I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 30, 2010

Science Society 2 - Box...??

Ada masa dalam pemikiran aku, waktu ketika menjalankan Science Society ni macam tak best je.. Saat petang2 macam ni.. bagilah aku peluang untuk aku tidur.. Kesannya, aku asyik tertidur dan masuk perjumpaan lewat.. risau jugak ni sebab Science Society kaya dengan lecturer yang sgt2 'on-time'.. dan bla..bla..bla.. tak larat nak cakap2 pasal mereka..
Apapun perjumpaan tetap aku hadiri.. dan kali ini, penggunaan kad-kad perayaan yang lepas2 telah kami gunakan untuk aktiviti membuat kotak perhiasan.. Banyak kegunaan kotak hiasan ni.. Antaranya sebagai menyimpan barang2 kecil seperti kerongsang, syiling, pendrive, hiasan untuk kenduri kawin samada letak gula2 mahupun bunga rampai, mana yang nak hadiahkan cincin lamaran, leh la masukkan cincin tiruan kat dalam kotak ni.. (mana2 student maktab yang tak berduit lagi la kan??) .. tp dalam kepala aku, balik jer rumah nanti aku nak baut sebijik untuk bekas tempat letak pengetip kuku.. asyik2 hilang je..

Buat kotak ni tak la serumit yang disangkakan.. aku ingat kedai2 yang jual kotak2 ni sampai harga RM5 sekotak, memang dapat untung banyak..!! Terlalu banyak.. aku yang tak berseni ni pun boleh menghasilkan kotak yang agak cantik.. Jadi kami menghasilkan berbagai2 jenis kotak.. (kalau dpat kat uwan aku, ntah2 die buat kotak tempat letak tapai.. hahaha) Perjumpaan kali ni walaupun aktivitinya ringkas tapi bermanfaat dan menghiburkan..









No comments: