I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 30, 2013

Kritikan.



Dari aku mula-mula bersekolah dahulu, sehingga kini, jadual hidup aku selalunya sama. Aku tak mampu untuk mengelak diri dari memikirkan betapa adakalanya rutin yg aku lalui sangat membosankan. Perasaan itu tidaklah tiba setiap hari, namun muncul pada hari-hari tertentu. Dan ia sangat membebankan.

Menjadi tenaga pengajar yang sentiasa dikawal selia - sangat bercanggah dengan peribadi aku yang inginkan kebebasan. Aku di tempat kerja bukanlah seorang yang mesra ketua. Namun itu tidaklah menjadikan aku seorang pekerja yang tidak patuh. Begitu juga aku tatkala menjadi seorang pelajar. Merapatkan diri dengan guru yang popular, bukanlah kegemaran aku. Melainkan sekiranya aku rapat dengan guru bahasa Melayu. Itu adalah kerana aku cintakan subjek itu dan selalunya ia berlaku secara fitrah.

Cikgu bahasa lebih lembut hatinya. Kalau mereka garang, selalunya lebih kepada mendidik.

Hari ini, lewat petang aku tinggalkan perkarangan sekolah. Selesaikan kerja yang tertunggak yang dulu-dulu. Kerja yang terlalu lama aku abaikan. Sikap tidak mahu memberatkan fikiran sentiasa menjadikan nasib tidak menyebelahi aku. 

Tapi tidak mengapa. Dalam hati aku selalu bisikkan..
" Ikhram, walau apapun pandangan orang terhadap kita, pandangan diri kita terhadap diri kita sendiri itu harus didengari dahulu.. "
p/s - emo sebab nama naik masa mesyuarat petang tadi..
.

Wednesday, September 25, 2013

Privaci


Dari perspektif aku, kerap kali aku menganggap manusia sekeliling adalah lebih besar susuk tubuhnya dari aku. Namun bila aku bandingkan aku dengan mereka di dalam setiap foto yang ditangkap, ternyata aku lah gergasi yang selalunya lebih tinggi daripada mereka semua. 
Tersiratnya, aku selalu memandang diri aku kerdil walhal aku juga punya potensi yang tersendiri yang mungkin tidak ada pada mereka yang lain.

Atas sikap aku yang sebegitu, aku selalu menyimpan saja kebolehan yang ada. Sebab aku percaya, bila diperlukan nanti, potensi diri aku akan keluar juga. Itu lebih baik kan...??? Hahaha... 

Di sekolah kini, aku sudah mempunyai meja aku sendiri. Biarpun kecil dari meja-meja guru yang lain, tapi aku rasa selesa dan seronok. Kedudukannya memberikan aku satu privasi yang tiada tolok bandingan rasanya berbanding sebelum ini. Aku percaya, dengan adanya ruangan sendiri ini, aku dapat memberikan tumpuan yang lebih dalam melakukan pekerjaan aku. 

Ada bahagian notice board sendiri sekarang. Bolehlah aku curahkan hasil keringat yang penuh coretan manis di situ nanti. Yang pasti gambar keluarga dan kenangan bersama kawan-kawan akan aku titipkan di meja. Bila tertekan, itu semua boleh jadi terapi. Pada masa inilah harus aku tonjolkan kecerdasan yang aku ada.. Will see..??

p/s - hari Rabu adalah hari gaji.
.

Monday, September 23, 2013

Avillion
















Sekarang ini untuk aku adalah musim keluar berkursus. Jalan ke sana, jalan ke sini. Makan yang sedap-sedap saja. Perut pun sudah maju ke hadapan. Apapun aku bersyukur, sekurang-kurangnya kehadiran aku dalam bidang yang diceburi kini disedari oleh pihak-pihak tertentu. Aku percaya, setiap individu mempunyai potensi dan kercerdasan mereka tersendiri. Siapa sangka dunia aku yang asing dahulu, kini berjaya aku terokai.

Baiklah. Keluar berkursus bagi aku ada ketikanya adalah satu jalan pintas untuk melarikan diri seketika dari rutin aku sehari-hari. Ada kala berada dalam lingkungan hidup yang 'beku' menjadikan aku bosan. Aku lelaki yang mahukan kebebasan. Adakala berada di bangunan kerja menjadikan pemikiran aku terhad dan terbatas.

Sebenarnya aku sukakan kreativiti. Aku percaya, aku seorang yang sangat kreatif dan berdaya maju. Aku punya perspektif aku sendiri dalam melahirkan idea yang asli dan unik. Semua itu akan berguna tatkala aku keluar berkursus.

Rutin - adakala mengehadkan kemampuan aku.
Aku tahu siapa aku. Aku tahu mengawal apa sahaja yang ada disekelilingi aku. Oleh itu, aku amat bencikan kuasa veto yang menghalang aku dari terus berfikir.

Ramai orang selalu beranggapan - semua orang adalah sama. Sebenarnya tidak. Semua orang mempunyai karakter dan kecerdasan yang tersendiri dan berlainan.

Pensyarah, guru-guru, ustazah, kawan-kawan, emak selalu mengatakan aku seorang yang kreatif. Aku punyai idea dan aku mampu mengolahnya. Kekurangan pada aku - aku tidak teliti.

Kepada mereka di atas - jangan hadkan kemampuan aku.

p/s - aku suka melakar waktu.

Tuesday, September 17, 2013

Vacation - Penang



























Walaupun lima tahun setengah menuntut ilmu perguruan di Pulau Pinang, namun pengalaman mengembara di Pulau Mutiara kali ini bagai pertama kali menjejak kaki di sini. Menyusur jalan-jalan sesak di pulau ini bagai menggamit seribu satu kenangan sewaktu menuntut dahulu. Sedikit pun tiada yang berubah.

Di sekolah, kami seseolah bekerja dengan pelbagai lapisan masyarakat. Ada guru baru, ada guru lama. Namun lawatan kali ini menjadikan kami semua bagai seusia dan sebaya. Dengan hilai tawa yang menggembirakan, memang menyemarakkan suasana sepanjang tempat-tempat yang kami lawati.

Walaupun letih, namun secara peribadi lawatan ini memberi kesan yang mendalam. Mengenali semua rakan menjadikan lebih matang dan bebas dalam membuat perhitungan hidup. Sesungguhnya kehidupan kita ini, kita yang tentukan hala tujunya.

p/s - gembira melakukan sesuatu tanpa batasan. Jangan biarkan orang tentukan kehidupan kita.
.