Kini aku rasa jiwa aku bak jiwa seorang yang berani..
Tempoh 15 hari untuk aku merasa tidak kene serba serbi mungkin akan semakin terkakis.. sebab aku dah berjaya bersemuka dengan dia malam ni.... yup!!.. walaupun temujanji kami yang pertama ini tidaklah berjaya seperti yang dirancang.. tp aku percaya inilah temujanji yang paling lucu yang pernah aku ketahui dan aku alami.. bayangkan temujanji pertama.. kami makan kat meja berasingan.. hahaha!! tak la lucu sgt sebab orang2 yang ada bersama aku td semuanya mempamerkan wajah gusar..
Tapi tanpa keberanian.. aku tak mungkin dapat melepaskan rasa ketidakselesaan aku selama ini.. Aku sudah tidak mahu hidup bersembunyi walaupun dia sebenarnya bersebelahan melintasi aku.. tak sangka, tindakan nekad aku mendapatkan die sebelum die melangkah masuk ke blok asrama td amat membantu.. masa ini aku dpt rasakan inilah waktu yang paling bermakna.. bersemuka dgn dia dalam suasana aman membolehkan aku bertanya, ketawa, bercakap.. dan memandang matanya.. Sesungguhnya inilah temujanji yang sebenarnya..!! Spontan !! Sungguh dari dekat, dia gadis biasa yang tiada punya apa2 tp itulah kelebihannya.. dan sebuah senyuman yang buat aku rasa gembira... hahaha.. pada ketika ni dia nyatakan yang dia tak dpt ikut kemahuan aku ke tesco memandang dia dah mbuat perjanjian dgn kawan2 untuk seminggu tidak ke sana.. macam2 la gelagat budak2 junior ni..!! sempat aku ulangi janji kami td untuk berjumpa lg buat masa terdekat.. kali ini aku tidak mahu ia gagal..
Hahaha.. bila dikenangkan semula td... inilah tindakan berani aku dalam mencari apa yang aku mahu.. sekurang2nya aku tidaklah menjadi hero jarak jauh lagi seperti kebanyakan lelaki di luar sana.. aku tau apa yang aku mahukan dan aku mahu dapatkan.. lepaslah segala perasaan yang terbelenggu sebelum ini.. dan kini aku hanya membayangkan senyuman dia yang manis.. semanis kurma..!! semoga ada jalan yang baik untuk aku selepas ini.. insyaallah!!
Terima kasih atas sokongan anda selama ini.. apapun yang terjadi selepas ini.. aku redha kerana aku telah berani mencuba..!! wallahualam..
p/s - tq kepada adik nini yang menetap di sg petani kerana menjadi pembaca setia entry2 saya nie.. insyaallah semoga mendapat keputusan yang baik kelak.. insyaallah..
3 comments:
goodluck with her bang.
tq bna.. ingat.. walauapapun terjadi abg tetap menyokong bna..
gud luck sir.. InsyaAllah u can do it.. ahahah
Post a Comment