I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 31, 2011

Balik Kampung !!


hari Ahad, kami satu keluarga pulang ke kampung.. jolobak jolobu.. maksudnya kat jelebu la tu.. dan seperti semua orang tau, daerah jelebu merupakan kawasan terkering kat Malaysia..
jadi tak hairanlah kalau dulu masa kecil2, masa rumah atuk masih rumah papan, suasana di tengahhari memang sgt2 panas.. ada masa tak terduduk kat rumah.. sebab panas yang membahang.. teringat dulu, aku bentangkan tikar tidur di bawah rumah.. tp alhamdulillah.. sekarang ada rezeki lebih sket.. rumah atuk dah berumah batu..
.
kali ni balik ke kampung, memang aku nak tngok perubahan atuk setelah menjalani pembedahan prostat tempoh hari.. sampai je depan pintu pagar.. nampak atuk tergesa2 membuka pintu cermin rumah.. atuk keluar sambil mengangkat kedua-dua belah..
itu tandanya, dia memang benar2 dah sihat.. alhamdulillah syukur nikmat..
nampaknya hasrat aku ingin melihat atuk sembuh dan tidak lagi memakai tiub kencing sebelum aku pulang ke maktab terlaksana.. dan kini atuk benar2 sudah sihat..
.
atuk menceritakan kepada aku dia sudah boleh menunaikan solat seperti dahulu kala..
sudah boleh ke kedai dengan berjalan kaki.. sudah senang untuk membuang air..
terpancar keseronokan atuk bila dia merasakan die lebih senang sekarang untuk berbuat apa sahaja yang dia mahukan.. alhamdulillah..
dan yang paling penting.. atuk tidak melupakan aku..
wajah aku masih atuk kenali dari dulu sehinggalah semalam aku bertemunya..
risau jugak kalau aku adalah antara wajah yang pernah atuk lupakan seperti wajah sebilangan orang sewaktu dia ingat-ingat lupa tempoh hari..
.
sebelum pulang.. sempat juga mejenguk sepupu aku, kak long ikin..
dia selamat melahirkan anaknya.. UMAR HADI..
comel jer tadi aku melihat anaknyer..
.
masa nak balik ke Seremban..
hujan semakin lebat seperti tak mahu berhenti..
dan pemandangan kiri dan kanan dah pun rupa macam sungai..
dan jalan raya dipenuhi air..
terpampang kat tepi jalan banyak papan tanda yang bertulis..
.
'AIR MELINTAS JALAN'
kami semua ketawa !! kah! kah! kah! lupa pada bahaya..!!
.

Sunday, January 30, 2011

Mai Pekena Ayam Golek..


hari ni tuhan kurniakan rezeki..
g makan ayam golek..
bila makan ayam semata-mata cam nie..
dah rasa macam karnivor sgt pulak dah !!??
mengalahkan cik rimau..
tengah sedap2 makan..
tetiba mak aku, cik fuziah bersuara..
.
"walaupon kito ni oghang mlayu,
tp kito tak do gomar makan ayam golek macam ni kan?
kita lobeh gomar makan pizza walaupun kito bukan oghang itali.. kan? boto x?
.
lepas dengar mak aku cakap dialog kat atas
aku terus tergelak..
nampak sgt beliau tak gemar kat sini..
aku pun jawab..
.
"iyo la mak. lopeh ni jom la kito makan kek pizza, yo?"
.
nampaknyer ramai yg suka makan kat pizza..
sebab hidangannya lebih bersifat kekeluargaan..
betullah kata orang..
sharing is caring
sedulang pizza di kongsi bersama...
dari makan ayam cam karnivor macam ni ha.. !! huhuhu...
tp kadang2 nak rasa apa salahnye.. kan?
terima kasih abah!!
.

Saturday, January 29, 2011

Dia Akak, Saya Adik?? Boleh Tak??

