tapi aku seronok.. dan segala yang berlaku begitu indah..
untuk itu
aku rajin sekali ingin menulis fakta berkaitan dengan diri aku
sebagaimana
aku telah ditag oleh miss Ana Rafauzi..
25 fakta berkaitan... ikhram
wow ! bunyi macam menarik !! aku try !! hehehe..
.
.
- seorang yang agak tinggi bagi lelaki di asia dengan ketinggian 185cm, namun mempunyai masalah gayat yang kronik.
- suka membaca novel terutama novel yang ditulis oleh penulis lelaki
- lebih gemar menyalin apa-apa saja di papan tulis berbanding mendengar.
- seorang yang cepat marah namun lambat untuk sejuk. untungnya tidak perlu dipujuk.
- senang dimanipulasikan dengan pelbagai cara terutama pujian yang seolah-olah menggambarkan diri sendiri.
- suka melihat kepada perempuan berambut pendek beralun tetapi bukan yang dimesinkan.
- lebih tertarik dengan barangan kulit berwarna coklat berbanding hitam.
- mempunyai seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki yang mempunyai beza umur antara mereka berdua sebanyak 8 tahun.
- sentiasa menukar jenama buih mandian setiap tahun dan jenama buih mandian OLAY paling digemari dan digunapakai sehingga sekarang.
- kesukaran untuk tidur namun mempunyai kebiasaan waktu tidur yang panjang.
- merupakan seorang yang gemar bercakap bagi melepaskan rasa gemuruh dan selebihnya adalah tindakan spontan.
- sangat takut kepada haiwan bersisik tebal seperti buaya, biawak dan ular.
- gemar mengikuti rentetan arus perdana yang tidak berkesudahan seperti kes pembunuhan altantuya, kes scandal anwar ibrahim, kes pembunuhan sosilawati yang memerlukan anda mengikuti perkembangannya setiap hari.
- gemar makan buah-buahan terutama buah tembikai namun jarang menikmatinya.
- suka kepada kuih-kuih yang bergoreng dan bersalut gula terutamanya kuih keria .
- kebanyakkan pakaian yang dibeli selalunya mempunyai corak yang paling minimum ataupun kebiasaannya kosong tanpa corak atau berpetak-petak.
- mempunyai kesukaran tidur di kawasan yang gelap berbanding di kawasan yang terang dan bising.
- tidak menyukai permainan yang memerlukan jangka masa yang panjang seperti catur, dan saidina tetapi menggemari permainan uno card yang hanya berserah kepada nasib.
- berhasrat untuk memiliki kereta toyota vios walaupun sebenarnya tidak meminati kereta itu seratus peratus.
- gemar minum teh berbanding kopi dan nescafe dan tidak sesekali menyukai bau air milo.
- rajin mengemas rumah tetapi bukan membuat kerja-kerja rumah.
- seorang perahsia walaupun kerap berbual-bual mengenai hal-hal peribadi.
- tidak mahir membuat kerja-kerja tukangan kerana mempunyai masalah genggaman tangan yang kuat.
- tidak mempunyai pemikiran yang berstruktur kerana selalu melontarkan idea secara spontan. sebab itu kebanyakan jawapan meleret-leret.
- seorang yang penyayang namun kurang menunjukkan.
untuk meneruskan pengembaraan ini aku ingin nak tag
28 comments:
no 12, no wonderla hari tu tengok2 berani je masa entri pasal bearded dragons :)
Thanks bro.
Entry esok aku buat pasal benda ni.
ada ciri2 suami mithali..kah3
185? woooah!! seyes tinggi!! anat 154 :( rasa diri ini kerdil.. hehe.. anat pun kena tag? heheh. karang anat amek k? :)
Aiseyh, tingginya...
sedekahla skit ketinggian tuu.. hehe
btw, apa pasai x suka bau ayaq milo?
Milo tu sedap woooo.. HAHA
perghhh complicated nyee . =.='''
tinggi sama ngan Federer
Orait bro dah jawab dah. Gracias :)
http://apihelnino.blogspot.com/2011/01/25-fakta-tentang-apih-el-nino.html
ikhrammm... 25 perkara dah tau.. tapi ade lagi 250 perkara yg aku nak tau.. ecewah.. bleh kan nak demand?? ;-)
HAHA org tinggi gayat ! klaka la
tinngi nye ko, klau ko gi Korea mesti ko leh jadi artis woh (pe kena mengena nih??)
MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT
-pastu baru tak gayat dah, siap boleh main tumbuk2 dgn buaya lagi
ENTRY HOT : Malaysia Boleh!
afzan : sebenarnya tengok sekejap.. tp sebab gambar yg diambil tu canik dan jelas.. tu yg jadi tak takut sgt.. hehehe
Apih El Nino : tq k.. sgt menghargai..
izmir fadzil : hahaha.. ye ker? bley ddah la nak rancang menjadi suami nie?
ANATI SOKI : kalau orang pandang saya.. selalu akan tegur tinggi.. tp saya rasa rasa ketinggian saya biasa2 jer..
ZWAN SABRI : kalau boleh sedekah, nak sangat sedekah.. ramai jugak yg mintak ni.. tp apa bleh buat.. kite kene bersyukur dgn apa yg kita ada..
milo? uwek.. tak leh bau la.. sebab tu mak kene buat beberapa jenis air dlam satu masa yg sama..
Nana Liyana : sebenarnya saya bukan seorang complicated.. percayalah.. setiap satu itu tidak mengganggu manusia lain.. tetapi lebih kepada merujuk diri sendiri
IMANSHAH ; tinggi je sama kan.. tp malang tidak tahu bersukan.. huhuhu
Apih El Nini : oo.. dah jawab ye.. dah baca pun! hahaha
sarah zulk: boleh.. ko buat contest nak tau fakta tentang... lebih 250 perkara.. lepas tu tag aku.. insyaallah aku penuhi .. hehehe
epaa chenta ; kenapa lelaki tinggi gayat? kesian saya bila ditertawakan.. tp mmg klakar pun ! hahaha
nora : haha.. kalau g korea dpt jd artis.. skrg jugak nak g korea..
tp kalau minum milo leh lawan buaya.. baik tak yah.. baik minum air teh.. seram..
kalau org pndang anat plak.. org ckp anat pendek.. tp anat dah rsa anat mcm tinggi giler.. hehehe
oooo
baru tau...
eh tinggi nya ko hehe
xD
tak tau nak komen apa.. tapi suka part yg gayat tuh... :D
ANATI SOKI: oo.. kita takkan nampak ketinggian kita kalau bukan dari cermin mahupaun dari padnangan kawan2.. huhu.. itulah yg saya rasa..selalu rasa tinggi sama mcm kawan2 yg lain.. rupa2nya..
Eazy Izzuddin : tinggi tak tinggi.. tinggi jugak la..
Siti Mashitah Saidin : oo.. suke yg no 1 tu yer.. huhuhu..
Post a Comment