I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 1, 2011

SK Bukit Ibam, Nostalgiamu Kenanganku.




Kadang-kadang dalam hidup, ada perkara yang tidak boleh kita bayar dengan wang ringgit. Susun la harta setinggi mana pun, nostalgia kenangan hidup yang silam, pasti mustahil hendak ditukar dengan menjelmakan ia kembali. Begitulah aku lalui kehidupan hari ini.. jikalau tiada hari dulu, tiadalah hari ini. Membesarnya aku hari ini, adalah kerana pengalaman yang mengajar aku ketika waktu dulu.


Alhamdulillah. Jadual hidup aku sedikit terganggu sejak kebelakangan ini dan waktu berblogwalking amat-amat terbatas. Tapi semua ini aku rasakan berbaloi, kerana kenangan waktu silam aku kini bagaikan menjelma kembali dalam hidup. Suatu yang aku rasakan mustahil, kini benar-benar wujud dan menjadi kenyataan. Aku kini diberi peluang untuk berhubung dengan kawan-kawan lama, yang sebenarnya sudah jauh terpisah. Berbelas-belas tahun sebenarnya.. dan selama itulah kami tidak bertemu.


Kenangan belajar dan menetap di Bukit Ibam, Pahang tidak sebaik kemudahannya pada hari ini. Jikalau nak dibandingkan, zaman kami dahulu, semuanya bagai baru saja melalui zaman peralihan kemajuan negara.. Tahun 90-an pada ketika itu umpama melalui kehidupan pada tahun 70-an saja suasananya.


Hidup dengan dikelilingi hutan tebal, tidak menghairankan la sekiranya kami kecik-kecik lagi sudah kerap bertemu landak yang mengembangkan badannya dengan duri di tengah-tengah jalan raya, melihat sekumpulan orang asli beratur berjalan masuk ke hutan disamping melihat kedaifan kehidupan nomad mereka, itu belum lagi dengan ketakutan terdengar bunyi ngauman harimau, serta kemunculan babi hutan menyodol kenderaan dan lari meluru di jalan raya.. dan sebagainya.


Di kawasan pedalaman itu, segar dalam ingatan di mana hanya ada sederet kedai runcit kaum melayu. Sebuah kedai perabot, dan Ramli Mini Market . Disitulah nadi pasaran runcit kami. Jikalau lapang, hujung minggu pasti kami semua ke pekan Muadzam Shah untuk membeli belah di pasar malamnya. Jauh jugak jarak dari kem, sejauh 22 kilometer.


Namun, yang lebih nostalgianya adalah sekolah papan yang terbina utuh, sebagai pusat gerbang ilmu anak-anak rimba yang cintakan kehidupan dan ilmu. Aku rasa, guru-guru yang berkhidmat di kawasan ini sentiasa disanjung dan disayangi anak murid. Di sini, kami amat bergantung kepada cikgu. Tidak hairanlah aku masih ingat kesemua guru-guru aku di sekolah ini.


Sekolah papan kami itu, bukan kelihatan indah seperti gambar-gambar di atas. Itu hasil inovasi cikgu-cikgu kami di sekolah itu pada hari ini. Rupa sekolah kami pada tahun-tahun 90-an, agak kaku, kelam.. namun kehidupan kami semua yang menjadikan sekolah itu 'hidup'. Teringat bagaimana seramnya tandas sekolah, ynag gelap dan belakangnya terdapat hutan rimba yang tebal di samping barisan pokok pisang hutan yang sangat-sangat rapat di sebelah luar pagar.


Terbayang takutnya aku sewaktu singgah melepaskan hajat apabila terkenangkan cerita seram kawan-kawan akan hantu jepun yang banyak di sekolah aku dulu. Al maklumlah sekolah ini terkenal dengan mayat-mayat jepun yang terbunuh sewaktu penjajahan negara kita suatu ketika dulu.


Di sekolah ini aku belajar ertinya hidup. Kalau anda pernah terbaca novel laskar pelangi, cerita itu bagaikan mengingatkan kembali kehidupan silam aku di sekolah ini. Hubungan kami antara kawan-kawan sangat utuh. Aku tidak pernah segembira belajar di sekolah ini jika dibandingkan di tempat-tempat lain. Di sini aku tidak pernah tahu mesin fotostat itu pernah wujud. Kertas ujian kami pun masih dicetak dengan tulisan bertulis tangan.


