I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 19, 2011

Makan Sampai Bonchet !


"Takkan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian.. Panas terik, hujan badai kita lalui bersama. Saat hilang arah tujuan, kau tahu kemana berjalan.. meski terang, meski gelap.. kita lalui bersama.."


(Siti Nurhaliza, 2004)


Semalam, kuliah kami ditutup awal. Jadi ada dua orang kawan yang suka berjalan-jalan, mengajak aku dan kawan-kawan lain untuk makan. Ok, aku setuju; kerana setiap semester pasti paling kurang sekali aku akan makan secara tidak berakal. Hanya sekali yer..!!


Jadi tepat-tepat saja pukul dua kami pun bergerak la ke Gurney untuk menikmati makanan ala-ala steamboat ni - yang bayar sekali ni tapi boleh makan berkali-kali.. hehehe.. Aku apa lagi, memang bertarung habis-habisan la untuk makan.


Restoran Seoul Garden ni menyediakan pelbagai jenis juadah yang boleh dimasak panggang, juga dimasak secara berkuah. Terdapat pelbagai jenis kuah disediakan, cuma kami semua lebih gemarkan kuah tomyam dan sup. Daripada pelbagai bebola makanan laut dihidangkan, kemudian beralih kepada daging, sotong dan ayam perap dalam pelbagai jenis sos. Tak terlepas pandang juga buah-buahan unik seperti dragon fruit, peach, yang selalu menjadi kegemaran.. lalu beralih pula kepada aiskrim dalam pelbagai perisa.. huhuhuh..


Kalau itupun masih tidak cukup, terdapat makanan yang sedia masak seperti spageti, nasi goreng dan sebagainya turut juga disediakan. Kalau teringin dan rajin, anda boleh juga menyediakan ais kacang buatan sendiri dengan santan yang sudah siap tersedia. Apapun air buah-buahan juga sedap diminum kan?


Apapun dengan bayaran RM23.00 (pakej pelajar), aku berasa sungguh berpuashati. Kadang-kadang bukan makanan itu yang memuaskan selera, tetapi gelak tawa dan kegembiraan semasa menikmati makanan yang membuatkan segala-gala nampak sempurna dan 'mengenyangkan'. Sebab, kami lebih banyak bersuka ria, bergurau senda, bergambar dan berbual dari makan. Ops ! Sori, sebenarnya makan pun banyak juga.. hehehe..


Juara petang itu adalah Amir Aminuddin dan Farhana Fauzi ; kerana telah makan untuk kawan-kawan sekelas yang tidak hadir.. hehehe!


Makan untuk Hidup ; Hidup untuk Makan


p/s - pukul 10 malam, aku dah terbuai kekenyangan. Tajuk entry 'Makan sampai Bonchet' kan? Buncit tak perut aku? hehehe..











.. tak sangka aku boleh jadi sebuncit ini. Inilah padahnya bergambar selepas makan.

42 comments:

aiman mania said...

wahh..bestnya..tak ajak pon......!!!seoul garden restaurant?makanan korea?wahhhh!best gilew..pantang aiman dengar nama :"seoul" nih....hehehehe..tak pew.....!!aiman nanti boleh makan restoran yg betul2 kat seoul..hehehehe....in short,enjoy!tuh pnting,,,bg ilang segala stress belajar!

- LIANA ASIF - said...

makan.. selagi boleh makan...
pic yg last skali comel la... hahaha

ieza ashaari said...

eleh.. konon2 bg juara kat org lain.. tgk perut mcm kamu jer juara mkn.. :P

pembaris said...

orang cakap orang korea makan sotong hidup2..betul..?

cha zainol said...

hahaha. kali ni ikhram tak berapa juara sangat. sebab dia takut nnt trauma nak makan :)*tengs ye. ily.

Anonymous said...

wah, rindu nk makan ramen...

Anonymous said...

aku lah juara..haha..mungkin ni trip seoul garden kite yg terakhir..
tp mmg bes giler..
seoul garden+srait quay :)

Anonymous said...

besauuunyeee peruttttttt
O____O

mia Olive said...

mmg tak dpt dinafikan mmg best klo dpt hang out dengan kwn2 dan mkn sama-samakan.. =)

Qamaruls said...

yup hidup ni bia spend kat makan sebaiknyer pastu blanje2 kawan.

jangan la asyik membazer shoping jek kan pastu bile nak makan saving2 plak.

haha ehh bukan kou tau. hahhaha

Ryan Ervan said...

