I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 10, 2011

Kenapa Mahu Sentiasa Di Zon Selesa


bila panas tiba..
aku mahu yang dingin..
bila yang disantap pedas..
aku mahu yang dingin..
dingin saja tidak cukup..
aku mahu yang dingin dan manis dan sedap..
aku pilih ABC..
dalam banyak2 ABC di dunia ini..
aku memilih ABC di warung 'payung' yang terbaik..
ABC kelas dunia tue.. !!!
ada ketika tanpa aku sangka..
yang terbaik dan terlazat itu
rupa-rupanya ada di tempat kita sendiri..
bertuah dan bersyukurnya aku..
itulah pemimpin kita selalu war-warkan
belilah buatan negara kita..
..
sekiranya aku sogok anda
dengan sejumlah wang berjuta2..
untuk menukar persepsi orang ramai
bahawa gula itu masam..
adakah anda mahu berkerja keras untuk menukarkan akal semua manusia dengan prinsip itu.. ??
pasti tidak bukan.. ??
sebabnya tidak ramai yg sanggup bersusah payah untuk 'ketidakselesaan' itu
kita lebih suka duduk berdiam diri..
dari menukar sesuatu yang menjadi kebiasaan orang ramai..
kerana kita tidak mahu mencalarkan kehidupan kita
kebahagiaan kita
kerana kita sentiasa mahu berada di 'zon selesa'..
..
pernah kita mahu menegakkan sesuatu perkara
yang kita rasakan perlu, tetapi harus menyeberang arus perdana..
namun kita hanya pilih untuk berdiam diri..
diam saja mulut kita.. terkunci..
hanya melihat..
bagi kita
untuk apa menyusahkan badan..
menentang dan menyerang walaupun demi kebenaran..
sedangkan kita mampu untuk hidup bersenang lenang..
berehat..
dari membahayakan diri.. serta membebankan diri..
semua ini berlaku
kerana kita suka berada di zon selesa..
..
namun sampai bila..??
zon selesa ini ingin kita tumpangi..??
andai suatu badai melanda..
zon selesa ini sebenarnya meruntuhkan kebahagiaan kita..
dan ketika itu baru kita mahu menyerang..
maaf..
kita meruntuhkan diri kita sendiri..
dengan kerap dan kejam..
..
semua ini kesilapan kita..
kerana tidak pernah berani..
kita hanya duduk menumpang..
dan sentiasa berada belakang
sehingga ..
selagi kita tidak terancam..
biarlah kita hidup di zon selesa..
itulah cara kita berfikir untuk diri kita..
..
berapa ramai yang tidak memahami entry ini..??
fahamilah..
jika tidak..
sebenarnya anda juga turut senantiasa berada di zon selesa..
..
berubahlah...

14 comments:

sarah zulk said...

zon selesa yang buat kita leka.. sehingga mase zon selesa tamat, kita tak ada tempat untuk berpaut lagi..

untunglah bagi sesiapa yang sanggup berjuang menongkah arus perdana demi zon selesa yang benar2 hakiki yang akan tiba, cuma tak tau bila..

tahniah.. kau berjaya ingatkan realiti zon selesa kepada aku, pembaca.. ingatkan aku tentang berani untung menyeberang walau perlu menongkah arus.. tak kira tenang apetah lagi yg deras.

iKhRam said...

terima kasih dgn ucapan tahniah itu.. nampaknya ada jugak yang faham.. alhamdulillah...

perkataan 'leka' tu yang hilang masa menaip entry ini.. namun saya harap entry ini adlah yang mudah untuk difahami..

Unknown said...

perghhh sedap tuhh . mntak ckit bolehh ? haha . kt mne ni ?

Unknown said...

eh , lupe . sy paham mksud yg cube dsmpaikan . kite x leh tlalu selesa dgn zon yg kita duduki skrg .

zacky786 said...

woww ..~ best maksud die.. mendalam gituu.. dari ABC ke kehidupan..

best entry :D

iKhRam said...

Nana Liyana : kedai abc kat 'payung.. sebelah masjid gelugor..

iKhRam said...

Nana Liyana : terima kasih adik nana kerana memahami.. saya fikirkan tiada sesiapa yg memahami.. sebab tema yg ingin saya ketengahkan agak berat juga.. kita perlu beringat sentiasa

iKhRam said...

Zacky ~786~ : terima kasih.. kisah hidup seharian selalu saya ketengahkan.. supaya kita saling ingat mengingati...

apapun terima kasih sekali lagi kerana awal2 pagi telah pun melawat blog saya ini..

(selepas ini terus bersiap ke kuliah )

Blog Eazy Izzuddin said...

sekarang maseh mencari zon selesa..
walau hampir menemui nya....
jom!
ABC 1!
xD

ijam ismail said...

huhu..xleh la..sy da berazam utk tidak mkn ABC lg..coz nnti sy demam teruk...
=(

iKhRam said...

eazy izzuddin : alhamdulillah.. semoga zon selesa yang anda temui tidak melekakan anda..

ABC satu siap.. hahaha!!
terima kasih melawat k?

iKhRam said...

ijam ismail : kalau itu azam anda.. nampaknya anda bley tgok saja lah.. tp ABC ni memang sedap... saya dan eazt izzuddin je la yg dpt merasa..

apapun terima kasih melawat..

afzan said...

comfort zone? semua takut untuk ambil risiko :)

iKhRam said...

afzan : lumrahnyer kita suke mengikut arus..