Alhamdulillah.. kami adik beradik termasuklah Abdullah Bachok yang kami berdua anggap sebagai adik telah pun selamat sampai di rumah kami di Seremban. Alhamdulliah sepanjang sebulan menjalani kuliah di maktab.. memang tak terasa masa berlalu sebegitu pantas.. terlalu sangat pantas..
.
Berbagai-bagai kegembiraan aku raih biarpun cabaran dan dugaan belajar aku tempuh untuk menjadi seorang yang cemerlang.. sesungguhnya, pengalaman di masa cuti semester lepas itu betul-betul menguji kematangan aku berfikir bahawa tiada siapa yang boleh aku percayai melainkan diri sendiri yang harus berusaha memajukan diri sendiri.. mungkin inilah dorongan dari emak yang buat aku lebih tabah dan bersabar dalam menjadi proses menjadi manusia..
.
Aku sentiasa teringatkan cemuhan dan kejian mak long terhadap aku.. sumpah seranahnya dan segala pembelotan 'manusia' pada kenangan yang lepas.. dan semua ini mengajar aku supaya menjadi seorang manusia yang lebih kuat dan sentiasa berfikiran rasional.. segala cemuhan dia.. aku fikir, aku kaji dan semuanya aku ambil supaya tidak menjadi seperti mak long.. aku ambil tauladan dan sempadan dari sifat mak long supaya menjadi anak sulung dan abang yang terbaik buat adik2.. kecemerlangan adik-adik adalah kegembiraan aku.. (ini ingatan aku utk diri sendiri)
.
Sekarang ini, aku pasti.. aku adalah manusia yang disayangi oleh semua orang.. kerana aku tahu.. didikan mak dan abah, sokongan kawan2 terutama kawan sekelas sned1 dan tutor kami pn. noorhalizah.. pensyarah2 dan guru.. serta saudara mara yang lain banyak memberikan aku gambaran supaya menjadi orang yang baik..
.
Cuti kali ini adalah bermakna.. selain telahpun mendapat elaun yang akan diberi simpan sebahagian kepada emak.. aku ingin menjaga adik2 dgn duit sebanyak itu.. dan menjayakan praktikum dengan sehabis baik.. inilah peluang aku untuk merasakan kebahagiaan bagi diri aku.. melakukan kajian tindakan yang sangat2 enjoy dan meyakinkan diri.. inilah yang membuatkan tempoh waktu itu terlalu singkat agaknya untuk aku lalui.. dan memberi tanda bahawa aku sedang gembira.. hahaha!! Alhamdulillah seribu nikmat daripada Allah.. Aku bersyukur..
.
Selepas ni mungkin akan berjumpa atuk yang sgt2 memberi makna terhadap kehidupan aku.. aku belajar byk pelajaran dari dia.. dan baru aku faham apa itu nikmat kasih dan sayang yang tidak hanya ditunjukkan melalui pelukan dan ciuman serta tangisan semata-mata (aku sangat benci hipokrasi).. namun lebih dari itu.. dan cuti satu minggu ini ingin aku nikmati sepuas-puasnya..
.
Gambar di atas akan aku kenang.. mungkin suatu hari nanti aku akan bergaduh dengan adik aku, fatin.. tapi akan aku seru jiwa aku supaya melihat gambar di atas.. supaya aku tahu.. aku pernah menyayangi adik2 aku.. aku pernah berkongsi segala kesusahan dan kegembiraan kami bersama.. dan berharap selepas itu, lama-kelamaan hati aku akan lembut utk menghindari persengketaan.. memaafkan diri dan adik2.. sekali lagi, perbuatan mak long itu aku pelajari dan aku elak jauh2.. mak long itu aku sayang tapi untuk mencontohi beliau, mungkin tidak !
16 comments:
bagus,
buat pilihan yg terbaik untuk diri sndiri yer
=)
Gadis Kampung Separa Bandar : yer.. sentiasa memikirkan diri dahulu sebelum yang lain2.. adakala pengorbanan itu penting spaya mematangkan..
yg penting ksih syg kpd adik beradik takkan pudar walauape pun jadi ;)
nafysha masry : betul tu.. sentiasa belajar dan meningkatkan kemesraan adik beradik dgn belajar untuk memahami dan belajar rajin.. perbezaan akan memberi impak dalam adik beradik..
gud luck prctikum. Kitorg pun wajib SBE @penang sem ni. Hu Hu Hu
air dicincang takkan putus.. hehe
seronok ade adik beradik ni
:)
saya ada adik perempuan..
takde kakak..
tapi kadang adik perempuan ibarat bonda saya
hehe
xD
cun nye fatin....(n___n)
Adek ngan abang sama2 comey.. ;)
zakiran siraj: terima kasih kieran.. SBE kat penang pun seronok jugak..! kurang2 dah tau pahit manis masuk sekolah kat penang
nub: hai nub.. kalau semua orang berfikiran mcm tu tak mengapa.. tp masih ada lg segelinitr manusia yang tak merasakan peribahasa tu betul.. tu la yang menyedihkan tu.. ketamakan boleh membutakan hati masing2..
zazaw : seronokk sebenarnya kalau betul caranya.. sebab ada ketika kita susah dan senang.. pendorong di sebalik kejayaan..
eazy iszzuddin : tu tandanya wanita memang cepat matang kan? hahahaha..
nik faezah : fatin memang cun..! hahaha
zwan sabri : saya amik tu semua as pujian k? hahaha.. sejuk hati bila ada yg memuji mcm tu.. hahaha (nampak sgt tak penah kene puji comey..)
Post a Comment