I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 24, 2010

Hari 19 Aku Terguris

Hari ni aku baru mengecapi bahagia.. aku belajar menghargai diri sendiri.. aku bersama dia sepanjang tengah hari yang membahang.. angin yang bertiup buat aku teringat setiap saat aku berbual dan berketawa dgn dia.. melihat senyuman dia buat aku tenang.. betul, dalam hati, aku tersenyum.. di saat itu dia memberi aku peluang untuk mengisi masa lapangnya dgn aku.. aku pandang padang yang hijau dan langit yang biru dan semuanya menenangkan.. apatah lagi melihat dia..

tp itu cerita siang tadi.. ini citer malam...

tiba-tiba aku diminta untuk melupakan dia.. dalam aku melayan dunia aku sendiri ada ramai di luar sana rupa-rupanya tidak senang.. wahai kawan2.. aku adalah manusia yang lebih mendengar kata-kata anda semua dari menilai pendapat aku sendiri.. ye.. semua tindak tanduk aku tak pernah terlepas dari mendengar kata2 nasihat orang.. memang aku dan dia lain budaya dan keturunan.. aku setuju itu semua.. sedikit pun aku tak nafikan.. aku yang memulakan semuanya.. kalau itu yang yang tidak elok di mata kalian.. maafkan la aku..

secara jujur aku adalah lelaki yang baik.. dan kerana itu aku dihormati.. kalau ada lelaki di luar sana yang anda lihat berani untuk mengorat anda.. memandang anda dgn pandangan yang menerkam, menyentuh anda dgn berani.. memandang rendah kepada anda, maaf.. aku bukan lelaki seperti itu.. tidak ada kecantikan luaran seorang wanita tu yang aku pandang keterlaluan.. melainkan secalit keserasian itu yang aku cari.. dan disebabkan keserasian itulah aku putuskan hubungan yang lepas.. dialah wanita dari keturunan dan seagama aku yang berjaya mengecewakan aku.. dan kerana dialah jiwa aku sakit..

Lepas ni, apa nak jadi, jadi lah.. aku tak sanggup lagi nak kata apa2.. sebab dari mula lagi semua ni membebankan aku ! ye aku yang cari penyakit.. biarlah aku yang merawatnya..

kepada kawan2, jgn bebani saudara aku dengan cakap2 kamu.. dia nak periksa..!! tak hormatkan aku tak mengapa.. hargailah diri sendiri.. itu lebih bermakna.. semoga kawan2 jumpa jodoh yang lebih baik.. amin.. lepaskan aku dengan hidup aku..


p/s - kalau kali ni tak jadi jugak.. aku tutup pintu hati aku untuk mana2 perempuan !! byk komitmen aku lagi.. pada kejayaan, pada keluarga dan pada atuk yang amat2 aku rindukan..


4 comments:

Budak Hati said...

sape yang ckp tu?
jom terjah

iKhRam said...

biarkan la bang.. ikhram dah tak mau ambik tau lagi.. semua ni buat hati ikhram tawar.. ikhram nak tumpukan pada exam.. jom agih2kan chapter subjek..

Safini Yamin said...

sabr2..
org len xkn phm ape ygt kita rasa..
huhuhu..
sedih aku pun bg phk hg..=(

Budak Hati said...

ikram
apa nk dikisah dengan kata org
kite hidup atas diri kite
kite tau ape yang terbaik untuk kite