Sekolah papan ini, jika berjalan dengan cepat, memang terdengar kuat bunyi hentakkan kaki. Kalau menyapu lantai, tidak pernah terlepas dari berdebu. Debu pasir yang tebal bercampur habuk-habuk papan di lantai memang sentiasa ada. Kalau ada sesiapa yang terjumpa atau mempunyai magnet, pasti tidak ketinggalan mengutip debu pasir ini utk dibuat bermain dengan magnet. Jangan tak tau, habuk lantai ni kalau digaul-gaul dengan magnet, lama-lama akan menjadi habuk besi yang selalu kami main sebagai medan magnet. Kami terlebih dulu tau tentang aplikasi sains yer... hahaha..


Begitulah kehidupan kami. Sentiasa mengutip batu-batu kerikil atau lebih-lebihan batu tar di jalan untuk berlawan bermain batu seremban. Kami tak bermain di meja, tetapi duduk bersila atau bersimpuh di lantai kelas dengan membentuk bulatan. Waktu dulu, bukan reti bermain permainan canggih-canggih. Waktu lapang pergilah mencari biji saga yang berwarna merah untuk dijadikan alat untuk mengira matematik. Selalu kami kutip di tepi-tepi jalan berdepan dengan pagar sekolah.


Setiap darjah ada tiga kelas. Kelas pertama dan kedua selalunya dihuni oleh orang melayu.. dan kelas ketiga selalunya ramai dihuni oleh orang asli. Pernah sekali ketika aku darjah dua, di kelas 2 Cerdik iaitu kelas ketiga di sekolah ini terdapat seekor kambing yang ditambat di dalam kelas. Mungkin milik salah seorang anak orang asli yang tidak mahu dipisahkan dengan kambing peliharaannya.


Selalu kalau nak ke sekolah, ada feri sekolah (track) yang disediakan oleh pihak TUDM. Kalau nak berjalan kaki, memang takkan sampai ke sekolah. Dari kem ke sekolah , jaraknya hampir 4 kilometer dan sepanjang perjalanan, hanya ada sebatang jalan yang tidak bersimpang-simpang dan hutan belantara yang sunyi dan tebal. Setiap pagi, kabus tebal pasti menyapu muka. Dingin. Bersih.


Aku takkan lupa pada sebuah tasik buatan manusia yang ditinggalkan yang terkenal dengan nama Tasik Biru yang sering menjadi menjadi tanda tanya dan kisah mistik. Teringat cerita-cerita kawan-kawan yang menakutkan aku bahawa tasik itu dulu adalah landasan kereta api yang meletup pada zaman jepun.. Ketepatan fakta itu tidaklah dapat dipastikan. Air tasik ini sgt jernih sehinggakan airnya dilihat berwarna biru dari jauh.


Kalau di sekolah, setiap pagi kantin sekolah akan dibuka awal. Tiada lampu dibuka pagi-pagi, sebaliknya mereka berniaga dengan terang cahaya pelita. Beratur lah aku membeli keropok lekor yang sangat sedap bila dicicah kuah ladanya. Walaupun kehidupan aku sederhana, dengan pangkat abg secalit dua dalam askar pada masa itu, aku tetap tidak berpeluang mendapat makanan RMT, kerana ada ramai lagi kawan-kawan yang lagi susah. Selalunya mereka dalam kalangan orang asli. Jikalau dapat minum air teh o ais, itu tandanya anda memang orang kaya..


Aku pernah sekali makan dan minum di belanja oleh cikgu kelas di tempat makan guru kerana mendapat tempat terbaik di kelas. Jadi, makan mee kari dan minum teh o ais adalah ganjaran yang sangat lumayan. Bayangkan la betapa dahsyatnya kan ..? Hahaha.. Disitulah cikgu kelas mengajar aku makan menggunakan sudu dan garfu.


Hubungan kami dengan kawan-kawan sangat akrab. Mungkin terkepung dengan kehidupan hutan belantara ini, menyebabkan kami semua amat bergantung antara satu sama lain. Oleh sebab itu, walaupun sudah berbelas-belas tahun meninggalkan sekolah ini, rupa wajah dan kenangan tidak pernah luput dalam ingatan kami. Bayangkan dalam group yang dicipta oleh kawan kami di laman sosial facebook baru-baru ini, kami masih lagi mampu utk mengecam dan berbual sesama kami .. seperti hubungan ini tidak pernah terpadam biarpun telah berpisah sekian lamanya. Ada saja yang ingin kami kongsi kan ??


Ada banyak perkara yang ingin aku ceritakan di ruangan ini. Tapi makin banyak aku bercerita, makin aku leka dengan kenangan semalam. Jujurnya, aku tersangat-sangat rindukan kenangan ini. Aku takkan mampu membayar biarpun dengan sejumlah besar harta untuk memilikinya, namun mengingati semua ini (kenangan dan kawan-kawan ) adalah sangat-sangat berbaloi..


