I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 27, 2013

Selamat Bertunang BFF







Hari ini, aku bertandang ke rumah BFF tersayang, Mardia sempena Hari Pertunangannya. Hubungan antara aku dan Mardia ni tersangatlah rapat, sampaikan hampir semua saudara mara Mardia mengenali aku dan aku tidak pula mengenali kesemua mereka. Bayangkanlah..
Jadi, bila aku melangkah saja ke teratak Pak Long Rusli, maka terdengarlah pelbagai persoalan seperti ini..

" Laa... Mak Lang ingatkan ekau jadi orang sini ikhram.... kosan aihh tidak.. nak yo mardia ni dongan oghang jauh..."

" Acik ingatkan Mardia dengan kau, ikhram. Alih-alih acik dengar tadi, orang cakap.. bukan, mardia dengan orang lain. Tunang si Mardia ni sama-sama belajar dulu ke?

" Macam mano ni ikhram..? Apo pasal bukan dengan kau lak ni?"

... dan banyak la persoalan yang sama, yang tak banyak beza pun mesejnya. Bayangkanlah rapat tak rapatnya aku dengan keluarga Mardia nie... Tak pepasal dah macam orang frust lak.. hahaha..  Jadi, jawapan yang aku berikan bila persoalan yang sama ditimbulkan..

"Saya dan Mardia tu berkawan baik. Kawan rapat..."
tidak lebih dan tidak kurang.

Apapun, selesai satu soalan, timbullah persoalan yang lain pula..

" Kau bila lagi Ikhram ..?? "
" Tak lama lagi, ikhram la pulak kan...?? "
" Dah ado calon ko bolum laie ni...??

Untuk soalan-soalan macam ni, aku tangguhkan dulu jawapannya. Aku senyum dengan hilai tawa  yang dibuat-buat. Tidak ada jawapan. Jawapan ada pada Allah.

.....

Bila beransur pulang, aku rasa sesuatu. Aku rasa kekosongan. Sedih juga bila kawan baik sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun dalam pada masa yang sama, sudah pasti kegembiraan melebihi segala-galanya. Melihat kebahagiaan Mardia, sudah pasti hati merasa gembira.

Sewaktu memandu, aku memandang pada diri. Aku tidak betah lagi hidup sendiri. Cuma aku minta masa untuk memperbaiki diri.. agar cukup membuat perancangan untuk hari ini, dan untuk masa depan. Amin.
.......

p/s - Untuk orang yang tiada awek, tiada tunang, tiada isteri..
pada wanita keluli inilah tempat mereka bermanja...

.

13 comments:

PemilikCahaya said...

terus terang kau ngaku ikhram..kau sedih tak dengan pertunangan mereka? bagitau aku..AKU TAK KAN SAMPAIKAN PADA MARDIA

FH said...

Jangan bersedih.masih lagi ada peluang dan ruang untuk mencari yang lebih sepadan.Insyaallah kalau ada jodoh tak kemana.Dekatkan diri dengan Allah itulah jalan terbaik :D

Unknown said...

belum tiba masa. sabar :D

zainatul abu bakar said...

Sabar ye..insyaallah adalah jodoh awak nnt:)

Saya faham perasaan awak..sebab saya pun kena lebih kurang macam tu jugak. soalan cepu cemas betul. padahal kite muda lagi, hehe

::FAIZ:: said...

tlg cuci kreta i skali. :)

Anonymous said...

woo...

simple but cantik lah hantaran tu...

:)

Anonymous said...

Ikhram.bff berlainan jantina selalunya akn terputus selepas mereka berkahwin.tapi akan terjalin semula selepa kita berkahwin.

Maicher said...

takpaa bro. nanti sampai la waktunya.
for the time being, ada gak peneman wanita besi. ^^

Wadi AR said...

yelettewww dulu kawan baik. haha

Anasyg said...

uuuhh vios. uuuh *excited tgok vios huhu

ewanthology said...

susah nak ada bff yang berlainan jantina ni ;-)

Nazerah Yahya said...

ada gaya sedih jer ?????
kami pun nk bersoal macam komentar yang pertama tu .. hihihi...

apapun , doa ya ... mana taw dapat yang lagi bek ka ... ampa sabaq ja neh , insya-Allah ...ada punya ....

tudia .... kami baru nak sedih - sedih tengok-tengok pi tayang kereta metalik pula ..

blink blink mata kami ni ..

ending dia awesome .
btw , tahniah lah kat kawan ampa , ampa tu tak lama lagi adalah tu k .

Cikgu Izmir said...

tahniah tuk wanita keluli besi tu sebab ada tuan yang penyayang.