Masuk hari Jumaat esok, maksudnya sudah genap minggu keempat aku menuntut dalam semester terakhir ini. Huh ! Buang dulu rasa sedih nak berjauhan dengan kawan-kawan, sebab ada banyak minggu lagi yang perlu dilalui dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang telah dirancang oleh pihak maktab. Huhuhu..
Semalam aku sudah disapa pensyarah penyelia kertas kajian tindakan, yang lebih kepada bertanya - kenapa tidak bertemu seperti selalu.. huh?? Dan hari ini, dalam kuliahnya dia sempat melihat sedikit sebanyak coretan analisis data yang aku sempat buat. Alhamdulillah, komen dari beliau, tidak menjejaskan motivasi sebaliknya menanamkan semangat aku semula.. yang sebenarnya kian jatuh sejak kebelakangan ini..
Aku sedar sejak kebelakangan ini, aku mula mengarah minat aku lebih kepada perkara-perkara lain yang tidak prioriti. Aku fikir dengan mengelak dari masalah seperti ini aku akan selamat. Sebenarnya tidak pun.. Masalah itu tidak akan lari selagi tidak kita hadapi.
Kadang-kadang kita perlukan ilham. Kita perlukan kekuatan. Dan semuanya ini datangnya dari minda. Dari dalam kepala. Aku percaya, aku ada ilham.. cuma kekuatan tu kadang-kadang ia lari sekejap !! tak muncul-muncul. Malu mungkin?
Jadi untuk kuliah 2 jam pagi tadi, aku beri tumpuan sedikit dengan tugasan aku. Aku tanya pensyarah penyelia yang datang menghampiri. Aku sebenarnya segan, sepatutnya aku yang datang dekat dengan belaiu. Ini tidak, perkara sebaliknya pulak yang jadi. Dia beri aku lebih dari tiga komen yang sangat membina dan membuka minda aku. Yezza, ilham sudah datang.. !!
Kemudian ada seorang, dua orang dan tiga orang rakan datang memberi ilham dan membantu. Akhirnya aku menjadi bersemangat. Pandangan yang sukar itu menjadi lebih mudah sekarang. Kesalahan aku banyak yang diperbetulkan pada ketika ini.
Kita ini tidak akan maju kalau berusaha seorang diri semata-mata. Sebaliknya dorongan dari segenap sudut amat penting. Galakan dari ibu bapa walaupun jauh, pandangan dan didikan pensyarah dan guru, sokongan moral dan bantuan dari kawan-kawan.. doa dari masyarakat.. semuanya sangat memainkan peranan dalam kemajuan diri seseorang.
Oleh itu, kuatkan iltizam.
Bila dah jauh-jauh ni teringat pesan emak :
".. Bukan sonang, nak jadi sonang. Bukan susah nak jadi susah. Kalau blaja tu, blaja mati-matian, tak po doo... esok yang sonang bukan oghang laen.. ko yo yang sonang..."
Semester terakhir ini sebenarnya berat. Semua orang mengadu macam-macam, termasuk aku pun. Tapi bila aku lihat jadual aku - banyak terbaring di atas katil. Aku mula menyalahkan diri.
Biar aku menyalahkan diri aku sekarang dari aku menyalahkan diri aku nanti.
.
p/s - Nak tau macam mana yang dikatakan sokongan dari kawan-kawan dan masyarakat..? tengoklah gambar aku bersama junior dan kawan-kawan sekelas kat bawah. Hehehe..
(ni semua gambar petang td, yer? hehehe)
.
38 comments:
wah. pegi marrybrown. sekali kupon dah xboley guna ==' ngeee.
boto apo yg omak tu ckp...bkn sonang nk jd sonang...hihihi gudluck ye cikgu-to-be...
chayok bang!chayok..jangan cepat putus semangat!!!
wah.. tetiba nk rasa sedih sbb sem dpn last sem.. :(
semakin kita jauh berlari, semakin dekat masalah mendekati.. :)
teruskan berusaha. Jangan patah semangat ye cikgu
aku tertarik dengan benda kaler hijau tuh..
tidak ada penyesalan sebelum melakukan sesuatu perkara.
gudluck wer!!..
semoga berjaya org nogori :D
good luck
Yeah! dorongan drpd pelbagai sudut akan memberi impak kepada perjalanan hidup kita.. Zwan lani nak cari kawan2 yang boleh bagi zwan semngat untuk hidup jer.. barula zwan dapat lalui kehidupan ini dengan penuh semnangat.. HEHE..
btw, good luck in ur life k.. ;)
MySuaraBlog: Blog Pilihan : Edy Fee
caring betul penyelia....penyelia tu laki ker pompuan broo....huhhuuhu...btw good luck yer.
mintak posting ke mana
bagus la ekau ingat pesanan mak ekau
tu
good luck bro
:-)
wah..trgisnya pic ktorg..hahaha ko pown ajk snap wktu kmuncak tgh2 hri..hehehe
betu betull...waaaaaaa
mesti hepi gile kauu kn...
mesti pensyarah puji
habis habis ni...
hhihihi....
pic tuu..pehhhh...
nangis skrg..
jgn nangis kemudiann cewahh..
first time sini...
gud luck sir !!
diharapkan semuanya baik baik sahaja
Best of luck.. A ticer lke u is needed~
cha zainol: ye ker..?? hahaha.. sebelum ni tak pernah guna kupon pon? hahaha..
Syahir ramli : cakap emak selalunye rbetul.. terima kasih yer.. gud luck jugak !
aiman fanboy k-pop : pandai yer.. insyallah.. doa2kan yer.. agar tak give up!
aiman fanboy k-pop : pandai yer.. insyallah.. doa2kan yer.. agar tak give up!
izfanora : yup.. setuju.. semakin kita berlari.. masalah tak berlari pun.. sebaliknya mengejar dari belakang.
Muhd Aizie : yer.. agar terus berusaha.. yey yey! terima kasih.. doa2kan yer..
ghost writer : itu pencil case.. hehehe... tertarik yer. kalau tertarik, kenapa tak amibik.. hehehe.. gurau jer.
Qamarul : macam tu la abg yg baik.. apapun terima kasih bang.. adik akan cuba sedaya upaya.. yezza!
SYAFIQAH SALLEH : terima kasih.. org nogori akan cubo yg terbaek yo..!
Faiz Farish : terima kasih
Zwan Sabri : Kawan yang baik tu sangat penting, kerana dia akan menyokong kita dis aat kita berjaya, mahupun disaat kita kecundang.
harrazdani : penyelia tu perempuan.. bertuah dpt tutur peribadi (guru kelas) sebagai penyelia..
tp dia memang caring pada semua ..
Lya Zati : aku tgok cantik jer.. tragis tak pernting.. yg penting ikhlas.. hehehe ada gak kenangan kita semua..
Far8 Budak Baik: puji ? haha.. tak kot..
hahaha
yup, jom nangis ari ni.. agar tak nangis nnt..
zazaw : welcom zaw
delarocha : insyaallah.. harapnyer semua baik2 jer.. amin.
Liyana Zahim : terima kasih.. inysaallah.. doa2kan la saya ni semoga jd cikgu yg baik2.. amin
IMANSHAH ; mintak posting n.sembilan.. hehehe
Hans : pesan emak.. mesti kene ingat..
pesanan mak tu! hehe mcm knal la laki gmbr last ni, nme die azham eh?
Post a Comment