Alhamdulillah.. kami adik beradik termasuklah Abdullah Bachok yang kami berdua anggap sebagai adik telah pun selamat sampai di rumah kami di Seremban. Alhamdulliah sepanjang sebulan menjalani kuliah di maktab.. memang tak terasa masa berlalu sebegitu pantas.. terlalu sangat pantas..
.
Berbagai-bagai kegembiraan aku raih biarpun cabaran dan dugaan belajar aku tempuh untuk menjadi seorang yang cemerlang.. sesungguhnya, pengalaman di masa cuti semester lepas itu betul-betul menguji kematangan aku berfikir bahawa tiada siapa yang boleh aku percayai melainkan diri sendiri yang harus berusaha memajukan diri sendiri.. mungkin inilah dorongan dari emak yang buat aku lebih tabah dan bersabar dalam menjadi proses menjadi manusia..
.
Aku sentiasa teringatkan cemuhan dan kejian mak long terhadap aku.. sumpah seranahnya dan segala pembelotan 'manusia' pada kenangan yang lepas.. dan semua ini mengajar aku supaya menjadi seorang manusia yang lebih kuat dan sentiasa berfikiran rasional.. segala cemuhan dia.. aku fikir, aku kaji dan semuanya aku ambil supaya tidak menjadi seperti mak long.. aku ambil tauladan dan sempadan dari sifat mak long supaya menjadi anak sulung dan abang yang terbaik buat adik2.. kecemerlangan adik-adik adalah kegembiraan aku.. (ini ingatan aku utk diri sendiri)
.
Sekarang ini, aku pasti.. aku adalah manusia yang disayangi oleh semua orang.. kerana aku tahu.. didikan mak dan abah, sokongan kawan2 terutama kawan sekelas sned1 dan tutor kami pn. noorhalizah.. pensyarah2 dan guru.. serta saudara mara yang lain banyak memberikan aku gambaran supaya menjadi orang yang baik..
.
Cuti kali ini adalah bermakna.. selain telahpun mendapat elaun yang akan diberi simpan sebahagian kepada emak.. aku ingin menjaga adik2 dgn duit sebanyak itu.. dan menjayakan praktikum dengan sehabis baik.. inilah peluang aku untuk merasakan kebahagiaan bagi diri aku.. melakukan kajian tindakan yang sangat2 enjoy dan meyakinkan diri.. inilah yang membuatkan tempoh waktu itu terlalu singkat agaknya untuk aku lalui.. dan memberi tanda bahawa aku sedang gembira.. hahaha!! Alhamdulillah seribu nikmat daripada Allah.. Aku bersyukur..
.
Selepas ni mungkin akan berjumpa atuk yang sgt2 memberi makna terhadap kehidupan aku.. aku belajar byk pelajaran dari dia.. dan baru aku faham apa itu nikmat kasih dan sayang yang tidak hanya ditunjukkan melalui pelukan dan ciuman serta tangisan semata-mata (aku sangat benci hipokrasi).. namun lebih dari itu.. dan cuti satu minggu ini ingin aku nikmati sepuas-puasnya..
.
Gambar di atas akan aku kenang.. mungkin suatu hari nanti aku akan bergaduh dengan adik aku, fatin.. tapi akan aku seru jiwa aku supaya melihat gambar di atas.. supaya aku tahu.. aku pernah menyayangi adik2 aku.. aku pernah berkongsi segala kesusahan dan kegembiraan kami bersama.. dan berharap selepas itu, lama-kelamaan hati aku akan lembut utk menghindari persengketaan.. memaafkan diri dan adik2.. sekali lagi, perbuatan mak long itu aku pelajari dan aku elak jauh2.. mak long itu aku sayang tapi untuk mencontohi beliau, mungkin tidak !

