar. Hahaha..


Apapun, pengalaman pertama yang indah dan bermakna ni meransangkan semangat aku untuk mencuba lagi pada akan datang. Mungkin untuk resepi baru yang lain pula. Sapa tahu..??? Hahaha..


Belum cuba, belum taw !!!


p/s - walauapapun, nak buat keje bakar membakar ni, terpaksalah dilakukan time mak tak de. Kalau dia ada, memang dia takkan bagi. Huhuhuhu...

.

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #16 - Happy Deepavali



p/s - Aku pegi 'beraya' je. Makan. Borak. Gelak-gelak. Kemudian balik kampung kat Kuala Pilah. Tu jer..!! Haapy Deepavali.

.

Tuesday, October 25, 2011

Aku Bengang Giler !!

Dalam dunia ni, semua orang ada barang-barang peribadi masing-masing. Dan seperti semua orang tahu, tak semua barang-barang peribadi ini boleh dikongsi pada sesiapa dengan mudahnya. Sama jugaklah dengan aku pun.


Selalunya barang-barang peribadi sebegini mempunyai harga yang mahal bagi seseorang individu tu mahupun yang mempunyai nilai-nilai sentimental yang bersifat peribadi.


Kalau macam aku. Ada dua barang yang menjadi barangan yang sangat peribadi yang takkan aku kongsi dengan sesiapa. Biarlah orang nak kata aku kedekut ke apa? tak boleh nak berkongsi ke apa? aku minta maaf siang-siang. Kalau tak de sebab memang tak de pasal lah nak bagi kongsi.


Barang pertama laptop. Barang kedua enset. Mahal ke? murah ke? harga laptop dan enset aku tu, janganlah sesapa nak usik2 buat cam harta sendiri. Rumate aku tu pun aku tak bagi. Dia pun tak pernah nak usik, dia tau aku mesti melenting.


Malam tadi, memang aku mengamuk habis-habisan. Bila salah satu barang aku ni dibawa pergi tanpa pengetahuan aku. Memang silap besarlah budak tu. Memang kene maki la. Yang minah lagi sorang ni dok sokong pulak. Konon-konon nak buat-buat aku rasa bersalah la sebab marahkan budak tue..


Last-last semua orang marahkan aku. Aku tak kisah apa-apapun. Memang tak semua barang boleh nak dikongsi-kongsi. Nak guna, cakaplah. Ni tak. Main terus amik jer ! Aku bukan nak berlagak ke apa? Tapi cubalah korang fikirkan kalau barang-barang peribadi korang, orang amik macam tu jer. Mesti rasa tak sedap hati jugak kan? Jadi, amik lah perkara ni sebagai pengajaran.


Yang penting. Aku tak salah.


p/s - Kadang-kadang terlampau baik, sampai tak boleh nak ditegur-tegur. Boleh blah la...!!! Sori la, menaip masa tengah marah, memang macam ni la !!

.

Monday, October 24, 2011

Masak Memasak & Makan.



Terjaga tidur di rumah sememangnya menenangkan. Maaf yer, kalau bercuti kat rumah, laptop dan internet memang jarang sekali hendak diaplikasikan. Apapun, bukak saja laptop lewat malam tadi, terus tertumpu pada status si Fatin, adik saya :

" Mknn yg bnyk di umah... mkn..mkn.. dan mkn..!!!!!x gitu Mohamad Ikhram Ishak..hahahaha...!!"

Ceh !! Ingatkan dia tak perasan. Dalam diam-diam, dia perhatikan aku rupanya. Tapi apa boleh buat. Bila tinggal di rumah, selera makan memang menjadi-jadi. Lauk gulai sardin yang emak masak hari ni pun boleh buat aku menambah nasi sampai 3 pinggan. Cuma tambah telur dadar sebiji dan dua batang sosej sebagai penambah selera.


Sebenarnya, aku tak cerewet sangat bab makan. Cuma yang penting, cukup rasa, cukup masin. Jadi masakan yang terhidang pasti lulus. Bab makan aku mungkin tak de masalah... tp bab memasak.. huhuhu.. aku FAILED !!


Aku paling tak suka belajar masak. Entahlah sebab apa ?? Aku tahu memasak, tapi memasak adalah perkara yang terlalu asing bagi aku. Kalau ada lebih satu atau dua orang kat dapur untuk memasak, aku lebih suka keluar atau undur diri. Mungkin aku malas. Mungkin juga sebab memasak bukan minat.


Tapi yang peliknya.. walaupun tak minat memasak, tapi aku paling suka menonton rancangan masakan. Tak kira la rancangan masakan chef-chef dalam negara mahupun chef-chef antarabangsa yang terkemuka.


Hari ni dari pukul 3 petang sampai la malam-malam tengok orang masak kat tv. Tak la jemu-jemu. Dari rancangan masakan panggang-panggang, kemudian rancangan buat kek & biskut, ulang semula rancangan masakan western, lepas tu tengok pulak orang masak makanan yang sihat.. sampai la rancangan masakan realiti, TOP CHEF, Master Chef. Huh !


Sambil tgok tv orang masak, aku pula sibuk mengunyah makanan. Tak sanggup tengok kalau tak de makanan. Alamat telan air liur jer.. Tak mungkin...!!


Disebabkan terpengaruh, akhirnya aku pun ke dapur. Bancuh air teh. Adik-adikku, minum petang kita hari ni ala-ala itali.. Kita makan piza.. sapa nak ???!!

.

p/s - lama dah tak tgok blog-blog kengkawan. Rindu giler !!

..

Sunday, October 23, 2011

Masa Depan



Lama menyepi. Itu yang aku rasa. Sekarang berada di bumi Seremban. Bercuti selama seminggu. Cuti pertengahan semester dan Deepavali. Apa-apa cuti pun aku tak kisah sebenarnya. Semuanya aku sambut dengan rela hati, apatah lagi kalau dapat pulang ke kampung.


Kali ni pulang ke kampung dengan perasaan yang berbelah bagi. Sama ada untuk seronok atau tidak seronok. Seronoknya segala beban tesis telah pun hampir-hampir selesai. Yang tak seronoknya, terpaksa bersedia mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan. Huh..!!


Letihnya kudrat dan keringat memikirkan apa yang akan aku tempuh beberapa hari ini dan akan datang. Beban tesis. Exam. Kursus KISSM. Inilah cabaran-cabaran menjadi guru hari ini. Sapa cakap belajar nak jadi cikgu senang. Tak semudah yang disangka.


Dulu ada orang cakap, "ala, kalau lembu masuk maktab pun boleh cemerlang, boleh jadi jadi cikgu !!"

Itu mungkin cakap-cakap orang zaman dulu. Zaman perguruan hari ini, "You failed, I tendang u keluar. Ada ramai lagi orang nak jadi cikgu kat luar sana,"


Sebab tu jangan pelik. Zaman aku dulu, yang mohon borang perguruan ada lebih kurang 90 ribu. Yang layak untuk diinterview lebih kurang 5000 orang. Dan layak mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah seramai lebih kurang 3000 orang. Aku adalah antara 3000 ribu tue. Syukur Alhamdulillah. Doa emak abah. Doa anak-anak murid. Doa cikgu-cikgu.


Itu zaman aku. Kalau zaman adik aku sekarang ni. Lagilah mencabar pemilihannya. Jangan terperanjat kalau straight a's pun ada kat kelas dia.


Apapun, sementara ada kat kampung ni.. biarlah aku berehat secukup-cukupnya. Bangun je pagi, terus pegi dapur. Makan apa yang dah emak masakkan sebelum keluar pergi kerja. Lepas tu makan. Makan lagi. Makan lagi. Makan lagi.


Tapi yang tak boleh blah.. makan sambil buku Education kat sebelah. Syahdunya percutian semester kali nie...


Apa boleh buat. Saya yang menurut perintah. Ikhram.

.

p/s - Ingat esok nak breakfast dgn pizza la.. ??. Gambar kat atas gambar lama k?

.

Sunday, October 16, 2011

FINAL



F.I.N.A.L. Y.E.A.R. !!!



Tinggal tak berapa lama lagi, Final Year ini akan berakhir. Sudah lama sangat hati ini menanti. Rasa macam tak sabar saja nak menghabiskan segala urusan yang ada di maktab tercinta ini. Hampir lima tahun setengah mengabdikan diri. Menuntut. Bercinta. Berkawan. Bermain. Mendidik. Bekerja. Dikerjakan dan sebagainya.



Ketaatan mencintai maktab berjaya sebagaimana yang telah diaspirasikan. Aku cintakan segala-galanya di sini. Pengalaman. Pengetahuan. Kemahiran. Peluang.Kenangan.



Tidak lama lagi semua ini bakal aku tinggalkan. Cerita penghambaan aku di bumi mutiara ini bakal menjadi satu memori yang terindah. Kerana di sinilah jiwa dan hati aku dibentuk.



