I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 15, 2011

Tak Mungkin Kerna Sayang



"..Kau telah jauh, jauh dariku
tiada ruang di hati buatmu..
namun harus ku akui
ada ketika diminda kau menjelma kembali.."
(alyah ,2009)
......
Hari ni aku sendiri lagi..
bertemankan diri dan azam sendiri..
adakala membawa aku kepada semangat
bahawa aku perlu untuk menjadi insan berjaya..
kerana aku menuntut sesuatu pada diri aku sendiri..
yang aku mahu berjaya..
.
Aku lapar..
Kawan-kawanku makan dahulu meninggalkan aku..
dan aku pergi sendiri..
aku tidak kisah untuk berdikari..
kerana aku perlu berjaya..
tetapi hari ini hati aku sepi..
bukan kerana berjalan seorang diri..
.
Aku pandang pada atmosfera..
termasuk ruang udara di persekitaran aku..
semuanya datang berdua-dua..
tiada yang bertiga..
dan jarang-jarang yang berempat..
tetapi banyak juga yang berseorangan seperti aku..
.
sebenarnya aku tidak sendiri..
aku tidak pernah merasakan diri aku bersendiri..
kenangan lalu itu bagaikan sempadan diri..
bahawa dahulu aku pernah melakukan kesilapan..
atas kecurangan orang lain..
dan aku masih belum dapat melupakan sepenuhnya..
itukah benteng kepercayaan aku pada manusia lain..??
dan selalunya manusia tidak ramai yang jujur..
walaupun masih ada segelintir dari mereka tidak sebegitu rupa..
.
hari ini kenangan itu datang lagi..
aku hanya ingat-ingatkan yang indah..
walaupun antara kami berdua..
kerana yang indah itu buat aku jauh dari kenangan yang lama..
yang pernah hadir untuk menenangkan jiwa dan menggembirakan hati..
kalau dulu sebagai penyejuk rasa,
dan kini hanyalah sebagai bahan pententeram minda..
agar dijauhkan dari mendatang kepada diri ini..
.
untuk membenci..??
tidak sekali-sekali..
kerana membenci bagai menghukum diri..
waktu 'mentah' ini adalah waktu melakukan kesilapan..
untuk dibetulkan oleh diri sendiri..
biarkan dia dengan jalan diri dia..
dan aku dengan hamparan kehidupan aku..
kalau dia bahagia.. ?
tidak kurang juga kebahagiaan yang menimpa kehidupan aku yang gembira..
cuma bila sendiri seperti ini
yang menerpa datang bukanlah jasadnya..
tetapi kenangannya cuma..
yang muncul jauh dari hati biarpun yang dekat hanyalah ingatan yang tiba-tiba..
.
bila kenangan itu datang mendekat..
hatiku ini menjadi makin kuat..
dia bukan datang untuk membahagiakan..
tapi lebih kepada menggalakkan berlaku lagi kesilapan..
dan yang pasti aku tidak mampu untuk membetulkan..
mana2 yang telah dia silapkan..!!
dan untuk membenci semua itu tidak sekali-kali
..
.
".. sekali sekala ada
ada rindu yang datang tiba-tiba
tak mungkin kerana sayang
cuma terganggu oleh perasaan..."
(alyah, 2009)
.

12 comments:

Unknown said...

ikut terrrrjiwang jugak sbntar . hehehhe :D

zacky786 said...

haha.. terjiwang gak nie.. :P

ShAwN said...

jiwang amat...wooaa!!!

ZWAN SABRI said...

Smartla pic kat atas tuu..
btw, Jiwang la ayat2 kat atas tu..
payah untuk aku yang x jiwang ni nak paham.. hehe

IMANSHAH said...

kenangan walau pahit sekalipun memang sukar dilupakan, apatah lagi yang manis

iKhRam said...

Nana Liyana : bagus la kalau macam tu.. nampaknya tulisan ni berjaya membawa hati orang lain sama..

iKhRam said...

zacky ~786~ : alamak.. terikut sama jugak ke jiwangnya.. hahaha

iKhRam said...

shawn : jgn jiwang sangat... tp cari la unsur2 yg bernilai dalam tu... mungkin ada byk nilai2 murni dalam tu..hahaha

iKhRam said...

zwan sabri : ye ke smart? terima kasih...
susah nak faham ye.. citer ni mungkin kompleks kot.. tp tak pe.. nnt ada masa saya citer k?

iKhRam said...

IMANSHAH : kenangan tetap kenangan.. selalunya yang paling pahit dan paling manis yg kekal menjadi ingatan... apapun semua tu mengajar kita supaya menjadi yg lebih baik kemudian hari

epaa chenta said...

saya sgt2 suka lagu ini :) hehe

macho woo gmbr die. keh3

iKhRam said...

epaa chenta : lagu ni memang best..
macho?? merepek.. tp terima kasih k dengan pujian tu.. harap2 ikhlas.. insyaalah..