Tuesday, January 25, 2011

25 Fakta Tentang...

walaupun hari ni bukan hari yang terbaik..
tapi aku seronok.. dan segala yang berlaku begitu indah..
untuk itu
aku rajin sekali ingin menulis fakta berkaitan dengan diri aku
sebagaimana
aku telah ditag oleh miss Ana Rafauzi..
25 fakta berkaitan... ikhram
wow ! bunyi macam menarik !! aku try !! hehehe..
.
.
  1. seorang yang agak tinggi bagi lelaki di asia dengan ketinggian 185cm, namun mempunyai masalah gayat yang kronik.
  2. suka membaca novel terutama novel yang ditulis oleh penulis lelaki
  3. lebih gemar menyalin apa-apa saja di papan tulis berbanding mendengar.
  4. seorang yang cepat marah namun lambat untuk sejuk. untungnya tidak perlu dipujuk.
  5. senang dimanipulasikan dengan pelbagai cara terutama pujian yang seolah-olah menggambarkan diri sendiri.
  6. suka melihat kepada perempuan berambut pendek beralun tetapi bukan yang dimesinkan.
  7. lebih tertarik dengan barangan kulit berwarna coklat berbanding hitam.
  8. mempunyai seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki yang mempunyai beza umur antara mereka berdua sebanyak 8 tahun.
  9. sentiasa menukar jenama buih mandian setiap tahun dan jenama buih mandian OLAY paling digemari dan digunapakai sehingga sekarang.
  10. kesukaran untuk tidur namun mempunyai kebiasaan waktu tidur yang panjang.
  11. merupakan seorang yang gemar bercakap bagi melepaskan rasa gemuruh dan selebihnya adalah tindakan spontan.
  12. sangat takut kepada haiwan bersisik tebal seperti buaya, biawak dan ular.
  13. gemar mengikuti rentetan arus perdana yang tidak berkesudahan seperti kes pembunuhan altantuya, kes scandal anwar ibrahim, kes pembunuhan sosilawati yang memerlukan anda mengikuti perkembangannya setiap hari.
  14. gemar makan buah-buahan terutama buah tembikai namun jarang menikmatinya.
  15. suka kepada kuih-kuih yang bergoreng dan bersalut gula terutamanya kuih keria .
  16. kebanyakkan pakaian yang dibeli selalunya mempunyai corak yang paling minimum ataupun kebiasaannya kosong tanpa corak atau berpetak-petak.
  17. mempunyai kesukaran tidur di kawasan yang gelap berbanding di kawasan yang terang dan bising.
  18. tidak menyukai permainan yang memerlukan jangka masa yang panjang seperti catur, dan saidina tetapi menggemari permainan uno card yang hanya berserah kepada nasib.
  19. berhasrat untuk memiliki kereta toyota vios walaupun sebenarnya tidak meminati kereta itu seratus peratus.
  20. gemar minum teh berbanding kopi dan nescafe dan tidak sesekali menyukai bau air milo.
  21. rajin mengemas rumah tetapi bukan membuat kerja-kerja rumah.
  22. seorang perahsia walaupun kerap berbual-bual mengenai hal-hal peribadi.
  23. tidak mahir membuat kerja-kerja tukangan kerana mempunyai masalah genggaman tangan yang kuat.
  24. tidak mempunyai pemikiran yang berstruktur kerana selalu melontarkan idea secara spontan. sebab itu kebanyakan jawapan meleret-leret.
  25. seorang yang penyayang namun kurang menunjukkan.

untuk meneruskan pengembaraan ini aku ingin nak tag

reen azreen

anati soki

bernafas dalam ego

      Meloyakan

      hari ni aku nak berpesan
      nak jadi manusia tak semestinya nak kene sentiasa berlagak hebat..
      jadilah diri sendiri..
      bukan susah sangat pun ??
      ..
      loya dengan sikap sebilangan manusia
      terlalu berlebih-lebih membawa diri..
      kita tau siapa kita dan persekitaran kita..
      jgn suka menipu dengan keikhlasan yang sentiasa kita ada-adakan
      jangan suka menipu
      dengan rasa kasih sayang yang suka kita tunjuk-tunjukkan
      bukan semua orang suka..
      memang bahagia itu milik kita..
      milik kau
      milik mereka
      namun, wajibkah semua orang mahu tahu ??
      cukuplah sekadar orang memerhati.. dan tidak perlu kau paksakan..
      aku mual
      orang lain jadi loya..
      jangan jadi laksana kera dapat bunga
      umpama ayam riuh satu kampung..
      ..
      jgn rosakkan perasaan aku dengan kata-kata sebarangan
      nampak macam manis tapi kelat di dalam
      pujian tiada makna umpama gula berintikan kahak..
      begitulah loya aku menuturkan
      apatah lagi loya memerhatikan
      ..
      jangan rosakkan keindahan aku menjalani kehidupan aku
      dengan perasaan kau
      yang kau andaikan yang kau sudah dewasa..
      kerana
      di mata aku
      kau lagak seorang kanak-kanak
      yang terlalu mengemiskan perhatian..
      pada kami jutawan cendiakawan..
      dan kau
      terlalu memualkan..
      .

      Sunday, January 23, 2011

      Kes Cadar Infiniti

      Macam ni la gaya hidup anak bujang yang masih di bawah ketiak emak..
      weekend ni terasa sangat2 sunyi sebenarnya.. lama sudah emak tak telefon aku..
      aku nak telefon, rasanya baru semalam aku miscall abah dgn niat abah akan call aku semula..
      malam ni emak call !! adik fatin, ko jangan nak jeles2 k?
      dah tentu emak sayangkan kau jugak walaupun emak hanya call aku malam nie.. hehehe..
      aku tanya, emak sihat tak??
      dengar suara abah dari jauh.. "anak tu call, apo yg di ndak kan (mahukan) tu?"
      ceh.. mesti ingat aku miscall td nak mintak duit.. hahaha!!
      esok lusa abang mintak, k? hehehe..
      mak abah kite ni lebih faham sebenarnya.. emak pun tnya.. "nak duit ker??"
      aku jawab, "tak.. duit ada lagi.." lepas tu aku tanya lagi..
      "omak buek apo tu?"
      dari soalan ni bermula la satu episod baru untuk aku hari ni..


      emak : tak do buek apo do.. tongah jahitkan cadar ko dua boghadik (beradik) nie...
      .
      anak : apo mak ? jahit cadar.. ?? la.. apsal tak tunggu abang pilihkan kain cadar... ??
      .
      emak : apo pulak.. kalau kau tak do, tak bulih ko (ke) nak jahitkan cadar..??
      .
      anak : bukan la macam tu.... abang nak jugak pilih...!! omak ni.. gomar (gemar) la buek abang mcm nie.. suko pilih kain cadar maso abang tak do.. .. karang jadi cam ari tue.. gambar karton2, gambar teddy bear lak tu.... cam no? nasib baik cantik...
      .
      emak : bukan cantik ko cadar kau aghi (ari) tu.. kan kau suko..??
      .
      anak : iyo.. suko.. hahaha !! (aku dah mula tergelak).. iyo la, ikut omak la.. mak pilih cadar kali ni kaler apo ni? jgn pink dah la.. tak sanggup dah nak monanggung malu nie.. naseb baek ari tu kaler pirch.. boleh la yo nak dipakai2..
      .
      emak : utk adik fatin, omak pilihkan kain warna biru... ko bang, mak pilih kaler kuning...
      .
      anak : apo mak ??? (aku dah gelak masa ni) mak ai.. kaler kuning !! (aku gelak lagi).. hahaha.. apo meghiah na ni?? (kenapa meriah sgt ni)
      .
      emak : (omak den pun golak yo.. samo dongan den golak ) apo lak..?? kuning la cantik... kalau ko tak nak, kasi adik ko si iman.. dio nak yo cadar baru tu.. hahaha!! (emak mengugut aku)
      .
      anak : iyo la.. abang nak.. ada corak-corak tak ?? (semangat ingin tau semakin kuat. Ada debaran menanti)
      .
      emak : ado.. omak bolikan cadar ko corak bungo ros...
      .
      anak : (aku tergelak masa ni memang kuat )... makkk !!!! hahahaha... apo pulak corak bungo ros... fatin corak apo?
      .
      emak : adik fatin kau pun corak yang samo omak bolikan...
      .
      anak : aiyo yo... omak nie... aghi tu omak bolikan cadar abang ado gambar corak2 teddy bear.. kali ni corak bungo ros pulak...?!! hahaha.. (aku memang masih lagi tergelak. Emak pun gelak sama) nasib baek nak bawak g umah sewo.. kalau tak ?? hahaha... bosar ko (ke) corak bungo ros tu?? cam no goman (roman;rupa) corak cadar tu?
      .
      emak : cantik yo omak nengok kan tadi.. coghak cadar ko tu bang kali ni, ala2 stail omputih (yang dimaksudkan adalah english style)
      .
      anak : omakkkk!!!!!! aiyoyo..!! kojo gilo nie mak... !!! (Masa ni aku gelak dengan emak.. memang tak ingat dunia ) apo la mak buek abang macam nie..??!! hahaha.. !!
      .

      Bayangkan untuk semester kali ni emak jahitkan aku cadar yang berwarna kuning, bercorak bunga ros dan bertemakan english style.. bley tak korang bayangkan??? terlalu infiniti...

