I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu - Emak Saya Wanita Hebat.


SELAMAT HARI IBU

khas untuk mak saya, PN FUZIAH HJ TALIB
mak, abg sayang mak!!



Awal-awal pagi dah kejutkan mak untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu". Emak hari ni bangunnya lambat sedikit dari biasa.. memandangkan hari ni lah peluangnya berehat setelah 6 hari seminggu, bekerja. Mungkin sebab anak-anak dah tiada menetap di rumah.. yang ada hanyalah si bongsu yang sudah pandai mengurus diri sendiri.

Setiap tahun, seperti biasa akan ada sekeping kad jadi pengganti diri buat menyampaikan ucapan paling manis buat emak. Alhamdulillah dikurniakan jiwa dan hati serta bakat menulis.. sedikit sebanyak apa yang terbuku di dalam hati mampu terungkai dalam nota-nota indah untuk menghargai kewujudan seorang ibu. Tapi tidak tahun ini, saya punya agenda yang lebih baik untuk itu.. huhuhu.. saksikanlah..!!

Emak.. tangan yang lembut menghayun buaian boleh menggegarkan dunia.. nampak macam berlebihan sgt perumpamaan saya kali ini.. tp itulah senarionya. Mak saya mungkin nampak seperti wanita biasa yang lain, tapi di mata saya emaklah wanita yang unggul yang mampu melahirkan 2 orang bakal2 guru yang bakal cemerlang di tanah air sendiri.. hahaha..

Dari kecil hidup bersama emak jarang sekali nak berjauhan. Attachment saya dengan emak sangat kuat sehinggakan menjangkau usia 22 ni, setiap kali ingin pulang ke kampus emak tetap menyusun kain baju saya. Katanya setiap kali saya bersiap mahu pulang ke kampus.. " kau susun nanti tak muat beg!!" kadang2 saya tak tau di mana kesempurnaan tu sehinggakan perkara yang remeh terhadap saya pun masih dalam penglihatannya. Setiap kali pulang saja ke kampung, awal pagi dia akan ke mencari sebiji nangka untuk dibuat gulai. Kadang2 pelik juga sebab yang makan gulai nangka tu mungkin saya seorang tapi mak masak hampir seperiuk besar.. tp ajaibnya gulai nangkanya tu tetap habis..

Begitu juga dengan air teh buatan mak yang bagi saya takkan sama dengan bancuhan orang lain walaupun ramuannya sama. Setiap pagi bangun dari tido, perkara pertama mungkin selain menggeliat, saya akan buka peti sejuk melihat baki bancuhan air teh mak..(biasalah anak bujang bangun lambat) Begitu jugak dengan lauk pauk yang lain. Mak lebih suka memasak daripada membuat keje2 lain. Apa saja yang mak masak selalunya saya makan. Lidah ni kalau tau mak yang masak, mesti sedap. Sampaikan saya pernah bergaduh dengan seorang jiran semata2 mengatakan masakan mak lebih sedap dari dia.. itulah kenangan sewaktu kanak-kanak yang berlanjutan sehingga kini.

Emak saya sangat garang. Lebih garang dari abah. Waktu kecik2, apa saja yang tak dibuatnya dengan saya. Kene cubit, kene pukul, kene titik dengan pembaris jahit, kene kurung, kene makan kertas, semuanya pernah. Kalau orang kenal mak saya, mungkin orang tak percaya mak saya segarang tu. tp itulah kebenarannya. Sebab tu saya lebih senang minta duit dengan abah.. Cuma akhirnya saya tetap juga akan menjelaskan pada emak. Sebagai emak, jarang sekali nak menipu sebab mak lebih kenal anaknya. Kata2 emak, "emak mengandungkan kau 9 bulan bang, mak tau apa yang ada dalam hati perut ko tu".. huhu.. Macam mana nak menipu..? hahahaha

Antara adik beradik saya, sayalah yang paling degil dan kuat menjawab. Sebab itulah kenangan2 yang tak baik banyak ada pada saya. Tapi saya lebih senang mak membebel dari emak terus diam dan mengalir air mata disebabkan saya. Sebagai anak, saya pernah mengecewakan emak. Saya bukanlah secerdik mana tapi sikap malas saya tu buat emak kadang2 kecewa dengan saya. Pernah sekali emak menitiskan air mata sebab buku2 rujukan yang dibeli tak pernah saya buat. Masa tu saya berada dalam tingkatan 3. Satu malam rumah sepi..

Setiap pagi, mengejutkan saya ke sekolah adalah masalah paling besar.. tp emak bijak melawan masalah saya tu. Diambilnya pengepam sos, diisinya air disimpan dalam peti sejuk. Keesokkannya kalau saya tak bangun jugak, dipamnya air sejuk tu ke muka saya. Saya pun bingkas bangun sebab tak tahan sejuk. Mulalah nak marah2.. tapi nampaknya cara tu berkesan. Mungkin saya pun akan guna cara yang sama kalau bakal anak saya buat masalah yang sama kepada saya..

Emak saya nampak keras diluar. Jarang sekali melihat emak menangis... dan bila sesekali air mata mak mengalir, saya tau la tentu hati emak benar2 tersentuh. Kali terakhir saya melihat airmata mak mengalir bila kami sama2 menonton Majalah 3 tentang bual bicara berkaitan kisah Yasmin Ahmad atas kepatuhan allahyarham kepada ibu bapanya. Saya menggelakkan emak sebab peraturan kat rumah sesiapa sahaja akan digelakkan kalau menangis menonton tv. Tapi lepas melihat emak menangis, saya pun ikut sama menangis. Susahnye nak jadi anak sebaik allahyarham...

Emak jugalah tempat saya jadikan sebagai pakar rujuk. Apa yang emak saya tak boleh buat??? Semuanya boleh. Kami selalunya berkongsi cerita. Emak suka bercerita kisah2 silam yang kadang2 saya mampu sambung ceritanya. Sebab ceritanya berulang2. Sikapnya ini saya warisi sedikit sebanyak. Sebagai wanita yang tidaklah terlalu didedahkan dengan dunia urban, apa yang menggelikan hati, emak saya seorang yang takut melintas jalan. huhuhu.. kami selalunya jalan berpimpin tangan walau di mana2. Emak akan memegang kuat lengan saya kalau melintas jalan. Katanya dia takut..

Saya anak lelaki sulungnya. Jadi sayalah yang diharapkannya walaupun nampaknya saya sedikit bermasalah menjadi seorang yang kuat. Emaklah yang mendorong saya menjadi guru yang baik. Emaklah yang mendorong saya menyelesaikan masalah sendiri. Emaklah yang membuatkan saya terfikir yang saya perlu rajin untuk menjamin masa depan saya. Dulu emak tak cakap banyak bila saya nak SPM. Emak cakap kalau nak hidup senang, belajar sungguh2.., kalau tak nak hidup senang senang.. terpulanglah. Senang2 dulu, susah kemudian.. itulah ayat die yang adakal buat saya geram. Cepat2 saya buka buku. Hahaha..!! Emak saya bukan lulusan universiti mana2 tapi tanyalah apa saja pasal sejarah, pasal biologi, emak saya mungkin sehebat pensyarah saya di maktab nie.. rahsianya mak saya suka baca slot kesihatan kat surat khabar UTUSAN Melayu. Dulu sewaktu sekolah buat rombongan ke mana2. Mak bagi banyak alasan untak saya tak pergi.. sehinggakan saya tak boleh lupa ayat ni.. "abg, ko balajar rajin2.. nnt dah besar mana-mana tempat yang ko nak pergi pun ko dapat.." . Terbukti benar!! Belum sempat nak pegang duit sendiri, pihak maktab dah bawa saya jalan ke macam2 tempat.. huhuhu.. cakap mak memang masin.

Rahsia saya dengan mak yang lain biarlah menjadi kenangan sampai bila2. Takkan ada pengganti emak saya yang seorang ni. Emak sayalah wanita yang paling garang di dunia ini yang amat2 saya takut. Orang lain pun saya tak takut melainkan mak saya.. Emak tak punya permintaan yang lain melainkan mahu saya dan adik bergelar seorang guru. Insyaalah, itulah yang cuba saya tunaikan sekarang. Mak tahu di mana kemampuan saya sebagai anaknya dan sesungguhnya pemahaman emak yang seperti ini amat2 saya hargai. Emak, abang harap emak akan selalu bahagia menjadi emak abg dan adik2 abg sampai ke akhir hayat. Doakanlah kejayaan anak2 emak di dunia dan akhirat. Jgn la emak lupa anak2 emak amat menyanjungi pengorbanan emak, kasih sayang emak dan keunggulan emak sebagai seorang wanita. Abg ingin selalu menjadi anak yang soleh kepada emak dan anak yang manjadi kebanggaan emak. Emaklah ratu hati abang dan takkan ada pengganti emak dalam dunia ini walaupun bumi ini diganti dengan 7 kali biji bumi pun.. Abang sayang emak dan sentiasa menyayangi emak.. Sembah sayang abang untuk emak.. SELAMAT HARI IBU.


dari anakmu.. Mohamad Ikhram Ishak.

2 comments:

~ MaNjAlaRa ~ said...

beb, boleh menitik ayor mata bace entri ekau ni ha...terus wat den rasa nk balik umah...esok gk den nk balik umah...jumpa mak..

iKhRam said...

macam mana pulak ko rasa nak nangis sedangkan aku ni setiap kali baca rasa mcm nak senyum2 jer.. dalam ati aku rindukan mak jugak