Lihat gambar di atas..
Seorang pemuda hebat yang bersandar di sebuah kereta merah.. kereta lama lak tu.. Ada apa2 yang menarik?? tak de pun melainkan seorang pemuda yang dulu pernah menarik perhatian aku.. hahaha.. jgn salah faham.. Beliau bernama Fikri.. Muhamad Fikri sebenarnya.. walaupun sedap nama beliau tapi aku tetap memanggil dia 'budak alim' kalau beliau tak de kat depan mata aku.. hahaha..
Kalau semua orang ada kawan masing2.. aku sebaliknya.. aku tak menganggap dia sebagai kawan2 biasa.. malah ldia lebih dari itu.. Aku menganggap dia sebagai sahabat aku di dunia akhirat.. sebagaimana mana yang aku cakapkan setiap kali dalam panggilan telefon.. Pernah suatu ketika, aku bercakap dalam hati, biarlah aku hilang seribupun kawan di atas muka bumi ini, jgn lah aku hilang diri beliau.. begitulah perumpamaan betapa berharganya Allah mentakdirkan beliau dalam hidup aku..
Aku mengenali beliau lebih kurang tujuh tahun yang lepas, dan pernah rapat selama hampir 9 bulan lamanya, namun hubungan itu tidak pernah putus walaupun aku dan beliau kini membawa haluan hidup masing2.. aku dengan profesion aku dan beliau dengan cita2 beliau..
tak de apa yang terlalu menarik pada diri beliau selain sentiasa menenangkan jiwa aku dan membantu melapangkan fikiran sekiranya beliau berdekatan dengan diri aku.. tanpa suara, beliau boleh memotivasikan aku sekelip mata.. Ajaib tak??
Permulaan hubungan kami mungkin agak sukar.. memandangkan aku sukar untuk didekati tp akhirnya menjadi mudah dengan pendekatan yang beliau bawa.. hahaha.. aku tak boleh lupa kali pertama beliau menjadi kawan aku.. sangat2 kelakar.. aku kelakar, beliau pun klakar.. dia menjadi teman sewaktu aku 'hilang' tanpa ada sesiapa dulu.. memandangkan kawan2 baik aku kian pupus akibat mengikut bapa2 mereka yg askar, pencen kembali ke tempat asal masing2.. dan abah aku masih tidak jugak pencen2 ketika itu.. jadi aku hanya ada beliau, yg baru berpindah ke tempat aku.. bayangkan sepanjang masa aku habiskan dengan beliau sewaktu kami tinggal bersama2 di kuarters dulu.. membonceng motor beliau setiap petang, sekejap ke hulu sekejap ke hilir.. klau balik sekolah pulak, beliau akan 'menjengjeng'basikal beliau menemankan aku yang berjalan kaki sepanjang perjalanan kami..
Perwatakan kami berbeza.. beliau dengan pegangan agamanya yang utuh manakala aku sering lalai dan santai.. ada masa pakaian kami juga melambangkan kami mengalami budaya yang berbeza.. time tu la.. time zaman2 budak2 nak ambik pmr.. tp beliau tak pernah sekalipun mencuba untuk mengubah aku untuk mengikut cara beliau..hahaha.. sekarang, gaya kami lebih kurang sama jer.. hahaha.. fahaman politik kami juga berbeza.. beliau dengan pemimpin beliau.. aku dengan cendiakawan aku.. kami bertelagah.. tp bertelagah dalam ketawa.. macam mana tue?? klau anda jadi aku.. baru anda merasainya.. nikmat tue !!
Beliau seorang yang sabar, murah senyuman.. rupa paras yang manis dihiasi jambang dan janggut yang memikat.. bahasanya sopan.. tak pernah satu ayat pun beliau mengguriskan perasaan aku melainkan dengan kata2 maaf andaikata beliau rasa beliau terlanjur kata.. kecindan orangnya dgn lawak2 yang adakala senang untuk menghiburkan.. rendah hati dan sentiasa mengajak aku kepada mengenal tuhan yang hakiki..
Aku takkan pernah ada sahabat yang mampu berbual dengan aku begitu romantik sekali walaupun aku lelaki.. aku takkan pernah akan ada sahabat yang sentiasa mengingati dan mendoakan aku sepanjang masa.. aku takkan ada sahabat yang akan menyokong aku seperti ini.. dan segala2nya begitu berbaloi dan bermakna sekali.. ada masa beliau menghubungi aku pada waktu2 yang tepat.. macam belaiu tau2 jer dia patut call aku..!!
Masih teringat lagi pemberian beliau berupa sehelai kopiah putih milik beliau yang aku simpan ke hari ini.. bukti aku takkan pernah melupakan beliau.. waktu perpisahan sementara kami dulu cukup ringkas ceritanya.. semuanya berlaku selepas solat jumaat.. tanpa ada satu titik air mata pun.. beliau mengajar aku erti tabah.. balik2 beliau cakap.. "adat manusia la ikhram.. bertemu dan berpisah.." abis cakap beliau blanja aku goreng pisang 2 ringgit,, lepas tu beliau kuar g kenduri dengan family.. aku pulak sibuk mengemas barang2 pindah nak balik ke kampung dulu sebelum berangkat ke butterwoth..
Aku ambik masa lama juga nak membiasakan diri hidup tanpa beliau dan akhirnya aku belajar berdikari.. hahaha.. beliau ajar aku banyak perkara sebenarnya.. beliau bawak aku ke lembaran hidup yang baru .. yang segar..
Kini.. sama2 nak menghadapi peperiksaan.. agak lama jugak aku tak menghubungi beliau.. dan saat kegentingan ini beliau mengingatkan aku kepada kejayaan yang ingin kami capai.. ternyata beliau takkan melupakan aku untuk selama-lamanya..
Adakah ini sahabat yang ingin aku jaga..?? aku tetapkan dalam hati.,. Ya..!!. Beliaulah sahabatku yang abadi.. amin...
p/s - Fikri.. sori ar terpaksa curi gambar kat atas tu kat fb.. ingat ni kot pic yang paling ok.. hahaha!!
3 comments:
mati2 igtkn kwn ko tu pompuan..ditambah plak dgn lagu yg soul cani..huhu...
tula dia..sahabat yg baik mmg susah nk dicari & bila berpisah kita akn merasai kehilangannya..
hahaha.. die seorang lelaki yg memang lelaki unggul la katakan.. hahahah.. cewah !! yup, die memang tak pernah hilang dan takkan hilang.. walaupun kami jarang bertemu mata.. tp kami tau kami akan sentiasa ada.. tq skype crew..
best nyer ade kawan camtu.. untung la kamu.. =)
Post a Comment