      .

      apapun inilah adalah cadar kali yang ke enam yang emak jahitkan untuk aku sepanjang aku belajar di maktab.. terima kasih emak.. abang tak pernah beli cadar lain kat kedai, sebab semua cadar yang emak jahitkan sgt selesa bagi abg.. sangat3x selesa, mak...
      apapun cadar yang emak jahitkan, semuanya abang pakai...!!

      .

      p/s - apo2 pun, abang totap sayangkan omak.. minggu dopan abang balik, abangg tgoklah mcm mano ghupo (rupa) cadar abang tu yo !! jgn abang pengsan dah la... hahaha..(aku terus tergelak).

      .

      Friday, January 21, 2011

      My Top 5 !

      Hari ni sangat letih.. malam tadi siapkan proposal action research sampai larut malam dan tidur di awal pagi, pukul 5.30 pagi kot !!... dan bangun lambat.. nak salahkan diri sendiri, macam tak berguna dah.. nak salahkan rumate, rumate pun sama cam aku gak bangun lambat.. walaupun die pergi sampai dulu ke kelas.. nak salahkan emak?? berani la ko.. nak mampos kene marah balik semula dengan dia.. huhuhu.. dah besar gajah pun emak yang kejutkan.. nak salahkan sarah, sebab layan aku lewat2 malam, takut tak de geng pulak bila bosan2 nanti..(hehehe.. sori sarah) nak salahkan lecturer kenapa garang sangat !! takut pulak kene potong markah.. kene sabotaj pulak kedatangan kuliah aku nanti.. nak salahkan keje yang banyak, nnt tak de keje aku nak jadi cikgu mcm mana pulak??.. dan semua ini memang menyeksakan aku dengan memaksa diri tergopoh-gapah aku pergi ke kelas.. dengan beg aku sandang kat belakang, dengan beg laptop aku jinjing.. maklumlah nak tunjuk keje yang aku pulun malam td.. hari ini aku mencipta rekod - tempoh paling singkat aku bersiap = 20 minit...!! gile.. memang keje gila.. dan berita baiknya, pensyarah aku sikit pun tak mau check keje yang aku pulun malam tadi..
      apa yang korang rasa...?? nak tau apa yang aku rasa..??
      aku rasa BENGANG gilerrrrrrrr !!!
      .
      jadi sekarang aku nak redakan bengang aku
      aku nak jawab tag yang telah dikelolakan oleh bekas classmate aku sendiri, cik myra Anne .. lama kot tak jumpa die..?? nak borak2 mmg susah la.. hahaha..!!
      .
      1. Nama samaran
      ikhram - kebiasaannya orang akan panggil dengan nama ini.. aku suka nama ini..!!
      Am - hanya orang2 tertentu sahaja.. tanda2 ada hubungan yang 'kekok'
      Abang - ini adalah panggilan dalam keluarga..
      Adik kere - panggilan kawan2 batch adik fatin, terutama kak jah..
      Sir ikhram - panggilan khas dari anak2 murid.. huhuhu..
      .
      2. Tarikh penting
      16 disember 1988 - besday saya
      10 julai 2006 - tarikh masuk ke institut perguruan
      13 mac 1991 - besday adik fatin
      25 ogos 1999 - besday adik iman
      25 disember 1987 - ulangtahun perkahwinan emak dan abah
      .
      3. Lima Perkara yang Saya Buat Semalam
      membaca bahan2 berkaitan 'gender in science'
      menyiapkan proposal action research
      keluar makan kfc bersama cik nadiya dan Ana Rafauzi
      menukar cadar bilik
      mendengar lagu 'never grow up' & 'back to december' berulang2 kali dalam mp3
      .
      4. Lima Perkara Buat Anda Gembira
      bermain rollerblade disamping keluar sekejap mengetuk dram bertoken.
      spend time lepak2 kat borders.
      makan masakan sambal sotong dan gulai pucuk buatan emak
      keluar shopping bersama adik fatin dan didie
      duduk sepanjang hari di bilik sendiri...
      .
      5. Lima Sebab Jawab Soalan Ini
      sudah tentu sebagai penghargaan kepada ex-classmate, nurul nadia amira..
      kerana soalannya menggalakkan saya berfikir secara kreatif
      sebagai langkah awal membuat penyelidikan kualitatif
      soalannya mudah sangat
      kerana saya suka nak menjawabnya ..!!
      .
      6. Lima Kawan Untuk Ditag :
      .
      p/s - ada byk lagi nak bgtau... hehehe.. tp rahsia lelaki sapa la yang tahu.. huhuhu
      .

