Tak semua perkara, bila kita minta kat hati, tiba-tiba muncul di depan mata. Tapi kali ini memang macam ajaib. Cakap dalam hati, tetiba dapat.. hahaha !!
Dua minggu lepas, kalau g jusco seremban, mesti nak ke MPH book store. Sebabnya ada satu hari tu tetiba aku ternampak buku terpampang nama 'YASMIN'... Sejujurnya aku ada penyakit obses pada karya Yasmin Ahmad.
Sejak itu, aku belek-belek buku tu kemudian letak semula. Aku memang mahu memiliki buku ini, tapi aku pendamkan atas alasan mengutamakan pada keperluan lain. Tapi, kalau dah rezeki tak ke mana, sebabnya ada yang sudi memberi.
Kini aku sudah memulakan pembacaan. Harap-harap bahasa inggeris aku dapat ditingkatkan prestasinya melalui bacaan ini.
Tentang wireless mouse model mini cooper ni.. lagi la dahsyat.. langsung tak pernah terfikir apa-apa, tetiba dapat. Hahaha... !! Jadi, tabiat baru sekarang adalah menggunakan laptop bersama mouse.. Janggal jugak ler...
Tak dapat keretanya, dapat model wireless mouse pun jadi la..
p/s - bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
.
12 comments:
haha first time kot aku tgk mouse berupa mini cooper mcm tu...nak beli kat ek? berapa harganya utk stu set? mcm stail lak ak tgk...isk
canggih
cool. ada injured tangan x
eh mouse.. mula2 xperasan tgk gambar kereta tu.. tgk kali kedua baru perasan..tapi cam xselesa je nak pakai..hehehe
pergghh....nice!
Blogwalking kembali...tq for ziarah...dah jadi cikgu belum nie??
unik sungguh mouse tu. Ingatkan kereta mainan. Hehe. Mesti comel bile pakai.
Wahhh, uniknya mouse diaaa :p
ooo peminat yasmin ahmad la ni :-)
janggal. nanti lama-lama, takdak mouse lah jadi janggal pulak
suke mini cooper~~~~
cantik lak mouse tu dik...tak mo meh bagi je kat sis! hahahahha
Post a Comment