Kepada kawan-kawan di SK Bukit Ibam, Pahang.. ternyata persahabatan kita adalah persahabatan sejati. Dulu aku ingat pertemuan kita ini adalah mustahil. Namun kecanggihan hari ini pasti memungkinkan segala-galanya. Sebagai kawan.. insyaallah , kuat kata hati aku, kita pasti akan bertemu semula.. jikalau tidak esok, lusa.. pasti kita akan bertemu dalam jangka masa yg terdekat ini.. Insyaallah



Berjanjilah, jangan diluput kenangan berharga ini.. yang menjadikan kita dewasa seperti hari ini..




Jikalau ada masa, sudah pasti akan aku sambungkan cerita kita ini.. Nostalgia ini, pasti menggamit seribu satu perasaan dan kenangan. Dan betapa gembiranya hati bila semua antara kita kini punya kehidupan sendiri yang rata-ratanya menyenangkan hati kita semua.


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

.

p/s - tiada perkataan yang melambangkan kegembiraan pada pertemuan ini melainkan kalimah syukur kepada Allah. Alhamdulillah. Semoga kawan-kawan bahagia dan berjaya selalu. Amin.
.

46 comments:

cha zainol said...

naseb jumpa sijil spm. kalau x meras lagi kau suasana macam kat sarawak. btw, kenangan itu mahal harganya c:

Amalina Lina said...

Rasa terharu baca blog ko ni..thanks sbb bantu aku pulih'n ingtn ttg kenangan lama dan buat aku muhasabah diri untuk banding'n aku yg dulu n aku yg skrg =)

Hans Hanis said...

hehehehe
lepas baca entry ko terus rasa nak pergi sekolah lama aku
rindu kan zaman sekolah sebab zaman tu best
:-)

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

ckLah @xiiinam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

klasiknye skolh ko..papan eh?
bgusla..tak lupe asal usul..nnti dh jd ckgu, kena terapkn dkt ank murid ko lak..nnti cite blik cne ko g skolh dlu..

Anonymous said...

baca entry neh *tetiba rendu zaman sekolahhhh *.. huhu :P

ckLah @xiiinam said...

Kenangan terindah tu....

aziekz said...

owh..ada lagi sek yg unik...menarik..teringat kat matrikulasi uiam,,,tgh bndaraya..tp ada bgunan kayu cam gitu.bila jln laju skit..bising bunyi,,hEee,,mmg 70an..sejarah

ewanthology said...

bila balik kg dan lalu dihadapan sekolah, selalu tersenyum sebab byk kenangan manis kat situ.

zazaw said...

ahh.. rindunya sekolah

rasa mcm nak g sekolah balik
huhuhu

Mr.Superman said...

aku da lpekn skola.sbb dlu aku bdk jahat dan nakal,playboy sg besi.baik aku hlgkn memori tu.lawa skola ko ni..skola papan,tp cantik.

IMANSHAH said...

hurm, sekolah rendah saya juga sekolah rendah kampung yang sangat daif zaman saya dulu

Ermizi Muhamad said...

Selesai membaca. Saya pernah menonton filem laskar pelangi. Teringat cerita tu. Keadaan sekolah saudara juga memang penuh dengan erti kehidupan. memang manis zaman persekolahan dulu kannn ..

saya follow blog saudara. seronok membaca ;)

teruskan menulis ya

pembaris said...

pernah cat dinding sekolah rendah.gambar bunga raya,cikgu suruh

mr.syazwan said...

sekolah lah tmpt paling best!

ramai kawan

ramai aweks

ramai pembimbing kita

kankan

ZWAN SABRI said...

Setuju sangat2 bahawa kita pada hari ini ialah disebabkan kenangan pada masa lampau.. Btw, bestnye naik feri p skolah.. ;)

MySuaraBlog: Kenangan Itu.. Rindulah!

Unknown said...

tiba2 lak teringat zaman sekolah bila baca entry nih...kenangan yg x dapat dilupakan...

iKhRam said...

cha zainol : suasana kat lebih kurang mcm kat sabah sarawak.. tp still boleh hidup lagi.. tp aku kalau dicampak ke mana2 pun, aku tetap akan pegi sebagaimana janji aku dulu..

kenangan dulu memang mahal kan?

iKhRam said...

Amalina lina : terharu.. aku pun terharu.. kenangan kita yang lama ini aku harpa akan membantu ko mengingat sebilngan besar kenangan manis yg telah berlaku dulu..

apapun rasa seronok masa kita kecil2 dulu kan.. berkawan.. belajar.. hahaha

iKhRam said...

