I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 22, 2010

Hari 18 Aku Bertuah

Seperti yang lepas2.. aku rasakan aku memang menghadapi masalah untuk merancang pertemuan2 seterusnya.. hahaha.. nak tergelak jugak aku kat diri sendiri.. Perkara yang aku anggap mudah dulu kini macam meniti seurat rambut susahnya..!! Sebenarnya aku menghadapi masalah memikirkan keadaan dia. Kalau boleh aku tidak mahu sedikit pun mengganggu dia dari segi masa mahupun kelapangan dia bersama rakan2.. ini perkara serius bagi aku.. apatah lagi dia pulak bukan jenis perempuan2 lain yang mudah diteka perasaannya.. Ada masa dia lebih kompleks dari aku yang lelaki ini...dan ada masa2nya aku jadi buntu..

Jadi ceritanya, segala pertemuan yang aku rancang tak pernah menjadi.. hahaha... serius !!.. tak pernah menjadi walau satu pun.. melainkan dengan keputusan nekad aku memanggil dia hujung petang tempoh hari.. dan sama jugak lah hari ni.. aku tak rancang apapun..
Jadi malam ni aku turun makan kat kafe.. walaupun aku tak mengharapkan die turun sama, tp aku ternanti2 jugak dia..

Apakah perasaan anda.. bila ajakan anda kali pertama ditolak...?? huhuhu.. tp aku bgtau la.. aku taklah rasa terlalu hampa.. sebab aku dah boleh agak jawapannya dan aku belajar menerima.. tp apakah perasaan anda bila tidak lama kemudian peluang itu berulang semula dan jawapannya adalah YA??!!.. peluang seolah2 diberi semulakan?? dan pertemuan yang ini terjadi tanpa anda mencuba dengan sebenar2 percubaan.. hahaha !! pasti anda akan rasa diri anda bertuah.. yup.. itulah yang aku rasa..!

Jadi aku menghadapi pertemuan spontan yang tanpa dirancang2 ini dengan selesa.. aku gembira melihat dia gembira.. sepanjang pertemuan,masih terbayang ada satu soalan aku yang tiada dia jawab tp dia hadiahkan aku dgn satu senyuman.. senyuman yg sgt jelas ..! apa soalannya aku pun dah lupa.. hahaha...
Apapun aku harapkan ini adalah permulaan yang positif utk aku dan masa2 hadapan..


p/s - td dia sempat ajar aku buat rambut 'spike'.. macho tue rambut 'spike' dia.. hahaha!! sorry to say.. malam2 pun dia masih lagi cantik..

No comments: