I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 10, 2010

Cikgu Ikhram pada Minggu Ketiga

Barulah aku sedar setiap titik peluh guru di sekolah merupakan satu keringat pengorbanan yang tiada nilainya. Harga sebuah pengalaman tiada sapa mampu membayarnya. Setelah menjalani latihan praktikum selama tiga minggu aku mulai sedar menjadi seorang guru yang benar-benar guru bukanlah perkara yang mudah. Fasa permulaan yang aku lalui ini adakalanya membuatkan aku hampir-hampir berputus asa, kadang-kadang membuatkan aku tertekan melaluinya, namun berbekalkan semangat dan niat cita-cita ingin menjadi seorang guru, aku laluinya juga. Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan Zuliyana Hassan, Chua Ying Ying dan Akashah Khairuddin kerana sentiasa ada bersama-sama ketika praktikum kali ini sama ada dikala susah dan senang.

Aku rasa minggu kali ini cabarannya tersendiri kerana walaupun tanggngjawab kian bertambah namun aku jalani dengan gembira dan terasa keindahannya disanubari. Adakala aku pernah kecewa dalam mendidik namun aku bahagia memilih jalan ini. Melihat muka-muka anak-anak murid adakalanya menyejukkan pandangan. Adakalanya mulut berpetir memarahkan mereka tapi dalam hati terasa sayangnya. Itu yang aku pelajari di sekolah ini dalam mendidik hati aku sendiri supaya menjadi lebih tabah dan penyayang.

Minggu ini aku panggil sebagai 'minggu observe' kepada aku...??? hahahaha... Sebab semua penyeliaan guru pembimbing dan pensyarah dilaksanakan pada minggu nie.. hahaha! Rasa nak tercabut jiwa dan minda aku. Terpaksa memikirkan aktiviti yang terbaik untuk dilaksanakan kepada anak2 murid..

Untuk hari Isnin mengajar kelas 4 Baiduri, aku telah diselia oleh guru pembimbing aku , Pn Rozita Hassan. Mengajar tajuk 'how to handle magnet' mungkin topik yang mudah tapi aku tak ambil lewa merancang dan mengajarkannya. Aku sediakan gambar2 objek yang bersangku paut antaranya api, lilin, dapur masak, tukul, kayu besbol, selipar dan model magnet. Alhamdulillah kelas ini berjalan dengan lancar dan aku senang dgn perkembangannya. Murid2 lebih bersedia dan berebut-rebut nak buat aktiviti melekatkan gambar. Ada masanya diorang nak try buat aktiviti role model dalam menjatuhkan magnet dan sebagainya. Menjadi adil pada masa ini adalah perkara yang sangat2 sukar. Aku terpaksa memilih beberapa orang sahaja murid untuk melakukan aktiviti ni sebab kesuntukan waktu. Aku rasa pengajaran aku pada kali ini lebih menarik dari sebelum2nya untuk tajuk magnet ni.

Pada hari selasa, aku mengajar subjek P. Jasmani. Bayangkan dengan kaki aku yang bermasalah ni aku mengajar subjek ini.. tapi apa nak buat aku kene ngajar jugak. Aku cuba memperbaiki kelemahan aku, jadi aku jalankan aktiviti 'bola beracun'. Ada pelbagai sebab sebenarnya, pertama, memandangkan kesuntukan waktu yang hanya 30 minit dan kedua, aspek kawalan pelajar, permainan ini adalah yang terbaik. Untuk tu penglibatan semua pelajar dapat dipenuhi selain semua dpt bermain dgn gembira. Aku amat2 berpuashati dan akibat ketegasan aku pada minggu lepas.. anak2 murid aku kali ini lebih mudah dikontrol dan bilangan pelajar yang tidak membawa baju sukan dah pun berkurangan. Hanya dua orang jer yang sakit, aku benarkan duduk di kantin.


Untuk subject science kelas 5 nilam, sebagai set induksi, aku terpaksa la berlakon menjadi seorang pembaca berita. Aku menggunakan pembaris kayu panjang sebagai jarum jam menunjukkan pukul lapan untuk memulakan berita dan meminta anak2 murid aku membunyikan bunyi intro muzik berita. Hahaha... memang kelakar..!! Aku ingat semua orang ketawa..! Aku pun ketawa jugak.. memang lucu la..! Tujuan berita ini adalah untuk memberitahu bekalan petroleum kita semakin hari semakin berkurangan..! Aku rasa set induksi ni sedikit sebanyak mempelbagaikan lagi tarikan pelajar untuk mendekati topik yang aku ingin ajar. Tak cukup sket diorang nie. Kalau ikutkan budak2 ni.. Diorang nak berita sampai sejam.. Mampos ar aku nak memikir isu2 lain lak! Hahaha... Apapun topik renewable and non renewable ini sgt seronok dibincangkan. As guru.. aku perlu lebih bersedia untuk menjawab pertanyaan diorang dan mempelbagaikan contoh2 yang ada supaya dapat menerangkan kepada mereka dgn lebih panjang lebar. Mereka budak2 ni sgt2 dahagakan ilmu2 baru..! Bayangkan mereka nak tau pasal biomass. Terpaksa la aku search kat internet dulu dan esok berlakon seolah2 aku ni la seorang yang bijak pandai.. hahaha!

Hari rabu, pagi2 yang letih menjadi segar bila sampai kat meja aku ada kad buatan anak murid !! hahaha..! siap ada ucapan selamat berjaya lagi.. ada gambar aku! kat belakang!


Ari ni letey sgt walaupun aku tak ade kelas untuk diajar, tapi kelas ganti mengalahkan kelas yang sepatutnya aku kene ajar setiap hari. Tapi aku terima dengan hati yang redha. Aku fikir baik aku ajar budak2 ni dari aku berfoya-foya. Aku mengajar kelas moral untuk darjah 4, 5 dan 6. Dalam sejarah hidup aku, inilah kali pertama aku mendalami dan mengajarkan pendidikan moral kepada murid. Topik hari ini yang aku pilih secara spontan ialah bersopan santun dalam kehidupan seharian. Pada masa ini semua pelajar ada dalam library dan pensyarah aku dari maktab perlu memenyelia salah seorang dari senior kami.. Menjadi tanggungjawab aku untuk mengawal kelas dengan baik supaya keadaan dalam library tak bising. Selalunya aku agak racist dengan bangsa2 lain, cuma kelas moral kali ini aku berasa sangat2 rapat dengan mereka. Sewaktu mengajar, aku bertanyakan budaya2 mereka sedikit sebanyak, aku berkongsi semuanya dengan mereka sehinggakan aku dapat rasa subjek education aku semester ini - Budaya dan Pembelajaran- amat2 membantu. Aku dapat rasakan kelas moral ini sgt2 menghiburkan dan murid2 nampaknya berminat menceritakan kebudayaan mereka masing2. Sangat meneronokkan bila pensyarah terbabit turut memegang bahu aku dan berkata "good, you are a teacher!" aku ambik itu sebagai pembakar semangat untuk melakukan yang terbaik. Dalam kelas moral ni baru perasan yang budak MACKLIN tu bukannya melayu, tapi iban.. sabar je la..!

Lepas tu aku terpaksa ganti sejam masa mathematic untuk kelas 5 Intan, kelas yang terakhir. Kelas ni dijalankan di library jugak.. Kali ni jumlah murid tak la ramai. Tak silap ada la dalam lingkungan 20 orang dan murid perempuannya hanya tiga orang sahaja. Disebabkan masa mathematic, jadi Cikgu Ikhram pun akan ajar subjek mathematic.. Aku bagi soalan darab.. lebih 3 angka.. aku bagi pada tiga soalan tu pada tiga orang anak murid aku.. Aku menanti jawapan mereka dengan kecewa.. sebab tiada jawapan. Jadi baru aku sedar kelas ni memang tak tahu kemahiran mendarab. Bila aku tanya ujian lepas, math dapat berapa?? Separuh kelas dapat kosong. Tak per, sekarang Cikgu Ikhram dah faham. Jadi aku ajar kemahiran menolak. Pun ada yang menghadapi masalah. Dalam hati aku menangis sendiri.. aku sedih! Tapi dari raut wajah aku terpaksa tegaskan muka aku. Aku koyakkan kertas kajang aku, aku bagi semua orang soalan tolak. Aku panggil sorang2. Sapa yang sudah mari dekat dgn aku sebab aku nak ajar. Memang sedihnya hati bila soalan tolak pun ada yang tak dapat nak jawab. Aku terpaksa mengajar menggunakan jari jemari. Nasib baik jari aku runcing2. Cantik bila diusik dan dilihat.. hahaha! Gurau jer. Belajar menggunakan kemahiran menolak nombor belasan menggunakan jari. Ada yang menangis masa belajr dgn aku.. tp aku tak endahkan. Menangis tak bawak apa2 melainkan merugikan diri sendiri. Alhamdulillah sebelum balik, aku pastikan mereka semua dapat apa yang aku ajar. Memang mereka balik lambat sedikit ari tu dari biasa.

Hari khamis, aku mengajar kelas 5 nilam tajuk saving energy. Untuk kelas ni aku telah diobserve oleh Puan Rozita sekali lagi. Kelas kali ni agak teruk sikit kawalannya berbanding kelas sebelumnya. Itu aku akui. Untuk kelas ini, aku ubah strategi yang lebih bersifat student centered. Aku sediakan kertas mahjung dan marker pen supaya mereka boleh berbincang sesama sendiri bagaimana mereka boleh menjimatkan tenaga dalam kehidupan mereka seharian.. tapi untuk aktiviti ni aku menghadapi masalah untuk kontrol bile semua murid2 sibuk nak menang. Masa present pun sibuk nak menulis lagi.. macam la aku nak bagi hadiah.. aku suka usaha mereka tu tapi masalah jadi berpihak kepada aku la pulak.. Apapun kelas tetap ok! aku fikir aku akan dikomen tentang ni.. tp ok, kepelbagaian strategi mmg baik. Percubaan yang ok..!! hahahaa.. masa tu rasa nak terkam jer budak2 nie.

Ntah macam mana, masa nak balik, aku kuar g kutip kertas worksheet budak2 5 nilam.. sekali bila dah abis kutip, aku g library nak amik barang2 dgn beg.. sekali library dah kunci.. Agh! Sudah! mampos aku.. dah la buku rekod ada dalam library.. cam ner nie.. aku turun pegi bilik guru, cari ustz Samsiah sebab kunci library ada kat die.. tp die dah balik pulak. Aku pegi pejabat, kunci spare pun tak der.. gile! klau la berlaku apa2 tak ke susah.. jadi satu jer jalan, bilik library ni hujung die bukan dinding konkrit tapi ditutup dengan kabinet. jadi bilik yang satu lagi ni terbuka sebab ada kelas tuisyen. Jadi aku dukung salah seorang budak yang paling kecil dalam kelas tu.. budak2 ni bukan boleh dioffer sangat, semua nak tolong.. yang badan gempal2 pun nak tolong aku.. mana la aku larat nak angkat.. apapun, masalah aku settle.. remeh tp rumit!

Hari jumaat adalah hari kegemerlapan aku. Pada hari ini aku telah diobserve oleh guru pembimbing, Puan Rozita Hassan dan Pensyarah pembimbing, Madam Norizan M. Izzuddin Hess. Untuk peneyeliaan kali ini, aku perlu mengajar kelas 3 Delima. Untuk set induksi aku buat magic show menggunakan magnet. Memang best sgt mengajar ari ni.. mungkin aku akan ceritakan perkara ni pada lain masa.. sebab aku rasa aku dah terlalu byk bercerita...

Menjadi cikgu ikhram pada minggu ketiga adalah perkara yang sangat2 indah.. terima kasih semua.. bersyukur sangat pada Allah kerana dikurniakan semangat dan minat yang sebegini..!!

p/s - iman, adik aku yang aku sayangi.. blaja rajin2.. nanti abg asyik marah2 anak orang je kat sekolah, rupa2nya adik abang kat rumah sama jer malasnyer.. jgn mcm tu.. abg sayangkan iman dan ingin melihat iman jadi orang berguna.

1 comment:

sham said...

alhamdulillah...dh berjaya pun menjiwai watak sebagai seorang cikgu...teruskan usaha am...abg selalu sokong am...insya' allah...kalo ada apa2 yg leh abg bantu..abg akan tolong...tp x der la se"terror" mana pun...huk3...sekadar meringan beban am..apa2 pun...abg yakin dgn Cikgu Ikhram...tahniah...hope akan terus maju n maju untuk membimbing anak2 bangsa kita..