I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 8, 2011

Apa Erti Hubungan Itu..??



Apakah erti perhubungan itu ??
lihatlah sekeping gambar di atas..
dua jejaka dan dua gadis..
dari kiri
kakak fatin, adik fatin, ikhram dan abg fuad..
kami duduk di atas padang rumput..
yang tiada alasnya..
di situ kami kongsikan segala kegembiraan kami pada petang redup itu..
kami potretkan kenangan kami..
walaupun bergelumang dengan kegentingan peperiksaan yang lepas..
kenangan manis kami sebenarnya, pada petang itu..
..
analogi perhubungan itu..
biar aku sendiri terangkan..
ikhram dan adik fatin itu adalah hubungan persaudaraan..
di mana aku abangnya..
dan adakala dia akak dan adik dalam keluarga kami..
hubungan kami umpama air dicincang takkan putus..
itulah ajaran mak dan abah..
.

akak fatin, abang fuad dan aku..
hubungan kami lebih tertumpu kepada rakan sekelas.. sekuliah..
seribu satu kenangan manis dan pahit..
menjadi kenangan kami sejak hampir empat tahun yang lepas..
mana yang manis kami sebarkan..
mana yang pahit.. kami pendam.. kami rahsiakan..
mana yg tercalar.. kami lupakan..
sebab kami mahukan yang terbaik..
bersatunya kami.. adalah terbaik untuk rakan sekelas yang lain-lain..
..

abang fuad dan kak fatin..
antara mereka..
hanya mereka saja yang tahu..
tak berhak rasanya aku bercerita..
sedangkan yang aku tahu adalah sedikit..
umpama setitik dakwat dalam lautan akan perhubungan mereka..
namun yang pasti..
sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka..
pastinya kegembiraan hubungan mereka..
adalah kegembiraan kami juga..
..

adakala
aku ibaratkan sesuatu hubungan itu membawa kepada banyak kebaikan
kepada keindahan kehidupan itu sendiri..
semakin banyak sesuatu perhubungan itu tercipta..
semakin mendalam pemahaman rasa bersyukur kepada tuhan..
tetapi ada masa..
ada ramai yang tidak tahu erti bersyukur dalam sesuatu perhubungan..
yang ada ketika
bagai merentap tali persaudaraan itu sendiri dengan pelbagai cara..

pembelotan yang beterusan..
rasa iri yang bermaharajalela..
kedengkian kebahagiaan manusia lain yang lebih dari kebahagiaan diri sendiri..
ketamakan hidup terhadap harta dan darjat..
rasa takbur dan riak dengan ibadat sendiri
sehingga memandang buruk pada orang lain..
sering menjaga kepentingan diri secara berlebih-lebih..
ketidakupayaan bertimbang rasa..
keegoan untuk menghormati..
dan tidak sabar untuk bertolak ansur
serta memberi hukuman tanpa mengadili dengan wajar..
kesemua2 ini menjerut sesuatu perhubungan itu..
..

amalan
yang muda menghormati yang tua
dan
yang tua menyayangi yang muda..
perlulah diperlihara..
hilang amanat ini..
terputuslah semua usaha memantapkan perhubungan..
semuanya berbalik kepada ajaran agama..
dan ilmu pengetahuan..
..

sebagai pengajaran
jaga kesihatan
kerana kita perlu sihat bukan untuk diri sendiri sahaja
tetapi untuk orang yang kita sayang..
ingatan ini dari kak sarimah yang saya sayang..
insyaallah..
yang terbaik untuk semua..

22 comments:

Anonymous said...

the more u give the more u get back..
that's the way the love works..

iKhRam said...

princess pisang : wow.. rasa seronok baca kata-kata kok ana.. rasa tenang..
terima kasih dgn ingatan itu k?

MissButterfly said...

awesome ! suka sangat baca entry ni ^__^

zazaw said...

suka dgn pic no 1 :)

iKhRam said...

dayangkueffazulaikha : entry dtg dari hati.. apapun terima kasih yer.. sgt menghargai..

iKhRam said...

zazaw : ada brape byk pic nie..?? rasanya ada satu jer.. hahaha

ZWAN SABRI said...

bagai pinang dibelah 4 la..
hehe..
erm, btol tu btol..
kadang2 kita perlu sihat untuk org laen.. ;)

Blog Eazy Izzuddin said...

luv ur entry
suka ayat anda
suka pic itu.
hehe
xD

iKhRam said...

zwn sabri : dibelah 4 ??? hahaha..
kene sihat.. mulakan dengan oemakanan yg sihat dan senaman yg berterusan..

iKhRam said...

eazy izzuddin : terima kasih kerana menyukai semuanya.. teruskan menyokong k?

sarah zulk said...

makna perhubungan yg tercanak kat tajuk tu dah terjawab dalam isi entry nih..

lengkap untuk tau definisi hubungan secara ringkas dari aspek hidup seharian ko..

keep it up up up!! =)



ps: cara penulisan lain tanak try??

