EMAK !!!
Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-48
"Semoga emak panjang umur dan murah rezeki"
salam..
Emak hari ni genaplah sudah 48 tahun emak di dunia.. dan sepanjang tempoh itu mak telah melalui liku-liku hidup yang sukar dan kini abg rasa mak kian menemui jalan hidup yang membahagiakan bagi abg. Bersyukur pada hari ini, emak masih dipanjangkan umur lagi walaupun ada masa mak mengadu sakit kaki.. tp abg bersyukur apabila masih lagi boleh mendengar suara emak subuh tadi.. menjawab panggilan abg.. mengiyakan kata2 abg.. mengucapkan terima kasih kepada abg kerana mengingati hari penting mak.. Mak, sebenarnya abang yang sepatutnya mengucapkannya terima kasih itu kepada mak..
Teringat peristiwa semalam, adik fatin mengingatkan abang agar abang melengahkan panggilan untuk mak selewat jam 12.15 kerana dia ingin mengucapkan ucapan hari lahir mak terlebih dahulu. Sebagai abg apalah salahnya abg mengalah.. mak, percayalah.. kami anak2 mak sayangkan mak sampaikan berebut2 mahu menjadi yang pertama mengingati mak.. tp yang lucunya bila abang call.. abah cakap mak dah tido lebih awal dari itu.. hahaha.. dalam fikiran abg.. memang mak lupa tarikh keramat nie.. hahaha..
Subuh pagi tadi.. anak bongsu mak yang sebelas tahun tu pulak menghantar mesej, mengingatkan abg dan kakaknya supaya menelefon mak.. bimbang agaknya abg dan kakaknya terlupa hari ni besday mak.. mak, tengok mak.. anak2 mak sekali lagi ingin menjadi yang terbaik untuk mak..
Kali ni panggilan telefon mak berjawab.. Mak tengah masak.. lauk udang.. dalam mengenangkan kesedapan lauk mak.. sempat abg ucapkan ucapan ulangtahun kelahiran mak.. dalam hati, abg mendoakan emak agar dipanjangkan umur lagi dan meminta semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mak di dunia dan akhirat.. tahun ni abg nak tambah satu lagi doa.. abg amat2 mengharapkan agar Allah akan memasukkan emak ke dalam syurgaNya.. insyaallah..
Emak,
walaupun tahun ini merupakan tahun yang amat mencabar bagi keluarga kita.. tapi percayalah.. emak punya suami yang amat2 menyayangi emak dan tidak pernah mempersia-siakan kehidupan emak, dan anak2 yang yang terdidik dengan pegangan hidup yang emak taburkan.. percayalah anak2 emak sentiasa mengingati emak dan menyayangi emak sepenuh jiwa dan raga..
Semoga ulangtahun kelahiran mak, menjadikan kehidupan mak lebih bermakna dan bahagia..
SELAMAT HARI LAHIR
tulus ikhlas dari anakandamu
yang tercinta,
IKHRAM ISHAK
1 comment:
Salam...happy besday 4 ur mom....smg dipanjangkn usia,dimurahkan rezeki dan smg sgl kebahagiaan mnjadi miliknya..AMIN.
Post a Comment