Hujung minggu kali ni tidaklah sesepi seperti hujung-hujung minggu yang lepas-lepas. Bermulanya malam pangkal hujung minggu, aku menonton tayangan filem barat. Three Musketeers. Menonton cerita pengembaraan komedi seperti ini memang tidak memberatkan kepala. Sebaliknya melupakan seketika bebanan eseiment. Aku banyak ketawa menonton filem ini.
Keesokkannya paginya. Aku fikir aku akan bergelumang lagi dalam bilik. Pandang dinding belah kanan. Lepas tu pandang pulak dinding belah kiri; rupanya tidak. Aku keluar dari tengahari sampai lepas isyak. Kadang-kadang berlibur dengan kawan-kawan yang lebih dewasa ni sebenarnya menguntungkan dan mengenyangkan. Petuanya kene bijak mengambil hati.
Awal tengahari berbekalkan perut kosong, aku bersarapan dalam panggung wayang. Makan bertih jagung dan kentang putar GSC (Golden Screen Cinema). Aku suka gelarkan kentang dengan nama tu. Aku selalu berpendapat bahawa kentang GSC kat sini lagi sedap daripada kentang putar KFC.
Aku menonton filem sekali lagi; Filem Dream House. Kalau tengok posternya, nampak macam cerita hantu. Tapi... bukan. Cerita psiko macam ni memang aku suka. Kalau anda seorang yang kurang gemar cerita berentak perlahan, baik tak usah menontonnya. Pengajaran yang orang lain tak nampak melainkan aku; isteri dan anak-anak merupakan ubat kepada penyakit jiwa yang kronik.
Kemudian, berehat sebentar menunggu kawan-kawan yang lain. Aku minum ice blended kopi yang pekat di Starbuck. Sedap. Bila semua ahli dah cukup, kami semua keluar makan nasi goreng yang mengenyangkan.
Perkenalan dengan teman baru sebenarnya memang best. Boleh kira hampir kesemuanya adalah kawan-kawan baru. Penyesuaian diri adalah penting. Adakala sikap aku yang diam pada awalnya membuatkan aku kelihatan seseolah seperti 'judgemental'. Sebenarnya tidak pun. Baru nak ikut rentak.
Akhirnya, bersantai sampai ke malam. Berbual. Ketawa. Berkaroake... dan terus berjanji akan keluar lagi pada masa akan datang. Betul kata orang, berkawan biar seribu. Dan aku percaya, nilai seorang kawan dalam kehidupan - selalunya silih berganti dan ada yang betul-betul hilang.
Apapun, sebelum pulang, aku dibekalkan burger Mcd bersama Mc Flurry Milo Supreme. Aku balik ke bilik dengan perasaan gusar. Buka saja pintu bilik, barulah segala bebanan yang aku tinggalkan sebelum tadi, datang kembali. Memang kita takkan dapat lari dari masalah. Cuma ambillah masa untuk rehatkan minda dengan bergaul dan melihat dunia luar.
Namun sampai ke hari ini, aku masih lagi tidak percaya. Rakan-rakan yang baru aku kenali sebentar tadi. Bergembira dan bergelak tawa sama-sama tadi. Kesemuanya adalah pegawai polis. Versatilnya mereka..?? Sampaikan aku pun tak perasan...??
Aku masih lagi tak dapat percaya.. dan memang aku sukar nak percaya...!! Tapi ekau kono wok..!!!
.p/s - tegas itu perlu. Tapi apa salahnya kalau kita nampak lebih mesra kan? Tak gitew....???
.
19 comments:
untungla..makan org blanje :P
kalau ikhlas berkawan org lain pon senang nk dekat ngan kite :)
tgk wyg mkn
mana bdn x besar
:P
awat tak percaya plak?
untunglaaaa berjalan2 mkn2..hehehe..
nape tak percaya? kang kalo diorg buat muka polis mcm dlm drama tv tu takut nak gelak2 pukul2 manja dgn diorang..hehehe
makanan segera! :-)
Dr pd awl cerita..mkn je laa kejenye.. nnt buncit lorhh.. :P hihihi...
biasa la polis..
mesti da biasa menyamar tu. hahah!
polis pun manusia macam kita tahu happy dan tahu marah...cuma kita sahaja yg pandang lain...
hidup mmg tak boleh lekang dek masalah tapi seharusnya biarlah kita yang bijak untuk mengendalikannya dengan cari yang bijak...kan kannn
nak tengok dream house jugak. Mesti best kan.
ado gak bbrp kwn sekolah dulu jd pegawai polis...kalo jumpo masih sempoi2 mcm dulu gak...
uihhh. professional itu penting kannn ;)
seronoknya bersiar² ;)
haha komen syazwan
three musketeer itu lawak sgt ke??
nak kena tgk ni
wah kawan ngan polis dia..ada bodyguard lah lepas ni
pegawai polis?
serious?
wow, nasib baik you baru tau kan?
heheheheheh
jalan2...mkn2..syok2..
polis kan mmg sllu UNDERCOVER..
sbb tu la ko x perasan kot :P
slm kenal,
anamizu :)
kawan dengan polis satu bonus tapi bukanlah satu kekebalan untuk kita melanggar undang2.haha.
aku baru nak layan The Real Steel.
Post a Comment