I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 25, 2012

Sir Ikhram.. Tetap Best !!



Lama sudah aku tidak menulis apa-apa dalam ruangan blog ini. Sebenarnya sejak menjalani kehidupan sebagai seorang guru, jalan hidup bagaikan sama setiap hari. Cuma sejak kebelakangan ini, terdapat berbagai-bagai senario yang menjadikan aku semakin matang walaupun tak semua masalah dapat aku selesaikan. Ternyata dalam memberi peluang kepada diri sendiri untuk terus hidup, tidak semudah yang disangka.

~ sebab tu lahh cikgu pendidikan khas sesuai diletakkan di sekolah pendidikan khas dan cikgu perdana di sekolah perdana.. take note.. sekian :)~

Status kat atas ni aku terbaca dalam ruangan facebook aku hari ini. Wow, bila terbaca saja, memang terasa yang mesej ini ditujukan kepada aku. Jikalau aku tak terasa sedikitpun, status di atas memang memalitkan nama aku sama. Al maklumlah, aku merupakan cikgu lulusan maktab yang berpengkhususan sains, bukan  pengkhususan pendidikan khas.

Baiklah. Sebenarnya status facebook seperti ini tidak sedikitpun menjadikan aku tersinggung. Sedikit pun tidak. Sebagai seorang guru, aku sentiasa membiasakan diri menjadi seorang yang versatil. Mengajar di mana-mana pun aku boleh. Tak pernah pulak aku memilih-milih tempat untuk mengajar. Dalam kepala ni, apa saja masalah di sekolah aku ditempatkan nanti, anggap saja seabgai cabaran. Aku redha melaluinya.

Cuma kalau boleh, aku lebih suka sekiranya mengajar subjek yang pernah aku belajar di maktab dulu di sekolah ini.. Ye la, secara tidak langsung aku dapat memanfaatkan sepenuhnya bakat dan ilmu yang ada untuk sesuatu perkara yang aku lebih mahir .

Kadang-kadang aku sendiri tak tahu mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia meletakkan aku mengajar di sekolah kebangsaan pendidikan khas. Namun setiap hari aku percaya bahawa sudah pasti aku mempunyai kelebihan yang tertentu yang menyebabkan aku dirasakan sesuai untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas.

Cuma, lumrah biasalah jikalau guru memarahi anak murid. Marah itu tandanya sayang. Bukan memarahi membabi buta. Adakala jangan jadikan kecacatan itu sebagai punca kegagalan. Yang itu aku memang tidak bersetuju. Bak kata pepatah "sayangkan anak pukul-pukulkan". Kalau buat salah, mestilah cikgu marah.

Adakala, jangan jadikan sebab 'Aku memang asal dari kumpulan guru pendidikan khas - jadi, akulah wira untuk murid-murid berpendidikan khas'. Sikap seperti ini seolah-olah menjadikan anda yakin anda saja berhak dan layak sedangkan orang lain yang juga berstatus 'guru biasa' adalah tidak ..

Sesiapa boleh menjadi guru. Bagi aku, sikap, tanggungjawab untuk melihat anak-anak murid berjaya dan berkomitmen adalah elemen penting menjadi guru yang baik di mana-mana sekolah, tidak hanya untuk sekolah-sekolah tertentu.

Prinsip hidup saya mudah. 'Zero to Hero'.

Kalau beratus-ratus orang mengatakan aku layak mengajar anak-anak murid-murid berkeperluan khas terutama dari pensyarah-pensyarah, guru-guru, kawan-kawan malah jiran-jiran.. Jadi, mengapa harus aku fikirkan status facebook ini yang datangnya dari guru permulaan yang baru mengajar 4 bulan sahaja.. Itupun mengajar sesetengah subjek pun masih tidak betul..

Betul tak ?? Hidup ini tak mati dek keji..

p/s - aku tetap cikgu ikhram yang best dan smart..!! Hahaha..
.