      Thursday, January 20, 2011

      Cinta Sempurna

      (i)
      aku manusia lemah
      selalu terjatuh
      berbeda aku darimu
      kau berdiri teguh
      aku serba tiada
      aku kekurangan
      dan bila kau tiba
      aku hilang dari kewujudan..
      .
      Sempurna sifatmu
      tulusnya hatimu
      jujurnya niatmu
      tingginya kesabaranmu
      lepaskanlah diriku
      kerna aku tak
      mampu
      untuk menanggung
      sebuah cinta sempurna
      darimu..
      .
      Bukan aku tak pernah mengerti dirimu
      ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
      hilangkan rasa itu akhirkan semua
      dan bila kau sedar aku hilang
      (yuna, 2010)
      .
      (ii)
      wahai adikku sayang
      lenyapkan rasa cinta kita dulu yang kita anggap sempurna itu..
      itu hanya dusta..
      cinta sempurna itu telah lenyap
      luput dimakan zaman..
      yang kembali wujud
      hanya rasa bersyukur..
      kerana kita hilang manusia yang dangkal perbuatan dan pemikirannya..
      yang bertulangkan nafsu..
      dan kita yang sempurna ini
      tetap juga berhak memiliki rasa cinta sempurna..
      sempurna di mata kita
      serta
      sempurna di mata tuhan kita..
      bersabarlah
      abang sentiasa ada disisimu
      sentiasa bersabar
      melihat kegembiraanmu dan kejayaanmu..
      .
      (iii)
      cinta sempurna itu telah lenyap
      disiat-siat waktu
      dan kesibukan duniawi bakal melenyapkan ingatan kita..
      ingatan pada tuhan bakal menyabarkan kita..
      dan cinta sempurna kita itu dulu..
      jika tidak 'menyakitkan' kita hari ini.. bakal 'menguji' kita di masa depan..
      dan pada masa itu kita tetap juga perlu bersabar..
      namun kesabaran kita itu tidak semudah pada waktu ini..
      ..

      Wednesday, January 19, 2011

      Tanpa Kawan, Siapalah Kita..??


      Pernahkah jalan yang haram itu kita lalui untuk ke destinasi halal yang ingin kita tujui..
      itulah jalan yang kita harungi sekiranya ada antara kita punya kawan di sisi..
      Kita akan jadi berani..
      menempuh onak dan duri
      ..
      Kami kenal
      Kami faham
      Kami gaduh
      Kami sayang
      manis, pahit, tawar, masam,payau, tengik.. semuanya kami kongsi..
      biarkan semuanya jadi sebati..
      dan
      di maktab ibu kandung ini..
      siapalah aku tanpa kawan-kawan..
      dari kerdil menjadi gergasi..
      .

      Tuesday, January 18, 2011

      Collaborative Learning


      Menuntut di inst perguruan
      amat2 menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan..
      kebiasaannya jatuh bangun kita,
      dikongsi sama-sama sendiridalam kumpulan..
      namun masalah wujudnya 'penumpang'
      sama ada berlesen mahupun tidak..
      itu perkara biasa..
      kalau dipandang dari segi negatif.. nampaknya memang negatif..
      namun kalau difikirkan dari segi positif..
      masih juga ada kebaikannya...
      belajar hanya sekadar mendengar..
      dari zero menjadi hero, bukan?
      masih juga ada tuntutannya..
      namun lebih banyak kita berkongsi..
      lebih banyak jugaklah kita mengingati dan memahami..
      ..
      dari pagi bersama-sama berjalan..
      mengembara dari hostel ke perpustakaan..
      mencari-cari buku-buku yang paling kita hajatkan..
      dalam beribu buku yang tersusun, kita hanya cari tak lebih dari satu..
      satu puluh buku, ye !!
      hahaha..!!
      dan petang datang menjelma..
      taklimat APA Format telah berlangsung sama..
      mencari ilmu secara koperatif.. memang menakjubkan..
      kita sesama kumpulan kita..
      beraksi hebat mengejar masa
      dan ilmu yang tertebar di langit, kita hirup bersama..
      dan faham bersama..
      hubungan antara kita yang kebiasaannya terjalin
      makin rapat..
      makin akrab..

      dari sikap sebegitu sebenarnya buat kita mendidik jiwa..
      sentiasa berkongsi ilmu walau ada di mana2
      yang sikit menjadi bukit
      dan dari bukit ke puncak jaya..
      .

      p/s - hahaha.. akhir aktiviti , kumpulan aku dapat hadiah buku.. yey! yey! yey!.. dapat hadiah..!! bayangkan aku yang "tua' ni punyalah seronok dpt hadiah.. inikan budak2 sekolah.. hehehe..
      .