Menjadi insan pendidik. Menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Amin.
.

p/s - Letihnya sesi shooting kami kali ini. Bertiup belon sabun. Berlari. Melompat. Beraksi. Huh.. !!
.

Thursday, October 13, 2011

Buat Kekasih Hati Yang Dicintai.



Dari kecil, memang rujuk apa saja dengan emak. Bila dah besar ni pun, apa saja nak rujuk dengan emak. Adakala, aku nampak emak senang hati dengan perlakuan aku. Namun ada kala emak marah jugak. Emak bising bila aku tidak boleh buat keputusan sendiri.


'Emak, abang ingin selalu buat emak suka dengan apa saja pilihan yang abang buat.'


Setiap hari, jikalau boleh aku ingin selalu melihat wajah emak seperti mana yang aku lakukan semasa kecil dulu. Kala zaman sekolah dulu, setiap kali mahu berjalan pergi sekolah, aku akan lambai tangan kepada emak sejak dari langkah pertama sehinggalah wajah emak tidak aku lihat lagi. Kadang-kadang ada wajah sayu, kadang-kadang ada wajah tenang. kadang-kadang ada wajah redha.


Tapi itu dulu. Dan hari ini, emak selalu saja mempamerkan wajah rindu. Wajah emak setiap hari semakin keanak-anakan. Emak semakin manja melayan aku. Emak semakin gemar menunjukkan riak kasih dan sayangnya. Aku tidak lagi hairan dan semakin menyenanginya. Semakin menyukainya.


Jarak musuh kita, mak. Tapi jarak juga sahabat terbaik yang pernah kita ada. Mungkin rasa rindu ini kerana jarak. Dan usia kita semakin dewasa. Emak. abang makin dewasa sekarang. Mungkin emak selalu menyedari perubahan yang berlaku pada abang.


"Janggut dah tumbuh dah.. Poie ko sughau (surau) tak yo jugak !!"


Dan perubahan pada emak juga semakin kelihatan. Walaupun mulut aku berbuih bercakap, wajah emak semakin hari semakin sedap dipandang. Namun aku tidak mampu boleh menipu lumrah alam. Emak semakin meniti usia emasnya. Kedut-kedut pada wajahnya walaupun tidak ketara, manun pasti sudah ada yang muncul. Dan semua itu sudah pasti tidak pernah mengurangkan sayang kami semua.


Emak kalau di rumah, apa yang disukainya adalah memasak. Jadi setiap kali dia ke dapur, emak paling pantang kalau ada anak-anak turut serta. Melambatkan kerja, kata dia. Tapi aku dipanggilnya juga untuk meneman dia masak. Emak juga suka berbual. Selalunya tentang kisah-kisah lamanya. Jadi waktu ini aku suka mengusik emak.


"Emak ni, sekarang abang nengokkan kodut-kodut kek muko tu dah makin banyak dah nie ha!!?? Kulit muko pun dah kondor-kondor (kendur-kendur).. dah makin gelebeh.."

"Iyolah.. Mano tak kondornyo, kan dah tuo..!!" jawab emak pendek.

"Takpo la.. tuo-tuo pun tapi totap yo cantek dipandang mato.."

"apola yang ko nakkan ni yo bang..??" dua-dua tergelak.


Aku rapat dengan emak. Pertama, aku suka melayan emak berbual. Kedua, aku mudah menyatakan kehendak aku pada emak.


Sebenarnya tiada apapun yang aku nak cakap melainkan nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR EMAK yang ke-49. Emak jangan lah risau, peningkatan usia itu adalah angka saja. Pada abang, angka yang bertambah itu sebenarnya membuatkan emak semakin dihargai. Sebab, pada masa ini, anak-anak emak sudah tau apa pentingnya meraikan hari kelahiran emak.


Biarpun kita hidup berjauhan dan ditekan dengan bebanan tugasan yang banyak.. Emak adalah segala-galanya buat abang. Mendengar suara emak sebentar tadi, buat abang berasa lapang dada, bahawa abang masih lagi mempunyai emak. Emaklah tonggak di sebalik kejayaan dan kehidupan abang.


Semoga emak dipanjangkan umur dan meniti kehidupan yang bahagia. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan emak sehari-hari dan dimurahkan rezeki oleh SWT.

Maafkan la abang dan adik Fatin, jarak hari ini adalah musuh ketat kita. Apapun tetap teringat kenangan-kenangan kita. Itulah hadiah yang paling bernilai yang tiada harganya.


