I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 30, 2012

Jauh

 
 
 
 
Pernah rindu sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi ??
 
Aku sendiri pernah baru-baru ini. Kelmarin selepas asar, aku tertidur memandangkan cuaca mendung di luar sana. aku rasa sangat terlena dan tidur aku menjadi sangat nyenyak pada petang itu. Sehinggakan apabila tersedar, dada aku menjadi sesak dan berat. Semput sekali-sekala. Petang itu, aku berasa sangat asing dan menjadi terlalu rindu. Rindu kepada anak-anak didik peneman hati.
 
Lepas maghrib aku telefon sorang demi sorang. Tapi yang paling syahdunya bila aku menelefon Adam. Murid aku yang berusia 10 tahun dan mengalami masalah penglihatan.
 
"Salam.. Adam yer ?"
"Yer.. ni sir ikhram yer..??"
- " yer.."
" Sir.. Saya rindukan Naim. Sejak 9 November yang lepas, saya dah tak bercakap dengan Naim. Saya rindu Naim. Naimlah segala-galanya bagi saya. Sir ada bercakap tak dengan dia. Kenapa dia tak telefon saya..,"
 
Adam bercakap terus-terusan tanpa berhenti. Dari suara dia, aku tau dia sedang memendam perasaan sedih. Rindu seorang kanak-kanak sudah pasti tidak sama dengan  rindu seorang dewasa seperti aku.
 
Aku jadi kehilangan kata-kata. Otak aku ligat memikirkan bagaimana cara untuk memujuk Adam. Aku tahu semua orang sayangkan Naim. Aku pun sama. Aku lagi sayangkan Naim. Tapi aku sedar, Naim selalu menjaga Adam. Aku alihkan ingatan Adam dengan soalan-soalan lain.
 
" Adam kat mana sekarang ni ?"
" umah tok kat sabak bernam.."
 
"Adam dah makan ke belum ?"
".. dah"
" Makan apa ? "
" Nasi goreng.. "
 
" Adam ada tak baca buku sains masa cuti ni.."
" Macam mana nak baca.. buku teks ada kat kelas.. "
" Lupa pulak sir, buku teks kamu braille"
 
" Sir, ada call Naim ?"
" ada.. kenapa Adam ?"
" Kalau sir call Naim, suruh dia call saya. Saya rindu kat Naim. Dialah segala-galanya,"
" Iya la, nanti sir suruh Naim call Adam yer ?"
 
Selepas itu mood berbual aku bagaikan hilang. Dulu aku rasa aku mampu membahagiakan anak-anak murid aku. Ternyata tak semua perkara mampu aku berikan pada mereka. Aku berasa sepi seketika. Sedih. Terkilan.
.....
 
Malam itu. Aku perhatikan setiap ruang pada dinding bilik. Penuh dengan ingatan terhadap orang-orang yang aku rindukan. Tanpa aku sedar.. malam itu aku curi-curi tidur di bilik tetamu yang tidak berpenghuni. Di sini aku pekup muka pada bantal. Aku mahu lelap. Di bilik ini tiada kenangan yang terpahat.
 
Aku mahu lari seketika. Aku letih menahan rindu yang amat dalam ini. Bebaskanlah aku.
 
p/s - Dalam banyak-banyak huruf, huruf apa yang paling aku suka lukis. Jawapannya - 'N'. Sebab ada 'Naim' dan 'Nasrul'.
.



7 comments:

ieza ashaari said...

nak nangis pula baca entry ni. sayu kan bila ada rindu yg terpendam dan tak terluah..

lelaki bila dah rindu lg dalam sbnrnya.. doa byk2 yer..

nasrul... nama encik suami saya.. :)

Anonymous said...

naim tu siape?

Maicher said...

hmm rapat nya bro ikhram dengan students. good good.

sarah zulk said...

lepas baca, semakin faham aku tentang kedalamannye rindu kau kepada mereka..

Aing said...

lari lari dalma rindu kejar bayang terus hilang. kejar rindu sakit.

ZWAN SABRI said...

biasalaa.. klaw murid2, depa ada cikgu feveret depa.. cikgu pun ada murid feveret.. btw, xpa, banyak lagi murid2 lain yang bakal mengisi kerinduan tu.. :)

syafiqa said...

kite pun makin jauh kan?
EHH?



N utk nurrrr...
eh

kahkah