Meriahnyer makanan dia sampai tak ingat dunia hahaha..

cikgu jgn buncit tau!!

mr.syazwan said...

seindah biasa sgt!

hahaha

ada yg kosong lg x tu

nak 1...

=_=

laskar pelangi said...

wo bun buncit!

Mutiara Bernilai said...

salam dik,

gurney? kat mane tu?
uhh, teringin gak nak makan steamboat,
lama tak manjakan perot.. :P

lagu ct tu, akak suka :)

ewanthology said...

lotih den baco...

pasal apo entry ko panjang bonar :-)

ღKekunangpelangiღ said...

makan, makan dan makan. baik2 meletup perut nanti. ;p

IMANSHAH said...

boncit2 jangan sebut ye

::FAIZ:: said...

makan makan makan. hehehehe ko kuat makan ek?

Khaisya said...

haha..buncit dah perut ikhram!..haha

ghost said...

bayar RM23 mahal sangat bagi aku yang cuma makan RM5 sehari.

Unknown said...

buncit tanda bahagia tauk,hehe

iKhRam said...

aiman k-pop fanboy : jom, meh abg nak ajak g sekali.. hahaha

tp ni bukan la makanan korea sgt.. ni makanan steamboat.. tp mmg enjoy la..!!

apapun, memang enjoy.. thanx k?

iKhRam said...

Liana _ memang selagi boleh makan, memang nak makan jer nie.. hahaha

gambar last..?? ops! hahaha

iKhRam said...

izfanora : kalau ikut perut memang la mcm nak menang.. tp tewas di saat2 akhir.. hahaha

utk kali ketiga kerestoran ni dah mampu untuk makan secara bijak..

iKhRam said...

pembaris : ye kot..? tp kat sini kami masak dulu.. tak lalu kot.. hanyir.. eii yaks!

iKhRam said...

cha zainol ; sgt trauma..

iKhRam said...

Fezul Fadhely : ramen? apa kebenda tue? hehehe

iKhRam said...

princess pisang : kamu la juaranya..

terakhir.. ntah la kok ana.. rasa cam nak makan lagi la kat sana..

iKhRam said...

chemay ; terbesar .. tak sengaja.. tp tak lama, lepas tu dia kempis la semula..

iKhRam said...

mia olive : memang best kak mia.. makan2, gelak2 ramai2.. best sgt,,,

iKhRam said...

Qamarul : amboi.. bila lak kita ni suka shopping.. bukan suka makan ker..

hahaha
nnt abg dpt duit gaji, balanja adik makan ek? hahaha

iKhRam said...

Aman ibrahim ; memang dah tak ingat dunia.. hahaha

insyaallah, tak buncit.. maintain jer ni.. hahaha

iKhRam said...

mr syazwan : ada kosong.. kalau ada kosong, gerenti tak kuar lg dari restoran tue.. hahaha

nak satu.. satu apa?? hahaha

iKhRam said...

laskar pelangi..: buncit sementara jer..hahaha

iKhRam said...

mutiara bernilai : kat restotan Seoul Garden kat gurney plaza, tingkat bawah sekali.. dekat dgn eskalator nak masuk..

suka ek lgu tu.. saya pun suka..

iKhRam said...

delarocha : lotih ko.. sabar yo.. meh minum milo.. huhuh

iKhRam said...

Epul si Kunang2 : hahaha.. makan.. makan.. makan.. nseb bek tak meletop.. kalau tak?? hahaha

iKhRam said...

IMANSHAH : Knp? ok tak sebut dah.. hahaha

iKhRam said...

Faiz Farish : saya memang kuat dan suka makan.. huhuhu.. tp badan still kurus.. mcm mana tue?

iKhRam said...

Khairul Antasha : a'ah kak,.. dah buncit dah nie.. huhuhu

iKhRam said...

ghost writer : rm23 tu sesekali jer.. kalau hari2 bese tak sampai mcm tu pun..

iKhRam said...

amir aizat : betul ker buncit tanda bahagia.. huhu.. lega dengar.. hahaha