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-49

buat EMAK, kekasih hati yang paling abang cintai dan abang sayangi.

.

p/s - kan best kalau dpt g celebrate besday mak, makan-makan cam ni..??
.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #15 Aku Rindu Waktu Itu.



p/s - tadi aku telefon Mak tam. Masa dalam talian kami saling ketawa. Selepas tamat talian, aku menangis.

.

Monday, October 10, 2011

Science Fair Adikku.. Ops!! Juniorku.. Hahaha..


Rata-ratanya kebanyakan orang sudah pun tau aku mempunyai seorang adik perempuan yang menuntut di tempat yang sama; Institut Pendidikan Guru Kampus P. Pinang. Memang besar harapan emak dan abah di rumah untuk melihat anak-anaknya bergelar seorang guru. Tapi belajar di tempat yang sama tak pernah terlintas dalam pemikiran mereka.


Impian emak dan abah menjadi kenyataan. Sukanya hati kedua-dua mereka, sampai ke hari ni masih lagi tak hilang-hilang. Pada aku peluang menuntut di sini bagaikan hadiah yang sangat besar buat mereka berdua. Sebagai anak, aku rasa bahagia melihat rezeki limpahan tuhan sebegini terhadap kami dua beradik membahagiakan emak dan abah.


Itu cerita dua tahun yang lepas. Kini aku berada di semester 8; semester terakhir. Adik perempuan aku, Fatin sudah pun menuntut di semester 2. Jarak 3 tahun tidak pernah menjadi jurang yang besar buat kami.


Pagi tadi aku terjaga lewat. Rasa malas sungguh nak bersiap masuk ke kelas memandangkan sepanjang hari dan sepanjang malam bersengkang mata menyiapkan fail Tesis yang perlu dihantar pagi tadi. Tapi berita baik, kelas dibatalkan. Aku sambung tidur semula.


Dalam jam sepuluh, baru aku siap-siap ke bilik pensyarah unutk menghantar fail. Alhamdulillah, satu beban dah selesai buat masa nie. Selepas tu, aku singgah memeriahkan 'Science Fair' yang dijayakan oleh adik-adik junior batch Fatin.


Fatin dan kumpulannya membuat pameran berkaitan etanol yang diperbuat daripada buah nenas. Sebenarnya aku suka bau etanol. Wangi. Tapi bahan-bahan meruap seperti itu boleh memeningkan kepala kalau dihidu lama-lama.


Fatin ambik peluang untuk menemankan aku ke bahagian lain dalam pameran itu bagi melihat hasil kerjanya yang lain. Dia menunjukkan big story book hasil ciptaannya bersama dua orang lain. Cantik dan kreatif. Bukan itu sahaja, dia menunjukkan kolaj sebuah stadium hasil bahan-bahan semulajadi dan sintetik.


Aku tidak pernah menyangka Fatin boleh menyediakan semua ini. Dulu aku selalu ketawakan hasil-hasil kerjanya. Aku selalu memikirkan dia masih lagi kecil, sedangkan masa terus berjalan.


Sebenarnya, apa yang Fatin tunjukkan kepada aku, semua telah aku buat suatu ketika dulu. Maksudnya, dia mengulang apa yang aku dah buat dulu. Tapi sebagai abang, aku dengar saja penerangan dia, seseolah itulah kali pertama aku mengetahui perkara-perkara itu semua. Entahlah, aku rasa aku seorang abang yang sentiasa menyokong adik-adik. Itu yang aku rasa selalu. Dan aku sentiasa mahu berperasaan seperti itu selalu..


Apapun banyak faedahnya bila punyai adik yang study sama kampus dengan kita. Macam baru-baru ni, kalau tak ade la adik kandung sorang ni, mana la aku nak print semua kertas-kertas tesis yang berlambak-lambak tu. Senang kan? Takkan dengan abg sendiri pun nak berkira..?? Betul tak?? hahaha..


Jadi sebagai abang, ajaran emak dan abah selalu ada dalam ingatan. Jaga keperluan adik-adik, bertolak ansur dengan adik-adik, dan bantu adik-adik bila dalam kesusahan.

.

p/s - Jadi, dalam gambar itulah pakaian untuk berlegar-legar kat kawasan maktab bila tak de kelas yer.. !! Tak boleh nak pakai sesuka hati.. Bagus tak study kat maktab..??

.

Tak Percaya

Hujung minggu kali ni tidaklah sesepi seperti hujung-hujung minggu yang lepas-lepas. Bermulanya malam pangkal hujung minggu, aku menonton tayangan filem barat. Three Musketeers. Menonton cerita pengembaraan komedi seperti ini memang tidak memberatkan kepala. Sebaliknya melupakan seketika bebanan eseiment. Aku banyak ketawa menonton filem ini.


Keesokkannya paginya. Aku fikir aku akan bergelumang lagi dalam bilik. Pandang dinding belah kanan. Lepas tu pandang pulak dinding belah kiri; rupanya tidak. Aku keluar dari tengahari sampai lepas isyak. Kadang-kadang berlibur dengan kawan-kawan yang lebih dewasa ni sebenarnya menguntungkan dan mengenyangkan. Petuanya kene bijak mengambil hati.


Awal tengahari berbekalkan perut kosong, aku bersarapan dalam panggung wayang. Makan bertih jagung dan kentang putar GSC (Golden Screen Cinema). Aku suka gelarkan kentang dengan nama tu. Aku selalu berpendapat bahawa kentang GSC kat sini lagi sedap daripada kentang putar KFC.


Aku menonton filem sekali lagi; Filem Dream House. Kalau tengok posternya, nampak macam cerita hantu. Tapi... bukan. Cerita psiko macam ni memang aku suka. Kalau anda seorang yang kurang gemar cerita berentak perlahan, baik tak usah menontonnya. Pengajaran yang orang lain tak nampak melainkan aku; isteri dan anak-anak merupakan ubat kepada penyakit jiwa yang kronik.


Kemudian, berehat sebentar menunggu kawan-kawan yang lain. Aku minum ice blended kopi yang pekat di Starbuck. Sedap. Bila semua ahli dah cukup, kami semua keluar makan nasi goreng yang mengenyangkan.


Perkenalan dengan teman baru sebenarnya memang best. Boleh kira hampir kesemuanya adalah kawan-kawan baru. Penyesuaian diri adalah penting. Adakala sikap aku yang diam pada awalnya membuatkan aku kelihatan seseolah seperti 'judgemental'. Sebenarnya tidak pun. Baru nak ikut rentak.


Akhirnya, bersantai sampai ke malam. Berbual. Ketawa. Berkaroake... dan terus berjanji akan keluar lagi pada masa akan datang. Betul kata orang, berkawan biar seribu. Dan aku percaya, nilai seorang kawan dalam kehidupan - selalunya silih berganti dan ada yang betul-betul hilang.


Apapun, sebelum pulang, aku dibekalkan burger Mcd bersama Mc Flurry Milo Supreme. Aku balik ke bilik dengan perasaan gusar. Buka saja pintu bilik, barulah segala bebanan yang aku tinggalkan sebelum tadi, datang kembali. Memang kita takkan dapat lari dari masalah. Cuma ambillah masa untuk rehatkan minda dengan bergaul dan melihat dunia luar.


Namun sampai ke hari ini, aku masih lagi tidak percaya. Rakan-rakan yang baru aku kenali sebentar tadi. Bergembira dan bergelak tawa sama-sama tadi. Kesemuanya adalah pegawai polis. Versatilnya mereka..?? Sampaikan aku pun tak perasan...??


Aku masih lagi tak dapat percaya.. dan memang aku sukar nak percaya...!! Tapi ekau kono wok..!!!
.

p/s - tegas itu perlu. Tapi apa salahnya kalau kita nampak lebih mesra kan? Tak gitew....???
.

Thursday, October 6, 2011

Muda



Sapa ingat lagi kisah 'gadis macho' aku dulu..?? hehehe..!! Hari ni bertembung lagi kat kafe. Selalunyer aku buat-buat jer tak perasan. Tapi kali ni dalam aku buat-buat tak perasan, dia say "Hai!!" kat aku.. hahaha.. mau tak melompat aku lepas dia dah tak de.. hahaha..!!


Baiklah. Kisah 'cinta monyet' macam tu biarkan ia berlalu. Tapi dalam lingkungan umur 23 tahun ni boleh lagi ke aku nak label as 'cinta monyet'.. malu kot?? kan dah besar..!!


Masa kuliah education tadi, lecturer aku ada sebut.. "makin usia meningkat, tanggungjawab makin besar. Makin banyak."


Usia aku sekarang dah menjangkau ke usia 23. Sekarang mungkin aku tak rasa bebanan tanggungjawab tu lagi sebab aku masih study. Tapi tak lama lagi semua tu bakal aku pikul. Tak lama je lagi. Tak sampai setahun pun..?? Takut pun ada..!


