I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 4, 2010

Taman Negara Pulau Pinang


Sabtu lepas, kami Science Society members, ada buat kajian lapangan kat Taman Negara Penang.. walaupun banyak halangan yang terpaksa kami hadap, tp hajat kami tetap terlaksana.. sampai juga ke sini.. Awal pagi hujan turun lebat.. menjadikan trip kami tergendala seketika.. Berteduh la masing2 kat dalam gerai.. Disebabkan hujan td.. kami tak dapat nak berjalan kat canopi walk.. jambatan gantung yg tingginya hampir mencecah 1000 meter.. apa nak buat.. tak de rezeki..
Kami terpaksa mendaki bukit yang jauh memakan masa hampir satu jam.. Letih jugak la.. lama kan tak exercise.. rasa sesak kat dada.. apapun masa trekking ni aku terlanggar duri kat kepala.. ni yang masalah kalau menjadi terlalu tinggi.. dah selesai mendaki bukit, akhirnya kami sampai kat sebuah pantai yang sangat indah.. tp sayang tak leh mandi.. sementara menunggu bot, kami habiskan masa melakukan pelbagai aktiviti kumpulan. Azurin sempat membentangkan perkongsian ilmunya berkaitan keburukan coca cola.. Semua tumpuan beralih kepada aku.. yup! aku tau aku penggemar coke yang tegar.. dan aku terima segala keburukan itu dengan keinsafan yang mungkin sementara atau abadi.. Nadiya Khalik pula dengan isu fungsi air mata, air liur dan air telinga.. dan kini aku tau kenapa serangga tidak akan masuk ke dalam telinga.. nak tau, find sendiri kat internet.. mesti ada jawapannya!
Sebelum berakhir trip kami kali nie, kami sempat menikmati keindahan laut dgn menaiki bot.. memang best berada atas bot.. lebih-lebih masa bot menghempas badai ombak.. (wow ayat !!) rasa cam nak melambung2.. tp itulah keseronokkannya sampaikan Nadiya Khalik asyik tutup mata jer.. Zuliyana Hassan berkesempatan mendrivekan bot kami.. wow, siap buat drift tu..! nasib baik selamat.. alhamdulillah.. trip kami kami berakhir dengan keseronokan yang tiada taranya.. Terima kasih semua Science Science Society yang sempoi dan happening..
Keseronokkan dan kepuasan berganda apabila mendengar ucapan terima kasih daripada madam Norizan dan Dr Yeoh sebelum kami meninggalkan bas.. itulah perkara yang tak dapat aku lupakan..

No comments: