I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 31, 2010

Gemerlapan 2010


tahun 2010
aku lalui dengan penuh ketabahan..
suka duka..
yang mematangkan
umpama segelung benang..
punya lembaran permulaan dan akhirnya meruncing ke penghujung
begitulah hidupku..
..
mungkin selembar benang akhirnya menjadi kain..
selembar hidupku lama-lama menjadi 'manusia'..
sepanjang tahun ini
buat aku lebih mengenali serba serbi sikap manusia..
mana yang boleh dipanggil insan
dan mana yang boleh aku panggil 'binatang'..
aku tatang hati manusia dengan minyak yang penuh..
sedikit yg tahu memahami.. ramai yang mengkhianati
tp itu lumrah..
apa yang penting..
hidup di dunia harus selalu memberi bakti
barulah hidup diberkati dan disenangi..
..
alhamdulillah..
tahun 2010 tahun gemerlapan
tahun keriangan
tahun kepercayaan
tahun kesabaran
dan tahun kejayaan..
..
bersama sekalung doa dari kawan-kawan
dari masyarakat..
dari guru-guru yang mendidik dan anak-anak didik..
dari adik-adik
dan restu tulus bonda dan ayahanda
insyaallah hidup ini bakal aku sinarkan..
kerana aku tahu Dia sentiasa memakbulkan
..
dunia lepas aku tinggalkan
selamat datang 2011
selamat tahun baru..

18 comments:

Budak Hati said...

yang gambaq kaki tu ak suke...hahaha

Anonymous said...

enjoy the scene

happy new year..

moga tahun baru lebih ceria buat orang di negeri sana.. wink*

fat said...

hitam putih 2010..

iKhRam said...

Budak Hati : gambaq kaki.. tu tak leh lupa.. teruk mendrita tak dapat g mana2.. g big jam pun tak dpt.. hahaha

iKhRam said...

wany : insyaallah..
dalam baik mahupun buruk..
sentiasa hepi...

iKhRam said...

Cik Gadis : hitam putih 2010
alhamdullillah.. byk yg putih dari yg hitam..
awas
kene slalu berwaspada

theblabber said...

slmt tahun baru yo.
ko negeri sembilan kekno jang?

sarah zulk said...

nice entry with real good picture.. saye suke ayat2 tu.. penutup yang cantik untuk thun pertama sbg blogger.. =)

iKhRam said...

theblabber. :

hepi new year jugak k?
den negeri sembilan kat senawang..
tp esok dah nak balik penang
sambung study balek ni ha..?!!
hahaha

iKhRam said...

sarah zulk: good picture..??
itu bukan tentang megapixcel
tp cerita dalam pic tu kan
dengan orang2 dalam gambar tu.. hahaha

terima kasih menyokong..

hepi new year

Anonymous said...

kjp je mse blalu kn..sdar xsdar ni thn last kte sme2..thn dpn dh bw haluan msing2..aku xready lg nk hadapi sume tu..syg korg sgt2..

Afiefah Safieni said...

warna warni kehidupan..ada masam ada manis..
moga tahun baru membawa kebahagiaan..
eh,trima kasih haritu bagi komen yg sangt membina.
=)

iKhRam said...

princess pisang : thun bakal menentukan semuanya.. semua orang nak jadi dewasa.. ada msa mcm dileem.. nak tempuh atau tidak.. bersedia atau tak..

tanpa kita sedar.. masa tu tak pernah berpatah.. sebaliknya makin berterusan.. umpama air yg mengalir dari hulu ke kuala...

sayang semuanya.. semoga tak de masalah utk tahun ini.. yg baik2 jer kan??

iKhRam said...

Afiefah Safieni : komen yg sgt membina itu lahir dari penerimaan yg tulus ikhlas.. terima kasih kernaa menerimanya dgn baik..

terimakasih dgn wish
perlukan sgt doa kebahgiaan dari kawan2..

Qamaruls said...

abang sihat...
kenapa abang suke hantar comment sampai dua kali.. mcm nie.. ha3

Qamaruls said...

abang sihat...
kenapa abang suke hantar comment sampai dua kali.. mcm nie.. ha3

iKhRam said...

Qamarul : aik.. sapa abg.. sapa adik lak nie?? heran??

Unknown said...

slamat kmbali ke penang ye abg ikhram :D gmbar kaki tu nape bgkak sblah ? hehe