I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan.


salam ramadhan

Bersyukur rasanya tahun ini, diberi peluang untuk menikmati keindahan bulan ramadhan. Tahun ini, aku berpeluang meraikan bulan ramadhan di kampung halaman bersama abah dan emak. Jadi, tahun ni, tak perlu lagilah tergesa-gesa membeli juadah berbuka di mana-mana bazaar kerana emak sudah siap sedia menyediakan juadah. Adakala siap boleh buat permintaan lagi.

Namun, adakalanya.. terkenang-kenang juga kenangan berpuasa di perantauan bersama-sama teman-teman belajar. Walaupun juadah agak terhad, namun hiruk pikuk ketika berbuka bersama teman-teman sangat menghiburkan.

Pernah juga sesekali di bulan puasa, kerana terlalu letih menyiapkan assignment yang hampir dengan tarikh hantar.. aku tertidur pada petangnya sehingga terlajak waktu berbuka. Pukul sembilan malam.. barulah terkejar-kejar membeli burger mc donald untuk berbuka.. Hahaha...

Begitu juga, kenangan terpaksa berbuka di dalam bas sahaja apabila dalam perjalanan ke kampung untuk berhari raya. Tak ketinggalan, berbuka ketika bersesak-sesak dalam komuter.

Bila dikenang-kenangkan semula.. Semua kenangan-kenangan itu tidak akan dapat dikembalikan semula untuk dikecapi sekali lagi. Waktu muda adalah waktu yang sangat-sangat mengujakan. Benarlah kata orang, tempat yang paling jauh adalah masa silam.

Tahun ini, hampir setiap malam berbuka bersama emak dan abah. Bersyukur rasanya dapat menikmati hidangan yang enak-enak seperti waktu kecil-kecil dahulu. Namun, di sebalik rasa kegembiraan ini, aku tetap sunyi menantikan kepulangan adik-adik untuk berbuka bersama-sama.

Aku sedar, sebenarnya nikmat berbuka bukanlah terletak kepada bilangan jenis juadah yang disediakan tetapi lebih kepada suasana ketika berbuka. Makanan yang enak-enak pasti akan menjadi lebih nikmat sekiranya keriuhan dan kegembiraan mengelilingi suasana berbuka.

Pelajaran yang aku dapat. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki.

p/s - semasa musim berpuasa kali ini, aku terpaksa fikir macam-macam perkara. Antaranya sedang berkira-kira hendak memberi duit raya ?? hehehe.. Berapa ringgit yer sorang??

Akibat bosan memikir, lebih baik aku main lukis-lukis.. Hasilnya..?? Hahaha.... Agak-agak rupa sapa??