I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 28, 2010

Menjadi Cikgu Ikhram pd Minggu Pertama

Seperti semua orang tau, aku menjalani praktikum kali pertama di SK Mutiara Perdana pd minggu ini. Kalau ditanya apakah perasaan aku setakat ini, umpama terjerut pada hujung botol coca cola.. nak tergolek dalam botol, takut lemas.. tp fikir2 balik kenyang dpt minum air gas..!!! mcm tu la analoginyer.. hepi tp meletihkan.. hampir2 separuh mati rasanya. (bagus tak analogi aku)

Pelbagai perkara terpaksa aku lalui sama ada mahu ataupun tidak. Yang jelasnya kaki aku kembali membengkak apabila terpaksa berjalan sepanjang hari. Nampaknyer, memang terpaksa la berjalan. Pagi2 lagi aku terpaksa bangun walaupun dalam minggu ni hampir tiga malam aku tak dapat melelapkan mata. Bila datang ke sekolah pada keesokkanya, perut aku sebu masuk angin membuatkan aku asyik nak rasa termuntah sepanjang masa. Masalah ini dirasai juga oleh rakan aku, Zuliyana.

Bayangkan aku terpaksa mencipta alat bantu mengajar disamping menyiapkan rancangan mengajar yang rata2nya amat sukar pada aku sebagai permulaan. Bayangkan aku terpaksa ambik masa hampir dua jam setengah untuk merancang dan memilih aktiviti untuk mengajar kelas sains darjah 5. kalau aku terpaksa ajar pj pada hari yang sama..?? tak ke 5 jam aku terpaksa peruntukkan. Kadg2 menyesal jugak bila memikirkan kenapa aku memerlukan waktu yang sebegitu panjang.. kadang2 bila dah selalu padam dgn liquid paper, rasa cam comot pulak buku rancangan mengajar aku tue.. nasib baik tulisan aku kecil2 jadi muat2 jer garisan dalam buku rekod mgjr tue.. belum lagi mengisi setiap borang, membuat poket silibus dan yearly plan, mcm2..


Untuk praktikum yang pertama ni, aku diarahkan untuk mengajar sains Thn 3 dan 5 manakala P. Jasmani utk darjah 4. Bila dapat sajer jadual waktu dari Kak Rosnani, GPK HEM.. aku bersyukur sebab dapat kelas 5 nilam dari kelas pertama.. tp bila mengenangkan kelas darjah 3, terdiri drpd kelas 3 Delima dan 3 Baiduri.. aku garu2 kepala jugak sebab masing2 kelas ke3 dan ke4. Aku bukanlah memilih, tp bila mengenangkan masa kelas ganti yang aku dah masuk sebelum2 ni, aku dah dapat buat kesimpulan bahawa tahap pemikiran murid2 sekolah ni masih di tahap sederhana saja.. tapi aku sedapkan hati, inilah cabarannya. Kalau dulu cita2 aku untuk suka mengajar dan mendidik anak2 murid kelas bawahan.. inilah masanya untuk aku rasai dan belajar merasai. Tapi kata tak semudah melakukannya.

Kelas pertama untuk aku minggu ni adalah subjek Sains kelas 5 Nilam. Alhamdulillah, dgn topik nergy, aku dapat jalankan kelas dgn baik. Sebagai pengenalan, aku gunakan sebuah kotak berat utk diangkat oleh dua orang pelajar dan memanggil 10 orang pelajar meniup belon untuk ditiup. Semua ini diperlukan untuk mengenalkan pada mereka tenaga diperlukan untuk melakukan semua aktiviti atau kerja. Kelas ini amat baik, bila aku bertanya apakah yang diperlukan utk melakukan dua aktiviti ini, semuanya menjawab ENERGY. Lega aku sebab tugas aku selepas ini akan menjadi mudah!

Jadi aku menjalankan kelas dgn melaksanakan setiap satu aktiviti yang dirancang seperti dalam buku rekod rancangan. Alhamdulillah semuanya dalam kawalan. Kawalan dan pelaksanaan kelas menjadi mudah bila ada la seorang kawan baru aku ni, miss n. syafawati (rakan sbe dari IPBA) yg telah sudi menjadi pembantu dalam kelas ni. Dia la yang kene tampal dan menyusun atur segala flash card kat papan hitam. Siap tukar2 flash card lagi ikut ckp aku dan murid2. Memang cemerlang la cikgu Syafa ni oii!! Sekali pandang dah macam pengiring rancangan RODA IMPIAN da!! BUKAN Sh. Eja.. tp Sh. Syafa!! haha.. dgn wedges die yg tinggi, dia berjalan ke kanan.. lepas tu berjalan ke kiri papan hitam.. mmg tak ubah macam pengiring Roda Impian..!! Apapun tugas cemerlang tu memang dihargai.. Walaupun dalam hilai tawa yang berpanjangan.. hahahaha!!

cikgu N. Shafa, pengiring Roda Impian 5 Nilam & cikgu 'mak Teh Zuli'

Objective pengajaran tercapai bila aku soal, semua budak boleh jawab. Cuma ada beberapa kelemahan yang aku harus perbaiki mcm aku tak byk bergerak, hanya berdiri kat depan kelas. Kemudian cara aku membahagikan kumpulan pun ada msalah sket. Bayangkan nak uruskan anak murid seramai 35 orang bukan perkara yg mudah! last2 terpaksa gak aku yang pilih kumpulan diorang. laki dan perempuan aku campur dalam kumpulan. Lepas kelas tamat, semua budak tanya kat aku, apa isi dalam kat kotak berat tu. Aku pun buka la.. (sebenarnya aku sendiri lupa nak bukakan, nasib bek diorang ingat!!)..

apa dalam kotak..?? hanyalah sebotol breeze colour seberat 2.8 kg

Itu cerita best.. meh aku nak khabarkan cerita yang tak best!!
Bila aku masuk kelas 3 delima.. baru la aku tau langit tu tinggi ke rendah. Masa aku mengajar kat SK Nyatoh dulu pun tak la seteruk ni. Aku perhatikan, budak2 kat sekolah ni memang kuat bercakap terutama budak2 tahap 1. Nasib baik aku dikurniakan tubuh yang tinggi dan suara yang boleh dikuat2kan. Kadang2 bila asyik menyuruh diorang diam, buat aku rasa aku perlu mengamuk. Jadi aku mengamuk. Dengan ini, kawalan kelas aku berjaya. Kemudian aku pujuk balik perasaan mereka dgn memanggil sorang perseorang menjawab soalan. Bukan mudah menjaga hati semua orang tapi inilah yang perlu dilakukan.

Mengajar magnet mungkin senang pada sebilangan pelajar, tp bukan pelajar kelas ni. Aku gagal sebenarnya memberi kefahaman kepada mereka bila aku bertanya pada sorang2 demi sorang dan ternyata mereka tak tau membezakan 'repel' and 'attraction'. Bila tak boleh mengajar pada semua orang pada waktu yang sama, aku guna pendekatan secara kumpulan. Aku panggil 6 orang sekali di meja aku. Setiap tiga orang aku bagi sepasang magnet. Aku suruh mereka pegang magnet dan rasakan respon magnet bila kutub magnet sama dan berbeza didekatkan.
Ada kumpulan yg faham.. tp ada kumpulan yang terpaksa aku ulang sampai 5 kali dengan suara yang 'garang2', baru diorang boleh faham. Memang mencabar. Untuk mengajar sorang perseorangan memang tak dapat.


Anak2 murid cikgu 3 delima.. Cikgu faham kamu semua nak merasai pengalaman bermain magnet.. tp apa boleh buat keadaan kamu dan masa, tak mengizinkan. Kadang2 rasa tak adil pulak bila tak semua pelajar, aku bagi kesempatan yang sama bermain magnet. Ini amat2 aku kesali. Kekecewaan aku ini berlarutan sampai ke malam bila aku terbawak2 memikirkan kesilapan dan kekurangan aku ketika mengajar. Sedih tp aku kuatkan juga perasaan aku ini. Menjadi guru tak boleh patah semangat sebaliknya menjadi lebih tabah dan kuat. Aku mula merancang pengajaran yang lebih mudah dan ringkas untuk kelas ni dan thun 3 Baiduri minggu depan.

Paling tak boleh lupa, aku menggunakan model magnet yang aku buat dari manila kad yang aku bentukkan kuboid bg mengandaikan magnet yang sebenar. Tapi bila aku tanya "pernah kamu semua lihat magnet sebesar ni?" nak tau apa jawapan mereka.. " ini bukan magnet la cikgu, ni kotak". Aku rasa cam nak lempang2 jer mulut sapa yang menjawab tu.. tapi aku sedar inilah peringkat kanak2 yang tidak boleh lagi memikirkan lagi perkara abstrak. nak marah pun tak boleh sebab apa yang dijawabnya betul. Memang betul kotak. Jadi aku minta mereka mengandaikan model magnet ni adalah magnet yang besar. Rasanyer mereka boleh mengandaikan.

Sepanjang minggu ni aku memang letih. Aku lihat pada muka aku, dah nampak cengkung dan jerawat dah mula tumbuh mekar. Bayangkan aku sentiasa pening kepala dan perubahan waktu tidur berlaku dgn ketara. Aku tak lagi tido malam, tetapi tido pada jam 3 ptg sehingga 8 mlm. Kata la apa2 saja, sebab aku takkan sedar apa2 dalam tempoh itu.

Tak banyak gambar yang aku ambik. Sebab tak sempat dan tak larat. Ada byk perkara yang terpaksa aku fikirkan.. byk sgt2!! Aku harap aku dapat berehat lepas ni hatta sekejap!!


p/s- abg doakan semoga Mak Long Badariah sentiasa sihat. Kpd makwe cilikku si dila, abg minta maaf tak cium dila masa balik penang ari tu.

3 comments:

ShAwN said...

fuh~~aku plak yg berdebar2...huhuh...best2...semoge success selalu...

tp mcm ne nak mnyangi kanak2 ek...??aku problem la,,,sebb kurang suke kanak2...haha....tu yg risau tuh...tkot sume budk mkn pelempang aku jer...hehehe...

lagi satu..mmm..dlm mngajar tu,,mesti gune fully in english or boleh campur2...???

iKhRam said...

jgn risau.. semakin usia meningkat, rasa kebertanggungjawaban dan sikap kebapaan akan sikit2 muncul.. masa tu klau tak jumpa budak sehari mula la rasa tak aman.. fasa kehidupan kita ni bermula berperingkat2..

sepatutnya fully in english.. tp klau tak observe, guna dwibahasa pun tak pe klau student tak faham..

Ochy said...

bpe lamer cikgu nak ciapkan kotak magnet tuuu..hahaha

nice entri..