I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 4, 2011

Kaunseling & Rumah Sewa



Abah pernah berpesan..
jangan pernah sombong dengan diri sendiri..
sehinggakan bila susah tidak mahu meminta pertolongan..
..
Untuk semester kali ini..
aku berpeluang untuk belajar.. hanya 2 saja subjek semester ini..
nampak macam seronok..
tp memang seronok pun.. hahaha !!
pertama - education
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
kedua - science
ACTION RESEARCH - PRIMARY SCIENCE (METHODOLOGY)
dan subjek science kini berevolusi
dari english ke bahasa ibunda yang tercinta..
..
nampak macam gah.. tp itulah realiti..
itulah yang bakal aku hadapi..
fikirkan boleh.. insyaallah jadi boleh.. !!
positive selalunya jika didarab mahupun dibahagikan..
akan menjadi positive jugak akhirnya..
..
untuk hari ini
aku dan kawan2 melangkah masuk ke bilik kaunseling..
kali pertama sejak 4 tahun setengah yang lalu
mengenali dan menjejaki hidup di maktab kandung ini..
inilah pertama kalinya
mungkin alasannya, kami ini bukan budak bermasalah..
PEMBETULAN..
kita perlu ubah 'bermasalah' itu kepada 'memerlukan'..
barulah bilik kaunseling ini akan berkesan..
jadi untuk itu.. konsep bilik kaunseling dan bimbingan ini kami terokai..
dan akhirnya kami pun faham..
apa yang perlu ataupun tidak dalam kaunseling..
memahami semua ini akan membantu kami
mengenal pasti anak2 bangsa yang patut kami rawat..
emosi dan keyakinan dirinya..
..
rumah sewa..???
kali ini aku sendiri menjejakinya
bersama idwan dan fuad jahaya ke balik pulau..
pencarian hari ini
membuatkan aku lebih mengenali hidup berasaskan desa..
indah permai dan tenteram..
berkenalan bersama cikgu azan dan pak teh sebentar tadi
buat rasa diri terharu pada yang sudi membantu
biarpun tiada pertalian darah apatah bertemu muka sebelum ini..
namun budi mereka itu lebih dari segala2nya..
insyaallah.. penyelesaian bakal kami temui
bersabarlah.. kerana semuanya memakan masa sehingga esok hari..
kediaman kami bakal dimiliki..
amin..
.

18 comments:

sarah zulk said...

dapat punyelah rumah tu nanti.. insyallah.. =)

semua orang ade masalah justeru automatik memerlukan bimbingan dan sokongan.. walupun kecil sokongan, mmg meringankan..

semoga berjaya jadi guru cemerlang yang meringankan tekanan pelajar.. =)

FazMelati said...

good luck!!! =)

Blog Eazy Izzuddin said...

dua subjek ja sem ni
besh la...
good luck!
;)

zazaw said...

untung la kau dua subjek
boleh dah ulang alik Penang-Seremban
HAHAH

Anati Soki said...

dua subjek ja? kamu dah masuk sem bapa nih? T___T
jelesnya.. anat ada dekat8subjek kot!! dgn big sbe pe smua lg.. walalala... sedih2

Un Phat Lee said...

perrh sure rilek en...dua subjek je..

Reen Azreen said...

cekgu ikhram..reen pon tekejot gak kene blaja sains sem nih dlm malay...reen baru sem 5...awk dah sem 7..arap2 dpt go on dgn sbr k...wish u luck..mane tau after dis kene plak tukar mengajar sains in english balek ke?who know???????

yg jadi mangsa...guru,student ngan parents...emmmm

ZWAN SABRI said...

erm, suka dengan ayat jangan sombong dengan diri sendiri tuu tp x brapa nak paham la maksod dia.. huhu..
aiseyh, dudok kat balik pulau kaa..?
ayooo, pening kowt kalaw p balik pulau...
jalan pusing2.. HAHA

KNS said...

apesa; 2 subjek je?
tak adilll
sungguh x adil
grrrrr

iKhRam said...

sarah zulk : alhamdulillah.. rumah sewa tu dah [un kami miliki.. walaupun rumah itu tidaklah seselesa berada di rumah.. tp kami bersyukur kerana ada tempat untuk berlindung dan berehat sementara kami berpractikum.. insyaallah untuk sem ni akan buat yang terbaik..

iKhRam said...

Melati : terima kasih.. selamat berjaya jugak ye..

iKhRam said...

eazy izzuddin : dua subjek je sem ni.. tp kami kene practikum selama tiga bulan.. lepas tu kami ada seminggu je utk study dan terus exam..

selamat berjaya ye..

iKhRam said...

zazaw ; walaupun dua subjek.. tak tontu laie den dapek balik umah selalu doh!.. sibuk den sem nie.. kojo byk..

iKhRam said...

anati soki : dah sem 7.. mestilah makin skit sebab kene lalui praktikum 3 bulan.. tak pe.. 8 subjek tu saya dah lalui.. insyaallah semua bakal guru boleh lalui dengan sabar..

selamat berjaya

iKhRam said...

phat lee : tak la relax sgt.. walaupun dua subjek.. tp salah satu subjek tu agak susah jugak.. ia melibatkan proses saintifik yg berpanjangan

iKhRam said...

reen azreen : sama la dgn kami pun.. semuanya bertukar dalam bm.. secara jujur saya sgt seronok.. sebab saya lebih menguasai bm dari bhs penjajah yg amat saya benci.. cuma bila ada perkataan2 yang kita biasa guna dlm english diterjemahkan.. rasa lucu pulak kan??

hahahaha

iKhRam said...

zwan sabri : pening sgt2... sampai skrg pening..
maksudnya.. kalau kita merasakan kita perlukan pertolongan.. mintak lah tolong.. jgn ikutkan ego dgn melakukan seorang diri yg sememangnya menyusahkan diri sendiri.. ada masa kita segan nak minta tolong orang lain.,. tp sebenarnya kita memerlukan..
hari ni kita mintak tolong orang.. hari esok kita perlu membantu orang lain pula.. lebih kurang mcm tu lah..

iKhRam said...

Fxysche Nas : knp dua subjek.. sebab kamia da 3 bulan practikal.. jadi credit hour dah pendek.. jadi paper exam pun sket la..