Sekarang ni, setiap malam aku kerap kali memikirkan masa depan. Memikirkan tentang keperluan dan kehendak. Aku percaya, seorang yang matang berfikir, dia mampu membezakan antara kedua-dua perkara tu.


Bila berbincang dengan emak, abah selalu menyampuk "keje dulu. duit simpan. Beli kereta dulu. Kereta tu penting. Kemudahan nak gerak ke mana-mana". Aku angguk.


Lepas tu emak pulak sambung. "Duit ekau tu bagi omak ni yang simpan. Omak tak nak duit ekau tu doe.. Esok ko yo yang nak kawen, yang nak nikah.. ko yo yang nak guno duit kau tu balek..". Aku angguk lagi. Masa ni emak aku gelak. Aku pun gelak. Amboi.., jauh betul emak fikir. anak omak ni mudo laie ni ha..!!

Baru 23, bukan 32..?? tu pun muda lagi kalau lelaki..!!

Bila tengok kawan-kawan. Lain pulak pemikiran diorang. "Kene beli rumah dulu. Sebab harga rumah, makin lama makin naik.. Jadi kalau beli sekarang, untung. Kereta tu makin hari harga dia makin turun..". Aku kadang-kadang telan liur jer dengar ni semua. Kadang-kadang terpengaruh jugak.


Sekarang ni, kawan-kawan aku semua, ramai yang dah berkira-kira pasal duit. Orang lain sibuk pasal belanjawan 2012, diorang sibuk dengan belanjawan hidup diorang masing-masing. Ada yang sibuk nak beli emas. " beli masa ni murah... nanti dah dekat nak raya cina, harga emas naik.. masa tu jual la.." . Ni cakap-cakap orang yang nak bajet duit untuk kawin lepas tamat belajar nanti. Hahaha...!!


Aku bila dengar semua benda ni. Aku makin takut. Dulu kehidupan aku tak la teruk sangat nak fikir isu-isu kritis macam nie. Fikir pasal homework, pasal eseiment jer. Paling teruk pun nak kene fikir pasal transport dan rumah sewa masa praktikal jer..


Sekarang ni aku kene fikir semua benda-benda yang berat ni..?? OMG. Tu belum lagi pasal isu-isu Kursus Induksi, Sah Jawatan, Interview Kementerian, Soal Gaji, Rumah sewa, Penempatan Posting, Tangga gaji dan macam-macam...


Bila semua orang makin dewasa. Semua orang fikir pasal kereta, rumah, duit, emas. Tapi kenapa akumasih lagi fikir pasal kamera, blackberry, jeans, fastfood, Pulau Tioman. Aku sendiri pun tak faham..??


Adakah semua orang terlalu serius ? Atau aku yang tak kritis?


Sekarang baru aku sedar. Gaji seorang guru bukanlah terlalu besar nilainya. Perlu perancangan masa depan yang betul-betul baik dan terperinci. Utamakan keperluan daripada kehendak. Jadi, kadang-kadang tak salah kalau kita dapatkan pandangan dari ramai orang. Mana yang terbaik, itulah yang kita ambil.


Sekarang. Otak aku stop dari berfikir. Baik aku minum air milo dan dengar lagu dulu, buat seketika. Aku belum terlalu dewasa nak fikir tu semua. Eseiment tu banyak lagi menimbun-nimbun tunggu aku siapkan jer.. Ni semua kerja orang-orang pra-dewasa yer..


.. dan masalah cinta kene tolak ketepi dulu. Tak ready kot ?? hahaha..


p/s - keje berlambak. Mamat kat dalam gambar tu namanyer Fu'ad. Awat la dia 'angin' jer ngan aku hari nie.. hahaha.. Esok kita sama-sama senyum k kat kelas.. !! hahaha!! Sweet 23... hehehe...!!

.

Wednesday, October 5, 2011

Bad Hair Day


Masalah bad hair day ni makin menjadi-jadi. Masa dalam kuliah tadi, gejala-gejalanya bertambah-tambah menggila-gila.. tapi aku pendam dengan menyiapkan kerja pemurniaan kertas tesis. Punya la bertungkus-lumus sampai terlupa. Nampak macam idea yang baik nak meredakan bad mood.


Akhirnya. Aku hantar juga final draf kertas tesis aku. Namun berat rasa hati, bahawa lepas ni mesti banyak pembetulan yang aku kene baiki lagi. Kerja-kerja macam ni sampai bila pun takkan habis. Dan tambahan kerja saat akhir ni memang betul-betul menekan.