Hans : ye ker rindu? kalau rindu kene la pagi sekolah lama balik.. hehehe

terasa cam nak ke sekolah semula kan hans..

tp sekolah saya jauh di pedalaman sana.. kalau ada rezeki barulah dpt ke sana..

iKhRam said...

commenet deleted ??

ck lah _ saya pelajar dari ipg kampus penang.. dulu dikenali dgn nama mpppp @m4p

iKhRam said...

princess pisang : masih lagi segar ingatan.. sekolah papan ni yg telah berjasa kepada aku na..

insyaallah, perkara yg baik akan aku serapkan kepada generasi akan dtg.. bahawa kesusahan bukan satu alasan utk berjaya..

iKhRam said...

Faidatul Arfah : sama la.. rindu jugak nie.. hehehhe

iKhRam said...

ck Lah..: terindah.. termanis..

iKhRam said...

azieks : unikkan sekolah saya.. tp sekarang dah cantik dah !! byk dah bangunan batu.. suasana pun tak sama dgn dulu.. skrg dah moden dan maju..

iKhRam said...

delarocha : unutng la sekolah di depan mata.. mesti senang nak kumpul2 kawan dulu2..

iKhRam said...

zazaw : zaw, rindu jugak.. tp sekolah jauh dr mata..

iKhRam said...

Abang stalker : cantik sekolah papan ni..

tp bukan budak nakal ke lagi byk kenangan masa kat sek dulu.. hehehe

iKhRam said...

IMANSHAH : sedaif2 diaf sekolah kita pun.. akhirnya kita berjaya jua belajar membaca mengeja.. dan kini tgok, abg sendiri dah jadi yg baik.. pasti warga sek bangga dgn abg..

iKhRam said...

Muhd Aizie : seronok sebenarnya mengingat kenangan persekolahan di pedalaman nie.. dengan kawan2 yang terhad, sebab tu kami sentiasa mengingati kawan-kawan antara kami..

terima kasih kerana menyokong.. teruskan membaca yer..

iKhRam said...

pembaris : ada lagi tak lukisan bunga raya tu.. mesti tulis nama kat bawah lukisan kan.. hehehe

iKhRam said...

mr syazwan : sekolah memang tempat yg best..

iKhRam said...

ZWAN SABRI : feri sekolah tu bukan feri.. tp track tentera yang dipanggil nama feri sekolah..

iKhRam said...

Papa Mifz : memang tak dpt nak dilupakan..

- LIANA ASIF - said...

mmg byak knangan kat SKBI ni yg x dpt nak dilupakan, kantin skolah dgn sambal tumis yg sedap, perpustakaan yg kecil tp padat dgn ilmu, kwn2 dan pkara2 yg b'laku dlm kelas sejak dari darjah 1 smpi 6.. paling best, kat ruang blakang class mst ada ruang tuk m'baca n b'main, dan mainan yg slalu d'main dulu ialah batu seremban... rindu btul dgn suasana skolah dulu....

iKhRam said...

sgt rindu.. kat maktb ni penah jadi juara bg acara batu seremban berkumpulan bg pertandingan permainan tradisional kat maktb.. ini semua pengalaman kat skbi dulu kot.. hahaha

Nizam Ijam said...

best nyer :)

jom letak nizam ijam dalam bloglist :)

Kesian Blogger Baru

- LIANA ASIF - said...

hahaha..... pgalaman tu... kecil2 da pndai main batu seremban.. satu lg main tudung botol, mcm batu seremban jg, tp guna 5 tudung botol..

Unknown said...

skbi 1983 - 1988 ♥♥

Lanz Azlan said...

Sape empunya blog ni?

Unknown said...

Ya Allah rindu giler ngan sekolah lama aku.....thanks sngt wk blog psl ni...tgh cri kwn2 dri bkt ibam sbb dah lost contact...inn shaa Allah smoga dipermudahkan..btw sy batch 2003-2006...rindu dngn kenanngan kt sna

Unknown said...

noor amira : saya pun batch 2003-2008..lama dah tak masuk sekolah ni walaupun sekolah ni belakang rumah je huhu..selalu tengok dari luo je

Unknown said...

Kenangan sgt...mmg teringat... Skbi yg tercinta.

Unknown said...

Dulu aku baca sifir tiap pagi...sekarang aku jadi cikgu matematik. Dlu aku kutip biji saga dihadapan sekolah...sampai kena gigit tebuan.masa tu tunggu feri tentera datang ambik ....mmg Tak ternilai Kenangan ini

Unknown said...

Daripada darjah 2 sampai darjah 6,dkt sekolah kebangsaan bukit ibam ni lah dapat ilmu,Allah rindu betul dengan sekolah ni.Lagi2 dengan asrama bukit ibam,bila ingat mau senyum sorang2 aih��

Unknown said...

Sek pertama sy pada thn 1985 posting disini.. Byk tinggal kenangan