Selepas aku melayan lagu "Kerana Aku Sanggup" dendangan agnes monica, aku tetiba tertonton hijab tutorial style. Bila aku dok layan-layan, aku terfikir.. bagaimana kaum hawa hari ini sanggup mengambil jalan paling sukar untuk bertudung..?? Berlilit sana-sini.
Secara jujur, aku bukanlah anti fesyen dan perkembangan terbaru terhadap wanita bertudung sedang kini fesyen sebegitu semakin berkembang positif. Tapi bila aku tengok secara keseluruhan dari tutorial hijab ini tadi , kebanyakan kain selendang yang panjang-panjang tu, akhirnya tidak mampu pun menutup bahagian dada. Sebaliknya, mereka lebih menitik beratkan, helaian-helaian selendang yg terakhir tu mampu atau tidak berjurai atau tidak di tepi pipi.
Kalau tak terjulur keluar, tak sah agaknya pada diorang ni. Yang hairannya tu, kain selendang yang disarungkan tu, umpama aksesori yang sesuai dibuat kibaran oleh angin. Yang jelas nampak, adalah kain tudung yg dijadikan anak tudung yang kini sudah digunakan untuk menutup leher. kalau begitu, pakai je la anak tudung yang sehelai tu.
Baiklah, aku faham juga sikit-sikit konsep hijabista hari ini. Ada masa tu tidak dinafikan, kadang-kadang cantik juga kelihatan pemakainya, cuma adakala tu, bagi aku agak keterlaluan dan menyukarkan pergerakan. Aku sebagai lelaki, bila melihat fenomena sebegini, pasti merasa janggal dan kadang-kdang berasa kasihan.
Kalau naik komuter, selalu berhadapan dengan masalah mangsa fesyen hijabista yang keterlaluan seperti ini. Kadang-kadang aku bertanya juga dalam hati.."Nak ke mana je la budak-budak ni" .. itu belum dengan baju kaler hijau, skirt kaler biru neon. Kadang-kadang tu siap legging kaler kuning. Memang tak boleh blah...
"Dik, kau tu bertudung tau !!"
Aku, walaupun lelaki.. faham juga trend fesyen tahun lepas - blocking clour. Tapi jangan sampai ter'block' minda tu sama.
Bagi aku, fesyen yang baik adalah - yang simple, selesa dan elegent.
..
kalau adik dah memang cantik, pakai tudung bawal letak kerongsang kiri kanan pun masih nampak manis. Jangan susahkan diri anda untuk kelihatan lebih baik dan sempurna.
p/s - terima kasih adik manis yang telah mentutorialkan abg tadi yer.
.