Kadang-kadang. Tak mudah nak menggembirakan hati. Apatah lagi kalau ada yang datang pada kita hanya untuk menyakitkan hati. Melukakan. Memeritkan, setelah bagi ubat dengan hanya berbekalkan kenangan yang memberi makna dan melucukan. Itu bukan ubat tapi racun.


Semua itu memberikan kesan kepada mood aku. Menjunam sangat-sangat. Tengok kawan pun dah macam rupa profesor klon. Itu tak pe lagi. Ada sekali tu, aku pandang seseorang rasanya macam pandang Bush dah !!


Bila sampai petang. Kesannya lagi teruk. Aku rasa aku macam jahat sangat. Aku rasa macam dah putus kawan dengan dua orang. Salah satu sebab. Satu kawan tu ajak nak keluar dan seperti biasa ada saja masalah untuk dia tepati. Kali ni untuk kesekiannya dalam tempoh lima tahun perkenalan ada saja masalah. Kali ni alasannya dia kejar masa.


Sebab kedua. Selisih faham. Sebab aku malas nak layan dia ber ym. Jadi aku tanya pasal kawin. Tak sangka sensitif pulak.


Dua-dua masalah ni aku faham. Tapi aku tengah bad hair day, kan?. Jadi penyelesaiannya memang tak baik. Kesannya. Satu kawan dispointed dan tak nak ada apa-apa lagi dengan aku. Seorang lagi suruh aku fikir. Rancang kehidupan elok-elok dulu baru nak tanya orang lain.


Nampak macam tak bagus. Inilah padahnya kalau terlalu ikutkan hati. Memang M.A.T.I.


Tapi bila aku fikirkan semula. Semua ni memang menyerabutkan. Nak gembirakan hati memang bukan mudah, tapi tak la susah sangat sebenarnya. Aku keluar dengan kawan-kawan. Tengahari tadi aku makan mcd. Makan fastfood time-time serabut memang ada manfaatnya. Selain ketawa, dapat ngumpat-ngumpat orang. Hahaha..!!


Dan malam layan video aku bersama anak-anak murid. Ada masa wajah-wajah comel mereka memang menghiburkan. Anak murid buat group dalam Facebook untuk aku bersama ahli-ahli dalam kelas mereka. Hebat la diorang nie..??


dan. Apalah salahnya aku bersyukur dengan menyebut 'Alhamdulillah'. Sekurang-kurang ditimpakan mood yang tak baik saja. Buatnya Allah nak uji aku macam yang terjadi dengan classmate siang tadi. Semua file kertas tesis dia kat laptop 'corrupt' semuanya. dan dia kene taip semula.. Lagi la meroyan..


dan. Tak salah kalau aku nak ingat beberapa moment yang cukup indah. Contohnya saat adik aku memuji aku kat depan keals dia. "Hensem jugak abang aku ni kan?". Di depan kawan-kawan perempuannya pulak tu. Indahkan bunyi..? Dan masa itu hati aku terasa gembira.


Serta mengingati setiap jasa-jasa orang yang aku gantung hidup padanya. Contoh, pada Puan Haliza yang sentiasa membantu membetulkan kertas tesis aku tanpa muka marah. Cha zainol yang membelanjakan aku dengan cukup banyak barang makanan. Aiskrim mcd, coklat DOVE yang hanis zalikha makan tue! Burger. Hari ni anta naik turun bukit dalam maktab.


Wajah Afiq, Azurin dan Amirul saat-saat gembira berkaroake. Wajah rumate yang aku kejutkan bangun tido petang tadi.

Alhamdulillah.

Esok aku nak bangun awal-awal. Nak nikmati waktu pagi sebagai seorang yang baru. Kemas katil seperti biasa. Susun alat solek (cewah ! tak boleh blah). Minum milo. Dengar lagu-lagu Yuna, Anggun dan Rossa.

Memulakan semuanya dengan S.E.N.Y.U.M.A.N.

.

p/s - kalau ada orang nak tinggalkan kita, biarkan dia dengan matlamat dia. Sebab kalau dia nak tinggalkan kita, kita pun boleh nak tinggalkan dia. Bad Hair Day. Bye-bye.





Ni salah satu cara menggembirakan hati sendiri dan orang lain. Meraikan besday orang lain. Kita pasti hepi buat orang hepi kan?

Tuesday, October 4, 2011

ROSSA.... Stop !! Am Tengah Emo Nie..!!