Maicher said...

gamba tu sangat awesome!
oh oh seriously.
n macam biase,
ayat sangat tip top^^

Unknown said...

ikhram: pandainya berbahasa. Thumbs Up yaw

iKhRam said...

sarah zulk : kalau nak dikutkan byk lagi hubungan yang tercipta.. hahaha.. cuma tak tersedia dlm gambar..

ada masa sekeping gambar boleh kite terjemahkan dengan berbagai persoalan..

iKhRam said...

maicher : mai.. gambar tu hanya menggunakan kamera digital biasa tp bakat kawan saya, cik gadis olrite tu memang betul2 memukau mata dan perasaan kan..

selain mai, saya sendiri pun terhibur melihat gambar di atas..

iKhRam said...

zakiranSiraj : sebenarnya tak pandai mana pun.. sekadar bercerita kepada hati sendiri..

Anati Soki said...

ikhram. sem ni anat pressure. classmate mcm hape tah. T__T presssure. jenis ada yg phd. pressure sgt2.. T___T taktau anat wat slh apa kt diorng. igt kot dah masing2 beso dah makin pndai pikir. nih tak.. lg syok carik gduh. anat banyak nanges je skunk..dgn induksi pe smua lg.. T___T seidh

iKhRam said...

anati soki : yg pertama bersihkan hati..
yg kedua, belajar mematangkan diri..
rasanya masalah itu pernah saya alami.. bila difikir2kan.. saya turut bersalah.. tidak ada penyelesaian yang boleh mengubah semua situasi tu melainkan diri sendiri..

nak tau bagaimana..?
yang pertama, biarkan hati kita yang cepat sensitif itu menjadi tebal.. luarnya tebal biarpun di dalamnya nipis.. maksudnya.. biarpun hati kita pedih menahan marah ataupun sakit atas perbuatan orang lain.. tp muka kita manis.. kita buat seseolah kita tidak merasakan apa2pun.. kita tidak mendengar apapun..

yang kedua.. galakkan persahabatan walaupun dengan orang yang kita tidak suka.. yg ini sgt penting.. kita boleh berkawan dgn semua orang walaupun hakikatnya kita tidak rapat dengan mereka.. jangan terlalu bergantung kepada sorang perseorang.. kerana ini akan mengundang masalah kepada kita.. kita dengan diri kita.. kita baik dengan semua orang dan ada ketikanya kita perlu tau, kita boleh hidup sendiri.. jd kita bebas.. semua akan berkawan dgn kita walaupun tidak rapat.. itu lebih baik.. dari bergantung sehinggakan bila sesuatu masalah berlaku.. kita hilang punca..

yang sleebihnya.. untuk selamat.. kita tidak perlu menyokong atau membantau.. biarkan sahaja masalah itu berlaku.. sekiranya da berlaku salah faham.. lebih baik diam..

byk lg sebenarnya.. permasalahan anati umum.. jd hanya penyelesaian yg umum saja yg boleh ikhram kongsikan..

Anati Soki said...

tq.. heheheh.. anat skrg banyak diam ja.. taknk sokong sesapa pun. taknk bangkang sesapa. anat diam. and anat kawan ngn sume org. anat tak berani nk ada bff kt sini. kalau ada yg rapat. rapat ngn roomate n budak kelas lain.. hehehe

iKhRam said...

Anati Soki : bgus lah kalau mcm t pesan saya.. buatu.. ingat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali.. apapun penyertaan yg aktif tu penting.. cuma kawal diri supaya tidak terlalu berlebih-lebihan

Anati Soki said...

T_T tapi kan.. rasa cane ntah. time susah diorng carik anat. time nk tumpang nk guna keta pe smua.. mula la baik habis nk lepak ngn anat la apa la..
tp time bila snng
tegur pun tak. walaupun satu kelas yg ada 20org SAHAJA tuh.. sapa tak sentap bhaaai.. :( T___T
kdg2 rasa cm diprgunakan

iKhRam said...

anati soki : sebab tu kita kene bijak berfikir.. jgn jadikan pengorbanan kita sia2..
ingat tak pos ikhram yg lepas.. apa yg abah ikhram pesan.. buat baik biar berpada.. jgn sampai mengguris hati sendiri.. itulah maksud yg tersirat yg perlu kita belajar anati soki..

bila anati rasa dipergunakan.. jgn stop mewmbuat baik itu dengan tiba2.. sebaik2nya berbincang.. tp lebih elok sekiranya kita berbuat baik dengan niat untuk menggembirakan hati kawan2.. byk2 ikhlskan hati.. dan berdoa agar diterima kawan2.. belajar besedrhana dalam bersahabat..

sekiranya ada terkecil hati.. buangkan jauh2 sifat benci tu.. better anati soki memberdikari diri.. maksudnya berrani untuk bangun bila diri tinggal berseorangan.. saya pun pernah lalui perkara tersebut.. jgn takut utk berdikari berseorang.. itu buat kita tabah dan tak bergantung kepada sesiapa.. baru orang segan nak mempergunakan kita.. tp jgn sampai tidak berkawan pula..

azam 2011 itu.. byk2 perbaiki diri.. setiap amasalah itu kalau kita kita selesaikan dari aspek diri itu lebih mudah dari mengubah hati ramai manusia..

semua ini akan mematangkan anati.. jgn takut untuk menjadi matang..