Malam tadi, seperti biasa aku minta izin daripada emak untuk keluar ke pekan Seremban. Seperti biasa emak akan bertanyakan aku dengan macam-macam soalan.. Nak keluar ke mana? dengan siapa? Nak buat apa ? Kenapa mesti keluar malam. kenapa tak siang tadi ? Selalunya bila menetap di rumah, nak keluar malam-malam hari bukanlah perkara yang mudah.
Undang-undangnya mudah.. duduk rumah emak, mesti ikut undang-undang emak. Faktor berapa usia seorang anak itu selalunya bukan satu kepentingan yang utama.. hahaha..!! Tak pe, aku tak pernah berniat nak memberontak pun tentang perkara yang satu nie. Aku tau emak sayangkan aku. Kadang-kadang sebagai anak ada masa aku rasa aku dah besar, tetapi sebenarnya belum lagi.
.. tapi malam nie..?? Pelik pulak rasanya..
"Keluar tu karang, bawak moto elok2.. omak nak, sobolum pukul soboleh (sebelas) ekau dah sampai umah yo.. !!"
Semudah itu ke ??? Mana soalan-soalan yang banyak-banyak tue ?? "Baiklah... " . hehehe..
"Mak jangan risau, abang tak kemana-mana. Abang keluar pegi makan kek dan minum ice blended jer sambil borak-borak.." getus aku dalam hati.
.
p/s - kalau kita ikut cakap emak bapak, mesti kita takkan sanggup buat demonstrasi jalanan semasa bergelar pelajar. Sebab emak ayah mahukan kita tumpu pada pelajaran. Betul tak ?
.
12 comments:
abg,tak tapau kt mak skit kerr..HAHA.
klau kita sayang makbapak,kita takkan buat mcm tue,sbb menjatuhkan maruh makbapak..:)))
tetibe prot nyanyi lagu ramli sarip bile tgok ice blended...yummy!!
baiknya....
patoh
sama je kita..walaupun umur dh nk masuk 26 mesti ada peraturan kalau duk umah mak..hehe..tp xdelah smpi nk memberontak bagai..
p/s - kesianlah kt mak bapak..nnti bila ikut demontrasi jalanan tu, tup2 kene buang kolej ke, keje ke kan susah? nama parent terheret sekali..
fuhhh baiknye! haha.
bagus,emak yang bagus. patut semua emak macam ni. jangan bg anak meliar sangat. :D
hihi..macam ummi jugak, selalu risau walaupun anak2 dah besar,begitulah kasih ibu.
ni yang sy suka ni,kalau masih bergelar pelajar,berusaha untuk belajar..bukan laju je nak politik...
#apa pun tak blh...grrrr
yup!
prinsip aku..
mmg aku agak kurang ajar cakap lepas ikut mulut..dengn kawan2..
tp dengan mak bapak kita kene la hormat dia..
jgn sebut "ahhh" pun!
dia lahirkan kita!
ado bungkuskan mak ko tak iceblended tuh...?
huhuhu...shoutbox ta ilang hehehhe....hari ni N9 monang lagi hehehehheeh kan kan kann tapi cik megatron terover sket!
http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/errrrrkkterover-tweeets-lah-pulak-hehe.html
nice laaa
apa yang longgar dalam pic ni eyh heheh
Post a Comment