Pagi semalam, aku dah terlambat sebenarnya pergi ke kuliah. Tapi aku boleh lagi bermalas-malas. Aku tegang-tegangkan kain cadar. Kemaskan meja. Susun semua alat-alat solek.. (ceh !! tak boleh blah !!), ikat langsir, sembur perfume bilik, gantung baju tidur dan macam-macam lagi aktiviti bagi melambatkan pergerakan masuk ke kelas.


Sedikit pun tak de rasa bersalah..!! Sebenarnya kalau diperhatikan pada waktu tu, keadaan di dalam bilik sangat tenang. Cahaya kelam menembusi tingkap.. Kalau aku tergesa-gesa masuk ke kelas pada waktu ni, aku mungkin dah terlepas peluang menikmati keadaan cam nie..


Itu kisah semalam..


Dan pagi ni.. lain benar ceritanya. Hari ni tak la lambat macam pagi semalam. Mungkin lambat 6 atau 7 minit, lebih kurang macam tu la. Tapi sebab gabung kelas, jadi kelewatan aku tu tidak disedari sangat. Seperti biasa, lecturer kalau nak jumpa student, agak2 sebab apa?? Sebab apa lagi, nak bagi keje la.. kan?? Serabut dibuatnya..


Hari ni, mood aku memang jatuh menjunam. Kalau ada makcik awal 40-an tengah period dan meroyan-royan kat kaki lima.. aku mungkin lebih teruk dari tue!

Ops! Takkan seperti itu..?? OMG..

Tapi agak teruk jugaklah.. Sebab bila terpandang orang saja,,.. mesti akan ada satu bisikan seseolah bisikan dari syaitan nir rajimmmm... yang bersifat hasutan yang penuh kebencian. Dahsyat kan??


Kadang-kadang terpandangkan seseorang, mesti terfikir...

"dia ni..?! patutnya ada dendam yang sepatutnya aku balas tapi tak terbalas-balas sampai hari ni.."

" dia ni, dah la tak faham apa yang aku nak maksudkan.. lepas tu sibuk-sibuk nak marah-marah.. apa kes?"

"dia ni.. bias la !!"

"dia ni buat-buat mesra dengan orang lain ni, tetiba tak layan aku ni.. nak pulaukan aku ker?"

"eh dia ni,.. buat-buat muka.. macam lah ilmu penuh di dada..?"

"berlagak cam bagus jer... spoil mood aku betul la..??"

"eleh.. gelak-gelak.. saje la tu nak buat aku jeles.."

"balik-balik aku jer yang nak kene terima idea kau. Bosan tol..!!'

"Ntah ape-ape la ko nie.. nak apa jer dari aku..?"

"Mula la tue.. nak amik kesempatan"

"kerek ar dia nie.. cam bagus sangat..!!"

"Bosan ar kau nie.... Boleh tak main jauh-jauh"


last but not listed


"memekak ar korang ni....Diam boleh tak ??!!!"


Memang hasutan syaitan... Tapi aku tak lah seteruk ni, nak cakap-cakap perihal orang tak tentu pasal.. !! Aku banyak diam jer.. buat-buat cam tak de mood. Cuma kadang-kadang bila hati kosong, senang sangat hati dipengaruhi oleh syaitan nir rajim... Orang yang lalu lalang semua menjadi salah pada aku. Sedikit demi sedikit persekitaran sekeliling menjadi tidak sihat.


Jadi langkah spontan yang aku amik.. Masuk ke bilik.. baring buat seketika. Memey (MP3) pun dah siap untuk berbakti.. Memutarkan lagu-lagu dendangan Rossa dan Anggun tanpa henti-henti. Lagu-lagu Dato Siti tak berupaya bersaing buat masa ini..!!


Kalau keadaan masih juga tidak baik-baik.. terpaksalah tonton filem SEX and The City.. sambil menyiapkan pemurniaan kertas tesis.. Huhuhu...!!


Lepas ni kalau ada yang cakap, borak dengan aku ni macam borak dengan kayu tunggul.. Tolong la faham..!! Aku sedang mengalami simptom-simptom BAD HAIR day !!


...tak sangka dalam keadaan macam ni pun aku boleh kekalkan senyuman manis nie. Dalam hati, tuhan yang tau..!!!! Please, jangan kritik aku k? Ampun....


p/s - 'Am' tu nama glamor aku yang paling manja.. bukan calang-calang orang boleh panggil.. !! hehehe...

.