SELAMAT HARI LAHIR AFIQ - 8/11/2010
Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabat aku , Afiq Mohamad Ismail yang ke 22 tahun. Selamat hari lahir aku ucapkan.. sebagai kawan yang sentiasa berada di sisi, aku mengharapkan ulangtahun kelahiran kali ini merupakan ulangtahun yang terbaik dari tahun-tahun yang sebelumnya.. Aku sebagai rakan seperjuangan dan teman sepermainan mendoakan agar Allah SWT mencorakkan jalan-jalan indah untuk masa depan kau yang cerah.. semoga pintu-pintu rezeki terbuka luas untuk kau serta sukses dalam apa jua yang kau ceburi, Afiq..
Sangat bererti rasanya berkongsi suka dan duka bersama kawan seperti Afiq.. sebagai kawan ingin sekali aku mengucapkan jutaan terima kasih dalam setiap apa yg kau lakukan pada aku selama ini yang aku anggap sangat bermakna dan berjasa.. mana mungkin akan aku dpt cari ganti teman yang sama2 membantu aku dalam suka dan duka disamping berkongsi setiap rahsia dan masalah.. ada ketikanya, lucu juga bila terkenangkan lawak2 kita sehari2an.. aku takkan dapat mencari 'pembantu perubatan' yang lain seperti afiq yang menjaga kebajikan aku dengan baik sepanjang terlantar di katil semasa kecederaan kaki dulu.. yg menukar ganti besen setiap kali kaki aku perlu direndam di dalam ketulan ais.. kenangan itulah yang membuktikan betapa luhurnya hati teman aku seorang ini..
Untuk tahun ni aku tak punya apa2 untuk diberikan kepada Afiq selain menghadiahkan sebuah novel berunsur kerohanian dan penanda buku buatan sendiri.. Akhirnya, setelah bertahun2 aku mereka dan mencipta penanda buku tu, rupa-rupanya kau lah yang menjadi pemiliknya, Afiq... Pernah sebelum ini aku bercadang ingin memberikan kepada ramai orang tapi tak pernah kesampaian.. sehinggakan adakalanya aku terasa ingin menyimpannya sendiri kerana bagi aku penanda buatan aku ini terlalu bererti.. namun kata orang.. kalau mahu beri sesuatu kepada orang, berilah perkara yang paling baik, yang paling kita sayang.. dan jodoh yang menerimanya adalah kau.. terimalah seadanya, yer afiq.. Simpanlah baik2..
Semoga Afiq dikurniakan jodoh hidup yang baik memandangkan kau pun baik orangnya.. dan bakal menjadi seorang guru yang berketrampilan dan dsanjung oleh masyarakat.. Sekali lagi, Selamat Hari Lahir....
p/s - Lambatnya lagi besday aku nie.. ish3..!! Penatlah nak tunggu..???
4 comments:
wahh baiknya kawan die ni, siap bagi hadiah, cool! :))
wahh..bestnya....
huhuhu...
hapy besday wat afiq jgk..=)
tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kamu, Ikhram sehingga ke akhir hayat. Ameen.
jngn risau.
give and take.
nnt aku bg kt hng hadiah balik.
wait.
thank you very much safini.
Post a Comment