The Switch hari ni aku tonton.. saje menghilangkan sepi kat hati.. Afiq kata citer die lawak.. sori abg Fuad dgn Kak Tin, tak dpt join sama2 tengok cite hantu siam tu.. takut trauma malam ni karang.. hahaha.. jiwa kecut nie..!! Hari ni aku melepak dgn afiq.. kongsi pepsi, kongsi pop corn.. dan kongsi segala kesantaian menonton..
Citer ni bagi aku citer yang santai.. klau kok ana yang tgok, memang dah lama lelap dah.. teringat ayat2 dalam citer ni yang memukau fikiran aku.. "lihat kita manusia, sentiasa terburu-buru, sentiasa terlewat .. itulah dinamakan manusia.. "
Cerita romantis ni memang lambat tapi banyak membuat aku memikirkan akan takdir sendiri.. Cerita hidup orang putih yang menganggap isu mendapatkan anak melalui Bank Sperma mungkin agak 'panas'.. tp aku sejukkan dgn berfikir,.. itu isu2 antarabangsa.. hahaha..!! nak buat macam mana, dah cara hidup depa.. lagipun ramai wanita hari ni yang suka medapatkan anak tanpa melalui perkahwinan.. aku kadang2 pelik.. kenapa wanita ari ni takut sgt2 komitmen dan perkongsian ???
Ada masa sesuatu perhubungan tu misteri sebenarnya.. kita takkan tau sapa takdir kita.. sedangkan takdir itu sebenarnya sudah pun bermula ke destinasinya.. hahaha!! aku rasa citer ni sedikit sebanyak menenangkan hidup aku.. mustahil utk aku mensinopsiskan citer ni sebab aku bukan pengulas filem yg baik seperti dalam majalah2.. apa yang penting setelah aku menonton citer ni aku dah bersedia untuk membayangkan diri aku menjadi seorang bapa.. ! hahahaha.. seronok melihat diri menjadi bapa.. ada masa aku rasa aku mungkin boleh menjadi seorang bapa yang boleh berjalan2 bersama anak.. memegang tgn mereka sepanjang berjalan di taman.. bercerita tentang apa sahaja sebelum tido.. memeluk anak, mencium pipi mereka.. mengesat air matanya.. hurmm.... sabarlah.. setakat imaginasi mungkin boleh.. wahai anak, tunggulah abahmu mencari ibu untukmu... ok??? hahahahaha....
Lepas tgok wayang.. singgah minum petang kat Sushi King.. hahaha.. jadi orang jepun aku hari ni.. haik !! sambil badan bongkok 90 darjah.. hahaha.. buka je pintu restoran tu,.. aku dah tutup hidung.. bau sushi ni sedikit sebanyak meloyakan tekak aku.. aku bukan boleh bau benda2 yang mentah2 nie.. boleh tak bayangkan.. kat sushi king ni, kami semua sepakat memilih air green tea.. bukan sekadar menjaga kesihatan pencernaan dan pembuangan toksid dlm badan.. tp lebih kepada usaha penjimatan.. hahaha.. aku makan sushi yang ada ikan salmon.. dari dulu lagi aku nak tau .. apa la rasa ikan salmon yang merah2 nie.. tak la seperti yang aku fikirkan.. secara jujur, aku tak sukakan makanan sushi ni.. serius.. lepas je makan sektul dua, otak aku pening.. tak cukup dengan tu sampai je bilik.. perut aku sakit2.. serius aku tau dah.. tak de sebab lain.. ni mesti pasal makan sushi.. hahaha.. apapun aku enjoy mencuba benda2 baru dan aku tidak serik untuk ke restoran sushi king ni lagi.. next time, jom !!
Makan malam kat bilik.. menyantap nasi kerabu yang enak bersama afiq.. romantik kan?? hurm... sori , Afiq tak de rambut 'spike' la... wakaka! hahaha
p/s - hepi besday kat kawan saya.. Farhana Yusuf.. janji.. takkan lupa besday ko lagi.. !!
4 comments:
pasni blnje bella plak..my faveret ouh!
hahaha.. insy klau ada rezeki lebih...
haha..lawak entry ko ni.adoyai..anyway selamat mencari bu ankmu itu dan menjadi seorag bapa yg terbaik :)
wahhhhh tibe2 rindu maktab!!! =.="
Post a Comment