      Monday, January 17, 2011

      Taklimat Praktikum !!


      Bayangkan..
      Pernah semasa anda di bangku sekolah dahulu, anda melihat seorang guru lelaki yang datang ke sekolah untuk mengajar pendidikan sains.. dan dalam pada yang sama mengajar bahasa Inggeris di sekolah anda.. Jika pernah, baguslah.. Jika tidak pernah, itulah cerita aku yang bakal melalui situasi seperti itu.. mengajar sains dan bahasa Inggeris serentak yang pada aku bukanlah keje yang mudah.. bukan mudah untuk seseorang seperti aku..

      Sebenarnya bahasa Inggeris adalah mimpi ngeri dalam hidup aku.. aku pernah menyesal memikirkan masa depan aku kerana kegagalan menguasai bahasa Inggeris.. Tiada mana-mana pengalaman yang terbaik untuk aku mengambarkan betapa aku harus melalui mempelajari bahasa Inggeris dengan gembira.. melainkan dengan perasan gusar, ketakutan dan ketidakyakinan yang membelenggu diri dan pemikiran.. Sebelum ini, kehidupan saya pernah menghampiri kegagalan kerana bahasa penjajah ini..

      Dan hari ini aku perlu melalui perasaan takut itu lagi dengan menghadapi trauma aku sendiri dengan mengajar bahasa Inggeris pula.. Menghadapi kelemahan sendiri untuk anak bangsa.. Berbaloikah ?? bertanya aku sendiri.. bolehkah aku..?? aku perlu menjawab sendiri.. jawapan ada pada aku.. ketakutan itu perlu dibendung.. itulah matlamat paling asas untuk aku buat masa ini...

      Hari ni, sepanjang hari menghadapi taklimat praktikum.. aku tidak mahu menceritakan butir2 taklimat yang diulang2kan untuk aku buat kali ketiga.. tp inilah input2 yang aku catatkan secara tak langsung dalam buku catatan kecil milik aku yang aku usung sepanjang hari.. inilah 'blackberry' aku.. :

      • "teacher plant seed of knowledge that grow forever.."
      • portfolio adalah seperti potret anda sendiri.
      • "make yurself proud !!"
      • "go OUT there and CHANGE !!"
      • "sebagai guru, bila kita masuk ke kelas, kita sebenarnya mengambil risiko"
      • kita perlu meraikan murid-murid dengan mendalami perbezaan setiap individu..
      • "MUSUH yang paling KETAT adalah DIRI SENDIRI"
      • "DON'T go to class and be a LECTURER"
      p/s - oghang utagha, hari ni saya citerkan kelemahan saya.. saya bukan suka membangga diri, tapi saya lebih suka memberi inspirasi dari mencipta perkara yang melemahkan semangat.. !!
      .

      Sunday, January 16, 2011

      Sayang Malaysia Tanggungjawab Kita.. !!


      Teringat semasa aku menjalani latihan
      di salah sebuah sekolah kebangsaan
      yang murid-muridnya majmuk berbagai-bagai bangsa..
      melayu ada
      cina ada
      india pun ada..
      serani juga ada.. yang serani nampak hebat ..
      melayu pun hebat..
      cina pun hebat..
      india juga hebat..
      dan tengah hari itu aku menggantikan waktu muzik..
      menurut cikgu muzik yang sebenar..
      aku perlu mengajar mereka lagu-lagu patriotik..
      dan
      aku mengajar mereka akan lagu..
      Wawasan 2020
      Keranamu Malaysia
      itu adalah lagu2 kegemaran aku sewaktu di sekolah rendah lagi..
      betapa malangnya tengah hari itu
      mereka keseluruhannya tidak pernah tahu akan lagu-lagu itu..
      mereka tidak pernah dengar..??!!
      apatah lagi kalau aku soal akan sejarah lagu ni..??
      sebab musababnya tercipta lagu ini..??
      dan senario ini membimbangkan hati aku
      walaupun lagu2 ini hanyalah hiburan dalam pengajaran dan pembelajaran..
      namun
      di manakah silapnya kita ??
      dari lagu patriotik sebegini kita boleh menilai
      sejauh mana sikap patriotik yang telah kita pupuk selama ini..
      yang semakin hambar diluput zaman..
      dan tugas aku pada hari itu
      mengajar mereka memahami dan mengingati lagu2 itu..
      ini senario sebenar..
      ...
      M.A.L.A.Y.S.I.A.
      satu nama gah bagi kita di bumi bertuah ini..
      sayang akan MALAYSIA
      bukan dengan membuang sampah merata-rata..
      bukan dengan menjahanamkan harta negara melalui vandalisme
      bukan memperjudikan nasib rakyat kita dengan amalan rasuah
      bukan dengan membiarkan penderaan ke atas wanita..
      bukan dengan mengamal ketagihan dadah
      bukan dengan peningkatan kes2 juvana
      kes samun, rompak, rogol,
      bukan dengan pembuangan bayi di merata-rata..
      bukan dengan gejala ponteng sekolah dan ponteng kerja..
      .
      semua isu-isu ini
      kita selalu bincangkan..
      kalau di sekolah, menjadi tajuk utama karangan dan penulisan..
      kalau orang dewasa, jadi perbualan di kedai kopi..
      kalau di peringkat kementerian, jadi masalah pokok untuk diselesaikan..
      isu-isu ini nampak kecil
      seseolah bagai nampak tak nampak saja di mata kita..
      tapi kita kata kita sayangkan malaysia..??
      tapi tanggungjawab di atas..
      kita lepaskan dengan mudah dan sewenang-wenangnya..
      ..
      pernah ke iklim khatulistiwa negara kita
      membuat kita benci pada MALAYSIA..??
      tidak..
      biarlah musim panas dan hujan itu
      membebankan kita adakalanya..
      tapi tidaklah sampai kepada kebencian kepada negara..
      kita masih sayangkan MALAYSIA bukan??
      walaupun sekejap banjir.. sekejap kemarau..
      kita terima dengan redha..
      mana yang susah, kita bantu..
      mana yang memerlukan.. kita menderma..
      yang berat jadi ringan..
      itulah tanda yang nampak jelas betapa sayangnya kita pada MALAYSIA..
      ...
      sumbangan negara MALAYSIA pada saya secara individu..
      terlalu banyak untuk saya ungkapkan..
      dari segi ilmu dan pengetahuan..
      saya diberi banyak kemudahan, peluang dan bantuan..
      mencipta diri pada kebenaran dunia..
      dan berfikir seperti seorang manusia yang ingin menjadi seorang yang berguna..
      dari segi keselamatan dan kesihatan..
      sejak lahir, tidak pernah sulit berlindung
      dari hujan dan terik matahari..
      dari bayi sehingga hari dewasa ini.. tidak terbeban mencari punca,
      untuk mencari rawatan ketika sakit..
      dari segi kebebasan..
      saya antara manusia yang bebas berfikir..
      mengikut norma-norma sejagat yang dunia fikirkan perlu dan rasional..
      dan segala-gala kemudahan yang saya perolehi
      semuanya adalah bertarafkan dunia..
      bangganya saya menyayangi MALAYSIA..
      ..
      MALAYSIA tetap di hati kita..
      dan tanggungjawab kita
      adalah untuk menjaga dan mengekalkan keharmoniannya
      siapa kita, dari mana kita datang ??
      janganlah kita persoalkan
      kerana yang penting menjaga MALAYSIA adalah segala-galanya..
      ...
      kepada pejuang bangsa..
      lawanlah sehabis keringat menentang si pendusta negara
      dengan watak-wataknya..
      sama2 kita bongkar topeng pengkhianat bangsa
      dengan rasa tanggungjawab kita yang sukakan kebenaran..
      kerana kebenaran itu datangnya dari TUHAN..
      ya ALLAH
      selamatkanlah tanah air ku
      MALAYSIAku yang tercinta.. !!
      .